Pihak usahawantani.com mempelawa semua petani penternak , nelayan dan peniaga berkaitan tani untuk menggunakan perkhidmatan blog usahawantani.com. Anda boleh mengiklan produk anda dilaman ini secara percuma . Marilah sama-sama kita memajukan industri asas tani ini . Hantarkan skrip atau banner iklan anda ke iklan@usahawantani.com Kami akan siarkan iklan anda di blog ini. Anda juga digalakkan untuk mendaftar sebagai pengguna laman usahawantani.com . Sebagai pengguna berdaftar anda akan sentiasa mendapat maklumat terkini dari kami . Sekian . Pentadbir @ Pulau Tawar Jerantut Pahang

18 July 2007

3,000 lagi projek industri asas tani tahun depan

SIK 17 Julai – Kerajaan akan memperkenalkan 3,000 lagi projek industri asas tani berimpak tinggi melibatkan peruntukan RM32 juta pada tahun hadapan.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, projek tersebut yang antara lain melibatkan industri pemprosesan makanan, akuakultur dan ternakan haiwan dijangka mampu melahirkan 10,000 usahawan tani seperti yang disasarkan sebelum ini.
Menurut beliau, bagi tujuan tersebut, pihaknya kini menjalankan kajian terperinci bagi mengenal pasti kesesuaian projek yang bakal dilaksanakan di seluruh negara.
“Kita akan mula membuka tender dan tawaran kepada pihak terbabit hujung tahun ini.
“Kali ini kita membuka skop lebih luas iaitu melibatkan penyertaan pelbagai pihak khususnya bumiputera yang berminat menyertai projek tersebut,” katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Program Industri Asas Tani di Pejabat Daerah Sik, di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Usahawan Negeri, Datuk Dr. Shuib Saidin.
Menurut Muhyiddin, sejak dilaksanakan pada 2004, projek pertanian berimpak besar memberi banyak manfaat kepada para petani kerana berjaya membawa keluar mereka dari paras kemiskinan.
Sambil memberikan contoh 85 projek Industri Asas Tani dengan kos RM22.3 juta di daerah Sik, beliau berkata, sebahagian besar daripada 320 peserta kini berjaya memperoleh pendapatan bulanan melebihi RM1,200 sebulan.
“Ini menunjukkan projek ini berjaya meningkatkan pendapatan mereka daripada RM700 sebulan kepada lebih RM1,200 sebulan,’’ katanya.
Dalam pada itu, beliau memberitahu kementeriannya bersetuju membina sebuah pusat pembungkusan, pelabelan dan penjenamaan produk industri asas tani di daerah Sik.
Katanya, pusat tersebut akan memudahkan para usahawan tempatan menaik taraf produk tempatan mereka supaya lebih berdaya saing di pasaran.
Tambah beliau, para usahawan yang berminat boleh menggunakan khidmat pusat berkenaan dengan kadar minimum.

Read more...

Daftar Ahli Usahawantani

Followers

IKLAN 1

Ruang iklan untuk disewa

IKLAN 2

Ruang Iklan untuk disewa
PELUANG KERJASAMA

Pihak Portal Usahawantani.com dan Akademi Usahawantani sedang dalam proses menyemak dan menilai kembali kursus-kursus UsahawanTani yang dianjurkan oleh pihak kami . Kami menjemput semua pengusaha-pengusaha yang berpengalaman ATAU baru dalam mengendalikan kursus-kursus usahawantani untuk berkerjasama atau menjadi panel kami . Sila hantarkan proposal anda kepada Pengurus Akademi UsahawanTani di email akademi@usahawantani.com . Maklumat yang mesti ada dalam proposal anda ialah :
1. Nama Anda / Syarikat
2. Alamat
3. Bidang UsahaTani
4. Kandungan Kursus
5. Bilangan Hari
6. Kos Kursus
7. Lokasi Kursus
8. Pengalaman
9. Cadangan kaedah kerjasama (option)


Daftar Ahli Usahawantani

Borang Pendaftaran

Nama
Email
No Handphone (e.g 019-1234567)
Lokasi (e.g Bandar/Negeri)
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ]


Nota : Selepas menekan butang 'Daftar' sila lihat email anda untuk kepastian bahawa pendaftaran anda telah diterima oleh pihak kami.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP