Pihak usahawantani.com mempelawa semua petani penternak , nelayan dan peniaga berkaitan tani untuk menggunakan perkhidmatan blog usahawantani.com. Anda boleh mengiklan produk anda dilaman ini secara percuma . Marilah sama-sama kita memajukan industri asas tani ini . Hantarkan skrip atau banner iklan anda ke iklan@usahawantani.com Kami akan siarkan iklan anda di blog ini. Anda juga digalakkan untuk mendaftar sebagai pengguna laman usahawantani.com . Sebagai pengguna berdaftar anda akan sentiasa mendapat maklumat terkini dari kami . Sekian . Pentadbir @ Pulau Tawar Jerantut Pahang

31 January 2008

Kementerian guna pakar Afrika biak boer, lembu

BAKA BERKUALITI: Muhyiddin melawat kawasan ternakan kambing boer secara kaedah Bioteknologi Pembiakan Ruminan di Stesen Mardi Kluang

KLUANG: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menggunakan kepakaran Afrika Selatan untuk membantu memperhebatkan pembiakan baka lembu dan kambing boer yang kini menjadi projek ternakan nasional dalam usaha meningkatkan pengeluaran daging negara. Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata teknologi pembiakan paling canggih di dunia itu akan membabitkan pakar dari Persatuan Penternak Kambing Boer Afrika Selatan untuk menjalankan projek penyelidikan di Pusat Embrio Haiwan Nasional (NAEC) di Stesen Mardi, di sini. Beliau berkata, dengan kepakaran serta penggunaan teknologi terkini, pengeluaran baka lembu dan kambing boer dari NAEC dijangka dapat memenuhi permintaan untuk projek ternakan berskala besar di seluruh negara.
"Ketika ini, populasi haiwan ternakan di negara kita iaitu lembu dan kambing hanya berjumlah kira-kira 750,000 ekor dan kita mensasarkan peningkatan kepada 1.5 juta ekor menjelang 2010. "Saya yakin projek di NAEC mampu meningkatkan kuantiti serta kualiti haiwan ternakan khususnya kambing boer bagi memenuhi permintaan daging tempatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Showcase Biobisnes Mardi 2008, di Stesen Mardi Kluang, di sini, semalam. Muhyiddin berkata, selaras dengan fungsinya, NAEC akan menjadi pusat penyimpanan gen, ova, sperma dan embrio ternakan bagi memastikan bekalan untuk seluruh negara mencukupi.
Beliau berkata, pengeluaran baka dari NAEC akan membantu merancakkan lagi peningkatan baka haiwan ternakan untuk projek nasional terutamanya membantu perkembangan projek Ladang Kambing Boer Nasional di Pondok Tanjung, Perak dan Pusat Fidlot Negara di Negeri Sembilan. "Selain dua projek nasional itu, kita juga akan kembangkan baka dari NAEC itu kepada ladang satelit yang terdapat di beberapa negeri. "Kita juga mengalu-alukan penyertaan usahawan tani untuk turut serta mengusahakan ternakan haiwan dan kita bersedia menyalurkan kepakaran menerusi bimbingan dan latihan oleh pegawai agensi di bawah kementerian," katanya. Mengenai pemilihan kambing boer untuk dijadikan sebagai ternakan utama menerusi projek pengembangan baka haiwan ternakan itu, Muhyiddin berkata, kualiti kambing itu adalah yang terbaik, berkhasiat, dan tidak mempunyai banyak lemak.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Nasional/20080131230547/Article/
usahawantani.com

Daftar Ahli Usahawantani

Followers

IKLAN 1

Ruang iklan untuk disewa

IKLAN 2

Ruang Iklan untuk disewa
PELUANG KERJASAMA

Pihak Portal Usahawantani.com dan Akademi Usahawantani sedang dalam proses menyemak dan menilai kembali kursus-kursus UsahawanTani yang dianjurkan oleh pihak kami . Kami menjemput semua pengusaha-pengusaha yang berpengalaman ATAU baru dalam mengendalikan kursus-kursus usahawantani untuk berkerjasama atau menjadi panel kami . Sila hantarkan proposal anda kepada Pengurus Akademi UsahawanTani di email akademi@usahawantani.com . Maklumat yang mesti ada dalam proposal anda ialah :
1. Nama Anda / Syarikat
2. Alamat
3. Bidang UsahaTani
4. Kandungan Kursus
5. Bilangan Hari
6. Kos Kursus
7. Lokasi Kursus
8. Pengalaman
9. Cadangan kaedah kerjasama (option)


Daftar Ahli Usahawantani

Borang Pendaftaran

Nama
Email
No Handphone (e.g 019-1234567)
Lokasi (e.g Bandar/Negeri)
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ]


Nota : Selepas menekan butang 'Daftar' sila lihat email anda untuk kepastian bahawa pendaftaran anda telah diterima oleh pihak kami.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP