Pihak usahawantani.com mempelawa semua petani penternak , nelayan dan peniaga berkaitan tani untuk menggunakan perkhidmatan blog usahawantani.com. Anda boleh mengiklan produk anda dilaman ini secara percuma . Marilah sama-sama kita memajukan industri asas tani ini . Hantarkan skrip atau banner iklan anda ke iklan@usahawantani.com Kami akan siarkan iklan anda di blog ini. Anda juga digalakkan untuk mendaftar sebagai pengguna laman usahawantani.com . Sebagai pengguna berdaftar anda akan sentiasa mendapat maklumat terkini dari kami . Sekian . Pentadbir @ Pulau Tawar Jerantut Pahang

05 February 2008

Terminal Makanan Negara (Teman)

Terminal Makanan Negara (Teman) di Kilometer 6, Jalan Pasir Mas-Salor, Mukim Tunjong, Kota Bharu. Teman yang membabitkan kos lebih RM200 juta akan menjadi satu lagi mercu tanda kebanggaan rakyat Cik Siti Wan Kembang ke arah memajukan sektor pertanian di negara ini . Pembinaan Teman di Kelantan untuk zon Pantai Timur adalah yang kedua di negara ini selepas Perak (Zon Utara) dan termasuk dalam projek Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
Selain dua negeri itu, kerajaan juga merancang membangunkan Teman di kawasan terpilih lain termasuk di Sarawak dan Sabah. Terminal yang melambangkan pembangunan prasarana pasaran moden menghubungkan rangkaian pengeluar dan pembekal kepada pengguna, dilihat mampu memanfaatkan masyarakat Kelantan yang sudah terkenal aktif dalam sektor pertanian sejak dulu lagi. Ia akan berfungsi sebagai pusat pemborongan hasil pertanian dan industri asas tani secara cekap serta berkesan di samping berperanan sebagai pusat pengumpulan maklumat, pengawasan ciri keselamatan makanan serta agro pelancongan.
Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi (Kanan) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Kelantan, Ramli Mohd Noor, berkata penubuhan Teman tepat pada masanya dalam usaha mengatasi import hasil pertanian ke negara ini. Katanya, fasa satu pembinaan terminal itu sudah bermula sejak Februari tahun lalu dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Mac ini. “Terminal itu merangkumi blok menempatkan produk peruncitan, daging dan ayam, ikan, perusahaan kecil dan sederhana, sayur dan buah-buahan, kedai makan serta blok pentadbiran. “Bagi memantapkan perjalanan terminal itu, Majlis Pengurusan Teman akan dibentuk dengan dianggotai pegawai dan agensi kerajaan berkaitan termasuk Fama, Majlis Perbandaran Kota Bharu, jabatan kerajaan lain serta wakil persatuan pemborong dan peserta,” katanya.
Melalui penubuhan Teman, ia dilihat berupaya memperelok serta menggalakkan amalan industri yang baik membabitkan kualiti, perakuan, pengredan, pembungkusan dan pelabelan, pengedapan dan piawai keselamatan makanan. Penubuhan Teman juga dilihat mampu menjadi pemangkin ke arah pembangunan satu sistem pengagihan dan logistik yang cekap bagi sektor perniagaan tani. Terminal ini juga bermatlamat untuk mewujudkan pasaran lebih cekap melalui mekanisme penentuan harga berkesan, yang dapat memastikan persaingan saksama serta telus di kalangan pembekal dan pemborong. Teman dilihat berupaya menyediakan platform logistik unggul ke arah memenuhi keperluan khusus pengguna pasaran yang pelbagai termasuk petani dan persatuan petani, koperasi, syarikat pembungkusan, peruncit besar, hotel dan saluran dagang makanan runcit, pengimport dan pengeksport serta pengendali pengangkutan, bank dan perniagaan lain. Selain membantu meningkatkan kualiti pengeluaran dan pemasaran hasil pertanian negara, Teman juga menyokong Program Kontrak Pemasaran yang dilaksanakan oleh Fama. Menerusi program Kontrak Pemasaran itu, Fama dan pengeluar akan menghasilkan produk yang menepati kualiti, kuantiti, jenis, pembungkusan dan pengredan bagi menjamin pasaran pada harga yang ditetapkan. Ketua Pengarah Fama, Datuk Mohamed Shariff Abdul Aziz, berkata pelaksanaan Teman adalah usaha memodenkan pusat aktiviti hasil pertanian dan industri asas tani membabitkan kaedah yang lebih cekap serta sistematik. Katanya, pertanian yang kini sudah menjadi satu perniagaan sedang melalui era globalisasi. “Faktor kualiti seperti penerapan standard dan kualiti, pembungkusan baik serta menarik akan memberi kelebihan terhadap sesuatu pengeluaran. Oleh itu, Teman dilihat sebagai platform terbaik dalam meningkatkan hasil pengeluaran pertanian negara,” katanya. Pada alaf baru ini, sektor pertanian negara dan dunia akan berdepan dengan persaingan sengit dari negara yang mengeluarkan hasil pertanian yang sama dan negara tidak boleh lagi memandang ringan masalah ini kerana sektor pertanian masih lagi menjadi sumber pendapatan utama sebahagian besar penduduk negara ini. Melalui penggunaan teknologi termaju, Teman berupaya menghubungkan secara langsung antara petani dan pasaran sama ada di seluruh negara atau peringkat antarabangsa. Dengan menghasilkan barangan yang mematuhi piawai global dari segi mutu, keselamatan, kandungan pemakanan dan perakuan halal, rangkaian Teman akan mempercepatkan perkembangan dalam sektor pertanian. Melalui kaedah ini, ia akan membantu produk tempatan mendapat tempat dalam pasaran antarabangsa sekali gus mampu menarik lebih ramai pelabur asing dalam perniagaan tani tempatan.

usahawantani.com

4 comments:

Daftar Ahli Usahawantani

Followers

IKLAN 1

Ruang iklan untuk disewa

IKLAN 2

Ruang Iklan untuk disewa
PELUANG KERJASAMA

Pihak Portal Usahawantani.com dan Akademi Usahawantani sedang dalam proses menyemak dan menilai kembali kursus-kursus UsahawanTani yang dianjurkan oleh pihak kami . Kami menjemput semua pengusaha-pengusaha yang berpengalaman ATAU baru dalam mengendalikan kursus-kursus usahawantani untuk berkerjasama atau menjadi panel kami . Sila hantarkan proposal anda kepada Pengurus Akademi UsahawanTani di email akademi@usahawantani.com . Maklumat yang mesti ada dalam proposal anda ialah :
1. Nama Anda / Syarikat
2. Alamat
3. Bidang UsahaTani
4. Kandungan Kursus
5. Bilangan Hari
6. Kos Kursus
7. Lokasi Kursus
8. Pengalaman
9. Cadangan kaedah kerjasama (option)


Daftar Ahli Usahawantani

Borang Pendaftaran

Nama
Email
No Handphone (e.g 019-1234567)
Lokasi (e.g Bandar/Negeri)
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ]


Nota : Selepas menekan butang 'Daftar' sila lihat email anda untuk kepastian bahawa pendaftaran anda telah diterima oleh pihak kami.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP