Pihak usahawantani.com mempelawa semua petani penternak , nelayan dan peniaga berkaitan tani untuk menggunakan perkhidmatan blog usahawantani.com. Anda boleh mengiklan produk anda dilaman ini secara percuma . Marilah sama-sama kita memajukan industri asas tani ini . Hantarkan skrip atau banner iklan anda ke iklan@usahawantani.com Kami akan siarkan iklan anda di blog ini. Anda juga digalakkan untuk mendaftar sebagai pengguna laman usahawantani.com . Sebagai pengguna berdaftar anda akan sentiasa mendapat maklumat terkini dari kami . Sekian . Pentadbir @ Pulau Tawar Jerantut Pahang

30 April 2008

Pembenihan Ikan Keli Teknik Aruhan




Bak kata orang, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu, begitulah dengan usahawan muda yang baru ‘bertatih’ ini. Walaupun baru enam bulan bergiat dalam industri pembenihan ikan air tawar - keli dan tilapia, Shahrul Redzuan Abd. Majid, 26, boleh digelar usahawan berjaya.
Selepas menghadiri kursus anjuran lebih enam bulan lalu, usahawan muda berkenaan tidak menoleh ke belakang lagi.
Berbekalkan pengalaman menjual telefon bimbit di salah sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur selama lebih dua tahun, Shahrul berubah arah kepada ternakan ikan air tawar - keli dan tilapia di atas tanah kerajaan di Gombak, Selangor.
“Ketika itu pendapatan hasil ternakan ikan memang menggalakkan tetapi ada kalanya saya sukar mendapatkan bekalan benih.
“Kadang-kadang saya terpaksa membiarkan kolam kosong selepas ikan habis dituai kerana putus bekalan benih,” katanya semasa ditemui di tapak pembenihan ikan air tawarnya di tanah seluas satu ekar di Telok Gong, Pandamaran, Kelang, Selangor.
Walaupun kehilangan ibu dan ayahnya semasa berusia 15 tahun ini dan meninggalkan persekolahan setakat Tingkatan Empat, bukan bererti Shahrul tidak boleh meletakkan dirinya sebagai usahawan berjaya.
Dengan galakan dan sokongan rakan sekolahnya Mohd. Alif Parjan, 25, graduan jurusan kejuruteraan Universiti Teknologi Mara (UiTM) - dua anak muda dengan latar belakang pendidikan berbeza ini mengambil keputusan mengusahakan industri pembenihan ikan air tawar secara kecil-kecilan.
“Walaupun saya telah menghadiri kursus selama dua hari mengenai pembenihan ikan air tawar tetapi untuk untuk mengkomersialkannya bukan semudah yang disangkakan.
“Pada mulanya saya terpaksa mencuba lebih lima kali teknik aruhan sebelum telur-telur ikan berjaya disenyawakan.
“Sampai sekarang saya tidak tahu apa silapnya tetapi sifat tidak putus asa menyebabkan saya dan Alif terus mencuba sehingga berjaya,” katanya yang memelihara 200 ekor induk keli betina.
Shahrul menambah, bagi seekor ikan keli betina yang beratnya satu kilogram boleh menghasilkan sehingga 50,000 telur untuk disenyawakan dengan kadar kejayaan hidup boleh mencapai sehingga 80 peratus.
Hanya memelihara induk betina, Shahrul membeli keli jantan dari pasar memandangkan haiwan itu akan dikorbankan semasa mengambil sperma yang terletak di bahagian tulang belakang ikan.
Bagaimanapun induk betina digunakan sekali saja kerana ia hanya akan menghasilkan telur semula selepas enam bulan.
“Sekarang ramai yang menggunakan kaedah aruhan memandangkan peratusan benih yang hidup lebih tinggi berbanding cara semula jadi,” katanya yang bergiat dalam pembenihan ikan memandangkan tidak ramai yang berminat menceburinya atas alasan kerjanya yang remeh.
Buat masa ini, Shahrul berupaya mengeluarkan sehingga 500,000 anak benih keli dan tilapia bergantung kepada permintaan pelanggan.
Jika anak benih keli dihasilkan menerusi aruhan, anak benih tilapia pula dihasilkan menggunakan kaedah inkubator bagi mendapatkan kadar hidup yang lebih tinggi.
Kaedah inkubator telah berjaya digunakan dengan jayanya bagi menghasilkan ikan tilapia yang kemudian diasuh bagi mendapatkan ikan monoseks yang lebih lebih cepat membesar dan boleh dituai
Menyentuh mengenai pasaran, bapa kepada seorang anak ini berkata, beliau menerima tempahan daripada bekas-bekas peserta kursus dengannya yang berminat menjalankan ternakan ikan air tawar.
“Walaupun saya tidak mencari pasaran tetapi permintaan yang diterima sangat menggalakkan sehingga tidak dapat dipenuhi,” katanya.
Merancang masa depan Shahrul bercadang meluaskan industri pembenihan ikan air tawar dan meneruskan kesinambungan ternakan ikan yang ditinggalkan sebelum ini.
“Dan jika simpanan saya mencukupi, insyaallah saya akan membuka kolam pancing pula,” katanya yang amat meminati industri perikanan.




usahawantani.com

14 comments:

Anonymous,  May 20, 2008 at 10:41 AM  

saye berminat nk tau lebih lanjut.. boleh bagi contact no..
- Lydia -

Anonymous,  December 3, 2008 at 1:31 PM  

en shahrul...
saya nak minta contact no. dan alamat.
saya duduk area gombak juga..saya berminat dengan ternakan keli.

syam
gombak setia

Anonymous,  March 5, 2009 at 12:22 PM  

saya berminat nak tahu lebih lanjut tentang pembenihan keli dan talapia. Boleh bagi contact no dan alamat. terima kasih

kamal,  May 20, 2009 at 10:25 PM  

assalamualaikum en shahrul,

nak berkursus dg en shahrul tentang ternakan/pembenihan ikan keli/talapia, boleh ke? salam
kamal
gombak

iceburn cartello June 3, 2009 at 8:30 PM  

Assalamualaikum,
Saya adalah individu yang dilantik untuk menguruskan pertanyaan dan pendaftaran sebarang kursus dan pembelian benih ikan keli bagi pihak En.Shahrul. Sekarang En.Shahrul sudah memindahkan pusat penternakan kelinya dan menambah lebih sepuluh buah kolam 70 kaki lagi di Janda Baik, Bentong, Pahang. Perjalanan lebih kurang 30 minit sahaja dari Kuala Lumpur. Beliau sekarang menyediakan kursus pembenihan ikan keli dan juga membekalkan benih ikan keli.
Sebarang pertanyaan lanjut untuk benih ikan keli dan berkaitan kursus yg beliau anjur di Janda Baik, bolehlah hubungi saya di 017-3030433(Ahmad Fahmi).

lobo July 28, 2009 at 10:40 AM  

Dah lama saya mencari tempat untuk pembenihan ikan keli. Boleh saya dapatkan contact number n adddress. AZHAAM dari Melaka.

Anonymous,  March 17, 2010 at 5:42 PM  

KURSUS PENTERNAKAN IKAN & SEMINAR SEHARI BERSAMA PAKAR : IKAN KELI

TARIKH : 7 JUN 2010
TEMPAT : Setiu, Terengganu
YURAN : RM 90.00 seorang ( termasuk makan, minum dan nota )
KANDUNGAN SEMINAR : Peserta akan didedahkan dengan ASAS PENTERNAKAN dan PEMBENIHAN IKAN KELI seperti pengenalan jenis, ciri, habitat, jantina, pemakanan, kualiti air, kawalan penyakit, pemilihan induk, teori pembenihan secara detail, pemasaran, potensi, strategi dll.


KURSUS LANJUTAN : PRAKTIKAL PEMBENIHAN IKAN KELI

TARIKH : 7 – 11 JUN 2010
TEMPAT : kolam penternakan ikan bersepadu KG FIKRI, Setiu, Terengganu ( IKan KELI, SIAKAP, TILAPIA & AYAM KAMPUNG )
YURAN : RM 700.00 seorang ( termasuk makan, minum, nota dan peralatan kursus )
KADUNGAN KURSUS : peserta akan didedahkan dan diajarkan secara terperinci teori dan praktikal PEMBENIHAN IKAN KELI. Peserta akan didedahkan dengan daripada pemilihan induk, penyutikan hormon, penjagaan induk pelepasan meleret telur, penyediaan air, penyediaan tempat penetasan sehingga penyediaan makanan untuk rega umur 3 hari. Peserta akan diberikan peralatan asas pembenihan seperti picagari, hormon, ubatan dll. Selain itu, peserta akan didedahkan dengan teknologi EM, asas penternakan ikan TILAPIA dan ikan SIAKAP. PAKEJ MEMANCING dan PAKEJ BBQ disediakan bagi yang berminat.
Nota : hasil pembenihan boleh dibawa balik.

MENARIK : tempat kursus LANJUTAN kawasan muara sungai dan kolam penternakan ikan siakap dan tilapia air masin

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN 7 MEI 2010

BERMINAT, hubungi saya : syah 019-5144239

fizul,  October 2, 2010 at 4:24 PM  

slm.sy fizul dri bera phg. ingin tau mklumt cra pmbenihan ikan keli. kolam dh ade 12 biji.sume klgkapan complete. tggu nk buat aja. mnta mne2 sifu tlg bg tnjuk ajar & pnduan. sme2 mrtabatkn ekonomi org melayu. tq :> fizul 0122994399

Unknown April 5, 2011 at 8:32 PM  

Kursus Pembenihan ikan Keli secara aruhan

Bayaran : Rm 350.00 ( seorang )

Tempat : Tanjung Malim, Perak.


Tarikh : Setiap Hujung Minggu.
untuk maklumat lanjut tentang lokasi sila klik di sini untuk google map:-

http://maps.google.com.my/maps?f=q&source=s_q&hl=en&geocode=&q=tanjung+malim,+perak&aq=&sll=4.602465,101.120168&sspn=0.111562,0.209255&ie=UTF8&hq=tanjung+malim,&hnear=Perak&ll=3.658705,101.773224&spn=0.893552,1.674042&z=10


Peserta : Terhad Untuk 5 Orang Sahaja.


Berminat sila hubungi :013-4113284 /05-4542669 (daus)|| 0192361080 (syukrilan ).
P/s : Sijil penyertaan,Sarapan tengahari disediakan.

Anonymous,  April 11, 2011 at 10:13 PM  

KURSUS PRAKTIKAL PEMBENIHAN IKAN KELI (BONUS IKAN KETUTU-ASAS PENTERNAKAN)

TARIKH : stp hujung bulan (jumaat-ahad)
TEMPAT : ladang BERSEPADU kg KOPOK BARU, PASIR GUDANG. JOHOR..
BAYARAN : RM350 seorg (PAKEJ BERKUMPULAN 5 org RM1500)
(termasuk nota, peralatan pembenihan, makanan & minum sepnjg kursus)

019-5144239 syah

Daftar Ahli Usahawantani

Followers

IKLAN 1

Ruang iklan untuk disewa

IKLAN 2

Ruang Iklan untuk disewa
PELUANG KERJASAMA

Pihak Portal Usahawantani.com dan Akademi Usahawantani sedang dalam proses menyemak dan menilai kembali kursus-kursus UsahawanTani yang dianjurkan oleh pihak kami . Kami menjemput semua pengusaha-pengusaha yang berpengalaman ATAU baru dalam mengendalikan kursus-kursus usahawantani untuk berkerjasama atau menjadi panel kami . Sila hantarkan proposal anda kepada Pengurus Akademi UsahawanTani di email akademi@usahawantani.com . Maklumat yang mesti ada dalam proposal anda ialah :
1. Nama Anda / Syarikat
2. Alamat
3. Bidang UsahaTani
4. Kandungan Kursus
5. Bilangan Hari
6. Kos Kursus
7. Lokasi Kursus
8. Pengalaman
9. Cadangan kaedah kerjasama (option)


Daftar Ahli Usahawantani

Borang Pendaftaran

Nama
Email
No Handphone (e.g 019-1234567)
Lokasi (e.g Bandar/Negeri)
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ]


Nota : Selepas menekan butang 'Daftar' sila lihat email anda untuk kepastian bahawa pendaftaran anda telah diterima oleh pihak kami.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP