Pihak usahawantani.com mempelawa semua petani penternak , nelayan dan peniaga berkaitan tani untuk menggunakan perkhidmatan blog usahawantani.com. Anda boleh mengiklan produk anda dilaman ini secara percuma . Marilah sama-sama kita memajukan industri asas tani ini . Hantarkan skrip atau banner iklan anda ke iklan@usahawantani.com Kami akan siarkan iklan anda di blog ini. Anda juga digalakkan untuk mendaftar sebagai pengguna laman usahawantani.com . Sebagai pengguna berdaftar anda akan sentiasa mendapat maklumat terkini dari kami . Sekian . Pentadbir @ Pulau Tawar Jerantut Pahang

01 August 2008

Buah peria bantu rawat diabetes


Penyakit kencing manis atau diabetes merupakan salah satu penyakit yang semakin banyak dihidapi oleh masyarakat sekarang ekoran gaya hidup moden. Makanan segera, makanan siap dibeli di gerai atau restoran kadang-kala boleh menyumbang kepada penyakit berkaitan.
Di Malaysia saja, hampir 1.2 juta individu dikenal pasti menghidap tersebut dan menurut Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), diabetes boleh berlaku pada mana-mana kaum di negara ini.
Diabetes jika tidak dikawal boleh menyebabkan beberapa komplikasi termasuk penyakit kardiovaskular atau jantung, kegagalan ginjal, kerosakan retina, saraf dan luka yang sukar disembuhkan.
Diabetes melitus terbahagi kepada dua kategori, jenis 1 yang biasanya pada kanak-kanak atau remaja dan jenis 2 biasanya berlaku pada usia lebih 30 tahun disebabkan penyakit.
Ketidakupayaan badan menghasilkan insulin (hormon yang menseimbangkan paras gula dalam darah) merupakan penyebab terbesar diabetes dan pesakit biasanya dirawat dengan suntikan insulin.
Bioteknologi dalam penjagaan kesihatan telah digunakan bagi mengekstrak protein daripada biji buah peria yang hampir sama dengan insulin yang dinamakan Polypeptide-K yang efektif terhadap diabetes.
Penemuan berkenaan dihasilkan oleh seorang saintis terkemuka dari India, Lady Prof Dr. Pushpa Khanna selepas beliau bersara.
Prihatin terhadap ramai pesakit diabetes, Khanna yang tidak boleh duduk diam di rumah tetapi terus ‘mencari’ apa yang boleh dilakukan untuk membantu.
“Pada suatu malam saya terfikir, sejak zaman-berzaman nenek moyang kita telah menggunakan peria untuk mengawal diabetes.
“Apa salahnya untuk saya mencari apakah bahan aktif di dalamnya yang dapat membantu,” katanya semasa ditemui selepas majlis perasmian Diabegard di Taman Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Biarpun bergelar pesara tetapi keinginannya untuk menjalankan kajian tidak pernah pudar sejak 30 tahun mengabdikan diri dalam penyelidikan.
Menyedari rasa peria yang pahit dan tidak ramai menggemarinya beliau mula mencari jalan untuk menyelesaikan masalahnya.
Menjalankan kajian di rumah, beliau berjaya menghasilkan ekstrak daripada biji buah peria yang biasanya dibuang saja.
Beliau berkata, objektif proses pengekstrakan adalah untuk mengasingkan protein daripada biji buah peria.
“Hasil akhir merupakan protein hipoglisemik yang dinamakan polypeptide-K. Proses berkenaan menghasilkan komposisi hipoglisemik tulen yang amat berkesan bagi rawatan diabetes melitus,” katanya.
Setelah menjalankan kajian demi kajian saintis wanita yang dilahirkan pada 3 Disember 1928 ini mula meletakkan hasil kajiannya di Internet.
Melihat kepada kejayaan beliau, bukan saja menarik perhatian saintis di peringkat antarabangsa tetapi kajian ekstrak peria itu juga telah dianugerah Dame of Justice oleh Sovereign Order of the Khights of Justice di London.
Teknologi pengekstrakan pengasingan protein Khanna telah didaftarkan dengan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan dipatenkan di 93 buah negara seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat (AS), Jepun dan Australia.
Di negara ini, sebuah syarikat bioteknologi yang beroperasi di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Magna Bio-laboratories Sdn. Bhd. menyediakan program perintis bagi proses mengasingkan protein hipoglisemik (polypeptide-k) daripada biji kering buah peria dalam penjagaan kesihatan herba dan perubatan tradisional.
Syarikat berkenaan telah menandatangani perjanjian persefahaman bagi pemindahan teknologi dengan Khanna bagi proses pengasingan protein daripada biji kering buah peria.
Khanna berkata, polypeptide-k mempunyai turutan yang hampir sama dengan insulin lembu dan manusia.
“Ini amat berguna untuk rawatan diabetes melitus.
“Protein berkenaan boleh diambil secara oral menerusi sub-lingual route iaitu diletakkan di bawah lidah,” katanya.
Sebelum ini tidak terdapat laporan pengekstrakan insulin daripada sumber tumbuhan secara komersial.
Selain itu produk hilirannya proses ekstrak juga telah dipatenkan iaitu minyak yang berguna sebagai ubat luka, gangrene dan artritis.
Magna Bio-laboratories Sdn. Bhd. telah membeli biji kering buah peria dari India bagi tujuan pemprosesan pengasingan protein.
Kini Magna Mission Sdn. Bhd. menggalakkan petani tempatan dan badan-badan kerajaan seperti FAMA, FELDA, FELCRA dan MARDI untuk menjalankan kajian bagi penanaman peria bagi biji yang digunakan bagi ektrak polypeptide-k.

usahawantani.com

14 comments:

Anonymous,  November 26, 2008 at 8:53 AM  

Salam, harap dpat dikongsikan kepada kami dimana ada tanaman secara besar-besaran buah peria katak. Kami berminat untuk membeli secara kontrak. sila hubungi kami di shazzam@streamyx.com, Shamsul

cik tipah January 22, 2010 at 4:46 PM  

salam sejahtera

Banyak kajian telah menunjukkan bahawa peria katak sememangnya mampu mengawal kencing manis.

Justeru itu sebuah syarikat tempatan Jiewa Enterprise telah memperkenalkan minuman harian TEH PERIA untuk penjagaan kesihatan

TEH PERIA merupakan satu inovasi dalam teknologi pemakanan yang mana semua orang boleh mendapat khasiat PERIA KATAK setiap hari dalam setiap cawan teh. Ia bagus untuk diabetes dan darah tinggi

Maklumat lanjut mengenai TEH PERIA sila klik http://tehperiabiz.blogspot.com/ -

cara menggugurkan kandungan February 16, 2021 at 4:20 AM  

cool, please guidance so that I can create a blog like yours

Daftar Ahli Usahawantani

Followers

IKLAN 1

Ruang iklan untuk disewa

IKLAN 2

Ruang Iklan untuk disewa
PELUANG KERJASAMA

Pihak Portal Usahawantani.com dan Akademi Usahawantani sedang dalam proses menyemak dan menilai kembali kursus-kursus UsahawanTani yang dianjurkan oleh pihak kami . Kami menjemput semua pengusaha-pengusaha yang berpengalaman ATAU baru dalam mengendalikan kursus-kursus usahawantani untuk berkerjasama atau menjadi panel kami . Sila hantarkan proposal anda kepada Pengurus Akademi UsahawanTani di email akademi@usahawantani.com . Maklumat yang mesti ada dalam proposal anda ialah :
1. Nama Anda / Syarikat
2. Alamat
3. Bidang UsahaTani
4. Kandungan Kursus
5. Bilangan Hari
6. Kos Kursus
7. Lokasi Kursus
8. Pengalaman
9. Cadangan kaedah kerjasama (option)


Daftar Ahli Usahawantani

Borang Pendaftaran

Nama
Email
No Handphone (e.g 019-1234567)
Lokasi (e.g Bandar/Negeri)
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ]


Nota : Selepas menekan butang 'Daftar' sila lihat email anda untuk kepastian bahawa pendaftaran anda telah diterima oleh pihak kami.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP