Pihak usahawantani.com mempelawa semua petani penternak , nelayan dan peniaga berkaitan tani untuk menggunakan perkhidmatan blog usahawantani.com. Anda boleh mengiklan produk anda dilaman ini secara percuma . Marilah sama-sama kita memajukan industri asas tani ini . Hantarkan skrip atau banner iklan anda ke iklan@usahawantani.com Kami akan siarkan iklan anda di blog ini. Anda juga digalakkan untuk mendaftar sebagai pengguna laman usahawantani.com . Sebagai pengguna berdaftar anda akan sentiasa mendapat maklumat terkini dari kami . Sekian . Pentadbir @ Pulau Tawar Jerantut Pahang

16 October 2008

Kejayaan Yap Dalam Perladangan Tenusu

Oleh Emin Madi
KENINGAU, 6 Jun (Bernama) — Sesiapa yang berkunjung ke ladang ternakan dan tenusu kepunyaan Yap Yun Fook di Keningau akan pada mulanya agak kecewa bila mereka tidak dapat melihat apa-apa aktiviti penternakan di situ.
Mereka akan hanya melihat sebuah banglo yang tersergam indah dan besar milik Yap.
Hanya selepas melewati banglo ini, barulah para pelawat akan menjumpai tanda-tanda aktiviti penternakan dan tenusu seperti sebuah rumah penyembelihan serta sebuah kemudahan memproses makanan ternakan.
Ladang ternak serta tenusu yang seluas 40 hektar itu terletak di Kampung Ansip Lama, sejauh 15 km dari sini. Ia merupakan antara ladang seumpama itu yang terbesar di negara ini.
Ketika ini, ladang ternakan kepunyaan Yap mempunyai 1,600 ekor lembu dan dapat mengeluarkan sehingga satu juta liter susu lembu setahun atau 11 peratus daripada pengeluaran susu lembu segar Sabah.
Peladang jutawan ini juga mempunyai 600 ekor rusa serta 200 ekor burung unta yang diternak di sebuah ladang yang lain yang turut juga didiami ibu bapa beliau.
LADANG TERNAKAN EVERGREEN
Kejayaan Yap dalam industri ternakan dan tenusu bukan hanya diketahui di Sabah, malah di seluruh negara di mana beliau telah menerima penghargaan dalam bentuk Anugerah Cemerlang Pembangunan Industri Ternak Malaysia.
Ladang beliau, dikenali sebagai Ladang Ternakan Evergreen, juga telah menerima penghargaan industri tersebut dalam bidang ternakan lembu tenusu. Kini ladang itu memberi latihan praktikal kepada mahasiswa dari universiti tempatan.
Meskipun bersikap sederhana dan tidak suka membanggakan dirinya, Yap turut mengakui yang beliau merancang untuk meluaskan perniagaan ke pasaran dunia.
Yap, yang fasih dalam bahasa Melayu, telah membawa penulis ini mengunjungi projek kesayangan beliau yang bernilai jutaan ringgit. Tapak projek ini terletak di atas puncak bukit yang indah dan mempunyai keluasan 110 hektar.
Antara yang dibina untuk projek ini ialah sebuah bangunan bertaraf antarabangsa untuk pemprosesan dan penyimpanan makanan ternakan serta sebaris rumah teres yang dikhaskan sebagai penginapan untuk pekerja beliau.
Pembinaan bangunan serta rumah-rumah tersebut sudah hampir siap.
Mengikut Yap, tapak projek itu hanya terletak enam km dari banglo miliknya dan juga akan mempunyai 10 kemudahan untuk ternakan lembu serta pemerahan susu lembu.
SUSU LEMBU SEGAR
Bila kemudahan-kemudahan tersebut dapat beroperasi dengan sepenuhnya, ladang ini dijangka dapat mengeluarkan 600,000 liter susu segar sebulan, 60 peratus daripada pengeluaran susu segar Sabah, kata Yap.
“Ini merupakan pelaburan saya yang terbesar, dan harapan saya ianya juga akan menjadi satu sumbangan yang bermakna untuk mengembangkan lagi industri perladangan ternakan dan tenusu negara”.
Begitulah kata-kata Yap, 43, yang turut melibatkan diri dalam perladangan kelapa sawit dan pokok buah-buahan serta penanaman padi.
Yap juga begitu ghairah bila menceritakan bagaimana mulanya penglibatan beliau dalam bidang ternakan. Minatnya muncul ketika beliau masih di alam kanak-kanak.
“Ibu bapa saya orang miskin. Semasa saya berada di sekolah rendah, saya terpaksa berenang merentasi Sungai Pegalan untuk ke sekolah kerana perkhidmatan feri terletak jauh dari rumah.
“Kadangkala saya menaiki basikal, tapi pada kebanyakan masanya saya hanya mampu untuk berjalan kaki ke sekolah.
Untuk mendapatkan wang saku, beliau mengambil upah mencari lembu kerbau kepunyaan penduduk kampung yang telah merayau ke sana-sini, cerita Yap. Lama kelamaan beliau menjadi “pakar” menangkap lembu atau kerbau yang hidup meliar tanpa tuan, tambah Yap.
Yap, yang dilahirkan di Kampung Ansip, juga menceritakan minat beliau yang suka menangkap ikan di sungai dengan cara memanah.
“Satu hari saya hampir lemas kerana saya telah pergi sampai ke tengah sungai dan saya tidak dapat berenang ke tepian kerana sungai itu dipenuhi oleh batang-batang kayu yang tumbang dan hanyut serta kayu-kayu mati.
TEMAN SEMASA KANAK-KANAK
Seorang teman semasa peringkat kanak-kanak, Shawal Ghani, berkata beliau memang kenal dengan keluarga Yap.
“Yap kadang-kadang tidur di rumah saya. Beliau merupakan seorang yang amat rajin. Bukan sahaja menoreh getah, beliau juga turut menggiling susu getah sambil memelihara ayam serta itik,” kata Syawal.
Menurut Yap, penglibatan beliau dalam industri tenusu bermula pada 1982 bila beliau membuka ladang ternakan seluas dua ekar di Ansip Baru, Keningau dengan sokongan Jabatan Veterinar dan Ternakan Negeri yang membekalkan beliau dua ekor lembu.
“Saya membersihkan semak-samun di tanah itu, bina pondok-pondok dan tanam rumput untuk makanan ternakan. Setelah 10 tahun, ladang tenusu saya telah mengeluarkan 400 liter susu lembu sehari,” kata Yap.
Yap turut menceritakan satu insiden pada 1987 yang hampir memusnahkan perniagaan beliau bila 100 ekor lembu ternakan beliau mati dengan secara misteri.
Lembu-lembu itu dipercayai telah diracun, kata beliau.
“Saya terpaksa mulakan kembali ladang itu dengan apa yang tinggal. Saya tak mahu menyerah kalah (disebabkan kejadian tersebut) tetapi dalam hati saya, saya percaya Tuhan mengetahui segalanya,” kata Yap.
Yap juga mahu berkongsi pengalaman beliau dalam industri ternak dan tenusu dengan orang lain.
JEMPUTAN
“Saya terima banyak jemputan untuk menceritakan pengalaman saya dalam industri ini. Ada juga yang membuat panggilan telefon bertanyakan bagaimana nak mulakan perniagaan ini,” kata beliau.
Kata Yap, langkah beliau selanjutnya ialah untuk menceburi pasaran global sambil membantu menempa nama Malaysia dalam industri tenusu dunia.
“Saya rasa ada perlunya sokongan untuk syarikat-syarikat besar menceburi bidang ternak dan tenusu. Saya harap kerajaan dapat menimbangkan insentif-insentif seperti memberi harga yang lebih menarik untuk produk-produk tenusu tempatan”.
Sabah merupakan pengeluar utama susu segar tempatan dengan pengeluaran mencecah 7.8 liter juta setahun.
– BERNAMA

usahawantani.com

7 comments:

Unknown December 4, 2009 at 12:42 AM  

Salam sejahtera,

Banyak iktibar dari kisah ni, tahniah!!!

sala perkenalan dari http://ladangpolaris.blogspot.com dan http://butikpolaris.blogspot.com

Daftar Ahli Usahawantani

Followers

IKLAN 1

Ruang iklan untuk disewa

IKLAN 2

Ruang Iklan untuk disewa
PELUANG KERJASAMA

Pihak Portal Usahawantani.com dan Akademi Usahawantani sedang dalam proses menyemak dan menilai kembali kursus-kursus UsahawanTani yang dianjurkan oleh pihak kami . Kami menjemput semua pengusaha-pengusaha yang berpengalaman ATAU baru dalam mengendalikan kursus-kursus usahawantani untuk berkerjasama atau menjadi panel kami . Sila hantarkan proposal anda kepada Pengurus Akademi UsahawanTani di email akademi@usahawantani.com . Maklumat yang mesti ada dalam proposal anda ialah :
1. Nama Anda / Syarikat
2. Alamat
3. Bidang UsahaTani
4. Kandungan Kursus
5. Bilangan Hari
6. Kos Kursus
7. Lokasi Kursus
8. Pengalaman
9. Cadangan kaedah kerjasama (option)


Daftar Ahli Usahawantani

Borang Pendaftaran

Nama
Email
No Handphone (e.g 019-1234567)
Lokasi (e.g Bandar/Negeri)
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ]


Nota : Selepas menekan butang 'Daftar' sila lihat email anda untuk kepastian bahawa pendaftaran anda telah diterima oleh pihak kami.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP