Dalam entry kali ini saya ingin menyetuh sedikit mengenai tajuk orang melayu dan hasad dengki . Pertamanya dalam bulan 10 baru ini rakan saya telah menceburi industri tanaman sayur . Hasil penyelidikan dan pembelajaran dengan sifu-sifu yang lama dalam industri tanaman sayur ini maka sahabat saya telah berkongsi idea dengan seorang lagi sahabatnya . Dua-dua mempunyai semangat yang tinggi walau ilmu didada amat kurang . Dengan semangat yang ada maka dua-dua sahabat yang baru berkenalan ini telah berlajar dengan beberapa sifu-sifu yang mahir dan akhirnya dengan keilhasan dan semangat yang dapat dilihat didalam jiwa kedua-dua sahabat saya ini maka sifu-sifu dengan rela hati menolong mereka dari A-Z . tidak cukup dengan beremail , bertelepon dan lawatan belajar di ladang sifu . Sifu ini dengan rela hati turun keladang kedua sahabat ini . segala ilmu kalau 100% mungkin 90% telah diturunkan .
Gembira sungguh dua-sahabat ini mengusahakan tanaman sayur mereka yang seluas 1/2 ekar itu . Bermula dari tanah kebun yang tidak terjaga dan bersemak samun . kedua sahabat ini berjaya mengtransformkan kebun terbiar ini menjadi semua kebun sayur yang hebat . Dengan penggunaan teknologi pertanian terkini dan mengunakan konsep organik secara total , projek yang bermula dalam bulan September 2011 itu kini telah mula mengeluarkan hasil dalam bulan November . Gembira hati kedua sahabat menyambut Aidil Adha dengan kebun yag telah berputik dan hampir dua miggu selepas itu maka hasil pertama berjaya dikutip . Dinaggarkan hasil sebanyak 1/2 tan sehari akan berjaya dikutip untuk tempoh 3-4 minggu akan datang . Maka terbayang sudah kos hampir RM8000 yang dilaburkan hasil seluruh simpanan akan pulang modal sedikit masa lagi .
Tapi harapkan panas sehingga ke petang rupanya hujan ditengah hari . Baru 5 hari mengutip hasil badai menimpa . Buah yang ranum sedia untuk dipetik terbiar layu tanpa boleh dipetik . Tuan tanah datang membawa berita yang buruk . Perjanjian mulut RM1500 setahun yang dipersetujui diawal penerokaan tanah terbatal . Perjanjian baru dituntut , RM1500 sebulan dipinta oleh tuan tanah in advance. no kompromi . TAKE IT OR LEAVE IT . itu kata dua dari tuan tanah . Segala rayuan tidak dilayan . Selagi tak bayar tidak dibenarkan masuk kedalam kebun .
Frust menonggeng kedua sahabat . Frust yang amat sangat kerana dipermainkan oleh orang melayu sendiri . Orang Melayu yang agak kaya yang sangat mementingkan wang ringit tanpa ada perasaan belas .
Jadi nasihat saya sebelum mengusahakan tanah secara sewaan/pajakan pastikan dulu kita bersetuju dengan perjanjian diatas kertas . jangan perjanjian mulut sahaja .
Dalam kes diatas sebenarnya pemilik tanah ini ramai . iaitu anak2 kepada tuan tanah yang asal . Peranjian mulut telah dicapai antara sahabat saya dengan beberapa orang anaknya kemudian seorang anak yang lain campur tangan . Tanah ini telah terbiar begitu lama tanpa diusahakan.
PROJEK INI RUGI . Tapi untunglah kedua sahabat ini yang bersemangat wajar telah ditawarkan untuk mengusahakan semua tanamana tersebut ditempat lain dengan perjanjian tanah yang dimatikan setem dan modal dikelaurkan oleh SIFU mereka . ALHAMDULILLAH kini mereka sedang berusaha mendaki dan tidak patah semangat .
Kepada tuan tanah yang mula2 tadi sepatutnya beliau ada sedikit kompromi . Biarkanlah pengusaha mengutip hasil sehingga habis dan terima RM1500 kemudian baru mulakan dengan perjanjian baru jika kedua2 pihak bersetuju .