Pihak usahawantani.com mempelawa semua petani penternak , nelayan dan peniaga berkaitan tani untuk menggunakan perkhidmatan blog usahawantani.com. Anda boleh mengiklan produk anda dilaman ini secara percuma . Marilah sama-sama kita memajukan industri asas tani ini . Hantarkan skrip atau banner iklan anda ke iklan@usahawantani.com Kami akan siarkan iklan anda di blog ini. Anda juga digalakkan untuk mendaftar sebagai pengguna laman usahawantani.com . Sebagai pengguna berdaftar anda akan sentiasa mendapat maklumat terkini dari kami . Sekian . Pentadbir @ Pulau Tawar Jerantut Pahang

24 January 2012

Pertanian , Orang Melayu dan Hasad Dengki

Salam semua , dah lama saya tak menulis dalam blog ini . Terima kasih saudara Zul Cendawan (Klik sini) kerana mengejutkan saya dari tidur yang lena .


Dalam entry kali ini saya ingin menyetuh sedikit mengenai tajuk orang melayu dan hasad dengki . Pertamanya dalam bulan 10 baru ini rakan saya telah menceburi industri tanaman sayur . Hasil penyelidikan dan pembelajaran dengan sifu-sifu yang lama dalam industri tanaman sayur ini maka sahabat saya telah berkongsi idea dengan seorang lagi sahabatnya . Dua-dua mempunyai semangat yang tinggi walau ilmu didada amat kurang . Dengan semangat yang ada maka dua-dua sahabat yang baru berkenalan ini telah berlajar dengan beberapa sifu-sifu yang mahir dan akhirnya dengan keilhasan dan semangat yang dapat dilihat didalam jiwa kedua-dua sahabat saya ini maka sifu-sifu dengan rela hati menolong mereka dari A-Z . tidak cukup dengan beremail , bertelepon dan lawatan belajar di ladang sifu . Sifu ini dengan rela hati turun keladang kedua sahabat ini . segala ilmu kalau 100% mungkin 90% telah diturunkan .

Gembira sungguh dua-sahabat ini mengusahakan tanaman sayur mereka yang seluas 1/2 ekar itu . Bermula dari tanah kebun yang tidak terjaga dan bersemak samun . kedua sahabat ini berjaya mengtransformkan kebun terbiar ini menjadi semua kebun sayur yang hebat . Dengan penggunaan teknologi pertanian terkini dan mengunakan konsep organik secara total , projek yang bermula dalam bulan September 2011 itu kini telah mula mengeluarkan hasil dalam bulan November . Gembira hati kedua sahabat menyambut Aidil Adha dengan kebun yag telah berputik dan hampir dua miggu selepas itu maka hasil pertama berjaya dikutip . Dinaggarkan hasil sebanyak 1/2 tan sehari akan berjaya dikutip untuk tempoh 3-4 minggu akan datang . Maka terbayang sudah kos hampir RM8000 yang dilaburkan hasil seluruh simpanan akan pulang modal sedikit masa lagi .

Tapi harapkan panas sehingga ke petang rupanya hujan ditengah hari . Baru 5 hari mengutip hasil badai menimpa . Buah yang ranum sedia untuk dipetik terbiar layu tanpa boleh dipetik . Tuan tanah datang membawa berita yang buruk . Perjanjian mulut RM1500 setahun yang dipersetujui diawal penerokaan tanah terbatal . Perjanjian baru dituntut , RM1500 sebulan dipinta oleh tuan tanah in advance. no kompromi . TAKE IT OR LEAVE IT . itu kata dua dari tuan tanah . Segala rayuan tidak dilayan . Selagi tak bayar tidak dibenarkan masuk kedalam kebun .

Frust menonggeng kedua sahabat . Frust yang amat sangat kerana dipermainkan oleh orang melayu sendiri . Orang Melayu yang agak kaya yang sangat mementingkan wang ringit tanpa ada perasaan belas .

Jadi nasihat saya sebelum mengusahakan tanah secara sewaan/pajakan pastikan dulu kita bersetuju dengan perjanjian diatas kertas . jangan perjanjian mulut sahaja .

Dalam kes diatas sebenarnya pemilik tanah ini ramai . iaitu anak2 kepada tuan tanah yang asal . Peranjian mulut telah dicapai antara sahabat saya dengan beberapa orang anaknya kemudian seorang anak yang lain campur tangan . Tanah ini telah terbiar begitu lama tanpa diusahakan.

PROJEK INI RUGI . Tapi untunglah kedua sahabat ini yang bersemangat wajar telah ditawarkan untuk mengusahakan semua tanamana tersebut ditempat lain dengan perjanjian tanah yang dimatikan setem dan modal dikelaurkan oleh SIFU mereka . ALHAMDULILLAH kini mereka sedang berusaha mendaki dan tidak patah semangat .

Kepada tuan tanah yang mula2 tadi sepatutnya beliau ada sedikit kompromi . Biarkanlah pengusaha mengutip hasil sehingga habis dan terima RM1500 kemudian baru mulakan dengan perjanjian baru jika kedua2 pihak bersetuju .

8 comments:

Teroka February 14, 2012 at 11:59 AM  

Saya pun pernah terkena seperti mereka. Memang perit tapi mesti di teruskan. Dan percayalah mereka yang menipu tak akan hidup senang. Percayalah..Dalam 5 tahun dia akan jatuh yang tidak boleh kita gambarkan.

Dein February 21, 2012 at 10:48 AM  

ini melayu bangsat namanya..suka berjanji tapi tak pernah nak tepati..apapun jika nak buat bisnes buat perjanjian hitam putih...

akusiapa March 25, 2012 at 12:52 PM  

banyak benda yang perlu difikirkan sebelum buka syarikat dan buat blog syarikat tapi..kalau buat sendiri semunya..sedikit banyak akan dapat banyak pengalaman macam saya:
http://ammarzahraa.blogspot.com/
Saya juga tengah cari orang buat kursus Tanaman mcm jagung/nenas...sape ada maklumat boleh email saya: ammarzahraa2012@gmail.com

ainian,  June 12, 2012 at 11:01 PM  

Askum,saya baru disini.
Saya ada jual anak benih getah berumur setingkat daun dengan harga rm 3.80(harga boleh kurang lagi).boleh hubungi saya 0194103003

Anonymous,  October 29, 2012 at 8:48 AM  

Wahai orang melayu..sedarlah yang bangsa kita jauh kebelakang..Di Bumi ini yg kononnye bumi melayu..dikuasai cina dan kini India..kita adalah tercorot dan di anggap bangsa kolot dan tak de nilai...melayu x boleh tengok melayu maju...

Saya kira lagi 50 tahun..org melayu akan jadi bangsa paria..dans sedikit sahaja akan berjaya.
saya juga pernah hasad dengki ini.

Daftar Ahli Usahawantani

Followers

IKLAN 1

Ruang iklan untuk disewa

IKLAN 2

Ruang Iklan untuk disewa
PELUANG KERJASAMA

Pihak Portal Usahawantani.com dan Akademi Usahawantani sedang dalam proses menyemak dan menilai kembali kursus-kursus UsahawanTani yang dianjurkan oleh pihak kami . Kami menjemput semua pengusaha-pengusaha yang berpengalaman ATAU baru dalam mengendalikan kursus-kursus usahawantani untuk berkerjasama atau menjadi panel kami . Sila hantarkan proposal anda kepada Pengurus Akademi UsahawanTani di email akademi@usahawantani.com . Maklumat yang mesti ada dalam proposal anda ialah :
1. Nama Anda / Syarikat
2. Alamat
3. Bidang UsahaTani
4. Kandungan Kursus
5. Bilangan Hari
6. Kos Kursus
7. Lokasi Kursus
8. Pengalaman
9. Cadangan kaedah kerjasama (option)


Daftar Ahli Usahawantani

Borang Pendaftaran

Nama
Email
No Handphone (e.g 019-1234567)
Lokasi (e.g Bandar/Negeri)
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ]


Nota : Selepas menekan butang 'Daftar' sila lihat email anda untuk kepastian bahawa pendaftaran anda telah diterima oleh pihak kami.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP