Pihak usahawantani.com mempelawa semua petani penternak , nelayan dan peniaga berkaitan tani untuk menggunakan perkhidmatan blog usahawantani.com. Anda boleh mengiklan produk anda dilaman ini secara percuma . Marilah sama-sama kita memajukan industri asas tani ini . Hantarkan skrip atau banner iklan anda ke iklan@usahawantani.com Kami akan siarkan iklan anda di blog ini. Anda juga digalakkan untuk mendaftar sebagai pengguna laman usahawantani.com . Sebagai pengguna berdaftar anda akan sentiasa mendapat maklumat terkini dari kami . Sekian . Pentadbir @ Pulau Tawar Jerantut Pahang

20 August 2013

Permohonan Bantuan Tanam Baru Sawit dan Getah

Salam Admin Usahawantani

Saya nak cerita sikit pasal permohonan bantuan untuk tanam semula atau untuk tanaman baru . Ada dua agensi yang menawarkan bantuan untuk pekebun kecil ini iaitu RISDA dan MPOB.

RISDA  menawarkan bantuan untuk tanaman getah dan sawit manakala MPOB pula menawarkan bantuan hanya untuk tanaman sawit .

Bantuan yang ditawarkan oleh RISDA mempunyai 3 jenis iaitu :
1. Bantuan Tanaman Getah sepenuhnya
2. Bantuan Tanaman Getah secara parameter dengan diintegrasi dengan tanaman sawit
3. Bantuan Tanaman Sawit

Sementara itu MPOB menawarkan hanya dua jenis bantuan :
1. Bantuan Tanaman Tanam Semula Sawit
2. Bantuan Tanaman Sawit Baru

Ini adalah pengalaman saya memohonan bantuan MPOB . Saya mula berurusan dengan MPOB untuk meminta bantuan ini dalam bulan Februari 2012 . Ini adalah syarat yang ditetapkan oleh MPOB :

1. Isi Borang Permohonan
       - Dapatkan tanda tandatangan daripada ADUN atau Ahli Parlimen dimana tanah anda berada.

2. Pastikan geran tanah anda mempunyai syarat UNTUK TANAMAN SAWIT

Selepas dua2 syarat ini dipenuhi barulah anda layak submit borang kepada MPOB.

KES 1 : BANTUAN MPOB

Tips : Jika dalam geran anda tidak terdapat syarat Tanaman Sawit maka anda perlu ke pejabat tanah daerah dimana tanah anda berada untuk melakukan tukar syarat . Tukar syarat ini mudah jer tapi proses kelulusannya mungkin berbeza2 antara pejabat tanah daerah masing2 . Macam kes saya proses dia tak sampai sebulan pun tapi ada masalah komunikasi menyebabkan lambat dapat surat kelulusan. Pejabat tanah dalam kes saya tidak hubungi saya bila kelulusan tukar syarat sudah diperolehi . Setelah saya menunggu hampir dua bulan maka saya telepon ke pejabat maka diberitahu kelulusan lebih sebulan yang lepas . Ape ke halnya kata dah ada ISO tapi masih ada kes terlepas pandang macam ini .

Kes ini menyebabkan saya lambat menghatar permohonan kepada pejabat MPOB. Pertengahan bulan April 2012 baru saya berjaya submit borang permohohan saya kepejabat MPOB setelah bersusah payah mendaki pejabat YB YB ( Kenapa perlu ada rekomendasi dari YB baru borang boleh disubmitkan . Adakah ini telah menyalahi prosedur pejabat kerajaan . Saya cadangkan kerajaan kaji semula prosedur ini . Adakah ini menunjukkan ada campur tangan YB dalam urusan kerajaan . Sedangkan ini hanyalah urusan antara kerajaan dan rakyat ,Ruangan rekomendaasi tersebut hendaklah dari Ketua Kampung jer dah cukup .

Di pejabat MPOB daerah/zon pula permohonan saya telah diperam selama sebulan lebih tanpa diproses. Setelah saya menghubungi pegawai berkenaan dalam bulan pertengahan bulan Mei 2012 baru beliau kelam kabut mencari balik borang permohonan saya dan kemudian membuat appointment dengan saya untuk lawatan kebun 2 minggu selepas itu  dan awal bulan 6 baru permohonan saya dihantar ke pejabat wilayah .

Selepas lebih 3 minggu baru saya dapat pengesahan dari pejabat wilayah bahawa permohonan saya telah diterima iaitu hujung bulan Jun 2012.

Kemudian saya menunggu-menunggu dan terus menunggu keputusan permohonan saya dan akhir bila tiada perkhabaran maka pada September 2012 saya telah hubungi pegawai MPOB daerah dan dimaklumkan bahawa semua permohonan dari negeri ini belum diluluskan lagi. Hanya permohonan beberapa negeri lain yang diluluskan maka saya kena tunggu mesyuarat Lembaga MPOB seterusnya iaitu bulan Oktober 2012 . Kemudian pada bulan December 2012 saya hubungi pegawai MPOB dan alhamdulillah dimaklumkan bahawa permohonan saya telah diluluskan tetapi kali ini beliau nasihatkan saya untuk memohon membeli sendiri benih sawit kerana MPOB kekurangan benih sawit . Pemohonan ini memerlukan kelulusan dari pejabat wilayah iaitu prosesnya dalam 2 minggu . Saya tak hantar pun surat permohonan kerana di pegawai mengatakan bahawa kelulusan tak semestinya akan diperolehi . Jadi tak payah buang masa hantar surat tersebut . So saya tunggulah penghantaran anak benih dari sehari ke sehari akhirnya hanya selepas pilihanraya bulan May 2013 baru saya berjaya memperolehi anak benih yang dihantar dari satu nurseri di Johor . Puyooo lama tu . Dah beberapa kali tanah saya tebas samaada menggunakan jentera atau upah orang untuk cuci tanah dan meracun . Pagar pun dah banyak rosak kerana hampir setahun pagar dah siap maka baru bantuan benih sampai . Dalam tempoh 3 hari benih sampai maka terus saya tanam anak sawit tersebut . 2 hari siap tanam  dengan menggunakan kederat 3 orang tenaga buruh indonesia dengan upah RM3 sepokok .
Selepas siap diatnam maka pegawai MPOB datang tanah saya untuk ambil gambar bagi urusan laporan dan pembayaran geran tunai . tapi sehingga hari ini Ogos 2013 saya masih belum dapat geran tunai tersebut .

Jadi nasihat saya jika ingin membuat penanaman semula atau baru rancangkan setahun lebih awal dengan memebuat persediaan-persediaan seperti diatas :

1. Pastikan geran telah ditukar syarat kepada sawit dahulu .
2. pastikan jangan tebangkan dulu sawit atau getah atau hutan tunggu sehingga permohonan lulus dulu kalau tidak nanti anda rugi sebab tanah naik hutan semula.

Saya minta maaf kepada MPOB mungkin orang lain mengalami pengalaman yang lebih mudah bila berurusan dengan MPOB tapi inilah pengalaman saya.

KES 2 :

Saya ke pejabata RISDA selepas hari raya puasa  iaitu penghujung Ogos 2012 untuk mohon bantuan tanam baru Sawit di pejabat RISDA daerah dan telah diterangkan semua prosedur yang perlu saya ikuti termasuk jenis-jenis bantuan dan fund yang ada bagi setiap bantuan tersebut . Antara malumat saya dapat ialah :

1. Semua permohonan perlu dihantar melalui pejabat Stesyen Risda dimana tanah anda berada . Untuk maklumat anda setiap daerah ada beberapa stesen RISDA yang beroperasi bagi memberi bantuan kepada kawasan masing masing . Mungkin setiap daerah ada 3-6 stesen bergantung keluasan daerah dan pekebun kecil.

2. Antara penernagan pegawai disini lagi ialah :

a.. bantuan Tanama Semula Getah untuk tahun ini masih ada samada bantuan tanam semula atau tanaman baru.
b. bantuan tanaman sawit untuk tahun ini telah habis .

3. Beliau kemudian telah memberi sekeping borang dan menerngkan syarat untuk dilampirkan bersama borang iaitu :
1. Borang yang telah lengkap diisi ( tak perlu tandatangan YB YB )
2. Salinan Geran tanah
3. Salinan Buku Akuan Bank
4. Salinan Kad Pengenalan

itu sahaja .

Setelah lengkap semua syarat tersebut lengkap maka hari itu juga saya hantar borang permohonan ke stesen yang berkenaan.

Dalam tempoh tak sampai seminggu pegawai yang bertanggungjawab telah hubungi saya untuk buat lawatan ke kebun dan dalam masa tak sampai sebulan duit bantuan telah berada dalam akaun saya ... Hah terkejut beruk saya . CEPATNYA !!!!! . Dan kemudian sebulan selepas itu anak benih getah pun sampai di kebun saya . terkejut beruk lagi saya ....CEPATNYA !!!!....

Jadi nasihat saya . anda betul betul kena bersiap sedia utk memastikan urusan pembersihan tanah dan penanaman berjalan dengan lancar jika ingin memohon bantuan RISDA . Tahniah kepada pegawai RISDA dan agensi RISDA secara keseluruhan .

CADANGAN .

Sebagai Pekebun Kecil saya ingin mencadangkan agar prosedur pemohonan oleh MPOB di permudahkan seperti mana prosedur RISDA . Saya tahu dan tak salahkan Pegawai TUNAS dan Wilayah , mungkin ada pelbagai kekangan di pihak MPOB tapi harap pihak pengurusan MPOB boleh cuba perbaiki prosedur tersebut . Atau mungkin juga Budget tak cukup ?

Sekian .

Yang Benar

Anaconda Si Pekebun Kecil


usahawantani.com

Read more...

Gempa Bumi Melanda Kedah


20/08/2013 10:28am

KUALA LUMPUR - Gempa bumi lemah berukuran 3.8 pada skala Ricther melanda Kupang di Kedah pada 8.26 pagi ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.
Gempa bumi itu berpusat di 11 kilometer selatan Baling dan gegaran kesan boleh dirasai di sekitarnya, menurut kenyataan jabatan itu di sini. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0820&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_01.htm#ixzz2cTwgk0QP 
Hakcipta terpelihara

usahawantani.com

Read more...

Daftar Ahli Usahawantani

Followers

IKLAN 1

Ruang iklan untuk disewa

IKLAN 2

Ruang Iklan untuk disewa
PELUANG KERJASAMA

Pihak Portal Usahawantani.com dan Akademi Usahawantani sedang dalam proses menyemak dan menilai kembali kursus-kursus UsahawanTani yang dianjurkan oleh pihak kami . Kami menjemput semua pengusaha-pengusaha yang berpengalaman ATAU baru dalam mengendalikan kursus-kursus usahawantani untuk berkerjasama atau menjadi panel kami . Sila hantarkan proposal anda kepada Pengurus Akademi UsahawanTani di email akademi@usahawantani.com . Maklumat yang mesti ada dalam proposal anda ialah :
1. Nama Anda / Syarikat
2. Alamat
3. Bidang UsahaTani
4. Kandungan Kursus
5. Bilangan Hari
6. Kos Kursus
7. Lokasi Kursus
8. Pengalaman
9. Cadangan kaedah kerjasama (option)


Daftar Ahli Usahawantani

Borang Pendaftaran

Nama
Email
No Handphone (e.g 019-1234567)
Lokasi (e.g Bandar/Negeri)
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ]


Nota : Selepas menekan butang 'Daftar' sila lihat email anda untuk kepastian bahawa pendaftaran anda telah diterima oleh pihak kami.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP