10 March 2009

Ahmad Si Penanam Cili part 1


Pada cuti maulidur rasul baru ini wartawan usahawantani.com telah berjaya menjejaki Ahmad Si Penanam Cili untuk mengetahui perkembangan terkini ladang cili beliau . Malangnya kedatangan kami ke ladang Ahmad telah terlewat dua hari kerana Ahmad baru sahaja menebang pokok-poko cilinya . Apabila ditanya kenapa , Ahmad mengatakan bahawa pokok cili yang ada diladangnya sekrang sudah tidak ekonomi untuk di teruskan penjagaanya . Hasil sekarang ini hanya lebih kurang 50kg sehari dan gred cili juga sudah jatuh ke gred B dan C yang menyebabkan harganya yang rendah diambil oleh pemborong , kos pembajaan dan kawalan serangga dan kulat yang tinggi juga sudah tidak ekonomik untuk dipertahankan pokok tersebut . Ketika ditemui Ahmad dan 6 orang pekerjanya sedang sibuk meracun rumpai di tapak asal pokok cili tersebut dan memasang pagar baru. Menurut Ahmad , beliau baru sahaja selesai menanam sebanyak 4000 anak pisang diantara batas pokok cili tersebut dan diatas bataas tersebut akan ditanam dengan labu f1 dalam sehari dua lagi.

Disekeliling ladang beliau banyak sekali pohon cili yang telah ditebang dan menunggu kering untuk dibakar bagi memastikan kulat dan virus tidak membiak dipokok cili tersebut .

Disebelah ladang beliau sekarang ini terdapat dua buah traktor sedang sibuk membajak tanah dan membuat batas . Dianggarkan dalam 5 ekar . ketika ditanya Ahmad mengatakan bahawa beliau akan menanam cili kulai yang sedang beliau semai sekarang ini di tapak tersebut . Kami juga meninjau sekitar rumah semaian dan mendapati hampir 15,000 pokok cili sedang disemai disitu .

Ahmad juga telah membawa kami meninjau ladang kawannya disebelah yang telah ditanam pokok bendi yang berkeluasan sekitar 5 ekar . Pokok bendi kepunyaan En Bakri itu sedang mula berbunga dan dijangkakan dalam tempoh sebulan dua akan mula mengeluarkan buah dan boleh dituai.

Selepas itu Ahmad telah membawa kami ke satu lagi ladangnya yang berkeluasan sekitar 6 ekar yang juga baru sahaja selesai dibajak tapi belum lagi dibuat batas kerana hujan pada hari sebelumnya menyukarkan traktor untuk membuat batas . Disini Ahmad berkata bahawa beliau akan menanam pokok terung bulat yang saya lihat disemai di tapak semaian beliau disitu yang sudah berusia 1 bulan dan siap sedia untuk dialihkan ke atas batas-batas.


Dalam perjalanan pulang kami telah dibawa meninjau ladang pisang berangan kepunyaan En Bakri yang telah berbuah.

Marilah kita berdoa semoga usaha Ahmad dan rakan-rakannya ini akan terus berjaya seperti tanaman cilinya pada musim pertama dahulu.

Seperti usahanya yang pertama dahulu pada kali ini Ahmad juga berkongsi ladang ini dengan rakannya Abdul Latif Yusof dan Ahmad Shukeri Idris .

usahawantani.com

02 March 2009

Proton Exora

Salam . Kepada usahawantani-usahawantani yang berhajat nak besarkan ladang dan nak keluarkan hasil ladang tapi dah tak cukup ruang bonet kereta salon apa kata tukar kepada PROTON EXORA ... kalau tengok pada spek tak rasmi ni .. seat dia boleh lipat dan menghasilkan ruang yang besar untuk isi hasil-hasil ladang .... disamping untuk kegunaan famili bole digunakan untuk letakkan hasil2 ladang kita .. he he ... tapi ini semua hanyalah ilusi sahaja yang saya dapat dari beberap laman web ..... spek sebenar kena tunggu proton keluarkan secara rasmilah ...

ini gambar aku ambil dari paultan.org
ini gambar aku ambil dari proton-edar.com.my
ini gambar aku ambil dari paultan.org

ini gambar aku ambil dari paultan.org
ini gambar aku ambil dari paultan.org

usahawantani.com

Anna - Sufiah Malaysia ?

Aku pasti entry ini akan mendapat hit yang tinggi disebabkan tajuknya dan cerita ini telah didedahkan oleh Kosmo semalam (1 Mac 2009). Tetapi siang-siang lagi aku cakap, gambar bogel minah yang dikatakan 'sufiah malaysia' itu tidak akan ditampal di sini walaupun sekelumit. minta maaf la kawan-kawan yang teringin nak tengok gambar tu.Aku sebenarnya tak pernah tengok web log ni . memang terdetik untuk mencari blog ini tetapi memikirkan ia tidak memberi faedah dan dapat dosa free je maka aku tak layari dan tak mahu tahu apa isi ceritanye yang sebenar. Apa yang aku tahu , aku nak korang yang ada fikiran nak lihat web tersebut supaya padamkanlah niat tersebut ... apa kata korang fikirkan macam mana nak tingkatkan ekonomi kita dalam keadaan ekonomi yang meleset sekarang dan dengan layari web http://www.usahawantani.com/ ini harap-harap korang adalah idea camner nak rancang aktiviti pertanian korang he he he ... sori la ye .

usahawantani.com