Update
Lama dah saya tak menulis disini . Kesibukan di pejabat dan dan acara pelbagai NGO yang disertai serta aktiviti bertani menyebabkan jarang saya berkesempatan untuk mengupdate blog ini .
Untuk pengetahuan teman-teman seTani. Ladang cili saya telah bertukar wajah dari dipenuhi dengan phon cili sekarang ini sudah mula dipenuhi dengan pokok pisang dan buah labu . Selepas sahaja habis kutipan cili dalam bulan Fenruari dahulu terus kami tanam pula benih labu dan pisang berangan . Pisang sudah 3 hingga 4 kaki tinggi sementara labu sudah matang dan sudah mula dijual kepada pemborong . harga labu sekrang ini dalam lingkungan 60sen sekilo . alhamdulillah . Pisang dalam bulan 12 baru boleh kutip hasil .
Sementara itu dengan sedikit keuntungan hasil cili dulu maki telah buka 5 ekar ladang terung pula dan sekrang terung telah mula mengeluarkan hasil dan mula dijual . Sementara itu ladang cili seluas 5 ekar dalam proses penanaman kebatas dari tapak semaian dan dijangkakn hasil boleh dikutip dalam bulan oktober nanti .
Untuk makluman semua harga sayur sekrang ini jatuh merudung . Harga cili diladang sekrang hanya rm1.60 sementara timun hanya RM0.20 sekilo . hanya harga bendi dan terung sahaja yang masih ok .
usahawantani.com