Pihak usahawantani.com mempelawa semua petani penternak , nelayan dan peniaga berkaitan tani untuk menggunakan perkhidmatan blog usahawantani.com. Anda boleh mengiklan produk anda dilaman ini secara percuma . Marilah sama-sama kita memajukan industri asas tani ini . Hantarkan skrip atau banner iklan anda ke iklan@usahawantani.com Kami akan siarkan iklan anda di blog ini. Anda juga digalakkan untuk mendaftar sebagai pengguna laman usahawantani.com . Sebagai pengguna berdaftar anda akan sentiasa mendapat maklumat terkini dari kami . Sekian . Pentadbir @ Pulau Tawar Jerantut Pahang

26 September 2017

Puisi Maharaja China Yang Memuji Islam dan Muhamad Yang Tersimpan di China

Tahukah anda bahawa Puteri hang Li Po telah diutuskan oleh maharaja China melalui Laksamana Ching Ho untuk dikhawinkan dengan Sultan Melaka . 

Siapa Maharaja China tersebut . ?

Beliau adalah Maharaja Dinasti Ming bernama  Zhu Yuanzhang Dia dipercayai mempunyai 10 orang Laksamana iaitu antaranya Chang Yuchun , Lan Yu , Ding Dexing , Mu Ying , Feng Sheng dan Hu Dahai dan dipercayai juga isteri Maharaja iaitu Hong-Wu  adalah dari keturunan muslim . 

Ada yang mengatakan beliau adalah seorang muslim berdasarkan puisi yang puisi bertajuk Baizi Zan yang ditulis oleh beliau . Puisi ini ditulis dalam bahasa cina dan banyak digantung di masjid-masjid sekitar China.

Apakah itu puisi Baizi Zan? 

Baizi Zan ialah puisi seratus perkataan memuji Nabi Muhammad SAW. Puisi ini terpahat di banyak masjid-masjid di China. 

Inilah terjemahan mudah bait bait puisi tersebut :

Bermulanya alam semesta, langit sudah pilih namanya.

Nabi hebat berdakwah, sudah pun lahir di Barat.

Dikurniakan kitab dari langit, 30 juzuk, mengislahkan setiap yang hidup.

Guru berjuta raja, ketua beribu wali.

Dengan bantuan langit, rakyat dibela.

Dengan solat 5 waktu, didoakan keamanan semua.

Hati ikhlas kepada Tuhan, hak orang miskin diperkasakan.

Rakyat diselamatkan dari keperitan, kezaliman ditelanjangkan.

Berjiwa unggul, maksum.

Rahmat bagi alam, jalannya terbaik dulu kini selamanya.

Menidakkan yang palsu, kembali kepada yang satu

Itulah Islam, jelas dan benar.

Muhammad adalah termulia, terpuji.

Baizi Zan telah menggunakan perkataan Zhenzhu yang membawa makna Tuhan. Perkataan ini sesuai dengan konsep Rabb dalam Islam. Gabungan antara konsep Tian (Langit) dan konsep Zhenzhu (Tuhan) adalah usaha untuk memperkenalkan ajaran Islam dengan istilah-istilah Confucian.

Kita juga lihat tersirat dua kalimah syahadah pada penghujung puisi. Ayat “Menidakkan yang palsu, kembali kepada yang Satu” sebenarnya menyerupai struktur kalimah syahadah “Tiada tuhan melainkan ALLAH” kerana ia bermula dengan penafian menidakkan kepalsuan dan berakhir dengan ikrar kembali kepada yang Satu. 

Syahadah juga bermula dengan penafian tuhan-tuhan yang palsu dan berakhir dengan ikrar wujudnya ALLAH, Tuhan yang Satu.

Ayat terakhir “Muhammad adalah termulia, terpuji” adalah ayat ikrar terhadap wibawa Nabi SAW sebagaimana kalimah syahadah yang kedua adalah ikrar tentang wibawa Muhammad sebagai Rasulullah.
Mungkinkah maharaja mengisyaratkan syahadahnya secara tersirat melalui puisi Baizi Zan?

usahawantani.com

Read more...

Daftar Ahli Usahawantani

Followers

IKLAN 1

Ruang iklan untuk disewa

IKLAN 2

Ruang Iklan untuk disewa
PELUANG KERJASAMA

Pihak Portal Usahawantani.com dan Akademi Usahawantani sedang dalam proses menyemak dan menilai kembali kursus-kursus UsahawanTani yang dianjurkan oleh pihak kami . Kami menjemput semua pengusaha-pengusaha yang berpengalaman ATAU baru dalam mengendalikan kursus-kursus usahawantani untuk berkerjasama atau menjadi panel kami . Sila hantarkan proposal anda kepada Pengurus Akademi UsahawanTani di email akademi@usahawantani.com . Maklumat yang mesti ada dalam proposal anda ialah :
1. Nama Anda / Syarikat
2. Alamat
3. Bidang UsahaTani
4. Kandungan Kursus
5. Bilangan Hari
6. Kos Kursus
7. Lokasi Kursus
8. Pengalaman
9. Cadangan kaedah kerjasama (option)


Daftar Ahli Usahawantani

Borang Pendaftaran

Nama
Email
No Handphone (e.g 019-1234567)
Lokasi (e.g Bandar/Negeri)
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ]


Nota : Selepas menekan butang 'Daftar' sila lihat email anda untuk kepastian bahawa pendaftaran anda telah diterima oleh pihak kami.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP