Pihak usahawantani.com mempelawa semua petani penternak , nelayan dan peniaga berkaitan tani untuk menggunakan perkhidmatan blog usahawantani.com. Anda boleh mengiklan produk anda dilaman ini secara percuma . Marilah sama-sama kita memajukan industri asas tani ini . Hantarkan skrip atau banner iklan anda ke iklan@usahawantani.com Kami akan siarkan iklan anda di blog ini. Anda juga digalakkan untuk mendaftar sebagai pengguna laman usahawantani.com . Sebagai pengguna berdaftar anda akan sentiasa mendapat maklumat terkini dari kami . Sekian . Pentadbir @ Pulau Tawar Jerantut Pahang

30 April 2008

Pembenihan Ikan Keli Teknik Aruhan




Bak kata orang, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu, begitulah dengan usahawan muda yang baru ‘bertatih’ ini. Walaupun baru enam bulan bergiat dalam industri pembenihan ikan air tawar - keli dan tilapia, Shahrul Redzuan Abd. Majid, 26, boleh digelar usahawan berjaya.
Selepas menghadiri kursus anjuran lebih enam bulan lalu, usahawan muda berkenaan tidak menoleh ke belakang lagi.
Berbekalkan pengalaman menjual telefon bimbit di salah sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur selama lebih dua tahun, Shahrul berubah arah kepada ternakan ikan air tawar - keli dan tilapia di atas tanah kerajaan di Gombak, Selangor.
“Ketika itu pendapatan hasil ternakan ikan memang menggalakkan tetapi ada kalanya saya sukar mendapatkan bekalan benih.
“Kadang-kadang saya terpaksa membiarkan kolam kosong selepas ikan habis dituai kerana putus bekalan benih,” katanya semasa ditemui di tapak pembenihan ikan air tawarnya di tanah seluas satu ekar di Telok Gong, Pandamaran, Kelang, Selangor.
Walaupun kehilangan ibu dan ayahnya semasa berusia 15 tahun ini dan meninggalkan persekolahan setakat Tingkatan Empat, bukan bererti Shahrul tidak boleh meletakkan dirinya sebagai usahawan berjaya.
Dengan galakan dan sokongan rakan sekolahnya Mohd. Alif Parjan, 25, graduan jurusan kejuruteraan Universiti Teknologi Mara (UiTM) - dua anak muda dengan latar belakang pendidikan berbeza ini mengambil keputusan mengusahakan industri pembenihan ikan air tawar secara kecil-kecilan.
“Walaupun saya telah menghadiri kursus selama dua hari mengenai pembenihan ikan air tawar tetapi untuk untuk mengkomersialkannya bukan semudah yang disangkakan.
“Pada mulanya saya terpaksa mencuba lebih lima kali teknik aruhan sebelum telur-telur ikan berjaya disenyawakan.
“Sampai sekarang saya tidak tahu apa silapnya tetapi sifat tidak putus asa menyebabkan saya dan Alif terus mencuba sehingga berjaya,” katanya yang memelihara 200 ekor induk keli betina.
Shahrul menambah, bagi seekor ikan keli betina yang beratnya satu kilogram boleh menghasilkan sehingga 50,000 telur untuk disenyawakan dengan kadar kejayaan hidup boleh mencapai sehingga 80 peratus.
Hanya memelihara induk betina, Shahrul membeli keli jantan dari pasar memandangkan haiwan itu akan dikorbankan semasa mengambil sperma yang terletak di bahagian tulang belakang ikan.
Bagaimanapun induk betina digunakan sekali saja kerana ia hanya akan menghasilkan telur semula selepas enam bulan.
“Sekarang ramai yang menggunakan kaedah aruhan memandangkan peratusan benih yang hidup lebih tinggi berbanding cara semula jadi,” katanya yang bergiat dalam pembenihan ikan memandangkan tidak ramai yang berminat menceburinya atas alasan kerjanya yang remeh.
Buat masa ini, Shahrul berupaya mengeluarkan sehingga 500,000 anak benih keli dan tilapia bergantung kepada permintaan pelanggan.
Jika anak benih keli dihasilkan menerusi aruhan, anak benih tilapia pula dihasilkan menggunakan kaedah inkubator bagi mendapatkan kadar hidup yang lebih tinggi.
Kaedah inkubator telah berjaya digunakan dengan jayanya bagi menghasilkan ikan tilapia yang kemudian diasuh bagi mendapatkan ikan monoseks yang lebih lebih cepat membesar dan boleh dituai
Menyentuh mengenai pasaran, bapa kepada seorang anak ini berkata, beliau menerima tempahan daripada bekas-bekas peserta kursus dengannya yang berminat menjalankan ternakan ikan air tawar.
“Walaupun saya tidak mencari pasaran tetapi permintaan yang diterima sangat menggalakkan sehingga tidak dapat dipenuhi,” katanya.
Merancang masa depan Shahrul bercadang meluaskan industri pembenihan ikan air tawar dan meneruskan kesinambungan ternakan ikan yang ditinggalkan sebelum ini.
“Dan jika simpanan saya mencukupi, insyaallah saya akan membuka kolam pancing pula,” katanya yang amat meminati industri perikanan.




usahawantani.com

Read more...

24 April 2008

Kursus Ternakan Lintah


KURSUS TERNAKAN LINTAH SECARA KOMERSIL

SYARIKAT KAMI AKAN MEMASTIKAN PESERTA KURSUS BERPUAS HATI DENGAN KURSUS DAN PERKHIDMATAN YANG KAMI TAWARKAN

OBJEKTIF KURSUS

a) Mempelajari dan memahami secara terperinci kitaran hidup, habitat dan spesis lintah yang betul untuk diternak
b) Memahami dan mengenalpasti sistem, kaedah dan syarat-syarat asas, dan cara terbaik dalam pemeliharaan dan pembiakan lintah
c) Mempelajari secara praktikal dan melihat dengan lebih jelas proses ternakan lintah di ladang ternakan
d) Menarik Pelabur-pelabur untuk perlaksanaan ternakan lintah secara ladang berkelompok

KAMI JUGA MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN MENDAPATKAN PINJAMAN KEPADA PARA PESERTA.

PARA GRADUAN AMAT DIGALAKKAN MENYERTAI KURSUS INI. KHIDMAT DAN BIMBINGAN AKAN SENTIASA KAMI DIBERIKAN

Untuk Mendapatkan Maklumat Lebih Lanjut Sila Hubungi

SAHRIL (016-2175953)
srrv.my@gmail.comhttp:\\srrv.my.googlepages.com




usahawantani.com

Read more...

Kursus Tanaman Jagung Manis Hibrid























LAGI GAMBAR KLIK SINI


Kursus Penanaman Jagung Manis Hibrid

Penanaman jagung Hibrid kurang diceburi oleh orang melayu . Penanaman Jagung hibrid kebanyakannya dikuasai oleh petani dari kalangan bangsa cina . Hasil tanaman jagung hibrid dalam jangkamasa 2 bulan boleh menceah sebanyak RM 12 000 hingga RM 15 000 1 ekar, penanaman jagung manis hibrid boleh memberi pulangan yang agak lumayan. Kursus intensif selama 1 hari akan diadakan kepada yang berminat.

Lokasi Kursus: Ladang GreenFarm Resources , Kg. Pangsun, Hulu Langat
Tarikh: 24 dan 25 Mei 2008 (pilih salah satu tarikh)
Yuran: RM 250 (termasuk makan dan minum, nota, kertas kerja, kit percubaan, sijil)

Kepada yang berminat sila daftar di ruang pendaftaran berikut : klik sini PENDAFTARAN

Setiap sessi kursus hanya maksimum 10 orang sahaja.

Terima Kasih


PANDUAN MENANAM JAGUNG

PENYEDIAAN TANAH


Di Ladang :


Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22cm (6-9 in). Sekiranya tanah senang bertakung air, penanaman hendaklah dilakukan di atas batas yang berukuran 30cm ( 12 in) lebar, 22cm (9in) tinggi dan panjangnya mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas ialah 45 cm (18 in). Gunakan 300 biji benih bagi kawasan seluas 300m (3200 kaki) persegi.


Dalam Pasu dan Bekas :


Gunakan yanah campuran yang mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir. Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm (2 in) dari permukaan pasu.

PENANAMAN


Di Ladang :


Semai 2 atau 3 bii benih terus ke batas sedalam 2.5 cm ( 1 in ). Jarak tanaman ialah 75 cm ( 30 in) antara barisan dan 30 cm ( 12 in ) antara pokok. Penjarangan di buat 2 minggu selepas menanam dengan meninggalkan satu pokok yang sihat sahaja selubang.

Dalam Pasu dan Bekas :


Semai 2 biji terus ke dalam pasu sedalam 2.5 cm. Penjarangan anak pokok dilakukan 2 minggu selepas menanam. Tinggalkan satu pokok sahaja sepasu.

PEMBAJAAN

Di Ladang :

Tabur baja NPK Blue Special (12:12:17:2) sepanjang baris pada minggu ke 2,3 dan 4 selepas

menanam. Setiap kali menabur dengan kadar 10 kg baja untuk setiap 300 m persegi.

Dalam Pasu dan Bekas :


Tabur 1 sudu the (5 g) NPK Blue Special (12:12:17:2) sepasu setiap minggu.

PENGAIRAN


Di syorkan penyiraman dilakukan 2 kali sekali pada musim panas.

MERUMPUT


Kawal rumpai sepanjang masa. Kerja merumput biasanya dilakukan dengan tangan atau cangkul.

MENGAWAL SERANGGA DAN PENYAKIT

Sembur racun serangga jika perlu.

MEMUNGUT HASIL

Hasil mula dituai 10 minggu selepas ditanam. Kira-kira 900 hingga 1200 tongkol boleh di dapati dari kawasan seluas 300 m persegi.

Kaedah diatas adalah secara asas bagi tanaman jagung yang biasa diusahakan oleh petani . Bagi anda yang ingin mengoptimakan pendapatan adalah digalakkan mengusahakan kaedah tanaman jagung hibrid yang boleh memberi lebih hasil semusim .


Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti kursus tanaman jagung hibrid . Daftar Segera : Pendaftaran


Nota :





usahawantani.com

Read more...

15 April 2008

E-BOOK CILI FERTIGASI




usahawantani.com

Read more...

06 April 2008

Kursus Tanaman Jagung Manis Hibrid 2

Super Sweet Corn - Bright Jean 1357

Ladang Jagung Manis GreenFarm Resources di Kg Hulu Pangsun , Ulu Langat , Selangor






Beberapa peserta kursus Jagung Manis pada sesi yang lalu




Traktor milik GreenFarm Resources khas untuk projek Jagung Manis

Enaknya menikmati makanan tengahari selepas penat mengikuti praktikal di ladang




usahawantani.com

Read more...

04 April 2008

FAMA sasar Rm1 Juta Jualan mangga sala

KANGAR 1 April – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) meletakkan sasaran urusniaga sehingga RM1 juta bagi mempelam sala di Perlis.
Timbalan Ketua Pengarahnya, Nordin Ahmat berkata, sasaran urusniaga itu boleh dicapai menerusi pelaksanaan kemudahan rantaian pemasaran seperti pusat-pusat operasi urusniaga yang telah disediakan di seluruh negara.
Pusat-pusat operasi itu, katanya, termasuk pasar tani, pasar borong, desaraya dan pasar tani kekal selain para usahawan gerai buah-buahan di seluruh negara.
“Rangkaian pemasaran ini merupakan antara destinasi pemasaran bagi hasil-hasil pertanian yang dihasilkan oleh golongan sasar khususnya di luar bandar.
“Justeru, pengeluaran hasil pertanian di Perlis perlu ditingkatkan sekali gus dapat mengimbangi kadar import negara,” katanya pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) Kontrak Pemasaran Mempelam Sala antara FAMA dengan peserta Projek Mempelam Sala Chuping di sini semalam.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Sabry Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri Chuping, Mansor Jusoh, Pengarah FAMA Perlis, Muslim Manja dan Pengarah Jabatan Pertanian negeri, Abdul Razak Shapie.
Kontrak pemasaran itu adalah yang kedua disertai FAMA tahun ini di Perlis selepas perjanjian kontrak pemasaran nangka madu dengan peserta dari Pertubuhan Peladang Kawasan Mata Ayer yang dimeterai baru-baru ini.
Sebanyak 84 peserta menyertai projek berkenaan yang melibatkan kawasan tanaman seluas 67.9 hektar di Chuping dengan pengeluaran tahun ini dianggarkan sebanyak 400 tan metrik.
Kontrak itu adalah sebagai jaminan kepada bekalan yang dihasilkan oleh petani kepada lembaga itu yang mengatur pasaran dengan agen pemasaran seperti pasar raya Carefour, Tesco, Giant dan sebagainya.
Nordin berkata, bermula bulan lalu, FAMA telah membeli sebanyak 40 tan metrik mempelam sala yang kemudian dipasarkan ke Singapura, Johor Bahru dan Seremban.
usahawantani.com

Read more...

Tanaman Mangga Sala


Bukan mudah bagi petani yang telah lama menggunakan kaedah lama untuk berubah menggunakan teknologi terkini yang belum dilihat keberkesanannya walaupun boleh mendatangkan hasil yang lebih memberangsangkan.
Pemindahan teknologi bukanlah sesuatu yang mudah diterima oleh petani terutama apabila ia mengubah cara pertanian yang telah diikuti sejak zaman-berzaman.
Inilah yang berlaku dengan Hamid Sharif, 61, yang pada mulanya endah tidak endah dengan kaedah penanaman mangga Sala yang diperkenalkan oleh pihak Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) lebih kurang lima tahun lalu.
“Memang sukar untuk saya membenarkan pokok mangga yang berdaun lebat yang ditanam lebih 10 tahun lalu dicantas hampir seluruh pokok selepas hasilnya dituai.
“Tetapi selepas dipujuk dan pihak MARDI memberi jaminan akan memberikan ganti rugi jika pokok mangga ini tidak mengeluarkan hasil, saya terpaksa akur dengan membenarkan satu hektar saja kebun sebagai kajian," katanya semasa ditemui di ladangnya di Kampung Bilal Huduh, Perlis, baru-baru ini.
Hamid menambah, pada mulanya beliau hanya melihat kaedah cantasan yang dilakukan dengan sedih memandangkan hampir semua ranting dan dahan dicantas.
Selepas itu baja dibubuh di sekeliling pangkal pokok bagi mengembalikan nutrien kepada tanaman berkenaan.
Apabila pokok telah mengeluarkan pucuk separuh matang, hormon penggalak bunga dibancuh dan disiram di sekeliling pangkal pokok bagi menggalakkan pengeluaran bunga di luar musim.
Setelah pokok mula mengeluarkan bunga, baja penggalak buah pula ditabur pada pokok bagi menggalakkan pengeluaran buah.
Hamid menambah pada tahun pertama pengeluaran sehektar dengan 257 pokok mangga di ladangnya meningkat daripada sembilan tan sebelum menggunakan kaedah berkenaan kepada 16 tan.
Meningkat
“Saya merasa amat gembira dengan hasil tanaman yang meningkat hampir sekali ganda walaupun baru tahun pertama melaksanakan kaedah yang disarankan oleh MARDI," katanya.
Pada tahun kedua, Hamid mula mencantas dahan dan ranting tanamannya dengan kerjasama dan tunjuk ajar pihak MARDI.
“Cantasan yang betul bukan saja memberikan 'bentuk' kepada tanaman tetapi juga memudahkan saya mengutip hasil.
“Pokok yang rendah dan daun yang kurang menyebabkan nutrien akan berkumpul pada buah sekali gus meningkatkan hasil tanaman," katanya yang gembira dengan hasil tanamannya.
Kebunnya yang kini dikenali sebagai Projek Perintis Pengeluaran Mangga Terancang MARDI telah menjadi ladang contoh di negeri Perlis.
Pokok yang rendah dan kurang daun kata Hamid, lebih mudah diuruskan kerana tidak menjadi habitat serangga perosak yang gemarkan tempat gelap dan tersorok.
Justeru, serangan serangga perosak dan penyakit dapat diminimumkan dan mengurangkan penggunaan racun serangga dari 3,000 liter kepada 1,000 liter setahun.
Jika dulu Hamid mengambil masa seminggu untuk melakukan kerja-kerja menyembur racun serangga, kini beliau hanya menghabiskan masa tiga hingga empat jam untuk kerja yang sama.
“Kini dengan kaedah yang digunakan, saya dapat berjimat dalam penggunaan racun serangga,” katanya.
Hamid menambah, beliau yang teruja dengan kaedah yang diperkenalkan oleh MARDI mula melaksanakannya pada tahun kedua dan seterusnya.
“Setiap tahun saya mencatatkan hasil tanaman yang semakin bertambah tahun demi tahun.
“Tahun kedua hasil tanaman saya meningkat kepada 25 tan, selepas itu ia terus meningkat kepada 30 tan, 45 tan dan 50 tan setahun pada tahun lalu bergantung kepada cuaca.
“Hampir semua jenis mangga memerlukan cuaca kemarau semasa berbunga bagi memastikannya boleh berputik dan menghasilkan buah,” katanya cukup berpuas hati dengan hasil tanamannya.
Walaupun telah berjaya melampaui sasaran yang ditetapkan, ramai yang tidak percaya dengan hasil yang didapati.
Hamid menambah, setelah satu hektar tanamannya menampakkan hasil, beliau mula mengaplikasikan kaedah berkenaan kepada kebun mangganya yang lain.
“Sehingga kini ramai yang tidak percaya dengan hasil yang saya dapat setiap kali tuaian,” katanya yang amat berbangga dengan hasil tanamannya.
Tidak lokek dengan ilmu, Hamid bersedia memberikan tunjuk ajar bagi kaedah dan cara yang betul mengenai cara mencantas, pembajaan dan hormon bagi petani yang perlukan khidmat nasihat.
Bagaimanapun, beliau menekankan petani yang mahu menggunakan kaedah berkenaan perlu mempunyai disiplin yang tinggi dan perlu mengikut seperti yang diarahkan.
usahawantani.com

Read more...

Daftar Ahli Usahawantani

Followers

IKLAN 1

Ruang iklan untuk disewa

IKLAN 2

Ruang Iklan untuk disewa
PELUANG KERJASAMA

Pihak Portal Usahawantani.com dan Akademi Usahawantani sedang dalam proses menyemak dan menilai kembali kursus-kursus UsahawanTani yang dianjurkan oleh pihak kami . Kami menjemput semua pengusaha-pengusaha yang berpengalaman ATAU baru dalam mengendalikan kursus-kursus usahawantani untuk berkerjasama atau menjadi panel kami . Sila hantarkan proposal anda kepada Pengurus Akademi UsahawanTani di email akademi@usahawantani.com . Maklumat yang mesti ada dalam proposal anda ialah :
1. Nama Anda / Syarikat
2. Alamat
3. Bidang UsahaTani
4. Kandungan Kursus
5. Bilangan Hari
6. Kos Kursus
7. Lokasi Kursus
8. Pengalaman
9. Cadangan kaedah kerjasama (option)


Daftar Ahli Usahawantani

Borang Pendaftaran

Nama
Email
No Handphone (e.g 019-1234567)
Lokasi (e.g Bandar/Negeri)
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ]


Nota : Selepas menekan butang 'Daftar' sila lihat email anda untuk kepastian bahawa pendaftaran anda telah diterima oleh pihak kami.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP