Pihak usahawantani.com mempelawa semua petani penternak , nelayan dan peniaga berkaitan tani untuk menggunakan perkhidmatan blog usahawantani.com. Anda boleh mengiklan produk anda dilaman ini secara percuma . Marilah sama-sama kita memajukan industri asas tani ini . Hantarkan skrip atau banner iklan anda ke iklan@usahawantani.com Kami akan siarkan iklan anda di blog ini. Anda juga digalakkan untuk mendaftar sebagai pengguna laman usahawantani.com . Sebagai pengguna berdaftar anda akan sentiasa mendapat maklumat terkini dari kami . Sekian . Pentadbir @ Pulau Tawar Jerantut Pahang

20 May 2011

Panduan Penanaman Cili Kulai Secara Konversional

Pengenalan
cili ialah sejenis sayuran berbuah yang popular di kalangan penduduk Malaysia. Ia dipercayai berasal dari Mexico dan America Selatan, tetapi sekarang ditanam disemua negeri beriklim tropika. Cili yang dikenali juga sebagai lada atau cabai, kebanyakan ditanam di kawasan tanah rendah.
  • Di Semenanjung Malaysia, kawasan-kawasan pengeluar terutama cili ialah Perak, Johor dan Kelantan

Kultivar yang disyorkan
1. MARDI MC11: Pedas
  • berhasil tinggi (17-24 mt/ha)
  • mengeluarkan hasil 10 minggu selepas ditanam
  • pemetikan hasil sebanyak 30 kali semusim dan ia berbuah secara berterusan.
  • kandungan pepejal sebanyak 20% yang sesuai untuk kegunaan pemprosesan
  • toleran terhadap penyakit anthraknos (7% jangkitan) dan penyakit hawar pucuk Choenophora

2. MARDI MC12
  • Sederhana pedas, mempunyai ciri masak serentak dan matang awal
  • Hasil tinggi 15-25 mt/ha
  • Ia mengeluarkan hasil 7 minggu selepas ditanam dan sangat produktif cepat matang tahan penyakit dan penuaian selang 5 hingga 6 hari sekali.

3. CILIBANGI-1: untuk kegunaan segar, mempunyai ciri masak serentak, biomas optima dan
kurang masalah rebah. Purata hasil 1.17 kg/pokok.
4. CILIBANGI-2: jenis untuk cili kering, berpotensi untuk ditanam oleh pekebun kecil. Purata
hasil 1.02 kg/pokok.
5. CILIBANGI-3: stabil, sangat pedas, sesuai untuk kegunaan segar dan berhasil tinggi.


6. CILIBANGGI–4: buah masak kering di pokok, oleh itu sesuai untuk cili kering. Saiz pokok
kecil dan rendah, dan boleh ditanam dengan kepadatan 44,000 pokok/ha.
7. CILIBANGGI-5: Hasil buah juga tinggi, kurang pedas dan sesuai untuk makan segar.
8. CILIBANGGI-6: Saiz buah lebih besar dari CILIBANGGI-5, kering dipokok, dan buahnya
pedas.
9. CILI Kulai varieti tempatan yang berbentuk panjang dan pedas
7 jenis cili kulai


Kesesuaian Tanah/Cuaca
  • Sesuai ditanam di dataran rendah, Suhu diantara 22-40 °C
  • hujan yang sederhana iaitu antara 1500 - 2000 mm/tahun
  • iklim yang paling baik ialah yang mempunyai suhu 28-29 °C
  • Cili sesuai ditanam di kebanyakan jenis tanah termasuk tanah gambut dan tanah pasir (tanah BRIS dan tanah bekas lombong)
  • Nilai pH tanah yang sesuai untuk tanaman ini ialah 5.5 – 6.8
  • Taburan hujan : 15000-2000 mm/tahun

Penyediaan anak benih

Menyedia Anak Benih
  • Sediakan kotak semaian 60 cm x 30 cm x 10 cm utk 100 anak benih
  • Isikan kotak semaian dengan tanah campuran 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput dan 1 bahagian pasir.
  • 200 g/ha biji benih (50% percambahan)
  • Biji benih dirawat dengan 3g thiram/1000 g biji benih
  • Siram dengan penyiram semburan halus dua kali sehari
  • Kotak semaian mesti dilindungi daripada matahari dan hujan yang berlebihan.
  • Ubah anak benih ke ladang 3 - 4 minggu selepas disemai.
  • Sebelum diubah ke ladang, dedahkan anak benih kepada cahaya matahari selama 3 hingga 4 hari untuk mengeraskannya.

Penyediaan kawasan

Ladang
  • Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm.
  • Sediakan batas berukuran 1.2 m lebar dan 22 - 30 cm tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan.
  • Jarak antara batas - 45 cm.
  • Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 25 kg bagi 50 meter persegi kawasan.

Pengapuran
  • Untuk tanah gambut dan berasid, pengapuran pada kadar 2 tan/ha setahun. Untuk tanah berasid yang sangat rendah (pH 3.5 –3.7), pengapuran pada kadar 10 – 25 tan/ha setahun.

Penyuburan tanah
  • tambahkan najis haiwan pada tanah berpasir & tanah liat

Penanaman di ladang
  • Anak benih berumur 4 – 7 minggu boleh diubah ke batas.
  • Sebelum mencabut, basahkan kotak semaian supaya anak benih senang digali. Kemudian gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas.
  • Jarak tanaman - 80cm X 80 Atau 90cm X 120 cm antara pokok. 150 cm antara baris

PENJAGAAN

Sungkupan
  • Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan.
  • Merumput
  • Bersihkan batas dariapada rumpai dengan menggunakan tanah, cangkul atau tajak. Bagi tanaman dalam pasu cabut rumpau untuk mengawalnya.

Pembajaan
  • Pembajaan mesti dilakukan mengikut elemen-elemen baja yang diperlukan secukupnya
  • Baja NPK berwarna hijau (15:15:15) atau baja cecair (15:30:15) digunakan untuk pembajaan asas.
  • Baja buah NPKMg berwarna biru (12:12:17:2:TE) atau baja cecair (18:18:21) untuk pembajaan pokok dewasa.
  • Hormon dan vitamin tumbuhan boleh digunakan untuk menjamin kesihatan pokok.
  • Jumlah baja NPK dan NPKMg yang digunakan adalah 1.8 – 2.5 tan/ha dan dibahagikan kepada 4 kali pembajaan.
  • Pembajaan asas dibuat sekali sebelum atau ketika pengubahtanaman diikuti dengan 3 pusingan pembajaan permukaan.
  • Sebanyak 10 g baja ditabur di sekeliling pokok setiap 2 minggu. Baja cecair dilarutkan pada kadar 1 sudu besar per liter air. Baja cecair 15:30:15 disembur dari pangkal pokok hingga ke daun setiap 7-10 hari sehingga pokok berbunga. Baja cecair 18:18:21 juga disembur pada kadar yang sama.
Pengurusan air

Penyiraman
  • Dilakukan 2 kali sehari dengan sistem ‘sprinkler’ pada awal pagi dan petang
  • Boleh juga secara manual
  • Cili memerlukan 3.5 L air sehari
  • Jarak antara batas : perlu diselangi parit seluas 75 sm untuk mengatasi air bertakung dan banjir
  • Perparitan diperlukan jika menghadapi masalah saliran
  • Pengurusan perosak

perosak tanaman dan penyakit
  • Racun rumpai pracambah digunakan selepas tanah disediakan untuk mengawal rumpai
  • Racun serangga digunakan untuk mengelakkan serangan kutu daun dan hamama serta vektor afid yang membawa penyakit virus.
  • Pelekat (perangkap) lalat buah boleh digunakan semasa pembuahan.
  • Varieti-varieti Cili bangi rintang kepada penyakit kerekot daun (virus CVMV) dan antraknos buah. Racun kulat digunakan untuk penyakit kulat yang lain.

Penyakit Cili
  • Penyakit mozek dan daun kerinting disebabkan virus adalah antara penyakit yang biasa menyerang cili. Daun-daun yang diserang menjadi kecil, tidak tentu bentuknya dan selalunya bergulung ke bawah. Virus biasanya disebarkan oleh serangga, oleh itu cara yang berkesan untuk mengurangkan penyakit ini ialah dengan menyembur pokok-pokok dengan Malathion sebulan sekali untuk mengawal serangga.
  • Kadangkala layu daun disebabkan oleh bakteria Pseudomonas solanacearum berlaku juga pada pokok cili. Semua pokok yang diserang hendaklah dicabut dan dibakar.
  • Bintik Daun yang dikenali sebagai cercospora leaf spot @ bacterial leaf spot yang berpunca dari kulat Xanthomoas. Kulat akan menghisap cecair dari daun pokok cili sehingga daun pokok cedera dan berlubang
  • hamama - selalu dikelirukan dengan serangan virus, kerana daun yang diserang kedua-dua perosak tersebut menunjukkan tanda yang hampir sama. Daun jadi kerekot, kerinting, mengecil dan pokok boleh terbantut.Daun yang kerekot tu akan melengkung ke bawah..Daun akan bertukar warna menjadi perak dan luruh
  • Antraknos buah - berpunca dari serangan kulat. merebak dengan cepat. Buah rosak dan gugur


Serangga Perosak
  • Lalat buah merupakan serangga perosak cili yang utama. Lalat ini bertelur dalam buah-buah yang muda dan larvanya makan di dalam buah. Warna coklat pada cili hijau akibat serangan larva selalunya boleh dilihat pada cili hijau yang dihidangkan di restoran. Buah cili ini dipetik sebelum kerosakan bertambah serius hingga menyebabkan buah cili gugur.
  • Jika dibiarkan, buah cili menjadi lembut, berwarna coklat dan akan gugur sebelum tua. Larva lalat buah itu boleh dilihat bila buah cili dipotong untuk diperiksa. Semua jenis cili mudah diserang lalat buah. Cara-cara mengawal lalat buah ialah seperti yang diterangkan pada halaman yang lalu. Jika serangannya berterusan, walaupun dikawal dengan berbagai cara, cara yang paling baik untuk mengelakkan daripada diserang ialah dengan memetik buah cili ketika ia masih hijau
KAWALAN SERANGGAN DAN PENYAKIT PENGUTIPAN HASIL
  • Hasil dipetik ketika pokok berumur 12 hingga 16 minggu. Purata hasil 16-20 tan/ha.
  • Punggutan hasil dibuat setiap 3 atau 4 hari.
  • Peringkat kematangan yang sesuai untuk penuaian berbeza mengikut cara pemasarannya dan cara memakannya samaada untuk makan segar atau diproses sebagai produk hiliran.
  • Cili boleh dipetik 60-75 hari selepas menanam di ladang

  • memetik cili bagi kegunaan segar - berwarna hijau tua kemerahan
  • cili kering - apabila cili berwarna merah sepenuhnya
  • Kerja-kerja memetik cili sebaik-baiknya dilakukan pada waktu pagi atau lewat petang ketika suhu rendah.
  • Penuaian cili dilakukan dengan hanya menarik secara perlahan-lahan bagi mengelak kelompok cili terluka ataupun terguris
  • Pengendalian lepas tuai
  • Aspek yang dirangkumi termasuklah tahap kematangan, pengendalian dan pengangkutan di ladang, perlakuan operasi rumah pembungkusan dan pengagihan untuk pasaran.
Pemprosesan
  • Cili yang diproses secara minimum merupakan cili yang telah didedahkan kepada proses pembersihan, pemotongan, pra-perlakuan kimia, pengeringan dan pembungkusan. Produk ini sedia untuk terus di masak/makan. Cili yang diproses minimum boleh disimpan di suhu 2°C selama 3 minggu.
Pengeringan
perlu dilakukan untuk membuat lebihan air yang melekat pada cili bagi mengawal pertumbuhan patogen

Penuaian
berbeza mengikut cara pemasarannya dan cara memakannya samaada untuk makan segar atau diproses sebagai produk hiliran.

Pemilihan
mengasingkan cili yang cedera, berubah warna, kematangan dan saiz yang tidak sesuai. Pengasingan pada peringkat awal yang dilakukan di ladang akan menjimatkan kos dan memudahkan operasi seterusnya.


Pembasuhan
membuang kotoran, dan sisa penggunaan bahan kimia seperti racun kulat. Bekas yang bersih perlu digunakan untuk membasuh. Air mestilah bersih dan perlu ditukar selalu bagi mengelakkan pengumpulan patogen dan jangkitan penyakit yang boleh menyebabkan kerosakan pada cili.
Rawatan air panas - untuk mengawal penyakit antraknos dengan merendam cili didalam air panas pada suhu 50 °C selama 3-5 min


Penggredan/Pengkelasan
digred untuk mengasingkan tahap kematangan, tahap kecederaan mekanik, rupa bentuk, warna, tahap serangan penyakit dan rupa keseluruhan. Cili yang telah digred akan lebih seragam dan mudah untuk dipasarkan

Pembungkusan
pembungkus yang sesuai serta tahan lasak. Pembungkusan yang baik dapat mengurangkan kehilangan air dan kerosakan mekanik yang boleh mempengaruhi mutu cili pada peringkat penggunaan. bahan pembungkus yang sesuai ialah beg plastik LDPE, jaring plastik, beg kertas dan dulang polistairin yang di balut dengan filem polivinal klorida.

Anggaran Kos Pengeluaran
Anggaran kos pengeluaran cili seluas satu hektar
RM 12 839.41

Read more...

Daftar Ahli Usahawantani

Followers

IKLAN 1

Ruang iklan untuk disewa

IKLAN 2

Ruang Iklan untuk disewa
PELUANG KERJASAMA

Pihak Portal Usahawantani.com dan Akademi Usahawantani sedang dalam proses menyemak dan menilai kembali kursus-kursus UsahawanTani yang dianjurkan oleh pihak kami . Kami menjemput semua pengusaha-pengusaha yang berpengalaman ATAU baru dalam mengendalikan kursus-kursus usahawantani untuk berkerjasama atau menjadi panel kami . Sila hantarkan proposal anda kepada Pengurus Akademi UsahawanTani di email akademi@usahawantani.com . Maklumat yang mesti ada dalam proposal anda ialah :
1. Nama Anda / Syarikat
2. Alamat
3. Bidang UsahaTani
4. Kandungan Kursus
5. Bilangan Hari
6. Kos Kursus
7. Lokasi Kursus
8. Pengalaman
9. Cadangan kaedah kerjasama (option)


Daftar Ahli Usahawantani

Borang Pendaftaran

Nama
Email
No Handphone (e.g 019-1234567)
Lokasi (e.g Bandar/Negeri)
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ]


Nota : Selepas menekan butang 'Daftar' sila lihat email anda untuk kepastian bahawa pendaftaran anda telah diterima oleh pihak kami.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP