Pihak usahawantani.com mempelawa semua petani penternak , nelayan dan peniaga berkaitan tani untuk menggunakan perkhidmatan blog usahawantani.com. Anda boleh mengiklan produk anda dilaman ini secara percuma . Marilah sama-sama kita memajukan industri asas tani ini . Hantarkan skrip atau banner iklan anda ke iklan@usahawantani.com Kami akan siarkan iklan anda di blog ini. Anda juga digalakkan untuk mendaftar sebagai pengguna laman usahawantani.com . Sebagai pengguna berdaftar anda akan sentiasa mendapat maklumat terkini dari kami . Sekian . Pentadbir @ Pulau Tawar Jerantut Pahang

30 October 2008

TANAMAN SERAI DAN KONTRAK FARMING SERAI

Serai, tanaman yang kebiasaannya ditanam di pinggir rumah dan sering digunakan sebagai bahan perencah bagi menambahkan aroma dan keenakan masakan. Namun, tidak semua yang mengetahui serai juga berpotensi dikomersialkan secara besar-besaran dan boleh meraih pendapatan lumayan daripada hasil hilirannya.

Tumbuhan yang dikatakan paling mudah penjagaannya, paling murah kos penanamannya serta paling kurang musuh perosak ini mula mendapat pasaran meluas dan kepelbagaian kegunaan industri di dalam dan luar negara.

Dengan nilai semakin tinggi dan permintaan kian melonjak, ia terus berkembang dengan kaedah penanaman secara perladangan termasuk di Pahang. Ia lebih terarah kepada pasaran eksport terutamanya bagi bekalan industri aroma terapi kerana ekstraknya dianggap setaraf dengan gaharu. GreenFarm Resources , sebuah syarikat bumiputera tempatan menyedari potensi besar ini dengan mengorak langkah ke arah pengeluaran secara komersial.

Malah, dalam waktu yang singkat, ia mula menyasarkan untuk menerajui perusahaan itu di Pantai Timur.Syarikat itu memanfaatkan peluang melalui penyelidikan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk belajar menguasai teknik penanaman, pemerosesan dan penerokaan pasaran di luar negara. Kalangan usahawan bumiputera difahamkan begitu kurang memberi perhatian terhadap hasil penyelidikan MARDI dalam sektor pertanian selama ini. Pengarah Urusannya, Ahmad , 37, berkata, Jabatan Pertanian dan MARDI telah membuka banyak jalan bagi pihaknya untuk meneroka bidang ini. .''Dengan perkembangan awal yang positif, ia semakin menyakinkan pihak syarikat untuk menjadi peneraju dalam sektor perladangan serai kelak dengan turut bersama menyumbangkan peluang ekonomi kepada masyarakat petani.''Di samping itu, kami sudah merancang menggerakkan industri hiliran berasaskan bahan mentah itu yang boleh turut digunakan untuk menghasilkan biodesel," ujarnya.

Syarikat yang digerakkan oleh usahawan muda ini tanpa ragu-ragu menceburi bidang itu dengan memulakan penanaman serai paha ayam atau serai hijau pada penghujung tahun lalu di tapak seluas empat hektar yang disewa di Jerantut. ''Berbeza dengan serai makan atau sering dipanggil serai galah yang banyak dieksport ke Thailand, kami tumpukan kepada serai paha ayam ini yang lebih bersaiz besar batangnya dan berbau seperti limau.'Kita masukkan hormon dari Pakistan dalam tanaman untuk mendapatkan lebih banyak ekstrak dan aroma yang lebih tinggi mutunya," ujarnya.

Ahmad memberitahu, pihaknya memulakan operasi dengan modal sebanyak RM10,000 . Katanya bagi setiap hektar, hasil yang diperoleh dianggarkan RM30,000 hingga RM40,000 setahun melalui tuaian dua kali setahun di mana hasil tuaian diproses dalam bentuk minyak dan serbuk melalui sebuah kilang . ''Serai keluaran kami juga sudah mula dipasarkan ke Eropah, India dan China bagi industri wangian dan kosmetik, manakala ke Rusia pula bagi produk anti kanser,'' katanya.

Bagi menggerakkan perusahaan ini, tanpa bergantung sepenuhnya kepada pinjaman, pihaknya memperkenalkan konsep usahasama melibatkan hampir 50 orang penduduk. ''Mereka hanya perlu mengeluarkan modal RM2,000 bagi satu ekar tanaman yang kami usahakan sepenuhnya dan keuntungan akan dibahagikan sama rata sepanjang tiga kali jualan hasil tuaian," ujarnya.

Katanya lagi, buat permulaan, sebanyak lima tan serai dalam bentuk minyak dan serbuk di eksport dan syarikatnya memerlukan tuaian tanaman 100 hektar serentak setiap bulan untuk menampung permintaan pasaran luar negara yang dianggarkan 200 tan sebulan.''Ekoran itu, syarikat kami perlu mengusahakan tanaman lebih luas agar bekalan terus berkekalan, justeru, kita akan membuat permohonan 100 hektar tanah daripada kerajaan negeri Pahang,'' katanya.

Katanya, pihaknya juga merancang untuk mendirikan kilang memproses serai di Jerantut untuk mengurangkan kos penghantaran di samping menampung bekalan yang dijangka melonjak.

KONTRAK FARMING TANANAM SERAI

Terdapat banyak syarikat yang menawarkan perkhidamatan Kontrak Farming Tanaman Serai di malaysia ini. Walaubagaimanapun, pemilihan syarikat hendaklah dilakukan secara teliti spt berikut;
1 Prestasi Syarikat - Seharusnya syarikat berpotensi untuk menjalankan segala urusan perniagaan dengan cekap dan pantas. mempunyai segala sumber yang mencukupi spt kewangan, material, kepakaran dan sebagainya.

2 Lokasi syarikat - seboleh-bolehnya dekat bagi memudahkan segala urusan penghantaran input baja & benih, pembelian hasil, pemantauan aktiviti, pengkongsian kepakaran dan sebagainya.

3 Harga Belian - Syarikat yang menawarkan harga belian balik hasil yang tinggi adalah diberikan keutamaanya. Kebiasaanya syarikat kontrak akan menawarkan harga pembelian RM0.70 sekilo.

4. Kontrak Secara terus - terdapat juga koperasi yang menjalankan usahasama dengan syarikat2 ini untuk menjalankan projek ini.

KAEDAH PENANAMAN SERAI

Sepintas Lalu:

Serai memerlukan kawasan terbuka bagi membolehkan penerimaan cahaya matahari yang cukup untuk pertumbuhan. Jika ditanam di kawasan yang kurang mendapat cahaya matahari, pertumbuhannya akan terbantut. Taburan hujan yang seragam dengan jumlah antara 250 cm dan 300 cm paling baik.

Benih serai ditanam sebanyak tiga batang setiap lubang dalam barisan dengan jarak 2 kaki x 3 kaki. Jarak ini sesuai bagi memudahkan kerja-kerja menuai. Anak pokok serai mula membiak setelah 2 minggu ditanam.

Untuk meningkatkan tumbesaran serai, baja NPK hijau pada kadar 5-10 g/rumpun diberi pada peringkat serai berumur 1, 2, 3 dan 4 bulan.Cara membaja ialah dengan menabur sedikit baja di sekeliling pokok. Setelah serai berumur 5 bulan, baja NPK biru pula dibubuh.

Tanaman serai tidak memerlukan banyak penjagaan. Jika terdapat pertumbuhan rumpai, 'bush cutter' boleh digunakan bagi mengurangkan penggunaan racun kimia. Walau bagaimanapun, rumpai bukanlah satu satu masalah besar dalam penanaman serai kerana daunnya yang rimbun dapat menghalang pertumbuhan rumpai.

Serai matang setelah berumur 8 bulan dengan purata pertumbuhan sebanyak 70-80 batang serai dalam satu rumpun. Untuk mengutip hasil, rumpun serai digali menggunakan 'scoop'. Kemudian rumpun serai dibersihkan dengan menggunakan parang atau kapak dan gunting 'secateurs'. Semasa kerja pembersihan dilakukan, pengasingan serai dibuat untuk dijual dan dibuat benih.

Varieti:

Serai MakanSerai makan ialah sejenis tanaman saka dari famili Graminanea. Terdapat 2 spesies serai makan yang dikenali umum di peringkat antarabangsa sebagai 'lemongrass' iaitu Cymbopogon citratus dan Cymbopogon flexus. Penanaman C. flexus lebih tertumpu di kawasan Malabar, di India. Spesis C. citrates tersebar luas di kawasan beriklim tropika, cukup cahaya matahari dan hujan.

Taburan hujan yang seragam dengan jumlah antara 250 cm dan 300 cm paling baik, walaupun tanaman ini agak tahan kepada kemarau. Tanaman ini juga sesuai dikebanyakan jenis tanah kecuali tanah yang terlalu liat dan salirannya tidak memuaskan. Tanah gembur dari jenis lom berpasir adalah terbaik.

Serai Wangi
Pokok Serai
Serai Wangi
Serai Makan

Bahan Tanaman:
Serai ini dibiak dengan menggunakan anak berakar. Anak-anak serai perlu diambil daripada rumpun yang telah tua, berumur 8 - 9 bulan. Di dalam sesuatu rumpun, hanya anak-anak yang cergas iaitu sihat dan besar digunakan sebagai bahan tanaman. Daun-daun dipotong meninggalkan batang setinggi 15-20 cm bersama dengan akar.

Tanah:
Tanah hendaklah disediakan lebih awal supaya kerja menanam boleh dilakukan semasa permulaan musim hujan. Satu pusingan bajak piring diikuti oleh satu pusingan bajak putar biasanya mencukupi untuk mendapatkan tanah yang gembur. Sekiranya kawasan terlalu banyak rumpai, racun rumpai perlu disembur 2-3 minggu sebelum pembajakan.

Penanaman:
2-3 batang serai ditanam bagi setiap lubang tanaman. Jarak tanaman dan kepadatan tanam bergantung kepada kesuburan tanah. Untuk tanah yang kurang subur, jarak tanaman yang rapat digunakan dan sebaliknya bagi tanah yang subur. Julat jarak antara baris ialah antara 0.6 m hingga 1.0 m manakala jarak antara lubang dalam sesuatu baris ialah antara 0.3 m hingga 1.0 m. Kepadatan 20,000 rumpun sehektar adalah sesuai untuk diamalkan dikebanyakan jenis tanah.

Pembajaan:
Serai makan dikenali sebagai tanaman yang menghauskan tanah. Oleh itu pembajaan yang sesuai adalah mustahak untuk menjamin kesuburan tanah dalam jangka panjang. Keperluan pembajaan daripada segi kuantiti dan kekerapan bergantung kepada status kesuburan tanah. Biasanya baja ditabur 3 kali, sekali sebagai baja asas dan 2 kali sebagai baja tambahan. Baja asas ditabur dan digaul ke dalam tanah semasa atau sebaik sahaja penanaman dilakukan. Baja tambahan pula dibubuh setiap 2 bulan selepas tanam. Jumlah baja yang diperlukan bagi sehektar tanaman di tanah mineral ialah 80-100 kg N; 40-80 kg. P2 05 dan 40-80 kg. K20. Bagi tanah gambut, kapur sebanyak 2.5 t/ha perlu juga ditabur. Sebagai panduan, jadual pembajaan yang dicadangkan untuk sehektar tanaman menggunakan baja sebatian ialah seperti berikut:-Baja Asas - Sebatian NPK 12:12:17:2 + unsur pekit sebanyak 250 gBaja Tambahan - Urea 65 kg setiap kali pembajaan dibubuh pada 2 dan 4 bulan selepas tanam.

Kawalan Rumpai:
Ladang tanaman perlu juga dikawal daripada rumpai terutamanya di peringkat awal pertumbuhan. Sekiranya penyediaan tanah dijalankan dengan baik, satu atau dua kali merumput biasanya mencukupi. Sehingga kini belum ada laporan mengenai serangga atau penyakit ke atas tanaman serai makan.

Penuaian:
Penuaian serai makan untuk kegunaan segar boleh dilakukan 6-8 bulan selepas ditanam. Rumpun-rumpun digali menggunakan cangkul. Akar serta daun dipotong meninggalkan batang dengan upeh daun sepanjang 10-15 cm. Bagi tanaman yang berkepadatan 20,000 rumpun/ha, biasanya serumpun serai menghasilkan antara 30 dan 40 batang yang boleh dipasarkan. Daun dan batang yang biasanya dibuang boleh juga disuling untuk pengeluaran minyak pati.

Untuk pengeluaran minyak pati pula, penuaian pertama juga dilakukan setelah tanaman berumur 6-8 bulan. Daun-daun dipotong lebih kurang 10 cm di atas paras tanah. Rumpun-rumpun dibiarkan tumbuh semula, dibaja dan dipotong semula setiap 3-4 bulan.

Selepas kira-kira 4 tahun penanaman semula perlu dilakukan kerana hasilnya semakin rendah. Hasil daun segar setiap kali penuaian/pemotongan ialah antara 8 dan 12 tan/ha. bergantung kepada umur dan kesuburan tanaman. Oleh itu, anggaran hasil bagi tahun pertama ialah 16-24 tan/ha (2 kali penuaian) dan bagi tahun-tahun berikutnya ialah 32 hingga 48 tan/ha.

Pengeluaran Minyak Pati
Keharuman dan perisa serai makan disebabkan oleh minyak pati yang terkandung didalam daunnya. Minyak pati serai makan berwarna kuning hingga cokelat, kemerahan dan berbau seperti limau 'lemon'. Minyak ini terdiri daripada beberapa sebatian, kandungan utamanya ialah sitral iaitu sejenis aldehid. Peratusan sitral minyak pati daripada C. citratus ialah antara 65% hingga 85%.

usahawantani.com

Read more...

23 October 2008

Pembuatan Surimi Ikan

Masa kursus produk hasilan surimi pada 20-22/10/2008 di mardi terengganu hari tu ... ada kalangan peserta yang berminat untuk membuat surimi ... ini saya cedok sedikit maklumat dari internet cara nak buat surimi .... harap ianya memberi menafaat kepada anda semua.

Pembuatan Surimi Ikan

Surimi adalah produk olahan, hasil perikanan setengah jadi berupa hancurandaging ikan beku yang telah mengalami proses, pelumeran (leaching),pengepresan, penambahan bahan tambahan, pengepakan. Dari produk daginglumat seperti bakso, sosis, siomay dan sebagainya. Kali ini kita akan coba membahas cara pembuatan Surimi Ikan
Bahan Baku dan Bumbu
1. Ikan
Umumnya jenis ikan yang digunakan untuk surimi dari jenis yang kurang ekonomis / kurang dimanfaatkan dan dari jenis ikan yang berdaging putih, karena ikan yang berdaging putih mempunyai elastisitas yang tinggi. Jenis ikan yang berdaging putih anatara lain ikan cunang-cunang, manyung, pisang-pisang, ekor kuning, kurisi dan gumlah.
2. Bumbu
Garam 0,2 – 0,3 %
Gula pasir 3 %
Poliphospat 0,2 %
B. Proses Pengolahan1. Penyiangan dan Pencucian- Ikan segar disiangi dengan cara membuang kepala dan isi perut, kemudiandicuci bersih- Sayatlah kan memanjang pada bagian punggung lalu lakukan pengambilandaging dengan cara menyerok dengan menggunakan sendok.
2. LeachingProses leaching meliputi : pencucian daging ikan yang dilumatkan denganair es ( air dingin ) dan diberi sedikit garam ( 0,2 – 0,3 %).Perbandingan ikan dengan air dingin 1 : 4 dan perendaman dilakukan selama15 menit sambil di aduk-aduk. Proses leaching tersebut, sebaiknya dilakukan2 – 3 kali ulangan perendaman. Dengan perlakuan leaching akan dapatmemperbaiki warna daging.
3. Pengepresan dan Penggilingan- Ikan yang telah di leaching di pres dengan cara memerasnya denganmenggunakan kain biasa.- Haluskan / lumatkan daging ikan tersebut dengan menggunakan gilinganatau blender hingga di dapat daging lumat halus menyerupai bentukpasta. Pada saat pelumatan ini tambahankan gula 3 % dan poliposphate0,2 %.
4. PembekuanSurimi telah selesai diproses kemudian dikemas dalam kemasan plastik dan bekukan dalam freezer

kepada yang berminat untuk tahu lebih detail tentang prospek surimi dan hasilannya boleh baca laporan ini yang dibuat oleh beberapa pegawai dari fama, perikanan dan mardi klik sini : Analisis Pasaran Industri Produk Berasaskan Surimi bagi tempoh 2002-2010

usahawantani.com

Read more...

17 October 2008

Challenge Of Food Security In The Middle East

It is not just the question of the approaching beyond oil age, which is worrying some Middle Eastern countries, especially oil producing ones. The prospect of loss of oil and gas as a major source of income and domestic energy, is now compounded by another major problem and that is the rising price of food.
Lack of water is one factor which is making agriculture and food production more costly. This is together with years of government neglect for the agriculture sector. Until now, many Middle East countries could import food cheaply from abroad, and subsidize it in order to make it affordable to their population. But now, as price of food is increasing, this is making the job of importing and subsidizing much more costly.
This is especially true in countries which are not rich in natural resources, such as Egypt and Jordan. Rising food prices have added to instability in both countries. For example, there were riots in Egypt in April this year over rising bread prices (see video). Such instability provides an opportunity for extremist groups to gain more support by offering their own subsidized food services, as has been the case in Jordan. These services bring more support, and credit for such organization, while the government is made to look corrupt and incompetent.
One of the proposals which is being looked at is for such countries to follow the example of Brunei in the 1970s. Realizing that it does not have the capacity to produce its own food on its own soil, the Brunei government bought massive farms in Australia. Whatever food was produced there, it imported, thus making its food production less vulnerable to hostile local weather conditions. The reduction in dependency on foreign markets also enabled the government to become less vulnerable to massive market fluctuations in prices in international market.
Now rich Saudis and Kuwaitis are doing the same, by scouring places as far away as Sudan, to Ukraine. However, this may lead to resentment in such countries, whereby Saudis are seen to be buying up much needed commodity for themselves, while locals struggle.
Developing domestic capacity to locally produce food is the best long term solution. Many Middle Eastern countries are suffering from high unemployment. More want to diversify their economy away from oil. This is especially true as a recent report from the International Energy Agency (IEA) stated that $45 trillion is needed for investment in non-oil sources of energy in order to reduce carbon dioxide emissions by 50% by the year 2050. This will hit the pockets of oil producers even further.
Investing in the food sector could produce the jobs and diversification needed. It could also add to their strategic importance, due to rising importance of food as a strategic asset by governments all over the world. Life without oil would be difficult. Without food, it would be impossible.

usahawantani.com

Read more...

16 October 2008

Pahang bakal jadi pengeluar susu lembu terbesar negara

ROMPIN 3 April – Pahang bakal menjadi pengeluar susu lembu berkualiti tinggi terbesar negara apabila ladang tenusu bersepadu seluas 446 hektar di Muadzam Shah dekat sini, memulakan operasinya bulan ini.
Operasi ladang tenusu yang menelan belanja RM50 juta itu dijalankan sebuah syarikat ternakan tempatan, First Dairy Farm (M) Sdn. Bhd. (FIDAF).
Pengerusi FIDAF, Datuk Wan Abdullah Wan Salleh berkata, syarikatnya yang mendapat bekalan lembu baka Jersey dari 20 ladang ternakan di Australia itu dijangka mampu menghasilkan lebih 8 juta liter susu lembu pada tahun ini.
Dalam menghasilkan kualiti susu lembu yang tinggi, kata beliau, pihaknya menggunakan teknologi yang dibawa dari Australia dan New Zealand.
‘‘Projek ternakan lembu susu ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Muadzam Shah sebagai kawasan ternakan dalam Projek Wilayah Pembangunan Koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER),’’ katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan kemasukan pertama 284 ekor lembu tenusu baka Jersey dari Australia di ladang FIDAF di Muadzam Shah dekat sini semalam.
Hadir sama menyaksikan kemasukan lembu-lembu tersebut, Pengarah Urusan FIDAF, S. Muhd. Alwi Abdullah.
Wan Abdullah memberitahu, projek tersebut mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan kerajaan negeri yang bersetuju memajak tapak ternakan lembu susu itu selama 50 tahun.
‘‘Kita juga memohon kawasan tambahan seluas 400 hektar lagi bagi memperbesarkan lagi projek ini pada masa akan datang,” katanya.
Menurut beliau, pihaknya mensasarkan sebanyak 1,200 ekor lembu akan diternak di ladang berkenaan menjelang hujung tahun ini berbanding 284 ekor pada masa ini.
‘‘FIDAF akan mengeluarkan susu segar dengan menggunakan jenama tersendiri selain menjadi pembekal kepada beberapa syarikat pengeluar susu segar di negara ini,” katanya.
Menurutnya, kesemua lembu berkenaan ditempatkan di dalam kandang tertutup berhawa dingin supaya menyamai cuaca di Australia atau New Zealand bagi memastikan susu yang dihasilkan berkualiti tinggi.
‘‘Ini merupakan teknologi pertama yang wujud di negara ini dengan lembu diletakkan di kandang tertutup yang dikawal secara automatik.
‘‘Kita juga boleh memantau pergerakan lembu-lembu terbabit menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kandang-kandang berkenaan,” jelasnya.

usahawantani.com

Read more...

Kejayaan Yap Dalam Perladangan Tenusu

Oleh Emin Madi
KENINGAU, 6 Jun (Bernama) — Sesiapa yang berkunjung ke ladang ternakan dan tenusu kepunyaan Yap Yun Fook di Keningau akan pada mulanya agak kecewa bila mereka tidak dapat melihat apa-apa aktiviti penternakan di situ.
Mereka akan hanya melihat sebuah banglo yang tersergam indah dan besar milik Yap.
Hanya selepas melewati banglo ini, barulah para pelawat akan menjumpai tanda-tanda aktiviti penternakan dan tenusu seperti sebuah rumah penyembelihan serta sebuah kemudahan memproses makanan ternakan.
Ladang ternak serta tenusu yang seluas 40 hektar itu terletak di Kampung Ansip Lama, sejauh 15 km dari sini. Ia merupakan antara ladang seumpama itu yang terbesar di negara ini.
Ketika ini, ladang ternakan kepunyaan Yap mempunyai 1,600 ekor lembu dan dapat mengeluarkan sehingga satu juta liter susu lembu setahun atau 11 peratus daripada pengeluaran susu lembu segar Sabah.
Peladang jutawan ini juga mempunyai 600 ekor rusa serta 200 ekor burung unta yang diternak di sebuah ladang yang lain yang turut juga didiami ibu bapa beliau.
LADANG TERNAKAN EVERGREEN
Kejayaan Yap dalam industri ternakan dan tenusu bukan hanya diketahui di Sabah, malah di seluruh negara di mana beliau telah menerima penghargaan dalam bentuk Anugerah Cemerlang Pembangunan Industri Ternak Malaysia.
Ladang beliau, dikenali sebagai Ladang Ternakan Evergreen, juga telah menerima penghargaan industri tersebut dalam bidang ternakan lembu tenusu. Kini ladang itu memberi latihan praktikal kepada mahasiswa dari universiti tempatan.
Meskipun bersikap sederhana dan tidak suka membanggakan dirinya, Yap turut mengakui yang beliau merancang untuk meluaskan perniagaan ke pasaran dunia.
Yap, yang fasih dalam bahasa Melayu, telah membawa penulis ini mengunjungi projek kesayangan beliau yang bernilai jutaan ringgit. Tapak projek ini terletak di atas puncak bukit yang indah dan mempunyai keluasan 110 hektar.
Antara yang dibina untuk projek ini ialah sebuah bangunan bertaraf antarabangsa untuk pemprosesan dan penyimpanan makanan ternakan serta sebaris rumah teres yang dikhaskan sebagai penginapan untuk pekerja beliau.
Pembinaan bangunan serta rumah-rumah tersebut sudah hampir siap.
Mengikut Yap, tapak projek itu hanya terletak enam km dari banglo miliknya dan juga akan mempunyai 10 kemudahan untuk ternakan lembu serta pemerahan susu lembu.
SUSU LEMBU SEGAR
Bila kemudahan-kemudahan tersebut dapat beroperasi dengan sepenuhnya, ladang ini dijangka dapat mengeluarkan 600,000 liter susu segar sebulan, 60 peratus daripada pengeluaran susu segar Sabah, kata Yap.
“Ini merupakan pelaburan saya yang terbesar, dan harapan saya ianya juga akan menjadi satu sumbangan yang bermakna untuk mengembangkan lagi industri perladangan ternakan dan tenusu negara”.
Begitulah kata-kata Yap, 43, yang turut melibatkan diri dalam perladangan kelapa sawit dan pokok buah-buahan serta penanaman padi.
Yap juga begitu ghairah bila menceritakan bagaimana mulanya penglibatan beliau dalam bidang ternakan. Minatnya muncul ketika beliau masih di alam kanak-kanak.
“Ibu bapa saya orang miskin. Semasa saya berada di sekolah rendah, saya terpaksa berenang merentasi Sungai Pegalan untuk ke sekolah kerana perkhidmatan feri terletak jauh dari rumah.
“Kadangkala saya menaiki basikal, tapi pada kebanyakan masanya saya hanya mampu untuk berjalan kaki ke sekolah.
Untuk mendapatkan wang saku, beliau mengambil upah mencari lembu kerbau kepunyaan penduduk kampung yang telah merayau ke sana-sini, cerita Yap. Lama kelamaan beliau menjadi “pakar” menangkap lembu atau kerbau yang hidup meliar tanpa tuan, tambah Yap.
Yap, yang dilahirkan di Kampung Ansip, juga menceritakan minat beliau yang suka menangkap ikan di sungai dengan cara memanah.
“Satu hari saya hampir lemas kerana saya telah pergi sampai ke tengah sungai dan saya tidak dapat berenang ke tepian kerana sungai itu dipenuhi oleh batang-batang kayu yang tumbang dan hanyut serta kayu-kayu mati.
TEMAN SEMASA KANAK-KANAK
Seorang teman semasa peringkat kanak-kanak, Shawal Ghani, berkata beliau memang kenal dengan keluarga Yap.
“Yap kadang-kadang tidur di rumah saya. Beliau merupakan seorang yang amat rajin. Bukan sahaja menoreh getah, beliau juga turut menggiling susu getah sambil memelihara ayam serta itik,” kata Syawal.
Menurut Yap, penglibatan beliau dalam industri tenusu bermula pada 1982 bila beliau membuka ladang ternakan seluas dua ekar di Ansip Baru, Keningau dengan sokongan Jabatan Veterinar dan Ternakan Negeri yang membekalkan beliau dua ekor lembu.
“Saya membersihkan semak-samun di tanah itu, bina pondok-pondok dan tanam rumput untuk makanan ternakan. Setelah 10 tahun, ladang tenusu saya telah mengeluarkan 400 liter susu lembu sehari,” kata Yap.
Yap turut menceritakan satu insiden pada 1987 yang hampir memusnahkan perniagaan beliau bila 100 ekor lembu ternakan beliau mati dengan secara misteri.
Lembu-lembu itu dipercayai telah diracun, kata beliau.
“Saya terpaksa mulakan kembali ladang itu dengan apa yang tinggal. Saya tak mahu menyerah kalah (disebabkan kejadian tersebut) tetapi dalam hati saya, saya percaya Tuhan mengetahui segalanya,” kata Yap.
Yap juga mahu berkongsi pengalaman beliau dalam industri ternak dan tenusu dengan orang lain.
JEMPUTAN
“Saya terima banyak jemputan untuk menceritakan pengalaman saya dalam industri ini. Ada juga yang membuat panggilan telefon bertanyakan bagaimana nak mulakan perniagaan ini,” kata beliau.
Kata Yap, langkah beliau selanjutnya ialah untuk menceburi pasaran global sambil membantu menempa nama Malaysia dalam industri tenusu dunia.
“Saya rasa ada perlunya sokongan untuk syarikat-syarikat besar menceburi bidang ternak dan tenusu. Saya harap kerajaan dapat menimbangkan insentif-insentif seperti memberi harga yang lebih menarik untuk produk-produk tenusu tempatan”.
Sabah merupakan pengeluar utama susu segar tempatan dengan pengeluaran mencecah 7.8 liter juta setahun.
– BERNAMA

usahawantani.com

Read more...

13 October 2008

Rumah Burung Walit Bermasalah

Hari ini saya bercuti . Rakan-rakan yang lain dah mula bekerja. Saya tidak ambil cuti raya. Kebetulan hari ini saya berpeluang bersama Jeff membuat pemerhatian terhadap sebuah rumah burung yang akan dikelolakan oleh Jeff & Zabri di Dungun, Terengganu. Rumah burung tersebut hampir 2 tahun beroperasi, namun tiada burung walit yang sudi menghuninya. Pemiliknya rasa amat kecewa dan tidak lagi berminat untuk meneruskan operasi rumah burung tersebut sejak 3 bulan yang lalu. Berkebetulan pemilik menemui saya menceritakan masalah rumah burung tersebut. Saya mempertemukan beliau dengan Jeff & Zabri.
Saya dah habis ikhtiar katanya. Malu juga pada orang kampung yang semuanya dah tahun saya buat rumah burung. Dulu bangunan ini ada orang nak sewa untuk dijadikan stor barangan. Tapi saya tak beri kerana berminat untuk menjadi usahawan burung walit. Saya hampir menyesal En! Katanya kepada saya. Tolonglah bantu saya. Dah tak tahu nak buat bagaimana lagi.
Hari ini walaupun saya bercuti tapi berazam nak jadikan hari ini hari berkualiti bagi saya. Jadi saya ambil kesempatan mengikut Jeff dan Zabri membuat pemeriksaan rumah burung tersebut yang akan dikelolakan oleh mereka berdua. Kami bertolak ke Dungun selepas zuhor. Sebaik sahaja sampai pemilik rumah burung walit tersebut dah bersiap sedia menunggu kami dengan gembira. Beliau yakin kami akan membawa berita gembira untuknya.
Jeff menyalakan sebatang rokok. Saya sangkan beliau nak hisap rokok, tapi tidak beliau hanya ingin memerhatikan pergerakan udara disekitar rumah burung tersebut. Sekali sekala beliau memerhatikan lubang masuk burung dibandingkan pergerakan asap rokok tadi. Lubang masuk perlu diubah katanya dog kenal perlu dibuat semula, supaya tidak tergangu burung hendak masuk. Kata Jeff dog kenal dan lubang masuk penting untuk kejayaan sesebuah rumah burung. Dog kenal mesti tinggi daripada pokok yang ada disekitar bangunan tersebut.
Ketingian lantai telah mencukupi katanya. Ketinggianya antara 12’ dan 15’ memang cukup selesa untuk burung walit. Design rumah walit ketinggian lantai adalah diantara 6’ hingga 15 kaki. Tiba-tiba jeff memanggil saya supaya mendekatkan hidung saya ke dinding. Saya medekatkan hidung kedinding, ternyata saya terhidu suatu bau yang agak asing bagi kebiasaan rumah burung walit. Itu pun salah satu sebab burung tak mahu duduk. Kita kena pastikan bau ini dinyahkan dari rumah burung ini. Ventilation tidak mencukupi walau pun ia tidak terlalu panas bagi sebuah rumah burung. Ventilation kena tambah kata Zabri. Jeff setuju dengan cadangan tersebut. Sistem kawalan kelembapan dan suhu perlu dilaksanakan sebaik mungkin.
Pemasangan kayu plank yang sedia ada dak OK kata jeff. Terdapat partition yang perlu dirubah. Bagaimana pula audeo sistem yang telah dipasang. Jeff membuat penelitian lagi. Ia nya juga perlu diubah supaya suara dalaman benar-benar dapat merangsang walit untuk bersarang. Setelah berbincang dengan pemiliknya kerja-kerja pengubahsuaian akan dilaksanakan dengan seberapa segera. Persetujuan dicapai diantara mereka. Satu lagi projek pengelolaan akan lilaksanakan oleh Jeff dan Zabri. Hari ini saya dapat pengalaman yang berguna dan ilmu yang bermanfaat dai pakar komputer dan pakar suara dari Kuala Terengganu. Tahniah atas kejayaan anda.

usahawantani.com

Read more...

Daftar Ahli Usahawantani

Followers

IKLAN 1

Ruang iklan untuk disewa

IKLAN 2

Ruang Iklan untuk disewa
PELUANG KERJASAMA

Pihak Portal Usahawantani.com dan Akademi Usahawantani sedang dalam proses menyemak dan menilai kembali kursus-kursus UsahawanTani yang dianjurkan oleh pihak kami . Kami menjemput semua pengusaha-pengusaha yang berpengalaman ATAU baru dalam mengendalikan kursus-kursus usahawantani untuk berkerjasama atau menjadi panel kami . Sila hantarkan proposal anda kepada Pengurus Akademi UsahawanTani di email akademi@usahawantani.com . Maklumat yang mesti ada dalam proposal anda ialah :
1. Nama Anda / Syarikat
2. Alamat
3. Bidang UsahaTani
4. Kandungan Kursus
5. Bilangan Hari
6. Kos Kursus
7. Lokasi Kursus
8. Pengalaman
9. Cadangan kaedah kerjasama (option)


Daftar Ahli Usahawantani

Borang Pendaftaran

Nama
Email
No Handphone (e.g 019-1234567)
Lokasi (e.g Bandar/Negeri)
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ]


Nota : Selepas menekan butang 'Daftar' sila lihat email anda untuk kepastian bahawa pendaftaran anda telah diterima oleh pihak kami.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP