Pihak usahawantani.com mempelawa semua petani penternak , nelayan dan peniaga berkaitan tani untuk menggunakan perkhidmatan blog usahawantani.com. Anda boleh mengiklan produk anda dilaman ini secara percuma . Marilah sama-sama kita memajukan industri asas tani ini . Hantarkan skrip atau banner iklan anda ke iklan@usahawantani.com Kami akan siarkan iklan anda di blog ini. Anda juga digalakkan untuk mendaftar sebagai pengguna laman usahawantani.com . Sebagai pengguna berdaftar anda akan sentiasa mendapat maklumat terkini dari kami . Sekian . Pentadbir @ Pulau Tawar Jerantut Pahang

26 September 2013

Ustaz Azizan Bekas Menteri Besar Kedah Meninggal Dunia

Blog usahawantani.com mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Ustaz Azizan  yang juga merupakan bekas Menteri Besar Kedah yang meninggal dunia sebentar tadi jam 11:10am . Beliau telah dimasukkan ke hospital pada malam pilihanraya pada 5 May 2013 dahulu dan sejak itu beliau dalam keadaan yang tidak sihat akibat kompilasi serangan kencing manis dan sakit jantung . Beliau meninggal dunia di Unit Rawatan rapi (ICU Sultanah Bahiyah , Alor Setar. Perkara ini disahkan oleh Menteri Besar Kedah , Datuk Mukhriz Mahathir dan Naib Presiden PAS Jenazah almarhum akan disemadikan di Muasasah Darul Ulum, di sini petang ini. Takziah kepada keluarga dan rakyat kedah . Al fatihah

usahawantani.com

Read more...

23 September 2013

Lintah Gergasi ditemui di Sungai Siput

Lintah Gergasi Di Temui

 

 
Sungai Siput: Beberapa pekerja binaan yang sedang menggali longkang berhampiran kawasan perindustrian diKampung Muhibbah, di sini, bertempiaran melarikan diri sejurus terserempak haiwan aneh seperti ‘lintah gergasi’, pagi semalam.
Haiwan bertubuh lembik seberat 25 kilogram dan panjang hampir dua meter itu menggerunkan penduduk berikutan turut mempunyai bentuk muka menyerupai anjing.

Pekerja yang enggan namanya disiarkan berkata, haiwan itu ditemui di dalam longkang yang digali mereka pada jam 10.15 pagi.

 
Menurutnya, dia yang terkejut dengan penemuan haiwan itu menghubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Sungai Siput untuk menangkap haiwan itu.

“Saya tidak pasti sama ada ia ular berikutan tubuhnya lembik seperti lintah. Malah, kulit haiwan itu agak kasar seperti kulit biawak.


“Ini kali pertama saya melihat haiwan pelik seumpama itu. Saya memang terkejut dan hairan bagaimana haiwan itu berada di dalam lubang yang digali,” katanya.

Foto
Sementara itu, Pegawai Angkatan dan Latihan Operasi JPAM Leftenan A Balasubramaniam berkata, tiga anggotanya dihantar ke lokasi kejadian untuk menangkap haiwan aneh itu.

Menurutnya, petugas JPAM turut terkejut berikutan tidak pernah berjumpa haiwan seumpama itu sebelum menangkap dan membawanya pulang ke pejabat JPAM, di sini.

“Kami sendiri pelik dengan haiwan itu berikutan ia tidak agresif sebaliknya mempunyai tubuh lembik dan menggerutu.

“Namun, akhirnya kami dimaklumkan ia sejenis ular air dipanggil ular guni buruk atau ular karung guni yang dikategorikan sebagai ular air tawar,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/20

usahawantani.com

Read more...

Daftar Ahli Usahawantani

Followers

There was an error in this gadget

IKLAN 1

Ruang iklan untuk disewa

IKLAN 2

Ruang Iklan untuk disewa
PELUANG KERJASAMA

Pihak Portal Usahawantani.com dan Akademi Usahawantani sedang dalam proses menyemak dan menilai kembali kursus-kursus UsahawanTani yang dianjurkan oleh pihak kami . Kami menjemput semua pengusaha-pengusaha yang berpengalaman ATAU baru dalam mengendalikan kursus-kursus usahawantani untuk berkerjasama atau menjadi panel kami . Sila hantarkan proposal anda kepada Pengurus Akademi UsahawanTani di email akademi@usahawantani.com . Maklumat yang mesti ada dalam proposal anda ialah :
1. Nama Anda / Syarikat
2. Alamat
3. Bidang UsahaTani
4. Kandungan Kursus
5. Bilangan Hari
6. Kos Kursus
7. Lokasi Kursus
8. Pengalaman
9. Cadangan kaedah kerjasama (option)


Daftar Ahli Usahawantani

Borang Pendaftaran

Nama
Email
No Handphone (e.g 019-1234567)
Lokasi (e.g Bandar/Negeri)
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ]


Nota : Selepas menekan butang 'Daftar' sila lihat email anda untuk kepastian bahawa pendaftaran anda telah diterima oleh pihak kami.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP