Pihak usahawantani.com mempelawa semua petani penternak , nelayan dan peniaga berkaitan tani untuk menggunakan perkhidmatan blog usahawantani.com. Anda boleh mengiklan produk anda dilaman ini secara percuma . Marilah sama-sama kita memajukan industri asas tani ini . Hantarkan skrip atau banner iklan anda ke iklan@usahawantani.com Kami akan siarkan iklan anda di blog ini. Anda juga digalakkan untuk mendaftar sebagai pengguna laman usahawantani.com . Sebagai pengguna berdaftar anda akan sentiasa mendapat maklumat terkini dari kami . Sekian . Pentadbir @ Pulau Tawar Jerantut Pahang

31 January 2008

Kementerian guna pakar Afrika biak boer, lembu

BAKA BERKUALITI: Muhyiddin melawat kawasan ternakan kambing boer secara kaedah Bioteknologi Pembiakan Ruminan di Stesen Mardi Kluang

KLUANG: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menggunakan kepakaran Afrika Selatan untuk membantu memperhebatkan pembiakan baka lembu dan kambing boer yang kini menjadi projek ternakan nasional dalam usaha meningkatkan pengeluaran daging negara. Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata teknologi pembiakan paling canggih di dunia itu akan membabitkan pakar dari Persatuan Penternak Kambing Boer Afrika Selatan untuk menjalankan projek penyelidikan di Pusat Embrio Haiwan Nasional (NAEC) di Stesen Mardi, di sini. Beliau berkata, dengan kepakaran serta penggunaan teknologi terkini, pengeluaran baka lembu dan kambing boer dari NAEC dijangka dapat memenuhi permintaan untuk projek ternakan berskala besar di seluruh negara.
"Ketika ini, populasi haiwan ternakan di negara kita iaitu lembu dan kambing hanya berjumlah kira-kira 750,000 ekor dan kita mensasarkan peningkatan kepada 1.5 juta ekor menjelang 2010. "Saya yakin projek di NAEC mampu meningkatkan kuantiti serta kualiti haiwan ternakan khususnya kambing boer bagi memenuhi permintaan daging tempatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Showcase Biobisnes Mardi 2008, di Stesen Mardi Kluang, di sini, semalam. Muhyiddin berkata, selaras dengan fungsinya, NAEC akan menjadi pusat penyimpanan gen, ova, sperma dan embrio ternakan bagi memastikan bekalan untuk seluruh negara mencukupi.
Beliau berkata, pengeluaran baka dari NAEC akan membantu merancakkan lagi peningkatan baka haiwan ternakan untuk projek nasional terutamanya membantu perkembangan projek Ladang Kambing Boer Nasional di Pondok Tanjung, Perak dan Pusat Fidlot Negara di Negeri Sembilan. "Selain dua projek nasional itu, kita juga akan kembangkan baka dari NAEC itu kepada ladang satelit yang terdapat di beberapa negeri. "Kita juga mengalu-alukan penyertaan usahawan tani untuk turut serta mengusahakan ternakan haiwan dan kita bersedia menyalurkan kepakaran menerusi bimbingan dan latihan oleh pegawai agensi di bawah kementerian," katanya. Mengenai pemilihan kambing boer untuk dijadikan sebagai ternakan utama menerusi projek pengembangan baka haiwan ternakan itu, Muhyiddin berkata, kualiti kambing itu adalah yang terbaik, berkhasiat, dan tidak mempunyai banyak lemak.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Nasional/20080131230547/Article/
usahawantani.com

Read more...

29 January 2008

Ternakan Cacing Tanah

Ternakan cacing kompos

Utk makluman Cacing Harimau (Tiger Worm / Eisenia Foetida) adalah salah-satu species cacing yg tergolong didlm kumpulan cacing kompos / pengomposan. Selain itu beberapa spesies yg sesuai digunapakai utk industri Vermikultur / Vermikompos dlm keadaan negara Malaysia termasuk:

1. Cacing Merah (Red Worm / Lumbricus Rubellus).
2. African Nightcrawlers / Eudrillus Eugeniae.
4. Pheretima Elongata.
5. Cacing Biru (Blue Worm / Perionyx Excavatus).

Setiap satu spesies di atas ada kebaikan / kelemahan yg perlu diambilkira bergantung atas objektif sebenar masing2.

Contoh Bekas untuk menternak cacing kompos adalah 15 kakiX 60 kaki untuk skala besar.
Makanan bagi cacing ternakan adalah semua jenis sisa organik i.e. sisa kandang, sisa pertanian, sisa dapur, sisa industri dll asalkan ianya organik boleh diguna-pakai & dimanfaatkan sebagai bahan makanan dlm sistem Vermicomposting. TETAPI, setiap satu perlu diSTABILKAN.
Sisa makanan TIDAK SEMESTINYA membiakkan ulat. Kalau lalat mula bertelor & membiak bermakna sistem sdr:

1. Terlalu basah.
2. Berbau busuk.
3. Masam / Acidic pH rendah dll.

Kalau media terlalu basah ia akan menjadi “anaerobic” (tidak beroksigen) dan menggalakan bakteria penghurai nitrogen (anaerobic microbes) dan mengakibat fermentasi kpd sisa buangan tsb. Bau busuk itu adalah ammonia yg dikeluarkan hasil penghuraian nitrites.
Cadangan cara mengatasinya:
1. Kawal kelembapan media - kalau terlalu basah, taburkan & gaul “bulking agent” spt kertas carik (shredded paper), habuk sabut kelapa (cocopeat) dsb utk menyerap kelembapan.
2. Sistem perlu ditutup dengan jaring halus utk mengelakkan lalat & perosak2 lain.
3. Makanan diletakkan cuma di permukaan shj utk mengelakkan fermentasi. Jangan dibenamkan dlm media.
4. Jgn beri makan terlalu berlebihan (overload). Jumlah makanan seharusnya seimbang dgn jumlah cacing.

Walaubagaimanapun, cara utk skala kecil2an dan skala besar agak berbeza bergantung kpd keadaan setempat.
Dari dlm rumah (sisa dapur):
1. Lebihan sayur dedaun & kulit buah2an (di bilas dulu - elakkan sisa bahan kimia. elakkan kulit limau)
2. Lebihan Nasi (di bilas dulu - jgn bercampur minyak / kari / sambal dll)
3. Hampas teh & kopi. Ni favourite dia (di bilas gulanya dulu - elakkan semut)
4. Kulit telur yg di hancur halus.
5. Lebihan roti walaupun dah berkulat, pizza dll (hati2 jgn terlalu banyak kerana ia akan “menapai” dan “panas”)
6. Tisu terpakai yg telah guna lap mulut.
7. Kertas bungkusan (jgn berminyak)

Dari luar rumah (sisa laman):
1. Dedaun & rumput kering (kalu boleh dicarik dulu. Lebih kecil lebih baik)
2. Dedaun & rumput hijau (hati2 jgn terlalu banyak kerana ia akan “menapai” dan “panas”)
3. Buah2an yg luruh & rosak.

Dari pejabat:
1. Kertas yg dicarik (elakkan yg berwarna & dicetak dgn “inkjet”)
2. Tisu terpakai yg telah guna lap mulut.

Dari persekitaran berdekatan kita (sambil2 kita berulang-alik):
1. Hampas tebu, pisang dll dari warung2 (di bilas gulanya dulu - elakkan semut & getah).
2. Sisa sayur2an, buah2an dll dari pasar, kedai runcit dll.
3. Kalu di utara mungkin mudah mendapatkan Jerami padi dll.

Kalu boleh bahan2 ini dikumpul setempat dan dikomposkan sedikit agar ia “menapai” dulu dan tidak panas bila diberi makan ke cacing.
HARAP MAKLUM: Yg sy terangkan di sini cuma sesuai digunapakai utk SKALA KECIL ya. Jika SKALA MENENGAH ATAU BESAR caranya agak berlainan.

Sumber: bicarajutawan.com

Vermikompos ( baja organik cacing)

Baja organik kotoran cacing tidak menyebarkan bau, bersih dari kotoran maupun serangga. Baja yang terhasil dari kotoran cacing ini sangat baik untuk tanaman sayuran, tanaman tahunan, buah-buahan dan tanaman hiasan. malahan merupakan baja organik yang mesra alam.
fakta Penggunaan vermikompos berbanding baja kimia adalah 1:3. Artinya 1 kg vermikompos bersamaan3 kg baja kimia.

Dalam proses pembuatan baja, diperlukan sisa kotoran lembu atau kerbau. Kemudian cacing ditaburkan di bahagian atas kotoran tersebut dan dibiarkan selama dua minggu. Selama itulah terjadi proses pembuatan baja, cacing mengubah kotoran yang tadinya berwarna kehijauan menjadi kehitaman.

Apabila cacing meninggalkan media kotoran maka prosesnya sudah selesai. Kemudian dikeringkan.Baja yang sebenarnya adalah kotoran cacing yang berbentuk butiran, berserat dan berwarna kehitaman.Kebaikan kegunaan baja organik kotoran cacing adalah baja ini dapat meneutralkan lebihan asid tanah dan menjadikan tanah lebih gembur. Tanah juga tidak cepat padat seperti halnya kalau memakai tinja haiwan.

Vermikompos

#Baja Vermikompos adalah baja organik yang mengandungi NPK yg mudah diserap (phyto-soluble) oleh pokok, trace element, mikrob berfaedah (nitro & phoshobactors), asid humic / fulvic, ph neutral, pest repellant semulajadi, penggalak pertumbuhan/buah dll.
Aplikasi vermikompos dalam tanaman:# utk sayur dedaun guna 200g/m persegi (apply 60%-70% during plough, apply balance when young shoot sprout after 2 weeks)# utk sayur berbuah jangka panjang guna 200g/m persegi (apply 60%-70% during plough, apply balance when young shoot sprout after 2 weeks). Kemudian 100g/m persegi (apply thereafter bi-monthly as carrier fertilizer)

Faktor penjimatan / keuntungan penggunaan Vermikompos:# kurang pembajakan antara musim# kurang masalah perosak# pertambahan pengeluaran hasil# mutu rasa & ketahanan hasil (rasa crunchy & shelf-life lebih lama)# penjimatan dari segi pengurangan penggunaan baja setelah musim ketiga apabila tmutu tanah sudah dapat dipulihkan kerana vermikompos memuhikan tanah agar pokok dapat menyerap nutrien dengan lebih efisien.
Harga pukal baja vermikompos RM2.50/kg
sumber:
Eudrillus (bicarajutawan)

usahawantani.com

Read more...

22 January 2008

Kursus Tanaman Fertigasi Hujung Minggu



KLIK SINI UTK MENDAFTAR : BORANG PENDAFTARAN

Apakah Fertigasi
  • Fertigasi adalah teknik dan teknologi baru yang diperkenalkan dalam industri pertanian. Sistem ini sangat praktikal diusahakan kerana mengurangkan kos jangka panjang dan mengurangkan tenaga kerja. Yang menariknya adalah hasil produk pertanian yang tinggi dan sangat menguntungkan sesiapa saja yang terlibat.


Faedah Tanaman Fertigasi



  • Hasil pertama dalam masa 100 hari saja


  • Hobi pertanian yang sangat menguntungkan


  • Paling lumayan dalam masa singkat.


  • Teknik pertanian paling mudah dipelajari.


  • Boleh dibuat ditepi rumah atau tanah terbiar.


  • Tak perlu pekerja dan maintainance tinggi.


  • Boleh tanam pelbagai jenis sayuran selain cili.


  • Boleh tambah pendapatan.


  • Senang, Mudah, Terbukti

Ladang Fertigasi di Taman Agroteknologi


Siapa yang Patut terlibat:



  • Graduan Menganggur

  • Petani yang ingin tambah pendapatan

  • Pesara-pesara dan bakal pesara

  • Belia-belia yang berminat dalam pertanian


  • Pekerja kerajaan dan swasta yang ingin tambah income.


  • Sesiapa saja yang berminat.


  • Group yang akan berhenti kerja atau VSS dan tengah mencari peluang.


  • Group yang rasa nak sahut seruan dan cabaran Pertanian adalah Satu Perniagaan
Kenapa Perlu Ikuti Kursus Fertigasi Anjuran kami:






  • Kursus yang diberikan merangkumi aspek kegiatan hortikultur, teori mahupun secara praktikal yang sesuai bergantung kepada jenis tanaman.

  • Kursus disediakan untuk individu perseorangan, agensi-agensi kerajaan, jabatan-jabatan kerajaan mahupun
    institusi pengajian


  • Peserta yang mengikuti kursus yang disediakan ini didedahkan untuk menjadi usahawan atau tani baru berdasarkan informasi yang lengkap.



  • Modul kursus yang lengkap dan padat sangat sesuai dan mudah diikuti oleh peserta dalam jangka masa yang singkat.




  • Kursus ini disampaikan oleh tenaga pengajar iaitu pengusaha sendiri di samping tenaga pengajar yang sangat berpengalaman dalam bidang pertanian fertigasi.

  • Kemudahan untuk teori dan amali adalah lengkap untuk setiap peserta.

  • Peserta untuk setiap kursus antara 3 hingga 20 orang.



  • Yang paling penting anda bayar sekali sahaja dan anda bebas untuk datang ke ladang kami pada bila-bila masa untuk terus menimba ilmu


  • KLIK SINI UTK LAGI GAMBAR KURSUS FERTIGASI

Memandangkan kami menghadkan bilangan peserta kepada 20 arang sahaja maksima untuk setiap sessi . Kami memberi keutamaan mengikut konsep " Siapa Dulu " .




  • Sila isi borang pendaftaran kursus di bawah ini dan untuk maklumat selanjutnya sila hubungi En Rahim 0132279556 untuk pembayaran . Untuk memastikan tempat terjamin sila buat bayaran pendahuluan RM150.00 ke akaun MAYBANK 1648 5603 0159 ABD RAHIM BIN ARIFF . Bayaran selebihnya boleh dibuat ketika hadir kursus . Bagi yang inginkan kemudahan penginapan sila buat tempahan awal . Kami mencadangkan Hotel City , Banting 03-31878728 standard room RM75 . Hotel ini terletak berdekatan dengan ladang kami .
    Untuk pandu arah ke Ladang Fertigasi sila klik disini Ladang Fertigasi .
    Klik sini untuk mendaftar : BORANG PENDAFTARAN

    Read more...

    Kursus Cendawan Tiram Teknologi EM dari Jepun


    Note :
    1. Alhamdulillah sepanjang bulan Ramadhan ini kami telah berjaya mengendalikan satu kursus yang hebat dan lain dari yang lain . Semua peserta telah berpuashati dengan konsep kursus yang memang sangat bersesuaian untuk bulan ramadhan. (kursus ramadhan)
    2. Bagi bulan Oktober kami akan bersama anda meraikan bulan Shawal dan tiada kursus sepanjang bulan tersebut.
    3. Kursus kami seterusnya adalah pada bulan November . Anda bolehlah mendaftar awal kerana kami jangkakan sambutan sepanjang bulan November adalah hebat memandangkan ia dijalankan pada musim cuti sekolah .


























    KLIK SINI UTK MENDAFTAR BORANG PENDAFTARAN



    Alhamdulillah kursus yang baru selesai pada 26 Julai 2008 telah disertai oleh 18 orang peserta dari seluruh negara . Tahniah kepada peserta yang telah menamatkan latihan diladang kami . Kepada peserta yang ingin mengikuti kursus seterusnya adalah pada 02 ,10,17,24,30 Ogos 2008.


    Ramai orang bertanyer...mengapa mesti berkursus di sini ?? Apa yang pihak kami tawarkan ?? Berbaloi ke ??Haaaaa...ini jawapan nyer !!!









    Kursus yang kami jalankan ini menekankan amalan praktikal sebanyak 90% dan teori 10%. Apa yang bakal anda perolehi daripada kursus ini adalah seperti berikut :














    • Anda akan dibawa melawat keseluruh kawasan tanaman bermula daripada stok simpanan habuk kayu hingga ke bangsal pengeluaran hasil cendawan.




    • Semasa lawatan tersebut anda akan diberikan taklimat dan maklumat tentang proses-proses yang berkenaan



    • Pihak kami akan mengajar anda tentang bagaimana hendak menanam cendawan bermula daripada proses pembuatan beg cendawan, mengukus, menyuntik benih, memeram, memetik hasil cendawan hinggalah ke pembungkusan.


    • Semasa melalui proses-proses tersebut, anda akan diberikan tip-tip rahsia dan teknik-teknik berkesan untuk memudahkan kerja anda disamping meningkatkan kualiti kerja dan hasil cendawan.
      •Akhir sekali anda akan dibekalkan dengan handout, CD tanaman cendawan, info pembekal dan juga sijil penyertaan.


      So apa lagi isi borang di bawah ini dan kami akan hubungi anda untuk penerangan lanjut berkaitan dengan kursus ini .Bagi bulan Julai kami menawarkan kursus seperti tarikh berikut :

    • 2 ogos 2008 (Sabtu)

    • 10 Ogos 2008 (Ahad)

    • 17 Ogos 2008 (Ahad)

    • 24 Ogos 2008 (Ahad)

    • 30 Ogos 2008 (Sabtu)

    Pilihlah tarikh yang bersesuaian dengan jadual anda dan KLIK disini untuk mendaftar : BORANG PENDAFTARAN



    AKADEMI USAHAWANTANI (001738691-X)

    Read more...

    21 January 2008

    Siswazah sahut cabaran ceburi bidang ternakan


    Tidak ada yang lebih istimewa bagi seorang siswazah apabila berpeluang menimba pengalaman sebagai pengurus operasi perniagaan peruncitan dan pemborong sedangkan baru sahaja menggenggam segulung ijazah.
    Lebih istimewa, kerjaya barunya menuntut lebih usaha untuk mendapatkan pengetahuan kerana ia berkaitan pemasaran produk berasaskan ternakan sedang, ijazah yang dimiliki dalam bidang kejuruteraan elektrik.
    Justeru, `haluan' yang dipilih nyata menyimpang jauh daripada ilmu yang ditimba di universiti tetapi bagi Harfirdaus Che Lah, dalam usia yang baru mencecah 23 tahun, dia menganggapnya sebagai satu cabaran yang memerlukan kecekalan, keberanian selain tidak berputus asa untuk menambah pengetahuan.
    “Saya sudah jatuh cinta dengan perniagaan ini, ujarnya,‘’ ketika ditemui di pejabatnya di Kajang baru-baru ini.
    Harfirdaus Che Lah yang memegang jawatan Eksekutif Operasi, Perfect Fresh and Frozen nyata enggan menambah bebanan fikirannya bahawa bidang yang agak asing baginya boleh menjadi batu penghalang mencapai kejayaan.
    Malah dia yang pernah bertugas sebagai pelatih pengurus di sebuah syarikat makanan segera akan memanfaatkan ilmu yang dimiliki untuk memajukan syarikat berkenaan yang baru membuka outlet di Jalan Impian Murni, Saujana Impian, Kajang, Selangor.
    Syarikat yang diuruskan oleh KMJ Supplies Sdn. Bhd. itu beroperasi sebagai pemborong dan peruncit bekalan daging lembu, kambing Boer, rusa, unta, burung unta, arnab dan ayam kampung.
    Selain itu, syarikat terbabit juga memasarkan ayam turki, burung puyuh, itik dan susu kambing.
    Syarikat terbabit menawarkan sistem francais kepada mana-mana pengusaha yang berminat memasarkan produk-produk berkenaan, dengan tujuan membantu pengusaha ladang di peringkat pengeluaran untuk memasarkan hasil mereka.
    “Ada masa ini, kami memperoleh bekalan dari merata tempat di seluruh negara dan ini sekali gus dapat pengusaha memasarkan hasil ladang mereka,” kata Harfirdaus.
    Sebagai contoh, bekalan ayam kampong diperoleh dari projek penternakan membabitkan ibu tunggal di Kuala Selangor, burung puyuh (Pulau Pinang), itik (Tampin), arnab (Broga) dan burung unta dari Beranang, Selangor.
    Pengusaha menghantar bekalan daging mereka selepas diproses manakala syarikat terbabit membungkusnya dengan potongan dengan saiz tertentu memudahkan suri rumah menyediakannya untuk dimasak.
    Apa yang pasti, konsep pemasaran bekalan produk berasaskan daging itu memperkenalkan konsep baru dalam pemasaran daging yang bukal sahaja, segar tetapi halal dan bersih.
    Menurut Harfirdaus, meskipun baru dibuka pada 24 November lepas, pengunjung sudah mula memenuhi outlet tersebut sejak awal pagi khususnya pada hari cuti.
    Ini kerana konsep yang mudah untuk membuat pilihan dan jenis daging ternakan yang pelbagai, mendorong mereka mendapatkan produk yang diperlukan.
    Meskipun tidak semua daging yang dijual hasil daripada ladang ternakan tempatan, syarikat terbabit menjanjikan produk yang segar dan berkualiti.
    Malah, selain pasaran runcit, pengguna juga boleh membuat tempahan untuk mendapatkan daging yang dikehendaki dan akan dihantar ke destinasi yang diminta
    Menurut Harfirdaus, pihaknya juga menyasarkan kepada syarikat penyajian makanan (catering) kerana ia menawarkan satu pasaran besar bagi bekalan daging mentah.
    Selain itu, syarikat terbabit juga membekalkan susu kambing segar berjenama Vcals ke beberapa buah hospital selain dijual secara runcit.
    Pada masa ini, syarikatnya mampu mengedar antara 400 dan 500 botol sehari kepada pelanggan terbabit.
    Dengan modal awal sebanyak RM250, 000 bagi melengkapkan outlet yang menempatkan pusat jualan, bilik pemotongan serta bilik sejuk beku serta kakitangan seramai empat orang setakat ini, Harfidaus ternyata mempunyai tanggungjawab berat memajukan perniagaannya,
    Kita kena berani bersemangat dan yakin dengan diri.
    Mengenai konsep francais, beliau percaya dapat mengembangkan lagi usaha tersebut melibatkan 10 buah cawangan dalam tempoh 12 bulan akan datang.
    Info ringkas mengenai industri penternakan ruminan:
    * Kadar sara diri (SSL) bagi lembu dan kambing masih rendah iaitu masing-masing 18 peratus dan sembilan peratus.
    * Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), dan Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) serta Pelan Imbangan Dagangan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani meletakkan sasaran SSL 40 peratus bagi lembu dan 35 peratus bagi kambing menjelang 2010.
    * Bagi mencapai sasaran tersebut, pengeluaran lembu dan kerbau yang diperlukan ialah sebanyak dua juta ekor.
    * Lebih 723,000 ekor lembu betina dan lebih 338,000 ekor lembu disembelih dengan mengambil kira 60 peratus kelahiran dan 40 peratus lagi baka pembiak.
    * Bagi industri kambing pula, lebih satu juta ekor diperlukan dengan bilangan pembiak lebih 380,000 ekor dan yang disembelih 3000,000 ekor setahun menjelang 2010.
    * Pada masa ini, dianggarkan terdapat 23,800 pernternak terdapat di negara ini meliputi semua komoditi ternakan.
    - Penternak lembu- 13,950 orang
    - Penternak kambing-3,544 orang
    - Industri kambing:
    - Penternak tradisional- 75 peratus
    - Penternak semi komersial- 15 peratus
    - Penternak komersial-10 peratus
    Antara projek utama:
    * Pusat Pengeluaran Kambing Boer Negara seluas 4-5 hektar dio Pondok Tanjung, Taiping Perak
    * Pusat Fidlot Nasional di Gemas, Negeri Sembilan
    Info:* Khidmat penyajian makanan berbeku kambing Boer disediakan
    * Waktu perniagaan: Pukul 8 pagi hingga 8 malam setiap hari.
    * Khidmat penghantaran disediakan bagi tempahan melebihi RM30.
    * Alamat: Perfect Fresh and Frozen, No 15, Jalan Impian Murni 1/5, Saujana Impian, 43300 Kajang Selangor.
    * Telefon : 012-2686845
    http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0117&pub=utusan_malaysia&sec=keluarga&pg=ke_02.htm&arc=hive
    usahawantani.com

    Read more...

    Pelan Pengeluaran Pertanian Nasional dilulus

    BATU PAHAT 18 Jan. – Kabinet telah meluluskan Pelan Pengeluaran Pertanian Nasional (PPPN) bagi memastikan hasil pertanian, ternakan dan agrokultur negara berjaya ditingkatkan dalam tempoh tiga tahun lagi.
    Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, berikutan itu, sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji pelaksanaan pelan telah ditubuhkan dan ia dijangka siap dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi.
    Beliau berkata, melalui pelaksanaan pelan tersebut, setiap produk pertanian yang diperlukan oleh rakyat akan dapat dikenal pasti.
    ‘‘Ia selaras dengan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk membantu rakyat mencapai tahap sara diri yang mencukupi daripada segi makanan dan sebagai strategi membendung kenaikan harga barang,” katanya.
    Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Projek Pertanian Moden Kluang di Institut Haiwan Kluang di Kluang dekat sini hari ini.
    Menurut Muhyiddin, melalui pelan tersebut, kementerian akan menetapkan jenis sayur dan buah-buahan yang perlu diberi keutamaan untuk ditanam antaranya kacang panjang, kobis, bayam dan sawi.
    Beliau berkata, kementerian juga akan mencari jalan bagi membantu petani daripada segi kos dan input pertanian terutama harga baja, kos pengangkutan dan tenaga pekerja yang semakin meningkat sejak setahun lalu.
    ‘‘Pada tahun lepas, harga baja sayur-sayuran meningkat kepada 50 hingga 60 peratus dan tanaman lain meningkat antara 60 hingga 70 peratus.
    ‘‘Masalah ini mesti diberi perhatian khusus bagi memastikan petani tidak berputus asa dan kecewa untuk meneruskan usaha mereka,” ujarnya.
    http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0119&pub=utusan_malaysia&sec=muka%5Fhadapan&pg=mh_08.htm&arc=hive
    usahawantani.com

    Read more...

    08 January 2008

    Kursus Tanaman Cendawan di Pahang




    usahawantani.com

    Read more...

    KURSUS SEHARI PROSES PEMAKANAN TERNAKAN

    • TARIKH : 29 JANUARI 2008
    • MASA : 8.30 PG – 5.00 PTG
    • TEMPAT : LADANG INFOTERNAK SG. SIPUT (U)
    • YURAN PENYERTAAN : RM 50.00
    • Untuk penyertaan sila hubungi Pn. Aina di talian 05-2555201 / 202

    PENGENALAN
    Usaha untuk membangun dan mengkomersialkan tanaman baru, makanan ternakan berasaskan biologi dan teknologi inovatif yang berkaitan dengan sesuatu tanaman adalah amat diperlukan.

    Justeru itu, DPMM Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Perak menganjurkan KURSUS SEHARI PROSES PEMAKANAN TERNAKAN. Kursus ini bertujuan untuk memberikan maklumat kepada peserta khususnya golongan penternak-penternak mempelajari teknologi terbaru dalam menghasilkan makanan ternakan.

    Silaj adalah makanan ternakan ruminan yang terdiri daripada bahan rufaj yang berkelembapan tinggi di antara 35 % hingga 75 % kandungan air yang diperolehi melalui proses penapaian dan disimpan dalam keadaan kedap udara (anaerobic). Silaj sebagai salah satu sumber bekalan makanan ternakan berkualiti untuk ruminan mempunyai kelebihan berbanding dengan rumput segar dan hay kerana silaj dapat dikeluarkan sepanjang masa, proses pengeluarannya tidak bergantung kepada keadaan cuaca dan dapat dihasilkan daripada berbagai jenis bahan rufaj seperti rumput, batang jagung, pelepah kelapa sawit dan bahan-bahan lain. Silo (bekas simpanan silaj) terdiri daripada berbagai bentuk seperti bunker, stack, tower, tong plastik dan lain-lain. Faktor yang penting ialah bekas yang digunakan seharusnya praktikal dari segi pengendalian dan mesti dalam keadaan kedap udara.
    usahawantani.com

    Read more...

    07 January 2008

    KURSUS ASAS PENTERNAKAN LINTAH







    • Di atas permintaan ramai maka pihak kami akan mengadakan bengkel untuk siri yang ke 3 & 4. Peserta-peserta akan di ajar dan didedahkan dengan teknik-teknik pemasaran secara inidividu yang ternyata menghasilkan pendapatan yang lumayan serta segera. Peserta akan didedahkan dengan kekuatan pemasaran secara telekomunikasi internet dan menggunakan agensi kerajaan bagi memajukan lagi perusahaan sedia ada.



    • Disamping jemputan khas pihak Bank Pertanian yang akan memberi penerangan secara jelas tentang skim bantuan yang wujud khas untuk bakal-bakal pengusaha lintah.Peserta-peserta juga akan di perkenalkan buat pertama kali produk-produk keluaran AF dan yang menarik pelancaran SUPER BIOTECH produk baja kolam yang di hasilkan khas dengan teknologi KEDA bagi mengalakkan pertumbuhan plakton-plakton kolam, membiakan anak-anak benih lintah, menyuburkan tumbuhan-tumbuhan air serta merawat air secara semula jadi. Ia juga sesuai untuk semua jenis kolam air tawar.



    • Di samping itu 2 orang pakar urut tradisional iaitu urut tenaga batin & urut urat belikat ( Lebih 30 tahun berkecimpung) akan di bawakan khas ke bengkel pada kali ini. Peserta - peserta yang berminat boleh ' menyerah' hehehehe ! secara sukarela untuk di urut, secara percuma. Bilik akan disediakan untuk sessi urutan.



    • Bengkel Ke 3, Tarikh 19/01/2008(Sabtu) akan di adakan di tempat yang sama iaitu di Chalet Peranginan Kuala Gula Perak.



    • Bengkel Ke 4 Khas untuk ZON PANTAI TIMUR SAHAJA akan di adakan pada 26/01/2008(Sabtu) di Kubang Kerian, KB, Kelantan.



    • BERIKUT ADALAH BUTIR-BUTIR BENGKEL KE 3 & 4 ( BENGKEL SEHARI 8.00 PAGI - 6.00PTG)



    • 1.Yuran penyertaan sebanyak RM 400. Bank In ke dalam akaun Maybank - 152059929764 di atas Nama Puan Suhaila Bt Seliman



    • 2. SMS pengesahan pembayaran dengan mengguna format berikut : UT (EJAAN & NO YANG BETUL UNTUK PENYEDIAAN SIJIL) , . sms ke n0. 0194700309.3. ( eg : UT AHMAD IBRAHIM BIN ALI 701006-06-5007 19:30:15 RM400 AMPANGPARK BENGKEL3 )



    • Bengkel akan bermula dengan pendaftaran pada jam 8.00 pagi, dan berakhir pada jam 6.00ptg.Peserta akan diberikan cenderahati berupa induk lintah+ DVD. Makanan disediakan sebanyak 3x iaitu, pagi,tghari dan ptg.4.



    • UNTUK PERTANYAAN HUBUNGI SEGERA.



    • Bengkel Siri ke-3 (Kuala Gula, Perak)En. Ahmad Nazari - 0194301977En. Roslan - 0125657770 (utk tempahan bilik penginapan)***kpd yg memerlukan bilik, sila buat tempahan awal kerana jumlah bilik adalah terhad.



    • Bengkel Siri ke-4 (Kota Bharu, Kelantan)En. Ahmad Nazari - 0194301977 En. Osman Mustafa - 0179123265 (utk tempahan bilik penginapan)



    • ***kpd yg memerlukan bilik, sila buat tempahan awal kerana jumlah bilik adalah terhad.
    • SILA DAFTAR DI DALAM BORANG DI BAWAH INI TETAPI KAMI HANYA AKAN MEMPROSES BORANG ANDA HANYA APABILA BAYARAN TELAH DIBUAT

    usahawantani.com

    Read more...

    Ternakan Tiram Crassostrea Iredalei

    LATAR BELAKANG
    Industri ini telah lama diusahakan di seluruh dunia. Asia merupakan pengusaha terbesar di dunia.Di Semenanjung Malaysia percubaan menternak tiram telah dibuat oleh Okada (1963). Pada tahun 1975 percubaan telah dibuat di Sabah dengan menggunakan spesies C. belcheri. Percubaan dengan menggunakan spesies Ostrea folium dijalankan pada tahun 1979 dan 1980 di Langkawi Kedah. Negeri-negeri yang terdapat ternakan tiram ialah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Johor, Terengganu, Kelantan dan Sabah. Usaha menternak ini dijalankan dengan menggunakan benih-benih daripada sumber semulajadi.
    Terdapat 4 jenis tiram di Malaysia :

    • Crassostrea (C.belcheri dan C. iredalei)
    • Saccostrea (S. echinata dan saccostrea spp)
    • Ostrea (O.folium)
    • Hyotissa (Hyotissa hyotis)
    • Semua spesies tiram ini terdapat di perairan Malaysia dan boleh dijadikan sumber makanan. Spesies Crassostrea Iredalei merupakan spesies utama yang diternak secara komersial. Spesies ini mendapat permintaan yang amat menggalakkan daripada hotel-hotel dan restoran-restoran tempatan. Spesies ini banyak terdapat di Terengganu dan Kelantan. Ia juga banyak diternak di Thailand dan Filipina.

      PENGENALAN SPESIES TIRAM
      Sifat Luaran
      Spesies C. iredalei mempunyai kulit luarnya tidak beralur dan kedua-dua cengkerangnya sama panjang, membesar melebihi 15cm panjang.
      Tiram genus Ostrea berbentuk leper/nipis. Tiram genus Crassostrea dan Saccostrea berbentuk seperti cawan. Spesies Saccostrea spp berpermukaan yang beralur-alur seperti kerang, kedua-dua cengkerangnya tidak sama panjang. Ukurannya tidak melebihi 8cm panjang.
    • Sifat dalaman.
      Tiram jenis Crossostrea iredalei mempunyai tanda hitam yang amat jelas pada kedua-dua bahagian dalaman cengkerang. Tanda ini merupakan otot-otot lekat dan ia hanya terdapat pada spesies Crossostrea sahaja.
      Pada bahagian hujung sebelah dalam cengkerang tiram Saccostrea spp terdapat tonjolan (umbo) kecil, dan bentuk seperti ini tidak terdapat pada spesies iredalei.
    • Habitat
      Tiram hidup dengan cara melekat pada substrat seperti cangkerang tiram, siput-siput, akar bakau, batu-batu dan benda-benda keras yang tenggelam.
      Tiram biasanya didapati dalam air yang salinitinya antara 15 -32 ppt. Tiram dewasa boleh hidup beberapa hari di dalam air yang salinitinya menurun sehingga kekadar sifar. Benih-benih tiram akan mati bila mengalami perubahan saliniti mendadak seperti di musim tengkujuh.
      Suhu biasa air bagi habitat tiram ini 28-30.5◦C, kecuali pada musim tengkujuh di mana suhunya lebih rendah. Perbezaan air semasa pasang surut lebih kurang 1.5 meter.
    • Pemakanan
      Tiram makan dengan cara menapis makanan melalui insang. Makanannya adalah jenis plankton.
    • Pembiakan
      Tiram mempunyai jantina yang berlainan. Jantina tiram dewasa hanya dikenali melalui pemeriksaan kandungan gonad. Persenyawaan berlaku di luar badan selepas tiram jantan betina melepaskan sperma dan telur. Ia membiak sepanjang tahun, tetapi terdapat dua musim kemuncak. April-Jun dan Oktober- Disember. Kajian menunjukkan tiram akan akan bertelur apabila hujan lebat selama beberapa hari selepas kemarau panjang. Faktor perangsang tiram bertelur ialah pertukaran saliniti dan suhu air.
    • AKTIVITI TERNAKAN
      Aktiviti ternakan dibahagikan kepada dua peringkat iaitu:-
      -Pemungutan benih dan
      -Pemeliharaan untuk pasaran

      Pemungutan Benih
      Di Malaysia benih-benih diambil dari sumber semulajadi. Benih semulajadi masih menjadi sumber utama. Ia mudah didapati manakala pembiakan tiram (penetasan) telah dijalankan di hatchery LKIM di Kg Setiu, Terengganu saiz benih yang biasa diambil antara 2-5 cm.
      Kaedah Memungut Benih

      Selain dari benih di pusat penetasan, kaedah memungut benih biasanya bergantung kepada kos perbelanjaan, ketahanan dan mudah dikendalikan. Di antara jenis pemungut yang digunakan :
      -Tayar
      -Netlon
      -Kulit tiram dan tempurung kelapa
      -Pancang kayu atau buluh
      -Kepingan asbestos
      April-Jun dan Oktober – Disember musim terdapat banyak benih-benih tiram. Ini amat penting kerana pemasangan pemungut di musim pembiakan akan menghasilkan pungutan yang baik, benih juga boleh didapati semulajadi yang melekat pada pokok bakau dan umpun.

      Pemeliharaan Untuk Pasaran
      Pemilihan tapak yang sesuai untuk ternakan tiram ialah yang mempunyai faktor-faktor seperti berikut :-
      -Kawasan terlindung dari angin yang kuat
      -Perubahan air pasang surut antara 1.0-1.5 m
      -Dasar tidak mempunyai lumpur yang tebal
      -Saliniti air antara 15-30 ppt
      -pH air antara 6.5-8.5
      -Faktor tambahan yang perlu, terdapatnya induk-induk tiram asli di kawasan tersebut. Selain daripada itu faktor-faktor keselamatan, peralatan dan kemudahan infrastruktur seperti perhubungan adalah perlu.

      Kaedah Ternakan
      Kaedah ternakan ialah dengan menggunakan rakit, pelantar, bubu rawai atau ternakan di dasar. Perbezaan sistem ini bergantung kepada beberapa faktor seperti kos perbelanjaan, ketahanan bahan, serta keadaan ombak dan rebut di sesuatu tempat. Kaedah ternakan yang biasa diusahakan secara komersial adalah dengna menggunakan rakit.
      Rakit
      Rakit ternakan tiram yang biasanya digunakan berbentuk 4 segi, saiznya mengikut keperluan. Kayu melintang digunakan untuk menggantung tali pemungut benih atau bakul untuk menternak tiram. Pelampung ‘Styrofoam’ dan plastik biasa digunakan untuk membina rakit. Rakit juga boleh dibina dengan menggunakan bahan HDPE atau sangkar terapung HDPE. Sangkar/ rakit jenis ini lebih tahan, tetapi kosnya 2 kali ganda lebih tinggi daripada pelampung biasa.
      Bekas Ternakan
      Untuk memudahkan pengendalian pelbagai jenis dan bentuk bekas ternakan telah dicipta. Bekas-bekas ternakan yang biasa ditemui di Malaysia adalah seperti berikut:-
      -Raga
      -Tayar
      -Bingkai Netlon
      Tayar, bingkai netlon dan raga sebagai bekas ternakan

      PENGURUSAN TERNAKAN
      Tiram-tiram yang diternak perlu diurus dan diawasi agar ia sentiasa sihat dan dapat membesar dengan baik. Proses yang biasa dilakukan ialah mencuci tiram dari mendapan lumpur atau rumpai terapung yang melekat pada ternakan tersebut. Proses ini dilakukan dengan menggunakan pam air berenjin.
      Pembersihan perlu dilakukan sekurang-kurangnya sebulan sekali. Di musim tengkujuh pembersihan perlu dilakukan dengan lebih kerap.
      Selain daripada kerja-kerja pembersihan, benih-benih yang diternak secara beraingan dalam bekas plastik/netlon, perlu diubah serak ke bekas-bekas lain mengikut saiz apabila benih membesar untuk mengelakkan peningkatan berat yang tinggi, Kerja-kerja lain yang biasanya dilakukan adalah membuang dan membunuh musuh tiram seperti ketam, siput-siput, tapak sulaiman dan cacing lecur.

      PENGUTIPAN HASIL DAN PASARAN
      Tiram memerlukan masa 12-18 bulan untuk membesar mencapai saiz pasaran. Saiz yang dipasarkan 9-11 cm. Pengutipan (harvest) dilakukan semasa tiram cukup matang, kerana ketika ini rasanya lebih enak dan isinya lebih tebal.
      Kutipan mudah dilakukan untuk ternakan diatas rakit atau para kerana ia lebih stabil. Kutipan hasil boleh dilakukan oleh seorang pekerja sahaja. Untuk tiram yang diternak pada rawai terapung, kutipan dilakukan oleh dua orang, seorang pemungut dan seorang pengendali sampan.
      Tiram-tiram yang dikutip, dibersihkan dari lumpur, askidian dan bunga karang. Seterusnya tiram-tiram ini dibasmi kuman dengan menggunakan alat depurasi untuk jangkamasa tidak kurang dari 36 jam untuk membunuh bakteria serta dinaflagelat yang terdapat pada tiram-tiram tersebut.
      Jualan tiram hidup lebih menguntungkan, harganya tinggi dan kerja-kerja mengopek kulit tidak perlu dilakukan. Tiram jenis C.iredalei dijual hidup dengan harga 40-60 sen sebiji kepada pemborong. Tiram jenis Saccostrea spp pula dijual dengan harga 10-20 sen sebiji dan kalau dijual isi sahaja harganya RM6-RM9 sekilo.

      MUSUH TIRAM
      Musuh-musuh tiram di kawasan ternakan tidaklah begitu serius. Tetapi tindakan untuk mengatasinya perlu dibuat agar serangan dari musuh-musuh tiram tidak berterusan.

      Ketam
      Ketam merupakan musuh utama benih-benih tiram, Ketam dapat dicegah daripada memasuki bekas ternakan dengan menutup netlon halus dipermukaanya.
      Tapak Sulaiman (starfish)
      Tapak Sulaiman menyerang tiram semua peringkat, dari benih hingga ke tiram dewasa. Serangan Tapak Sulaiman banyak berlaku terutamanya di kawasan dasar. Kaedah beracun dan membuangnya merupakan cara pengawalannya. Kapur tohor ditabur ke dasar laut dengan nisbah 560kg/ha. Ia juga boleh dikawal dengan membina tempat ternakan yang tidak menyentuh kawasan dasar.
      Siput halia
      Siput ini hidup kawasan dasar dan ia tidak boleh berenang. Cara mencegahnya boleh dilakukan dengan membina tempat ternakan yang tidak menyentuh kawasan dasar.
      Cacing Lecur
      Kesan serangan akan menyebabkan tumbesaran tiram terencat dan lecur-lecur hitam di bahagian dalam kulit tiram. Jika kadar serangan tinggi, ia boleh menyebabkan kematian akibat infeksi sekunder. Cara membunuh cacing ini, dedahkan tiram-tiram ke udara selama 24-48 jam, atau rendamkan tiram-tiram tersebut ke dalam larutan garam yang tinggi kemasinannya.
      Bunga Karang (Sponge)
      Tumbesaran tiram-tiram juga mungkin terencat atau boleh mengakibatkan kematian sekiranya kulit tiram diselaputi dengan banyak oleh bunga karang. Biasanya bunga karang menyerang tiram dewasa dan akan menyebabkan kulit tiram menjadi rapuh dan mudah pecah. Cara mengatasinya, berus lapisan bunga karang yang masih tipis.
      Askidian
      Askidian tumbuh pada permukaan kulit tiram dan boleh menyebabkan tumbesaran tiram terencat ataupun mati. Askidian boleh dicegah dengan menggunakan berus.
      Siput sudu pada tiram
      Siput Kampis pada tiram
      Tertip pada tiram
      Lain-lain Musuh Tiram

      Lain-lain musuh tiram ialah pesaingnya :-
      -Siput sudu
      -Teritip
      -Siput kampis
      Siput rantai
      Masalah pesaing ini berlaku terutamanya pada musim kemarau. Masalah ini juga didapati di kawasan ternakan yang berhampiran dengan laut.
      Pesaing-pesaing perlu dibuang atau dibunuh kerana ia menyebabkan tumbesaran tiram terencat, tiram-tiram terpaksa berkongsi ruang serta makanan.
      Untuk menjalankan ternakan secara komersial, diperlukan sekurang-kurangnya 8 unit rakit/sangkar dan bekas ternakan yang paling efisen untuk ternakan ini ialah raga. Setiap rakit/sangkar dianggarkan boleh digantung raga sebanyak 1050 buah. Setiap raga boleh diisi dengan benih tiram sebanyak 50 biji. Kadar hidup ternakan ini agak tinggi iaitu dianggarkan diantara 80%-90%.

      sumber dari laman web berikut http://lkim.gov.my/Ternakan_Tiram.htm
      usahawantani.com

    Read more...

    Pengenalan Kepada Industri Rumpai Laut

    Ecuhema adalah sejenis spesis rumpai laut yang tumbuh liar dalam kelompok yang banyak terutamanya di Negeri Sabah, Malaysia Timur. Ianya boleh didapati tumbuh dalam air yang tenang atau dalam medium air yang bergerak perlahan. Kajian saintifik menunjukkan Eucheuma mengandungi bahan berguna yang boleh digunakan dalam proses bio-kemikal dan bio teknologi. Carrageenan, adalah produk yang diperolehi dari rumpai laut yang banyak digunakan oleh pelbagai industri seperti farmasi, kosmetik, kilang penapisan, pengawetan dan juga dalam industri pembuatan bahan letupan dan peluru. Kultur rumpai laut telah menjadi satu bidang yang diminati oleh pelbagai agensi kerajaan terutamanya Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.



    Jenis-jenis rumpai laut :
    Eucheuma Cottoni dan Echuema Spinosum adalah dua spesis rumpai laut yang lazim ditanam pada masa kini. Perbezaan diantara kedua-dua spesis ini ialah Eucheuma Spinosum mempunyai dahan yang seakan-akan berduri manakala Eucheuma Cottoni tida

    • Kriteria Pemilihan Kawasan

    • Kawasan yang mempunyai pengaliran air perlahan supaya nutrien dibawa dan diganti secara semulajadi untuk tumbesaran rumpai laut. Tiada arus ombak angina kuat, kawasan batu karang dan berpasir adalah yang paling sesuai.
      Elakkan daripada muara sungai atau di mana terdapat percampuran air tawar. Kemasinan air adalah antara 27-35 bahagian dalam seribu (ppt).
      Suhu air hendaklah antara 25c – 30c. paras air mestilah tidak kurang daripada 0.15 meter dalam semasa surut dan 2 meter dalam semasa.
      Dasar laut mestilah kuat supaya boleh menampung pemagaran/ pncang atat lain-lain struktur binaan manusia di atasnya.
      Lain-lain perkara yang perlu dipertimbangkan ialah kemudahan mendapat pekerja, pengangkutan dan sistem komunikasi yang baik.

    Kaedah Penanaman Laut :

    • Tedapat 3 cara yang berlainan untuk menanam rumpai laut bergantung kepada peruntukan kewangan dan keadaan sekeliling:

    • 1. Penanaman secara panjang (staking) Separa rakit
      Cara ini sesuai di air yang cetek iaitu 0.5 meter.
      Tali yang sesuai direntang antara dua pancang dan seterusnya benih rumpai laut diikat ke tali yang direntang tadi.






    • 2. Penanaman secara separuh terapung

    • (semi floating)
      Penanaman cara ini paling sesuai di kawasan perairan sedalam 1 hingga 3 meter.
      Mempunyai persamaan dengan cara di atas kecuali hujung tali diapungkan dengan pelampung. Benih digntung tali di bawah paras air dan kedudukannya akan turun naik mengikut pasang surut air






    • 3. Penanaman secara Rakit (Raft Floating)
      Penanaman cara ini paling sesuai di kawasan perairan sedalam 1 hingga 3 meter batang kayu yang boleh terapung atau 2 unit pelampung diikat ke sauh di dasar laut supaya kedudukannya kukuh, seterusnya tali-tali diikat merentasi kedua-dua kayu / pelampung dan akhirnya benih-benih diikat pada tali-tali tersebut.





    dari laman web LKIM http://lkim.gov.my/rumpai%20laut/indexrumpai_laut.htm

    Anda juga boleh dapatkan maklumat lanjut dengan lampiran di bawah ini :

    http://fishdept.sabah.gov.my/download/Pengenalan%20Kepada%20Industri.PDF


    usahawantani.com

    Read more...

    Ternakan Udang Putih : Pacific White Shrimps

    Malaysia would like to increase production from marine shrimp aquaculture. Shrimp culture industry in Malaysia has succeeded commercially with the adoption of improved aquaculture methods and the commitment of large companies. The farmed species are mainly the Giant Tiger and the Pacific White Shrimps, and a little quantity of the Banana Prawn. Culture of SPF Pacific White Shrimp was allowed in the country only in mid 2005. Malaysian shrimp production, mostly the giant tiger shrimps, Penaeus monodon was 21,866 metric tons (mt), whereas for the Pacific White Shrimp, Penaeus vannamei production was 11,498 mt in 2005. Shrimp farmers harvested a total of 33,364 mt of shrimps in 2005, of which 23,615 mt was produced in Peninsular Malaysia, and 9,749 mt in Sabah and Sarawak, East Malaysia. It is estimated that in 2006, shrimp production will be 40,000 mt especially with the increased popularity of the culture of the Pacific White Shrimp. About 80 percent of the Malaysian shrimp culture production is exported, mostly to Singapore, Japan, the United States, and Europe.
    In 2005, Malaysia produced 3,118 million shrimp post larvae (PL) for stocking in grow-out ponds. Production of post larvae in 2006 was targeted at 6,640 million. Since Malaysia’s post larvae production exceeds the domestic shrimp farmers’ needs, the surplus is exported. It was estimated that about 1,550 million PL and 3,320 million PL have been exported in 2005 and 2006, respectively. There are currently about 11,580 farms operating in Malaysia, covering a total of about 7309 hectares (ha). In Peninsular Malaysia, 7115 farms are operating the 4810 ha, and 4465 farms cover about 2,500 ha in Sabah and Sarawak. The Malaysian Government has targeted to further develop a total of 25,000 ha of coastal land into aquaculture ponds, which are expected to yield 180,000 mt of shrimps by the year 2010.
    Most of the shrimp farming activities are carried out in earthen ponds, using intensive culture systems, located in the coastal lands, which have traditionally been mangrove forests. The production technology is uniform using hatchery produced PL and commercial feeds for growing, with productivity as high as 10 mt per hectare per cycle.
    The main shrimp producers are from large farms located in various parts of the country. Most of the smaller farms that require estuaries for their water intake, are located along the western coastline of Peninsular Malaysia and also in Johor as well as Tawau, Sabah and Kuching, Sarawak.

    usahawantani.com

    Read more...

    02 January 2008

    Kambing Kacukan - Anglonubian dan Jamnapari

    Kambing induk kacukan ANGLONUBIAN umur 12 bulan-2tahun, kacukan JAMNAPARI (Jawa Randu/Koplo)umur 9-12 bulan. Semua kambing import ini telah dibela, dirawat dan mengalami adaptasi di kandang kami antara 3-10 bulan . Telah diberi pelbagai rawatan pemulihan termasuk `pneumonia vaccination`. Insya`Allah telah pulih sepenuhnya dari `stress` dan kini dalam keadaan sihat walafiat. Stok kira-kira 200 ekor. Harga bermula dari RM550 seekor. Berminat hubungi Suhaimi MY +60 192231507 Call
    usahawantani.com

    Read more...

    Daftar Ahli Usahawantani

    Followers

    IKLAN 1

    Ruang iklan untuk disewa

    IKLAN 2

    Ruang Iklan untuk disewa
    PELUANG KERJASAMA

    Pihak Portal Usahawantani.com dan Akademi Usahawantani sedang dalam proses menyemak dan menilai kembali kursus-kursus UsahawanTani yang dianjurkan oleh pihak kami . Kami menjemput semua pengusaha-pengusaha yang berpengalaman ATAU baru dalam mengendalikan kursus-kursus usahawantani untuk berkerjasama atau menjadi panel kami . Sila hantarkan proposal anda kepada Pengurus Akademi UsahawanTani di email akademi@usahawantani.com . Maklumat yang mesti ada dalam proposal anda ialah :
    1. Nama Anda / Syarikat
    2. Alamat
    3. Bidang UsahaTani
    4. Kandungan Kursus
    5. Bilangan Hari
    6. Kos Kursus
    7. Lokasi Kursus
    8. Pengalaman
    9. Cadangan kaedah kerjasama (option)


    Daftar Ahli Usahawantani

    Borang Pendaftaran

    Nama
    Email
    No Handphone (e.g 019-1234567)
    Lokasi (e.g Bandar/Negeri)
    Image Verification
    captcha
    Please enter the text from the image:
    [ Refresh Image ]


    Nota : Selepas menekan butang 'Daftar' sila lihat email anda untuk kepastian bahawa pendaftaran anda telah diterima oleh pihak kami.

      © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

    Back to TOP