FARAID ADIK BERADIK SEBAPA LAIN IBU
FARAID ADIK BERADIK SEBAPA LAIN IBU
SOALAN
Abang saya baru meninggal dunia seminggu yang lepas. … dia tiada anak dan isteri…kami 6 beradik ....pertalian dengan arwah abang seperti berikut :
a. 2 adik beradik kandung perempuan
b. 1 orang adik beradik perempuan sebapa lain ibu dan c. 3 orang adik beradik lelaki sebapa lain ibud. ibu dan ayah kepada arwah dan 'b' semua dah meninggal
e. ayah kepada 'b' dan 'c' dah meninggal
f. ibu kepada 'b' dan 'c' masih hidup

soalnya, adakah adik beradik sebapa lain ibu berhak mendapat harta pusaka
JAWAPAN:
1) Jika keenam-enam adik beradik seibu sebapa ada lelaki daripada mereka maka adik beradik lelaki sebapa lain ibu terhalang(محجوب) dari mendapat harta warisan si mati. Dia terhalang kerana wujudnya adik beradik lelaki yang seibu dan sebapa dengan si mati.
2) Jika keenam-enam adik beradik seibu sebapa kesemuanya perempuan maka adik beradik perempuan mendapat 2/3 dari harta warisan. Manakala abang sebapa lain ibu mendapat baki harta si mati setelah ditolak 2/3. Dia berhak mewarisi kerana tiada adik beradik lelaki seibu sebapa dengan si mati.
3) Berdasarkan persoalan diatas maka pengiraan adalah seperti berikut :
a. 2 orang adik beradik perempuan akan berkongsi samarata 2/3 atau 14/21 dari jumlah harta.
b. 3 orang dari adik beradik lelaki sebapa akan berkongsi samarata 6/21 dari jumlah harta
c. 1 orang adik beradik perempuan sebapa mendapat 1/21 dari jumlah harta
b. 3 orang dari adik beradik lelaki sebapa akan berkongsi samarata 6/21 dari jumlah harta
c. 1 orang adik beradik perempuan sebapa mendapat 1/21 dari jumlah harta
Wallahu A’lam
usahawantani.com Read more...