PANDUAN MENANAM HALIA
PANDUAN MENANAM HALIA
|
| Pengenalan Halia (Zingiber officinale Rsc.) adalah tanaman yang diusahakan secara kecil-kecilan untuk memenuhi keperluan pasaran tempatan. Rizom halia banyak digunakan sebagai rempah perasa dalam makanan dan ubat. Halia ditanam samada sebagai tanaman tunggal atau selingan di tanah-tanah mineral dan gambut. Penanaman halia di tanah gambut mempunyai potensi sebagai tanaman kontan dan tanaman selingan. Halia biasanya ditanam di ladang-ladang nenas, kelapa sawit, getah dan buah-buahan. |
Jenis-jenis Halia
Jenis-jenis utama yang ditanam di negara ini ialah Halia Bentong, Halia Taiwan dan Halia Indonesia.
· Jenis Bentong
Mempunyai rizom yang besar dan berisi bendalir (belendir dan berair). Warna keputih-putihan.
· Jenis Taiwan
Mempunyai jari-jari rizom yang besar penuh berisi, berlendir dan sederhana pedas.
· Jenis Indonesia
Mempunyai rizom yang panjang dan berwarna kuning muda.
PENANAMAN
Tanah dan Iklim:
Halia sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah (termasuk tanah gembur) yang mempunyai saliran baik serta gembur dan peroi, dan tidak menyekat tumbesaran rizom. Kajian menunjukkan halia hidup subur pada pH 5.5 hingga 6.5. Walau bagaimanapun ianya boleh juga ditanam di tanah gambut yang pH nya 3.8. Halia memerlukan taburan hujan sebanyak 200 hingga 260 cm setahun dan ia juga perlu sedikit naungan.
PERSEDIAAN BAHAN TANAMAN
Halia ditanam daripada keratan rizom tua yang berumur lebih pada sembilan bulan. Rizom yang berpenyakit eloklah dimusnahkan untuk mengelakkan merebaknya penyakit bakteria dan kulat halia.
Rizom-rizom disimpan di tempat teduh dan berangin selama dua hingga tiga minggu untuk percambahan tunas-tunas. Kemudian rizom dikerat 5 cm panjang dan mempunyai sekurang-kurangnya dua mata tunas.
Anggaran 25-33 keratan boleh didapati daripada 1 kg rizom. Keperluan bahan tanaman dianggarkan 1,500-2,000 kg rizom segar sehektar. Rizom-rizom direndam selama lima minit dalam larutan Bordeaux (4:5:50). Selepas itu keringkan semalaman sebelum menanam. Tujuan merendam dalam larutan tersebut ialah untuk mengurangkan berlakunya penyakit layu.
PENYEDIAAN TANAH
Tenggala dan gembur tanah sebelum menanam. Buatkan batas 30 cm tinggi 61 cm antara batas.
MENANAM DI LADANG
Sebaik-baiknya halia ditanam dalam bulan Februari dan Mac iaitu musim permulaan hujan. Ini membantu percambahan rizom-rozom. Musim kemarau berikutnya pula mengurangkan berlakunya penyakit layu.
Petani-petani biasanya mengamalkan jarak tanaman 25-30 cm empat persegi di Bukit Tinggi; dan 20 cm x 30 cm dua baris di Tanjung Sepat. Walau bagaimanapun jarak tanaman yang disyorkan ialah 60 cm dalam barisan. Jarak sebegini menggalakkan pembesaran rizom yang lebih subur dan memberi sejumlah 53,796 pokok sehektar.
Atur keratan-keratan rizom di atas batas. Gali lubang sedalam 15 cm dan letakkan rizom dengan 'mata' menghala ke atas. Kambus dan kejapkan tanah. Beri naungan kepada pucuk-pucuk baru yang muncul dalam masa 2-4 minggu selepas menanam.
Pembajaan bagi jarak tanaman halia 0.25 m x 0.5 m
Kepadatan tanaman sehektar (pokok) | Keperluan benih sehektar | Masa membaja | Jenis baja | Kadar baja sehektar | Umur mula berhasil (bulan) | Tempoh pengeluaran hasil | Anggaran hasil sehektar |
| 1,500 kg umbisi | 1 MST | Tahi ayam | 3-5 mt | 8-9 | - | 15-22 mt |
Nota: MST - Minggu sebelum tanam HLT -Hari lepas tuai
PENJAGAAN
· Pembajaan
Disyorkan mengikut keadaan tanah.
Tanah gambut - gunakan baja campuran yang mengandungi 73 kg N, 44 kg P2Os dan 236 kg K20 sehektar. Tanah bukan organan disyor menggunakan baja campuran yang mengandungi 56 kg N, 67 kg P2Os dan 112 kg K20 sehektar.
· Merumput
Sekurang-kurangnya 1-3 pusingan merumput dibuat semasa membaiki batas-batas.
MEMUNGUT HASIL
Halia dituai sebagai halia muda yang berumur 41/2 - 5 bulan dan halia tua berumur 9 bulan selepas menanam. Kelewatan memungut hasilnya akan meninggikan kandungan sabut.
PENYAKIT, PENYEBAB SERTA KAWALANNYA
· Layu baketeria (Ralstonia soslanacearum)
Daun kering perang keemasan, layu dan kering. Batang dan rhizom menjadi lembik dan busuk. Guna benih dari pokok yang bebas penyakit. Musnah pokok yang berpenyakit dan elak menanam halia di kawasan yang sama. Dapatkan saliran ladang yang baik.
· Reput akar (Phytophthora spp.)
Bahagian yang diserang berair dengan cepat dan reput. Gilirkan tanaman
· Ulat pengorek (Udasspes folus)
Sembur racun Pemethrin atau Methamidophos.
· Bintik Daun (Phyllosticta zaingibera)
Sembur racun kulat Benomyl.
PENGUTIPAN HASIL
Hasil boleh dipungut sebagai halia muda semasa berumur 4-5 bulan dan halia tua semasa berumur 8-9 bulan (batang daun mula menjadi kuning). Halia yang dipungut sekiranya terdedah lama kepada cahaya matahari, akan kehilangan air dan mutunya merosot. Hasil tua adalah diantara 12-18 tan/hektar dan halia muda ialah 9 tan/hektar. Hasil purata halia tua ialah 15 tan/hektar.
RANTAIAN LAMAN HALIA
Sila klik pada tajuk-tajuk di bawah ini:-
KEGUNAAN
Masakan dan makanan
Halia digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan dalam bentuk halia segar, halia kering dan halia bergula. Halia juga boleh diproses sebagai serbuk halia, halia jeruk dan bahan perasa untuk pelbagai makanan seperti sos dan bakeri.
Perubatan
Biasanya dalam perubatan halia diambil dalam bentuk minuman halia, halia kering, air rebusan halia atau pati halia. Halia dikatakan dapat membantu menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar. Ubat-ubatan dari halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti deman, batuk, migrin, sakit gigi, sakit tulang, sengugut dan sesak dada. Halia juga bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat. Penyelidikan yang dibuat oleh penyelidik Universiti Michigan yang diterbitkan di American Association of Cancer Research menunjukkan bahawa halia mampu membunuh sel barah.
Kegunaan lain
Halia boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia ialah gingerols dan oleoresin. Minyak halia boleh dijadikan bahan perisa minuman buah-buahan, konfeksionari, kosmetik dan ubatan.
Khasiat dan Kegunaan
Halia digunakan sebagai rempah perasa dan ubatan. Tanaman ini tergolong dalam kategori ubat-ubatan tradisional Melayu yang dikatakan dapat membantu menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar. Ubat-ubatan dari halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti deman, batuk, migrin, sakit gigi, sakit tulang, sengugut dan sesak dada. Halia juga bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat. Halia boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia ialah gingerols dan oleoresin. Minyak halia boleh dijadikan bahan perisa minuman buah-buahan, konfeksionari, kosmetik dan ubatan. Biasanya dalam perubatan halia diambil dalam bentuk minuman halia, halia kering, air rebusan halia atau pati halia manakala dalam masakan pula dalam bentuk halia segar, halia kering dan halia bergula. Halia juga boleh diproses sebagai serbuk halia, halia jeruk dan bahan perasa untuk pelbagai makanan seperti sos dan bakeri.
Read more...