Pihak usahawantani.com mempelawa semua petani penternak , nelayan dan peniaga berkaitan tani untuk menggunakan perkhidmatan blog usahawantani.com. Anda boleh mengiklan produk anda dilaman ini secara percuma . Marilah sama-sama kita memajukan industri asas tani ini . Hantarkan skrip atau banner iklan anda ke iklan@usahawantani.com Kami akan siarkan iklan anda di blog ini. Anda juga digalakkan untuk mendaftar sebagai pengguna laman usahawantani.com . Sebagai pengguna berdaftar anda akan sentiasa mendapat maklumat terkini dari kami . Sekian . Pentadbir @ Pulau Tawar Jerantut Pahang

31 December 2007

Kursus Penternakan Kambing

  • Sesi Kedua: 1 - 6 Januari 2008
  • Kandungan kursus:
  • 1. Pengenalan kepada pelbagai jenis kambing.
  • 2. Pemakanan kambing.
  • 3. Pembinaan kandang yang ideal.
  • 4. Perbidanan - insyaAllah termasuk menyambut kelahiran.
  • 5. Mengenal dan merawat penyakit.
  • 6. Pengambilan susu.
  • 7. Pengenalan kepada peraturan/undang-undang berhubung pemindahan ternakan.
  • 8. Menyimpan rekod dan akaun.
  • Tempoh kursus:5 hari.
  • Tempat kursus:Ladang kami
  • Bayaran:RM500 seorang, temasuk tempat tinggal dan makan minum.
    Mendaftarlah segera... sila hubungi
  • Teguh Ternak Sdn. Bhd. 6386, Jalan Kempas,Bukit Kapar,42200 Klang,Selangor Darul Ehsan.
    Phone: +6019-211 1486 (Idris Milatu) +6013-272 8566 (Halim Milatu) +6019-317 1758 (Kamal Milatu)

usahawantani.com

Read more...

KAEDAH TANAMAN SECARA FERTIGASI

Kursus kaedah tanaman fertigasi seterusnya akan di adakan seperti berikut :

  • 5&6hb January 2008
  • tempat berhampiran Pekan Dengkil Selangor.
  • maklumat lanjut hubungi:MY +60 132279556 Call
  • Tmn Agrotechnology (A),Bkt Changgang,
    427000 Selangor,
    Malaysia
usahawantani.com

Read more...

KURSUS TERNAKAN LINTAH

  1. Peserta kursus akan dilantik sebagai penternak dan pembekal kepada syarikat kami.
  2. Menawarkan kontrak penternakan selama 3 tahun. LOKASI KURSUS : Seri Malaysia Ipoh.
  • TARIKH KURSUS : 12.01.2008 ( hari sabtu )
  • BAYARAN : RM 550 seorang
  • TARIKH TUTUP PENDAFTARAN : 04.01.2008 DAFTARLAH SEGERA.TEMPAT ADALAH TERHAD.
  • Untuk tempahan sila hubungi : En. Norizan 0125090731 En. Saipol 0164113049 En. Sharani 0164119731 " TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA "

usahawantani.com

Read more...

26 December 2007

Bank Pertanian pertimbang lupus hutang mangsa banjir

MUAR 25 Dis. – Bank Pertanian sedang mengkaji kemungkinan untuk melupuskan pinjaman para peminjamnya yang terjejas teruk akibat banjir yang melanda beberapa negeri pada masa ini.
Pengurus Besarnya, Martini Osman berkata, pihaknya sedia mengkaji perkara itu memandangkan banyak petani kecil yang terlibat dan mengalami kerugian.
Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Bank Pertanian memberitahu, selain melupuskan baki hutang, antara kemudahan lain yang akan diberikan termasuk kemudahan pinjaman semula serta lanjutan tempoh pembayaran.
``Kelonggaran ini bersesuaian dengan klausa perjanjian pinjaman iaitu jika peminjam gagal melunaskan baki pinjaman disebabkan bencana alam.
``Namun, pelupusan baki pinjaman ini perlu dibuat secara permohonan dan kita akan menentukan kesahihannya,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyampaian bantuan untuk mangsa-mangsa banjir sumbangan Bank Pertanian kepada Pengerusi Bencana Banjir Parlimen Pagoh, Tahir Mohd. Taat di Kompleks Seri Pekembar Pagoh dekat sini semalam.
Pada majlis itu, Tahir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bukit Serampang menerima replika cek bernilai RM10,000 daripada Martini sebagai simbolik sumbangan dalam bentuk wang tunai sebanyak RM5,000 dan barangan keperluan harian bernilai RM5,000.
Sehingga semalam, seramai 348 mangsa banjir yang terdiri daripada 85 buah keluarga di Parlimen Pagoh masih ditempatkan di lima pusat pemindahan iaitu di mukim Bukit Kepong, Bukit Serampang dan Lenga.
Menurut Martini, dalam bencana banjir pada penghujung Disember tahun lalu dan awal Januari tahun ini, sebanyak 11,000 mangsa yang memohon telah diluluskan pinjaman.
Daripada jumlah itu juga, katanya, sebanyak RM20 juta pinjaman diberikan kepada petani di Johor dan RM10.7 juta lagi bantuan diberi menerusi Skim Pinjaman Bantuan Mangsa Banjir.
Untuk daerah Muar pula, katanya, sebanyak RM7 juta pinjaman diberikan kepada petani yang kerugian akibat kerosakan tanaman dan peralatan pertanian.
Bagaimanapun, katanya, untuk banjir di Pantai Timur, Johor dan Kedah, pihaknya tidak menerima permohonan melupuskan pinjaman, sebaliknya hanya permohonan melanjutkan tempoh bayaran diterima.
``Dana yang diberikan menerusi pinjaman itu adalah melalui Bank Negara Malaysia dan Bank Pertanian adalah agen pinjaman itu.
``Setiap permohonan yang dibuat, pegawai bank akan melawat ke lokasi projek untuk memastikan kesahihannya,'' jelasnya.
Sementara itu, menurut Martini, bantuan untuk mangsa banjir yang diberikan hari ini ialah bagi meringankan beban mangsa banjir khususnya di Parlimen Pagoh.
Pihaknya, kata Martini, akan menyampaikan bantuan dalam bentuk yang sama kepada mangsa banjir di Parlimen Pekan di Pahang, hari ini. - Utusan

usahawantani.com

Read more...

Graduan raih RM12,000 sebulan tanam cendawan

PASIR PUTEH 25 Dis. – Walaupun bergelar graduan Universiti Putra Malaysia (UPM), namun Nor Sanusi Mahmud, 25 tidak menyesal memilih untuk menceburi bidang tanaman cendawan.
Keputusan bijaknya itu membolehkan beliau meraih pendapatan sehingga RM12,000 sebulan.
Tanaman cendawan tiram kelabu yang diusahakannya sejak tahun 2004 kini menghasilkan sehingga 70 kilogram cendawan setiap hari.
Nor Sanusi yang berkelulusan Diploma Pengurusan Perniagaan berkata, sewaktu mula menceburi perusahaan itu, dia hanya berbekalkan modal permulaan sebanyak RM28,000 sahaja.
Menurutnya, idea untuk terlibat dalam penanaman cendawan yang diusahakan di Kampung Telaga Papan di sini timbul setelah melihat sendiri kejayaan petani di Hatyai, Thailand.
Kata beliau, dia kemudian membuat keputusan untuk mencuba teknologi penanaman cendawan seperti yang dilaksanakan di Hatyai itu sehinggalah kini berjaya menjadi pembekal utama cendawan ke pasar borong seluruh Kelantan.
‘‘Bezanya kaedah yang digunakan ialah saya bina bangsal cendawan dari kayu pokok gelam, batang nibung dan atap rumbia seperti yang dilakukan petani di Hatyai.
‘‘Dengan kaedah ini kita tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk membeli kayu dan atap asbestos yang semakin meningkat harganya seperti yang biasa dilakukan di negara ini,” katanya.
Tambah Sanusi, Pejabat Pertanian Pasir Puteh juga banyak membantu menjayakan projeknya dengan menyalurkan khidmat teknikal dan kepakaran termasuk kaedah penanaman yang sistematik.
‘‘Saya menjual cendawan ke beberapa tempat seperti Pasar Besar dan Pasar Borong Pasir Puteh dengan harga RM5.80 sekilogram.
‘‘Ia sudah cukup lumayan dengan pendapatan kasar sebanyak RM400 sehari,” katanya.
Beliau berkata, cendawannya mendapat permintaan tinggi bagi penghasilan masakan tomyam dan juga cendawan goreng yang diusahakan peniaga makanan di sekitar Kelantan dan sebahagian daerah di sempadan Kelantan dan Besut.
‘‘Saya sedia membantu usahawan baru khususnya belia lain yang berminat menceburi penanaman cendawan kerana prospeknya begitu baik ketika ini,” katanya.

usahawantani.com

Read more...

Petani rayu cepatkan bantuan banjir

ALOR STAR 25 Dis. - Petani di Kampung Baru, Mukim Derang dekat sini merayu kerajaan mempercepatkan bantuan akibat banjir baru-baru ini bagi meringankan kerugian kemusnahan padi dan jagung.
Seorang petani dari kampung terbabit, Azami Syawal, 42, berkata, dia bukan sahaja mengalami kerugian besar apabila tanaman padi kira-kira enam hektar rosak ditenggelami air tetapi juga tanaman jagung yang diusahakannya secara berkelompok turut terlibat.
“Bagi tanaman padi sahaja, saya rugi RM25,700. Malah kira-kira 32,000 pokok jagung menunggu masa untuk dipetik, musnah ditenggelami banjir dan menyebabkan setengah daripada tanaman musnah sama sekali,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Azami berkata, keadaan itu meresahkan mereka kerana bergantung sepenuhnya kepada tanaman-tanaman berkenaan sebagai sumber pendapatan.
“Sudahlah padi yang baru nak berisi tinggal ‘hampas’ sahaja, jagung pun turut ditenggelami air.
“Selepas banjir ini lain pula jadinya kerana jagung yang tidak ditenggelami air terjejas dengan ancaman daripada tikus,” luahnya dengan nada yang sedih.
Keluhan itu turut dikongsi oleh rakannya, Ibrahim Ariffin, 63, yang berkata, dia terpaksa menanggung kos lain seperti membayar sewa petak, sewa jentera, benih dan baja jika ingin mengusahakan tanaman baru.
“Kami amat harapkan kerajaan menyalurkan bantuan secepat mungkin kerana kami tidak dapat membersihkan kawasan yang musnah teruk kerana kekurangan wang,” ujarnya.
Seorang petani, Khalid Abdullah, 43, yang juga terlibat dengan tanaman kelompok itu berkata, para petani di situ amat mengharapkan bantuan kerana musim persekolahan yang bakal bermula tidak lama lagi.
“Ini kerana kami perlu menyediakan perbelanjaan yang secukupnya untuk persekolahan anak,” katanya.

usahawantani.com

Read more...




usahawantani.com

Read more...

18 December 2007

OCEANTRONIC : SISTEM PENTERNAKAN IKAN LAUT DALAM KANVAS - SISTEM OCEANTRONIC

SISTEM OCEANTRONIC
'Sistem Oceantronic' merupakan satu kaedah pemeliharaan ikan di dalam kanvas dan pengurusan proses pengaliran, pengairan, pengudaraan dan penapisan yang sistematik.Ikan air masin berpotensi untuk dipelihara serta mempunyai harga pasaran dan permintaan yang tinggi. Selain itu, ikan peliharaan oceantronic ini lebih organic kerana tidak terdedah kepada bahan kimia yang selalu digunakan oleh penternak melalui ubat-ubatan.Sistem Oceantronic didatangkan dalam 3 model iaitu :







  • Model Flat ( F1K1S)



  • Model Vee (V1K1S)

  • Model 3 (F3K1S)

  • Sistem Oceantronic dibekalkan dengan sistem pengurusan bersepadu seperti berikut :
  1. Pump
  2. Waste Trap
  3. Zeo Filter 1
  4. Zeo Filter 2
  5. UV Filter
  6. Biological Filter





Model Sistem Oceantronic :

  • Model Flat ( F1K1S) termasuk :
  1. 1 unit kolam
  2. 1 unit sistem oceantronic
  3. 1 set piping
  4. Pemasangan & Pengangkutan
  • Model Vee ( V1K1S) termasuk :
  1. 1 unit kolam
  2. 1 unit sistem oceantronic
  3. 1 set piping
  4. Pemasangan & Pengangkutan
  • Model 3 ( F3K1S) termasuk :
  1. 3 unit kolam
  2. 1 unit sistem oceantronic
  3. 1 set piping
  4. Pemasangan & Pengangkutan

SPESIFIKASI IKAN







  1. Bilangan ikan: 1500 ekor per kolam. Ikan-ikan perlu diasingkan mengikut gred selepas 3 bulan.
  2. Harga benih :RM 1.80 seekor (min 3000 ekor) caj pengangkutan dikenakan untuk pesanan kurang dari 3000 ekor
  3. Saiz untuk jualan :(500gm-700gm) Harga pasaran mencecah RM 15.00/kg
  4. Tempoh tumbesaran :(5-6 bulan) saiz sesuai untuk pasaran.
  5. Jenis makanan :Pallet ikan + ikan baja
  6. Kekerapan makan : FCR (1 : 1.2)
  7. Harga makanan ikan :RM 2.60 / kg
SPESIFIKASI AIR KOLAM







  1. Jumlah air :5000 gallon per kolam
  2. Jumlah garam :RM 1000.00 per kolam untuk 6 bulan
  3. Kekerapan tukaran air & garam :Tukar setiap kali selepas harvest
  4. Kos bekalan elektrik :RM 20.00 sebulan
  5. Khidmat rundingan & latihan :RM 5000.00 bagi satu kawasan untuk bulan pertama. Untuk bulan seterusnya dikendalikan oleh pengusaha sendiri.
AKSESORI TAMBAHAN







  1. Backup Oxygen Pump :-Berfungsi secara automatik apabila bekalan elektrik terputus -RM 850.00
  2. Bumbung (Nylon) :-Berfungsi untuk meminimakan sinaran matahari dan menghalang kemasukan air hujan. -RM1,500.00
  3. Fish Feeder :-Berfungsi untuk memberi makanan kepada ikan secara automatik. -Kapasiti : anggaran 10kg / isian
  4. Garam Mineral 20kg :-RM 200.00
  5. Pakar Rujuk 30 hari :RM 5,000.00 termasuk : -Alat ujian air -Penjagaan air -Penilaian terhadap ikan -Ubat ikan Kolam

usahawantani.com

Read more...

UDANG HARIMAU






UDANG HARIMAU






Ternakan udang di Malaysia telah bermula di dalam tahun 30-an dengan menggunakan cara tradisional iaitu dengan memerangkap benih udang di dalam kolam yang dibina di persisiran pantai yang mempunyai julat pasang surut yang bersesuaian serta bekalan benih udang semula jadi yang banyak.
Industri ternakan udang laut khasnya udang harimau di negara ini telah berkembang dalam tahun 1980-an. Udang laut ini, kini telah menjadi hasil ternakan akuakultur yang penting dalam menyumbang nilai pendaratan akuakultur. Terdapat lebih daripada 10 spesies udang laut yang diternak secara komersial di dalam kolam diseluruh dunia tetapi udang harimau (Panaeus monodon) adalah salah satu dari spesies yang paling popular. Udang harimau diternak di negara-negara Asia yang beriklim tropika dan mewakili 60%–70% daripada jumlah pengeluaran udang ternakan diseluruh dunia, meningkat dari 52% pada tahun 1998. Udang P. Vannamei atau Pacific White menyumbang 24%. Penaeus monodon atau Black Tiger dan P. orientalis atau White Faisho merupakan ternakan utama Asia manakala P. Vannamei atau Pacific White Shrimp di Amerika Latin. Pada keseluruhannya, udang harimau mewakili hampir 20% dari jumlah pengeluaran dunia.
Udang harimau merupakan spesies udang laut utama diternak oleh kebanyakan penternak udang di Malaysia. Ianya memainkan peranan penting dalam ekonomi industri akuakultur negara ini. Walaupun begitu Malaysia bukanlah pengeluar utama, kerana keluasan kolam ternakan udang harimau hanyalah sekitar 6,000 hektar. Sebagai perbandingan, Thailand mempunyai 80,000 hektar kolam udang, 40,000 hektar di Indonesia dan 80,000 hektar di India. Walau bagaimanapun, purata pengeluaran (tan metrik per hektar) di Malaysia adalah tinggi, selepas Taiwan dan Thailand. Ini menunjukkan bahawa teknologi ternakan udang di Malaysia telah maju dan setanding dengan negaranegara tersebut.
Di Malaysia, ternakan udang harimau telah menjadi satu aktiviti ekonomi yang penting sejak kejayaan mengeluarkan benih secara besar-besaran dan penggunaan teknologi ternakan yang moden. Majoriti ternakan udang atau 70% udang terhasil di kawasan timur. Dari awal 1980-an dan pertengahan 1990-an, pengeluaran udang ternakan telah meningkat sebanyak tujuh kali ganda.
Dalam tahun 2000, sebanyak lebih kurang 12,000 MT udang akuakultur (>95% udang harimau) bernilai RM400 juta telah dikeluarkan daripada 6,000 ha. Kawasan kolam air payau yang melibatkan lebih kurang 950 penternak. Pengeluaran daripada ternakan udang akuakultur mewakili cuma 10% daripada 111,900 MT daripada udang tangkapan.
Perusahaan udang bagi pelbagai spesies akan terus digalakkan di mana dianggarkan sebanyak 150,000 tan metrik udang bernilai RM2.7 bilion mampu dihasilkan pada tahun 2010 (Jabatan Perikanan).











  • TERNAKAN UDANG HARIMAU SECARA INTENSIF
    PENGENALAN
    Udang Harimau (Penaeus Monodon)Adalah salah satu jenis udang air payau / laut yang sesuai diternak di kolam kerana ianya mempunyai daya ketahanan yang tinggi dan kadar tumbesaran yang cepat.
    Di Malaysia akhir-akhir ini, usaha menternak udang harimau sedang berkembang pesat dengan semakin bertambahnya penglibatan dari pihak swasta, agensi kerajaan dan juga orang perseorangan.
    Antara faktor yang menggalakkan penternakan udang harimau adalah :-
    Terdapatnya banyak kawasan yang berpotensi.Permintaan yang tinggiJaminan harga pasaran yang baik di dalam negeri mahupun di luar Negara Contoh:Pada masa ini harga pasaran bagi udang yang bersaiz dalam lingkungan 25-35 ekor/kg ialah diantara RM 20 –RM 30/kg.
    Penglibatan pihak kerajaan dan swasta dalam membangunkan ternakan udang harimau seperti LKIMPenggunaan teknologi tinggi dalam ternakan.
    KRITERIA YANG SESUAI UNTUK PEMILIHAN TAPAK
    Kriteria-kriteria asas yang perlu diambilkira sebelum kolam dibina adalah seperti berikut:-
    Berhampiran dengan punca air payau/laut yang mempunyai kadar kemasinan 15-30ppt. Dan ianya mestilah juga bebas dari pencemaran (seperti bahan buangan industri dan pertanian).Mempunyai kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan elektrik, air dan sebagainya.Berhampiran dengan pusat penetasan.Keadaan tanah yang berupaya menakung air seperti liat berpasir ataupun liat dimana kemasaman pH 6.5-8.5 (basah)Mempunyai modal yang mencukupi mengikut keperluan sistem ternakan yang akan dijalankan.Mempunyai strategi pemasaran yang baik.


  • PEMBINAAN KOLAM
    1. Kolam boleh dibina antara saiz 0.3 – 1.0 hektar luas permukaannya dan kedalaman antara 1.5m – 2.0 m. Pembinaan kolam hendaklah berhampiran dengan punca air.
    2. Saluran air masuk dan keluar perlu dibina untuk kemudahan pertukaran air semasa pemeliharaan udang dan ia juga perlu untuk pengeringan air selepas hasil dikutip. Penggunaan pam untuk memasuk dan mengeluarkan air boleh digunakan tetapi melibatkan tambahan kos.
    3.Untuk ternakan secara intensif susun atur, reka bentuk dan pembinaan kolam mestilah dibuat dengan bijak dan berhati-hati, terutamanya aspek asas yang penting iaitu ban, pintu air masuk dan keluar. Jika pembinaannya betul dan mematuhi kehendak, kejayaan berterusan operasi akan dapat dicapai bagi kaedah ternakan secara intensif.
    4. Sistem air kolam intensif.
    a. Punca air
    b. Sistem pam
    c. Kolam takungan
    d. Pintu air masuk/keluar
    5. Reka Bentuk Kolam Intensif
    a. Kedalaman 1.3m-1.5m
    b. Lerengan ikut jenis tanah 1:2, 1:1, 2:1
    c. Kecerunan dasar 1: 200
    d. Saiz kolam 0.5 – Iha.
    e. Pintu air masuk dan keluar.





  • PENYEDIAAN KOLAM
    Sebelum ternakan dijalankan, kerja-kerja penyediaan kolam perlu dilakukan. Tempoh penyediaan kolam berbeza mengikut cuaca, keadaam kolam dan masalah setempat.
    1. Pembuangan Lumpur:
    -Lumpur hitam perlu dirawat atau dibuang setiap kali selepas sesuatu pusingan ternakan dijalankan samada secara mekanikal, biologikal atau menggunakan bahan kimia.
    - Cara mekanikal boleh dibuat dengan menggunakan jentera, pam atau mengalirkan melalui pintu air.
    - Cara biologikal iaitu menggunakan bakteria yang boleh mengeluarkan enzim untuk menghalang pembentukan lumpur hitam.
    - Cara kimia pula adalah dengan menggunakan bahan seperti Calcium peroxide, Potassium permanganate, Zeolite, Iron oxide dan Ozone.
    Penjemuran :
    Penjemuran dibuat sehingga dasarnya retak, biasanya 1 hingga 2 minggu bergantung pada cuaca. Tujuannya untuk mengoksidakan bahan organan atau lumpur hitam.
    Membaiki Sturuktur Kolam
    Pemeriksaan rapi perlu dibuat agar sebarang kerosakan boleh diatasi/baiki segera sebelum ternakan diteruskan termasuk memasang jaring pada pintu air.
    Mengapur
    Kapur adalah untuk meneutralkan kandungan asid tanah dan mengurai bahan organan serta mengurangkan pengumpulan bahan kimia yang toksik pada udang.
    5. Kawalan Perosak/Pemangsa :
    Pengeringan sepenuhnya serta menggunakan penapis yang sesuai boleh mengawal ikan-ikan pemangsa. Bagi kolam yang tak boleh dikeringkan sepenuhnya maka penggunaan racun perlu digunakan.
    6. Pemberian Makanan :
    Makanan biasanya diberi 3- 4 kali sehari. Jenis makanan pellet yang diberi mengikut saiz udang.





  • PENGGUNAAN PERALATAN MEKANIKAL
    ‘Automatik Feeder’–Tidak memerlukan tenaga buruh
    -Jimat kos.
    - Mengelak pembaziran
    - Waktu pemberian makanan lebih tepat.
    Sludge Pump.-Kaedah mekanikal untuk mencuci dasar kolam.
    Kolam HDPE
    -Dasar kolam lebih bersih.
    -Ruang untuk udang makan lebih luas.
    -Mengelak kebocoran kolam.





  • PARAMETER YANG SESUAI UNTUK TERNAKAN UDANG HARIMAU SECARA INTENSIF
    -Oksigen Terlarut – 5 ppm
    -pH – 7.5-8.5
    -Hardness – 70 ppm (masalah warna air jika kurang 50 ppm)
    -Suhu – 27-32?C
    -Karbon Dioksida - <2>




  • CIRI-CIRI RINGKAS UNTUK MEMILIH BENIH UDANG YANG BERKUALITI
    Bentuk dan Sifat:Keadaan benih yang aktif, saiz sekata, warna dari coklat muda ke coklat, badan yang tidak melengkung, uropod (sirip ekor) sentiasa kembang.
    Analisis Mikroskopik:
    Benih bebas dari organisma seperti Zootharnnium, Epistylis dan Detritus Antenanya (sesungut) panjang lurus dan rapat.Badan mesti bersih dari kotoran, licin dan jernih.Rostrall spines 6-7Otot dalam segmen abdominal ke 6 cukup lengkap penuh dengan kulit.





  • KUALITI AIR
    Oksigen Terlarut (D.O):Air dapat menampung oksigen yang rendah pada suhu yang tinggi. D.O. akan lebih tinggi pada suhu yang rendah. Perkara yang sama berlaku pada siliniti. D.O. rendah pada siliniti tinggi dan D.O. tinggi pada siliniti rendah.
    2. Bagaimana D.O. Memasuki Air:
    a. Air yang mempunyai D.O yang rendah perlu diganti dengan air baru yang mempunyai D.O yang tinggi.
    b. Bloom (plankton) dan alga di dasar kolam menambah D.O. semasa siang (Fotosintisis).
    c. Udara diserapkan kedalam air melalui ombak, hujan, pam dan kincir angin.
    Apabila D.O<3.0>




  • SALINITI
    Udang membesar dengan baik pada saliniti air yang rendah. (10-20 ppt). Saliniti dalam tahap biasa adalah diantara 12-15ppt. Apabila saliniti melebihi 15ppt, air dalam badan udang akan meresap keluar. Untuk mengganti kehilangan air, udang mestilah mengepam air dari luar badan ke dalam badan. Tenaga pam ini menggunakan makanan yang sepatutnya digunakan untuk tumbesaran udang. FCR akan bertambah kerana lebih makanan akan digunakan untuk menjalankan pam tersebut.





  • SUHU
    Pada suhu tinggi( >35 C ) banyak kejadian berlaku dengan cepat. Udang mengalami tekanan, mudah dijangkiti penyakit serta D.O. dan pH berubah dengan cepat.Suhu yang tinggi menyebabkan :Air kolam akan menampung D.O yang sedikit.Udang membesar dengan cepat dan memerlukan lebih makanan.Bloom dan komuniti dasar cepat membesar.Pengurusan kolam menjadi lebih sukar apabila suhu meningkat.





  • PUNGUTAN HASIL
    Selepas 3-5 bulan udang sudah sampai ke saiz pasaran. Udang boleh dipungut dengan cara:
    i.. Tangkapan sebahagian, iaitu menggunakan pukat, tangkul, pukat perangkap, jala dan pukat permindahan terbuka.
    ii. Tangkapan semua, iaitu menggunakan pukat keroncong dan pukat tarik.





  • ANALISA PENDAPATAN & PERBELANJAAN UNTUK 1 PUSINGAN
    -Pendapatan: Jualan (RM 17.00/kg ) RM 76,500
    -Kos Operasi : Penyediaan Kolam – 1,000
    Benih 5,400
    Makanan 31,500
    Letrik 12,000
    Buruh 2,000
    Pelbagai 2,000
    Jumlah = 53900
    Lain-lain kos: Pengurusan 1,500
    Penyelenggaraan 2,000
    Jumlah 3,500
    JUMLAH BESAR 57,400
    UNTUNG BERSIH 19,100





  • NOTA
    Saiz kolam – 1 hektar
    Kepadatan – 30 ekor/m2
    Tempoh Ternakan - 120 hari
    Kadar Hidup – 60%
    Saiz pasaran – 40 ekor/kg
    FCR – 2.0
    Tuaian – 4.5 mt
    Kaedah ternakan secara intensif adalah satu perniagaan yang memberi pulangan yang lumayan tetapi ianya berisiko tinggi, dimana ia memerlukan kawalan dan pengurusan yang berpengalaman luas. Banyak pengurusan kolam gagal kerana tiada dan kurang berpengalaman awal dalam industri ini. Masalah ini biasanya berkaitan dengan perngurusan air yang tidak baik berpunca dari kelemahan pengurusan, reka bentuk kolam, aspek teknikal, hatchery dan sistem kolam pembesaran tersebut.






usahawantani.com

Read more...

Industri asas tani perlu nilai tambah

KUALA SELANGOR 17 Dis. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu Selangor membina lebih banyak kilang memproses bahan asas tani di negeri ini bagi menambah nilai produk berasaskan pertanian.
Menurut Perdana Menteri, Selangor yang sememangnya cukup aktif dalam menjayakan projek pertanian perlu berbuat demikian bagi mempelbagai produk dan sekali gus meningkatkan hasil pendapatan petani.
Katanya, salah satu industri asas tani yang berjaya diberi nilai tambah ialah ikan keli salai.
“Dengan adanya perusahaan seperti keli salai, ia membolehkan pengusaha ternakan ikan membekalkannya kepada kilang dengan harga berpatutan tanpa bergantung kepada pasar dan pasar tani.
“Maka kilang memproses bahan asas tani seperti ini merupakan satu keperluan,” jelas beliau.
Abdullah berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian kilang keli salai milik Mais Food Industries Sdn. Bhd. (Mais Food), anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di sini, hari ini.
Turut hadir ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo dan isterinya, Datin Seri Zaharah Kechik.
Mengenai projek ikan keli tersebut, Perdana Menteri memberitahu, perbincangan mengenainya bersama Mohamad Khir telah dibuat pada tahun lalu memandangkan harga ikan keli rendah dan terlalu banyak di pasaran.
“Ketika itu, saya beritahu Mohamad Khir supaya mencari kaedah lain untuk meningkatkan semula harga ikan keli dengan menambah nilai seperti mengeluarkan ikan keli salai.
“Mohamad Khir kata, dia pasti dapat lakukannya dan ini telah terbukti dan beliau tidak pernah mengecewakan saya... dia tak pernah gagal,” tambah Abdullah.
Mais Food ketika ini menghasilkan satu tan produk keli salai sehari dengan keuntungan RM20,000 sehari dari kilang yang dibangunkan dengan kos RM2.5 juta.
Keli salai keluaran syarikat itu dieksport ke Taiwan dalam pek seberat 500 gram dengan jenama Al-Misbah dan mempunyai perasa seperti sos teriyaki, sos lada hitam, sambal, kari pedas dan tomyam pedas.
Perdana Menteri dan isterinya turut melawat pusat pemprosesan dan pembungkusan udang harimau milik JW Aquaculture Sdn. Bhd. di Assam Jawa di sini.
Pusat pemprosesan itu yang mempunyai 79 kolam di tapak seluas 61 hektar merupakan antara ladang ternakan udang bersepadu yang berjaya.
Selepas itu, Abdullah diberi taklimat pembangunan negeri Selangor di Shah Alam yang disampaikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ramli Mahmud.
Taklimat berkenaan merangkumi pertumbuhan ekonomi negeri, bajet, pembangunan Lembah Klang Dua, Sepang Gold Coast, projek tebatan banjir dan program-program di bawah peningkatan kualiti hidup rakyat.
usahawantani.com

Read more...

17 December 2007

Mekanisme baru tangani kenaikan harga makanan lembu, kambing

TASEK GELUGOR 15 Dis. – Kerajaan akan mewujudkan mekanisme baru bagi menangani masalah kenaikan harga bahan makanan ternakan ruminan yang meningkat hampir 100 peratus sejak tujuh bulan lepas.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Mohd. Shariff Omar berkata, kenaikan mendadak harga bahan makanan tersebut didapati membebankan puluhan ribu penternak di seluruh negara kerana ia menyumbang kepada peningkatan kos operasi.
Beliau berkata, kerajaan juga khuatir masalah tersebut akan menjejaskan sasaran negara untuk mencapai tahap kecukupan sendiri bagi pengeluaran ternakan kambing sebanyak 18 peratus dan lembu 28 peratus pada 2010.
‘‘Kementerian akan kaji masalah ini dengan teliti untuk mengambil langkah dan memberikan cadangan tertentu supaya penternak kambing dan lembu tidak terjejas teruk,” katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas melawat projek kambing baka baik Kampung Sentosa, Padang Serai dekat sini hari ini.
Projek ternakan yang diusahakan oleh Maflink Engineering Sdn. Bhd. itu kini mempunyai kira-kira 800 ekor kambing daripada baka boer, jamnapari, feral, doper dan biri-biri.
Beliau berkata, harga makanan ternakan iaitu pelet yang diperbuat daripada isirung kelapa sawit meningkat hampir 100 peratus ekoran permintaan tinggi di pasaran tempatan dan antarabangsa.
Menurutnya, ia kini berharga RM54 bagi setiap 50 kilogram (kg) selepas dinaikkan kepada RM42 dua bulan lepas berbanding harga asal RM30, tujuh bulan sebelumnya.
‘‘Pelet biasa pelbagai jenama pula rata-rata naik sekitar 15 hingga 60 peratus tetapi masalahnya kenaikan harga itu berlaku setiap tiga bulan,” jelasnya.
Beliau memberitahu, musim sejuk di Eropah mengakibatkan mereka tiada bahan tersebut yang diperbuat daripada sisa tanaman jagung kering sekaligus mengakibatkan permintaan terlalu tinggi di negara terbabit.
Katanya, pada waktu ini, harga bahan makanan itu tidak dikawal oleh kerajaan, sebaliknya ia ditentukan oleh pasaran.

usahawantani.com

Read more...

14 December 2007

Batalkan jual tiket MAHA 2008

HASRAT Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mahu mengenakan bayaran masuk kepada pengunjung Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2008 (MAHA 2008) yang akan diadakan pada 11 hingga 20 Ogos tahun depan wajar dipertimbangkan semula.
Inilah satu-satunya pameran yang memberi peluang kepada penternak, petani, nelayan dan orang ramai mendapatkan maklumat pertanian.
Di samping itu, kerajaan mengadakan kempen besar-besaran untuk menarik orang ramai datang menghadiri pameran berkenaan. Bagaimanapun, agak pelik penganjur pameran hanya mahu 100,000 sahaja datang ke pameran tersebut.
Pada tahun lalu ketika MAHA 2007 diadakan, ada orang yang tidak berpeluang menghadiri pameran tersebut kerana jumlah pengunjung terlalu ramai. Jumlah menjadi sangat ramai kerana pameran itu berlangsung hanya beberapa hari sahaja.
Oleh itu, jumlah hari untuk MAHA 2008 wajar ditambah.
Ada orang yang mahu menghadiri pameran tersebut tetapi tidak sampai ke pusat pameran kerana tiada tempat meletak kereta, ada yang tersesat sehingga tidak sampai ke pusat pameran, ada yang gagal memasuki pusat pameran kerana orang terlalu ramai.
Bagaimana dengan orang yang datang dari jauh, tetapi tidak berjaya membeli tiket masuk ke pameran itu nanti? Sudah tentu mereka akan berasa hampa. Ada orang yang dua tiga kali menghadiri pameran itu kerana dalam satu hari tidak mungkin dapat dihabiskan kerana kawasan pameran yang sangat luas.
Kalau seseorang itu mahu menghadiri dua tiga kali pameran itu tentulah dia kena membeli beberapa kali tiket masuk.
Sekiranya bayaran masuk dikenakan sudah pasti akan berlaku masalah tiket black market, berebut-rebut membeli tiket, membuang masa menunggu untuk membeli tiket, tidak cukup tiket, tiket habis dan sebagainya.
Bayangkan ramai yang datang dari jauh dan gagal mendapat tiket terutama pelajar-pelajar kolej dari jauh seperti Perlis, Kedah dan sebagainya.
Apa yang terjadi sekiranya lebih daripada 100,000 orang datang untuk menyertai pameran itu tetapi tidak dapat masuk.
Bagi saya, batalkan hasrat mengenakan bayaran masuk.
Seperkara lagi, untuk menggalakkan orang ramai datang ke pameran tersebut pengangkutan awam mestilah diutamakan. Wujudkan satu jalan khas untuk bas atau jalan sehala dari Kuala Lumpur ke pusat pameran. Dengan cara ini bas tidak tersangkut-sangkut pergi dan balik dan semuanya berjalan dengan lancar. Kereta pula masuk dari arah Puchong.
– PETANI CANGGIH

usahawantani.com

Read more...

13 December 2007

Sila Klik Brochoure di Bawah








usahawantani.com

Read more...

keledek vitato


Sejak ditubuhkan hampir 40 tahun lalu, Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) terus mengorak langkah memajukan industri pertanian negara.Terbaru, institut ini memperkenalkan ubi keledek varieti "VitAto" atau "Ipomea batatas", tergolong dalam famili "Convolculaceae" yang kaya dengan karbohidrat dan vitamin A.Menurut Pegawai Penyelidik Bahagian Agronomi MARDI, Zaharah Ariffin, kajian terhadap VitAto itu mengambil masa lebih lima tahun sebelum diumumkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini."Hasil kajian MARDI mendapati ubi keledek varieti baru ini sesuai ditanam di tanah jenis bris yang banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu," katanya kepada Bernama baru-baru ini.KAYA DENGAN BETA KAROTENAKatanya VitAto mampu mengeluarkan hasil sehingga 40 tan sehektar atau lima kali ganda berbanding jenis terdahulu iaitu dari jenis Gendut, Telong dan Jalomas.Varieti Gendut disyorkan untuk makan secara segar manakala Telong dan Jalamas pula sesuai untuk pemprosesan tepung kerana kandungan kanjinya yang tinggi.Ubi VitAto sangat kaya dengan bahan anti-oksidan seperti "Beta karotena" yang ditukar menjadi vitamin A di dalam badan, vitamin C, vitamin E dan "anthocyanin".Bahan antioksidan ini penting dalam badan untuk mengelak kerosakan sel dan DNA seterusnya boleh menghalang masalah seperti kanser dan kecacatan kepada janin selain melambatkan proses penuaan.Kandungan beta karotena yang ada pada ubi keledek itu mampu kekal bila ia diproses menjadi tepung dan didapati pula tepungnya lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan tepung gandum di pasaran dari segi serabut diet dan vitamin C.PULANGAN LUMAYAN"Serabut diet dan zat kalium dalam ubi ini agak tinggi yang mampu mengelakkan penyakit kencing manis, sembelit dan kemungkinan berlakunya kanser usus besar," kata Zaharah.Muhyiddin, pada majlis mengumumkan VitAto, berkata ia memberikan pendapatan lumayan terhadap petani dengan pulangan hasil mencecah RM2,000 sebulan bagi sehektar tanah.Keledek ini dianggap cukup berpotensi untuk menjadi tanaman komersil dan alternatif kepada tembakau.Malah keledek itu dikenalpasti sesuai untuk dijadikan pelbagai jenis produk daripada bahan gantian tepung gandum dalam pembuatan roti dan kek sehingga kepada jus minuman.Zaharah berkata VitAto boleh dimakan selepas direbus, dikukus, digoreng atau dibakar serta boleh diproses menjadi produk makanan seperti jejari goreng (fries), kek, ban dan mufin.Ubinya berbentuk bujur panjang serta isinya berwarna oren.SESUAI UNTUK DIABETIS"Malah dengan rasanya yang manis ini VitAto ini boleh disediakan dalam bentuk jus dan "milk shake"," katanya.Indeks glisemik (kadar menjadi glukos dalam darah) bagi ubi keledek ini ialah 54, iaitu rendah jika dibandingkan dengan roti putih (96) atau nasi putih (70)."Ini bermakna ubi keledek ini amat sesuai dimakan oleh pesakit kencing manis," kata Zaharah lagi.Beliau berkata ketika ini sebanyak 70 hektar tanah bris di Kelantan telah ditanam dengan VitAto dan 50 hektar lagi di Terengganu.MAMPU GANTI TEMBAKAUKatanya harga borong VitAto boleh mencapai RM1.00 bagi setiap sekilogram berbanding 50 atau 60 sen bagi ubi keledek varieti lain.Tempoh matang VitAto adalah selama empat bulan selepas ditanam dan sesuai ditanam pada bulan Januari sehingga Ogos manakala bulan berikutnya didapati kurang sesuai kerana faktor cuaca.Setiap perdu tanaman VitAto boleh menghasilkan ubi seberat 9.0 kilogram jika dijaga dengan baik.Zaharah berkata "kesempurnaan" yang terdapat pada VitAto ini perlu dimanfaatkan oleh petani yang sebelum ini lebih mengharapkan kepada industri tanaman tembakau sahaja."Tidak rugi kepada petani mengusahakan ubi keledek ini selain tempoh masa yang pendek ia juga memberikan keuntungan kepada mereka," kata Zaharah.KELANTAN, TERENGGANU SESUAI TANAM VITATOPerkara yang sama turut disuarakan Muhyiddin yang menyarankan supaya Lembaga Tembakau Negara (LTN) terlibat secara aktif untuk mempromosikan tanaman itu sebagai gantian kepada tembakau dan seterusnya menjadi pendorong kepada pembangunan industri berasaskan ubi keledek di negara ini.Katanya, ini kerana kajian mendapati tanah bris di sekitar pesisir pantai Kelantan dan Terengganu yang selama ini dikenali sebagai pusat penanaman utama tembakau negara adalah sangat sesuai dengan tanaman ubi keledek."Saya melihat ia adalah tanaman alternatif terbaik setelah tembakau tidak lagi kompetitif apabila perjanjian kawasan perdagangan bebas ASEAN (AFTA) dilaksanakan sepenuhnya menjelang 2010," kata Muhyiddin.

Read more...

12 December 2007


usahawantani.com

Read more...

05 December 2007

Kambing Boer



usahawantani.com

Read more...

Malaysia pengeluar daging boer terbesar

KUALA LANGAT 4 Dis. – Malaysia bakal muncul sebagai pusat pengeluar baka dan daging kambing boer terbesar di rantau ini dan Timur Tengah dalam tempoh 10 tahun lagi, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar).
Beliau berkata, sasaran tersebut berdasarkan keputusan kementerian untuk membangunkan kawasan penternakan kambing boer seluas 1,480 hektar di Pondok Tanjung, Taiping, Perak.
Beliau berkata, setakat ini 800 hektar tanah sudah dibersihkan dan 200 hektar daripadanya akan digunakan sebagai ladang nukleus pembiakbakaan kambing boer.
Menurut beliau, tanah bersebelahan ladang nukleus itu akan digunakan untuk pembinaan infrastruktur dan sebahagiannya akan dipecahkan kepada 50 lot (20 hektar satu lot) supaya penternak berpengalaman yang berminat boleh mengambil bahagian dengan pelbagai bantuan daripada kerajaan.
“Sasaran kita apabila ladang itu dibangunkan sepenuhnya, kita boleh menghasilkan 100,000 ekor kambing boer pada satu-satu masa.
“Tapi itu pun tak mencukupi kerana jika mengikut bilangan penduduk, kita memerlukan antara 5 juta hingga 10 juta ekor pada satu-satu masa,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena Lawatan Kerja ke Daerah Kuala Langat di sini hari ini. Hadir sama Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Seri Dr. Shafie Salleh.
Setakat ini kata Muhyiddin, pihaknya telah membawa masuk 100 ekor baka kambing boer dari Afrika Selatan yang kini diletakkan di bawah Jabatan Perkhidmatan Haiwan.

usahawantani.com

Read more...

04 December 2007

MAHA 2008 - 11 hingga 23 Ogos 2008

KUALA LUMPUR 3 Dis. – Buat pertama kali, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengenakan bayaran kepada pengunjung Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2008 (MAHA 2008) yang diadakan pada 11 hingga 23 Ogos tahun depan.
Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, setakat ini, kadar bayaran tiket itu masih belum ditentukan tetapi beliau berjanji untuk mengenakan satu kadar bayaran yang amat minimum.
Beliau berkata, ia bukan untuk mengaut keuntungan sebaliknya bertujuan mengawal kesesakan lalu lintas dan pengunjung yang didapati melebihi 150,000 orang pada tahun lalu.
“Kita hanya sasarkan 100,000 pengunjung pada MAHA 2008 dan akan memastikan keselesaan serta kemudahan pengunjung dapat dipelihara,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat lawatan rasmi ke Tapak Pameran Kekal Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini hari ini.
Projek MAEPS yang bakal diiktiraf sebagai tapak pameran pertanian terbesar di dunia itu dimulakan pada Jun lalu dan dimajukan oleh syarikat konsortium UEM Building/Pelangi Wira Sdn. Bhd. dengan menelan belanja keseluruhan sebanyak RM220 juta.
Setakat 29 November lalu, tapak pameran berbumbung seluas 42,000 meter persegi itu sudah siap 32 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada 30 Jun tahun depan.
Selain MAHA 2008, MAEPS akan dibuka kepada pelbagai pihak untuk menjalankan aktiviti berkaitan pertanian di negara ini seperti pameran jentera, seminar, persidangan dan sebagainya.
Muhyiddin menambah, bilangan peserta MAHA 2008 setakat ini didapati meningkat daripada tahun lalu iaitu sebanyak 1,500 orang.
Katanya, bilangan itu jauh lebih tinggi daripada peserta tahun lalu yang hanya mencatatkan penyertaan sebanyak 962 orang.
Katanya, tempoh pameran itu juga ditambah daripada enam hari kepada 13 hari bagi memberi peluang kepada orang ramai mengunjungi pameran berkenaan.
“Sambutan pada tahun lalu amat baik dengan kehadiran lebih 150,000 pengunjung sehingga menyebabkan kesesakan jalan raya dan di ruang pameran.
“Pada tahun ini, kita membuat beberapa perubahan termasuk mewujudkan sistem pengangkutan awam yang lebih berkesan dari pusat bandar ke tapak pameran,” ujarnya.
usahawantani.com

Read more...

03 December 2007

Kursus Cendawan Tiram - Pahang




usahawantani.com

Read more...

Daftar Ahli Usahawantani

Followers

IKLAN 1

Ruang iklan untuk disewa

IKLAN 2

Ruang Iklan untuk disewa
PELUANG KERJASAMA

Pihak Portal Usahawantani.com dan Akademi Usahawantani sedang dalam proses menyemak dan menilai kembali kursus-kursus UsahawanTani yang dianjurkan oleh pihak kami . Kami menjemput semua pengusaha-pengusaha yang berpengalaman ATAU baru dalam mengendalikan kursus-kursus usahawantani untuk berkerjasama atau menjadi panel kami . Sila hantarkan proposal anda kepada Pengurus Akademi UsahawanTani di email akademi@usahawantani.com . Maklumat yang mesti ada dalam proposal anda ialah :
1. Nama Anda / Syarikat
2. Alamat
3. Bidang UsahaTani
4. Kandungan Kursus
5. Bilangan Hari
6. Kos Kursus
7. Lokasi Kursus
8. Pengalaman
9. Cadangan kaedah kerjasama (option)


Daftar Ahli Usahawantani

Borang Pendaftaran

Nama
Email
No Handphone (e.g 019-1234567)
Lokasi (e.g Bandar/Negeri)
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ]


Nota : Selepas menekan butang 'Daftar' sila lihat email anda untuk kepastian bahawa pendaftaran anda telah diterima oleh pihak kami.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP