Permohonan Bantuan Tanam Baru Sawit dan Getah
Salam Admin Usahawantani
Saya nak cerita sikit pasal permohonan bantuan untuk tanam semula atau untuk tanaman baru . Ada dua agensi yang menawarkan bantuan untuk pekebun kecil ini iaitu RISDA dan MPOB.
RISDA menawarkan bantuan untuk tanaman getah dan sawit manakala MPOB pula menawarkan bantuan hanya untuk tanaman sawit .
Bantuan yang ditawarkan oleh RISDA mempunyai 3 jenis iaitu :
1. Bantuan Tanaman Getah sepenuhnya
2. Bantuan Tanaman Getah secara parameter dengan diintegrasi dengan tanaman sawit
3. Bantuan Tanaman Sawit
Sementara itu MPOB menawarkan hanya dua jenis bantuan :
1. Bantuan Tanaman Tanam Semula Sawit
2. Bantuan Tanaman Sawit Baru
Ini adalah pengalaman saya memohonan bantuan MPOB . Saya mula berurusan dengan MPOB untuk meminta bantuan ini dalam bulan Februari 2012 . Ini adalah syarat yang ditetapkan oleh MPOB :
1. Isi Borang Permohonan
- Dapatkan tanda tandatangan daripada ADUN atau Ahli Parlimen dimana tanah anda berada.
2. Pastikan geran tanah anda mempunyai syarat UNTUK TANAMAN SAWIT
Selepas dua2 syarat ini dipenuhi barulah anda layak submit borang kepada MPOB.
KES 1 : BANTUAN MPOB
Tips : Jika dalam geran anda tidak terdapat syarat Tanaman Sawit maka anda perlu ke pejabat tanah daerah dimana tanah anda berada untuk melakukan tukar syarat . Tukar syarat ini mudah jer tapi proses kelulusannya mungkin berbeza2 antara pejabat tanah daerah masing2 . Macam kes saya proses dia tak sampai sebulan pun tapi ada masalah komunikasi menyebabkan lambat dapat surat kelulusan. Pejabat tanah dalam kes saya tidak hubungi saya bila kelulusan tukar syarat sudah diperolehi . Setelah saya menunggu hampir dua bulan maka saya telepon ke pejabat maka diberitahu kelulusan lebih sebulan yang lepas . Ape ke halnya kata dah ada ISO tapi masih ada kes terlepas pandang macam ini .
Kes ini menyebabkan saya lambat menghatar permohonan kepada pejabat MPOB. Pertengahan bulan April 2012 baru saya berjaya submit borang permohohan saya kepejabat MPOB setelah bersusah payah mendaki pejabat YB YB ( Kenapa perlu ada rekomendasi dari YB baru borang boleh disubmitkan . Adakah ini telah menyalahi prosedur pejabat kerajaan . Saya cadangkan kerajaan kaji semula prosedur ini . Adakah ini menunjukkan ada campur tangan YB dalam urusan kerajaan . Sedangkan ini hanyalah urusan antara kerajaan dan rakyat ,Ruangan rekomendaasi tersebut hendaklah dari Ketua Kampung jer dah cukup .
Di pejabat MPOB daerah/zon pula permohonan saya telah diperam selama sebulan lebih tanpa diproses. Setelah saya menghubungi pegawai berkenaan dalam bulan pertengahan bulan Mei 2012 baru beliau kelam kabut mencari balik borang permohonan saya dan kemudian membuat appointment dengan saya untuk lawatan kebun 2 minggu selepas itu dan awal bulan 6 baru permohonan saya dihantar ke pejabat wilayah .
Selepas lebih 3 minggu baru saya dapat pengesahan dari pejabat wilayah bahawa permohonan saya telah diterima iaitu hujung bulan Jun 2012.
Kemudian saya menunggu-menunggu dan terus menunggu keputusan permohonan saya dan akhir bila tiada perkhabaran maka pada September 2012 saya telah hubungi pegawai MPOB daerah dan dimaklumkan bahawa semua permohonan dari negeri ini belum diluluskan lagi. Hanya permohonan beberapa negeri lain yang diluluskan maka saya kena tunggu mesyuarat Lembaga MPOB seterusnya iaitu bulan Oktober 2012 . Kemudian pada bulan December 2012 saya hubungi pegawai MPOB dan alhamdulillah dimaklumkan bahawa permohonan saya telah diluluskan tetapi kali ini beliau nasihatkan saya untuk memohon membeli sendiri benih sawit kerana MPOB kekurangan benih sawit . Pemohonan ini memerlukan kelulusan dari pejabat wilayah iaitu prosesnya dalam 2 minggu . Saya tak hantar pun surat permohonan kerana di pegawai mengatakan bahawa kelulusan tak semestinya akan diperolehi . Jadi tak payah buang masa hantar surat tersebut . So saya tunggulah penghantaran anak benih dari sehari ke sehari akhirnya hanya selepas pilihanraya bulan May 2013 baru saya berjaya memperolehi anak benih yang dihantar dari satu nurseri di Johor . Puyooo lama tu . Dah beberapa kali tanah saya tebas samaada menggunakan jentera atau upah orang untuk cuci tanah dan meracun . Pagar pun dah banyak rosak kerana hampir setahun pagar dah siap maka baru bantuan benih sampai . Dalam tempoh 3 hari benih sampai maka terus saya tanam anak sawit tersebut . 2 hari siap tanam dengan menggunakan kederat 3 orang tenaga buruh indonesia dengan upah RM3 sepokok .
Selepas siap diatnam maka pegawai MPOB datang tanah saya untuk ambil gambar bagi urusan laporan dan pembayaran geran tunai . tapi sehingga hari ini Ogos 2013 saya masih belum dapat geran tunai tersebut .
Jadi nasihat saya jika ingin membuat penanaman semula atau baru rancangkan setahun lebih awal dengan memebuat persediaan-persediaan seperti diatas :
1. Pastikan geran telah ditukar syarat kepada sawit dahulu .
2. pastikan jangan tebangkan dulu sawit atau getah atau hutan tunggu sehingga permohonan lulus dulu kalau tidak nanti anda rugi sebab tanah naik hutan semula.
Saya minta maaf kepada MPOB mungkin orang lain mengalami pengalaman yang lebih mudah bila berurusan dengan MPOB tapi inilah pengalaman saya.
KES 2 :
Saya ke pejabata RISDA selepas hari raya puasa iaitu penghujung Ogos 2012 untuk mohon bantuan tanam baru Sawit di pejabat RISDA daerah dan telah diterangkan semua prosedur yang perlu saya ikuti termasuk jenis-jenis bantuan dan fund yang ada bagi setiap bantuan tersebut . Antara malumat saya dapat ialah :
1. Semua permohonan perlu dihantar melalui pejabat Stesyen Risda dimana tanah anda berada . Untuk maklumat anda setiap daerah ada beberapa stesen RISDA yang beroperasi bagi memberi bantuan kepada kawasan masing masing . Mungkin setiap daerah ada 3-6 stesen bergantung keluasan daerah dan pekebun kecil.
2. Antara penernagan pegawai disini lagi ialah :
a.. bantuan Tanama Semula Getah untuk tahun ini masih ada samada bantuan tanam semula atau tanaman baru.
b. bantuan tanaman sawit untuk tahun ini telah habis .
3. Beliau kemudian telah memberi sekeping borang dan menerngkan syarat untuk dilampirkan bersama borang iaitu :
1. Borang yang telah lengkap diisi ( tak perlu tandatangan YB YB )
2. Salinan Geran tanah
3. Salinan Buku Akuan Bank
4. Salinan Kad Pengenalan
itu sahaja .
Setelah lengkap semua syarat tersebut lengkap maka hari itu juga saya hantar borang permohonan ke stesen yang berkenaan.
Dalam tempoh tak sampai seminggu pegawai yang bertanggungjawab telah hubungi saya untuk buat lawatan ke kebun dan dalam masa tak sampai sebulan duit bantuan telah berada dalam akaun saya ... Hah terkejut beruk saya . CEPATNYA !!!!! . Dan kemudian sebulan selepas itu anak benih getah pun sampai di kebun saya . terkejut beruk lagi saya ....CEPATNYA !!!!....
Jadi nasihat saya . anda betul betul kena bersiap sedia utk memastikan urusan pembersihan tanah dan penanaman berjalan dengan lancar jika ingin memohon bantuan RISDA . Tahniah kepada pegawai RISDA dan agensi RISDA secara keseluruhan .
CADANGAN .
Sebagai Pekebun Kecil saya ingin mencadangkan agar prosedur pemohonan oleh MPOB di permudahkan seperti mana prosedur RISDA . Saya tahu dan tak salahkan Pegawai TUNAS dan Wilayah , mungkin ada pelbagai kekangan di pihak MPOB tapi harap pihak pengurusan MPOB boleh cuba perbaiki prosedur tersebut . Atau mungkin juga Budget tak cukup ?
Sekian .
Yang Benar
Anaconda Si Pekebun Kecil
usahawantani.com