Cara Menanam Pisang
Cara Menanam Pisang
Benih pisang kemudian ditanam dalam lubang berukuran 30sm x 30sm x 30sm bersama-sama dengan campuran baja fosfat, kapur, baja organik dan carbofuran. Pelepah pisang yang tua dan berpenyakit perlu dicantas dari peringkat awal penanaman. Cantasan ini boleh dilakukan setiap dua minggu sekali. Selain itu, pokok pisang memerlukan air sebanyak 8 sehingga 12 liter sehari bagi memastikan pertumbuhan yang baik. Bagi penanaman komersial, penggunaan sistem pengairan adalah perlu.
Cara Penanaman Pisang
Anak pokok pisang sedia untuk ditanam |
Suhu optimum bagi tanaman pisang adalah antara 25oC sehingga 28oC dan tiupan angin pula tidak melebihi 15 km/jam. Tanaman pisang memerlukan air di antara 1,500 sehingga 2,500 mm/tahun. Penanaman pisang memerlukan air terutama pada peringkat ia berjantung. Walaupun begitu, ia tidak dapat bertahan dalam keadaan terendam yang melebihi 2 jam. Pisang sesuai ditanam di tanah yang bertekstur lempung berpasir dan keadaan tanah yang peroi. Keadaan tanah pula hendaklah rata dan beralun kurang daripada 12 peratus. Benih tanaman pisang diperoleh dengan menggunakan susur pedang, teknik belahan dan tisu didik. Bagi sistem tanaman tunggal, jarak tanaman pisang adalah 2.5m x 2.5m dengan kepadatan 1,600 pokok/ha. Bagi sistem tanaman selingan pula, jarak tanaman yang sesuai adalah 3m x 3m dengan kepadatan 700 sehingga 900 pokok/ha.
Kerja kerja memindahkan anak pisang ke kawasan penanaman yang baru |
Anak pisang sesuai diasingkan dan ditanam pada jarak 1.5m di antara pokok dan 3.0m di antara barisan |
Anak pisang sedia untuk di tanam |
Benih pisang yang terhasil melalui proses tisu kultur |
Anak pisang pertama hanya dibela apabila jantung pisang pokok induk sudah keluar untuk mempastikan pokok pengganti yang berkualiti. |
Penanaman pokok pisang yang teratur memudahkan kerja-kerja penyelangaraan |
Penulis berlatarbelakangkan kawasan penanaman yang baru dibuka |
Gali lubang pada tanah dengan jarak tanaman ialah 2.5 m x 2.5 m dengan kepadatan 1,600 pokok sehektar. Pada jarak 3 m x 3 m kepadatan mencapai 1,100 pokok sehektar. Saya tanam pada jarak 10 langkah setiap tanaman. agak longgar tp mudah utk mengendalikan. hehe. Jangan ikut jarak yang sya buat. jarak ini sesuai untuk penggambaran filem Pakistan. Masukkan anak pokok dengan tegak supaya tidak mudah tumbang ketika berbuah nanti. Gali lubang sebesar 45 cm x 45 cm x 60 cm (1.5 x 1.5 x 2 kaki). Gaul tanah lapis atas dengan 11-14 kg. baja organan dan 125 gm baja fostat. Digalak menggunakan Baja Bio King bagi membiak mikrob untuk menyuburkan tanah ketahap maksima. Jarak tanaman ideal ialah antara 3 m x 3 m hingga 3.6 m x 3.6 m. Bilangan pokok per ekar; 600 pokok.
Gemburkan, kemudian letakkan sedikit di dasar lubang bagi memastikan pengakaran cepat berlaku, akan lebih baik hasilnya jika memasukkan 1 kg baja bio-organik dalam lubang sebelum masukkan anak pokok. Anak pokok yang ditanam perlu diteliti pada bahagian akar utk mempastikan tidak ada jangkitan serangga perosak yang biasanya membuat sarang pada bahagian akar anak pokok.
Benih pisang kemudian ditanam dalam lubang berukuran 30sm x 30sm x 30sm bersama-sama dengan campuran baja fosfat, kapur, baja organik dan carbofuran. Pelepah pisang yang tua dan berpenyakit perlu dicantas dari peringkat awal penanaman. Cantasan ini boleh dilakukan setiap dua minggu sekali. Selain itu, pokok pisang memerlukan air sebanyak 8 sehingga 12 liter sehari bagi memastikan pertumbuhan yang baik. Bagi penanaman komersial, penggunaan sistem pengairan adalah perlu.
Seterusnya tunggu hingga pokok pisang berbuah. bukan tunggu dekat pokok. Penjagaan pokok sangat penting untuk mempastikan hasil yang lumayan. Biasanya pokok pisang boleh mengeluarkan hasil antara 10 hingga 12 bulan. Bergantung juga kepada jenis pisang yang ditanam. Pokok pisang emas biasanya berbuah dalam tempoh 8 bulan sementara pisang berangan mengambil masa yang lebih lama.
Pembajaan sebaiknya dimulakan ketika anak pokok baru ditanam. Mula menanam - letakkan baja penggalak akar dalam lubang sebelum menanam. Setelah umur 3 bulan tabur baja subur 15:15:15. Setelah berumur 6-7 bulan tabur baja buah 12:12:17:2. Kadar baja hanya segenggam atau 250gram setiap pokok
Pembajaan dilakukan secara ditabur sekeliling pokok atau dimasukkan ke dalam parit yang digali sedalam 5 cm. Pembajaan menggunakan sistem poket juga biasa digunakan. Poket atau lubang sedalam 15 cm digali sejauh dalam lingkungan semeter daripada pangkal rumpun atau pokok pisang.
Dalam sistem tanaman pisang secara tunggal, adalah disyorkan pisang ditanam dengan kaedah sistem tanaman berbatang tunggal atau single stem kerana sistem ini sesuai bagi pekebun pisang yang mementingkan berat tandan dan kualiti buah khususnya untuk eksport. Dalam sistem berbatang tunggal ini, hanya pokok induk dibiar tumbuh dari mula hingga peringkat berbuah (satu generasi sahaja). Anak-anak sulur yang tumbuh dibuang semuanya bermula pada 3-4 bulan selepas menanam dan diulangi membuangnya setiap 6-8 minggu sekali sehingga permulaan musim menuai. Apabila 60% keluasan kawasan telah dituai, pemangkasan menyeluruh dilakukan untuk memilih satu anak sulur sahaja pada setiap rumpun untuk dijadikan ratun dan yang selebihnya dibuang. Pemilihan pokok ratun ini adalah berdasarkan kepada ketinggian sulur (70-100 cm) dan yang didapati tumbuh di umbisi utama.
Sementara itu sistem yang sesuai bagi tanaman selingan adalah seperti dihuraikan dalam pemangkasan sulur atau dengan mengguna kaedah sistem berbatang dua. Sistem ini bermaksud pada setiap masa serumpun pisang mempunyai dua batang pokok iaitu pokok yang akan berbuah dan anak sulur. Dalam sistem ini sulur yang dipilih adalah ketika pokok induk mula mengeluarkan bunga iaitu 8 bulan selepas ditanam bagi pisang berangan dan 6-7 bulan bagi pisang mas.
Pengurusan Air
Pokok pisang memerlukan air sebanyak 8-12 liter sehari. Biasanya pisang tidak dibekalkan dengan pengairan tetapi ia mendapat bekalan air dari simpanan dalam tanah atau dari air hujan. Pemasangan sistem pengairan untuk tanaman pisang melibatkan kos yang tinggi. Sistem pengairan boleh dilaksanakan sekiranya permintaan pasaran pisang yang banyak dan pulangan yang boleh menguntungkan.
Pemangkasan Sulur
Pelepah pisang yang sudah kering perlu dibuang dari pokok untuk menjamin pertumbuhan pokok pisang yang baik. Aktiviti membuang sulur yang tidak dikehendaki dengan tujuan menjarakkan penuaian hasil dalam satu-satu rumpun serta memastikan hasil dan mutu buah tidak terjejas akibat persaingan dalam permakanan. Pemangkasan peringkat awal dilakukan dengan memilih dan membiarkan satu pokok induk dan satu sulur, di peringkat pokok berumur 3 bulan bagi pisang emas dan 4 bulan bagi pisang berangan. Seterusnya sulur-sulur lain dipangkas secara berjadual iaitu 3-4 minggu sekali dan dipilih serta dikekalkan satu lagi sulur pada umur 8 bulan bagi pisang emas dan 9 bulan bagi pisangan berangan. Cara pemangkasan yang mudah ialah menggunakan pisau tajam untuk memotong sulur pada aras tanah.
Cantasan Pelepah
Daun pisang yang sudah tua perlu dibuang dari pokok. Biasanya proses pembuangan pelepah pisang dibuat setiap dua minggu sekali. Pelepah tua dan berpenyakit perlu dicantas dengan menggunakan pisau tajam dari peringkat awal penanaman. Pelepah tersebut perlu dikumpulkan di suatu lokasi yang ditentukan diantara barisan tanaman pisang.
Menyokong Pokok
Pokok yang condong perlu ditongkat dengan kayu atau buluh untuk menahan pokok pisang daripada tumbang atau patah tengkok kerana batang tidak dapat menampung buah yang berat. Lazimnya berat setandan pokok pisang ialah 20kg/pokok. Terdapat jenis pisang seperti Berangan/Pisang Sabah/ nipah boleh mencapai 40kg/pokok. Pisang tanduk biasanya perlu disokong dengan kayu sekiranya berbuah lebih daripada 15 biji kerana dibimbangi pokoknya akan rebah sebelum buahnya mencapai tahap kematangan.
Pembungkusan Tandan Pisang
Langkah awal untuk mengawal mutu buah pisang ialah dengan membungkus tandan pisang. Pembungkusan dapat mengelak gigitan serangga pada buah, geseran dengan daun atau kayu penyokong. Juga dapat mengelak buah dari calar atau lebam semasa penuaian, pengumpulan dan seterusnya pengangkutan ke rumah pembungkusan.
Sebelum pembungkusan, jantung perlu dipotong terlebih dahulu. Tandan buah dibungkus dengan menyarung sehingga melepasi sisir utama dan diikat kemas. Pada penghujung tandan dibiarkan sarung plastik berlebihan menutupi kesemua sisir pisang. Penandaan perlu dibuat selepas pembungkusan supaya tarikh penuaian dapat ditentukan semasa penebangan.
Kutipan Hasil
Pisang akan berjantung dalam masa 7-10 bulan selepas ditanam. Pisang Mas biasanya mengambil masa enam hingga tujuh bulan untuk berjantung dan buah boleh dikutip lapan minggu kemudian. Pisang Berangan pula berjantung anggaran sembilan bulan selepas menanam dan buah boleh dikutip dalam masa 11-12 minggu kemudian. Bagi mengelakkan buah tercedera, tebang pokok pisang kira-kira 0.5 meter dari tandan buah. Potong sedikit-sedikit, sementara sebelah tangan lagi memegang tandan pisang agar buah tidak terhempas di tanah. Hasil per Ekar; RM15,600. jika tanah seluas 5 ekar hasil yg bakal diperolehi ialah RM78,000/ 5 ekar sahaja. Anggaran kasar sj. tp klu dpt rm10,000 sebulan pn syukur. Penjagaan dan penanaman yang mudah.
Tips Penting Penjagaan Pisang
1. Setiap pokok pisang hanya dikekalkan dengan 8 daun sahaja.
2. Untuk pisang berangan, buah hanya dikekalkan 10-12 sikat sahaja, selebihnya dibuang bersama jantung. Ini penting untuk menghasilkan buah ynag besar dan berat ynag maksimum.
3. Setiap tandan pisang perlu dibungkus dengan menggunakan kertas daripada jenis kertas simen atau kertas pembungkus dedak ayam. Gunakan staple dan ditutup rapat sehingga hujung pisang.
4. Apabila jantung keluar bilangan daun hanya dikekalkan 6 helai sahaja.
5. Anak pisang pertama hanya dibela apabila jantung pisang sudah keluar sahaja untuk mendapatkan pokok ibu yang benar-benar subur.
6. Setelah jantung pisang dipotong, daun hanya dikekalkan 4 helai sahaja.
7. Apabila jantung telah keluar, berhentikan pembajaan kepada pokok bagi mengelakkan buah pisang yang mengkal atau keras dah kualiti pisang jatuh.
Varieti Pisang
Pisang Berangan
Sebagai makanan segar. Berat tandan dengan 8-12 sisir ialah 12 -20 kg. Berat buah setandan bagi pokok yang subur boleh mencacah 35kg. Setiap sisir terdapat 12-20 jejari. Saiz buah antara sederhana hingga besar. Panjang jejari diantara 18 cm dengan ketebalan 2.5-3.5 cm. Kulit buah agak tebal, mudah dipisahkan dan meninggalkan sedikit talian serabut. Isi tegang, berwarna kekuningan oren, wangi, kering dan manis rasanya. Jenis pisang ini mendapat permintaan tinggi di pasaran antarabangsa. Memerlukan 12-14 bulan proses lengkap untuk mengeluarkan hasil.
Pisang Emas
Dikenali juga sebagai Lady Finger, pisang Gula, Sucrier, Niรฑos, Bocadillos, Buahnya bersaiz kecil, berkulit nipis, dengan buah berwarna kuning. Berat tandan sederhana diantara 8-12 kg dengan 5-9 sisir. Sebanyak 14-18 jejari sesisir. Jejari kecil diantara 8-12sm panjang dan 2-3 cm garispusat. Isi tegang, kuning keemasan, harum kewangian dan sangat manis. Jenis pisang yang cepat mengeluarkan hasil. (5 - 6 bulan)
Pisang Cavendish/Montel
Pisang Cavendish dinamakan sempena William Cavendish, Duke of Devonshire. Namun dikatakan bukanlah sebagai pisang pertama yang diketahui di Eropah. Pada kira-kira tahun 1834, Cavendish telah menerima penghantaran pisang dari Mauritius atas ihsan paderi Alton Towers. Pekebunnya, Sir Joseph Paxton telah membiakkan pisang ini di rumah hijau Chatsworth House. Paxton kemudian menggelarkannya sebagai Musa cavendishii, Antara jenama yang ditanam ialah Montel, Comel,Cabana atau Sun King. Berat tandan melebihi 20 kg dan 15-25 sisir. Jejari berukuran diantara 15-22 sm panjang dan garispusat 3.5-4.0 sm. Kulit yang tebal dan mudah tanggal dari gantungan sisir dan berwarna kuning apabila sudah dibuat rawatan pemasakan dengan suhu rendah. Isinya berwarma putih pekat, bertekstur halus, lembut, manis dan berbau wangi.
Pisang Rastali
Sesuai untuk hidangan segar. Berat tandan antara 10-15 kg dengan 5-9 sisir. Sebanyak 12-16 jejari setiap sisir. Kulit berwarna kuning terang setelah masak dan mudah tanggal. Panjang jejari 10-15 sm dan 3-4 sm garis pusat, kulit senang dikupas dan sangat nipis. Isinya lembut, berwarna putih, rasanya manis sedikit masam dengan rasa berkelat jika belum masak sepenuhnya.
Pisang Tanduk
Dikenali juga sebagai Horn Plantain, Rhino Horn banana, African Rhino Horn, Pisang Tanduk merupakan sejenis pisang yang bersaiz besar dan dengan bentuknya yang sedemikian menyebabkan ia diberi nama pisang tanduk.
Buah pisang yang boleh mencapai sehingga dua kaki panjang ini adalah antara pisang yang paling panjang. Di Malaysia, pisang tanduk dijadikan kerepek sebagai perniagaan komersial dan ia juga disenarai di dalam Ladang Kontrak oleh FAMA sebagai komoditi. Pisang Tanduk merupakan makanan ruji di Afrika Timur dan Afrika Tengah (Cameroon), Amerika Tengah, kepulauan Caribbean dan di utara persisiran Amerika Selatan (seperti Colombia, Venezuela, dll). Sesuai untuk goreng. Berat tandan 7-10 kg dan terdapat 2 sisir dengan 7-10 jejari. Seringkali hingga 5 jejari sesisir. Saiz pisang tanduk besar dengan ukuran 25-35 sm panjang dan 6-7 sm garispusat. Kulitnya tebal dan berwarna kuning setelah masak. Isinya krim berwarna oren, setelah masak digoreng. Rasanya manis dan enak dimakan.
Pisang Nipah
Dikenali juga sebagai Pisang Sabah. Hanya untuk digoreng. Berat tandan antara 15-28 kg dengan 12-18 sisir. Setiap sisir terdapat 12-20 jejari. Jejari bersegi, pendek dan padat dengan kulit yang tebal.Kulit berwarna kuning setelah masak. Panjang jejari diantara 10-15m dan 3-5 sm garispusat. Isi krim putih bertekstur halus. Setelah digoreng manis rasanya. Pokok pisang Nipah agak tinggi dan boleh mencacah sehingga
Pisang Raja
Boleh dimakan segar atau digoreng. Ia juga boleh dijadikan kerepek, direbus, dibuat pengat dan dijadikan bahan untuk membuat pelbagai jenis kuih atau kek.Berat tandan 10-15 kg dengan 6-9 sisir. Setiap sisir terdapat 12-16 jejari. Panjang jejari 15 sm dan 3-4 sm garispusat. Kulit tebal berwarna kuning setelah masak dan mudah dikupas. Isinya krim oren dengan bertekstur kasar. Nama botani pisang raja ialah musa paradisiaca.
Pisang Serendah
Dikenali juga sebagai Pisang Kapal, setengah tempat menamakannya sebagai Pisang Meja. Biasa ditanam di sekitar halaman rumah kerana ketinggiannya yang minima berbanding saiz pisang biasa bahkan ada juga tandan pisang jenis ini yang mencacah tanah. Mungkin itulah juga sebabnya ia mendapat gelar pisang meja. Tandan pisang serendah kadang-kadang boleh mencecah tanah.
Dari segi luaran, pisang ini memang nampak menarik kerana ia seakan-akan pisang embun. Jelasnya pelbagai nama khusus untuk pisang ini berkait rapat dengan sifat fizikalnya. Sebab itu tidak hairan juga bila kita mendengar pisang ini dinamakan Pisang Hijau kerana warna kulitnya yang kekal hijau walaupun buahnya sudah masak. Tetapi perlu diingat pula bahawa terdapat juga pokok pisang bersaiz rendah yang buahnya berwarna kuning apabila masak. Buah pisang serendah agak kurang manis dan lembik apabila masak. Kulit hijau buahnya akan mudah berubah kepada coklet gelap dan tidak tahan lama disamping buahnya mudah gugur dari tandan.
Pisang Seribu
Pisang Seribu mendapat namanya hasil dari buahnya yang sangat banyak bahkan dikatakan boleh mencacah sehngga seribu. Secara fizikal, bentuk pohon pisang ini tak berbeza dengan pohon pisang biasa. Apa yang membezakan hanya jumlah buahnya yang sangat banyak dalam satu tandan itu. Kerana banyaknya jumlah buah pisang dalam satu tandan menyebabkan saiz buah pisang ini agak kecil sekitar ukuran saiz ibu jari tangan manusia. Pisang jenis ini juga agak kurang ditanam sebagai hasil perniagaan kerana permintaan yang kurang melainkan ditanam sebagai hiasan dan untuk jualan anak pokok. Disebabkan buahnya yang banyak menyukarkan buahnya masak serentak. Ketika bahagian atas sudah tua, maka bagian bawahnya masih dalam proses perkembangan,
Pisang Nangka
Sesuai untuk goreng.Isinya krim putih bertekstur halus, lembut dan masam-masam sedikit . Berat tandan 12-14 dengan 6-8 sisir.Setiap sisir terdapat 14-24 jejari dan bentuk jejari bersegi, memanjang dengan saiz jejari sederhana hingga besar
Pisang Awak
'Pisang Awak' juga dikenali di Australia sebagai 'Ducasse' dan 'Kayinja' di Uganda. Di Thailand, ia dikenali sebagai Kluai nam wa (Thai: เธเธฅ้เธงเธข เธ้เธณเธง้เธฒ, IPA: [kluหษj nam wa]). Istilah nam wa sudah pindah ke dalam bahasa Khmer di mana pisang yang dikenali di Kemboja chek nam va (Khmer: แ េแแាំแ៉ា), tetapi dikenali di Khmer berbahasa wilayah Thai Surin sebagai chek SA (Khmer: แ េแ แ) atau pisang putih. Ini pelbagai pisang mempunyai pelbagai romanizations termasuk 'Namwah Tall'. Dimakan segar atau dimasak sebagai sajian. Terdapat juga aktiviti di Sabah yang menjadikan pisang jenis ini sebagai bahan utama dalam menghasilkan tapai. Berat tandan ialah 18-22 kg dengan 8-12 sisir. Setiap sisir 10-16 jejari dan panjang jejari ialah 10-15 sm dan 3-5 sm garis pusat. Kulitnya tebal dan isinya putih keras dan melekit
Pisang Raja Udang
Sesuai dimakan segar. Kulit tebal setelah masak dan mudah dikupas. Isinya berwarna krim. Pisang merah mampu membuatkan anda gembira. Ini kerana pisang merah mengandungi tryptophan, sejenis asid amino yang boleh ditukarkan kepada serotonin. Dengan memakan pisang ini dikatakan mampu memperbaiki mood seseorang dan mampu juga mengurangkan tekanan dan kemurungan.
Ada juga sebilangan individu yang tidak memakan buah ini atas sebab-sebab tertentu. Antara sebabnya ialah kepercayaan lama berkaitan seorang putera raja. Suatu ketika dulu di sebuah kerajaan sering berlaku peperangan untuk merebut kuasa dan meluaskan tanah jajahan. Mengikut ceritanya dalam satu peperangan seorang putera raja cedera parah dan berjaya menyelamatkan diri daripada musuhnya. Putera raja itu bersembunyi di sebuah hutan dan berteduh di bawah sepohon pisang. Oleh kerana lukanya yang parah putera raja itu pun jatuh pengsan. Apabila putera raja itu sedar, baginda dapati lukanya telah dirawat oleh seorang gadis. Putera raja itu berterima kasih kepadanya kemudian pulang ke istananya. Putera raja itu dimaklumkan bahawa gadis itu adalah roh jelmaan pohon pisang raja udang itu. Bila putera raja itu kembali ke pohon itu didapati pohon itu berbuahkan pisang berwarna merah kesan daripada darahnya. Oleh kerana terhutang budi, putera raja itu mengisytiharkan kepada rakyatnya bahawa mereka tidak dibenarkan memakan pisang raja udang atau menebang pohonnya.
Pokok ini dikenali juga sebagai pisang merah Musa acuminata AAA 'Red Dacca' atau 'gluay nak', gluay dhaeng atau 'gluay Krang' dalam bahasa Thai. Perkataan 'gluay' bermaksud pisang.
Asal-usul 'Red Dacca', jika dikaji hasil catatan penulisan adalah kabur. Ada yang mengatakan India, ada yang mengatakan Amerika Tengah (nama vernakular lain adalah 'Cuban Red' dan 'Banana Roxa'). Kulit buah 'Red Dacca' boleh berubah kepada warna hijau dan hilang keupayaan untuk membuat pigmen merah, dan kultivar itu dipanggil 'Green Dacca. Semua spesies pisang liar berasal dari Asia timur dan moyang liar 'Red Dacca', Musa acuminata (AA) berasal dari Malaysia. https://dokmaidogma.wordpress.com/page/2/
Terdapat pelbagai nama bagi pisang jenis ini:
Pelbagai Jenis Pisang Dari luar Negara
Penyakit
Penyakit yang sering menyerang pisang adalah seperti berikut
Penyakit moko
Penyakit moko ini disebabkan oleh sejenis bakteria yang nama saintifiknya adalah Ralstonia solanacearum E. Yabuuchi. Moko ini endemik di Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Ia menular ke merata dunia termasuklah negara kita. Bakteria ini menyerang tanaman makanan seperti pisang, ubi kentang, tomato, terung, cili, kapsikum dan kacang tanah.
Penyakit ini adalah ‘soil-borne’, iaitu penyebarannya adalah melalui tanah. Oleh yang demikian, adalah susah untuk dikawal melalui penggunaan kimia. Jangkitan juga boleh berlaku dari penggunaan peralatan seperti pisau, parang dan cangkul. Jadi kalau petani menggunakan parang untuk memotong batang atau mana-mana bahagian pokok yang berpenyakit moko ini, kemudian menggunakan parang yang sama pada pokok yang lain, bakterianya akan berjangkit kepada pokok itu.
Bintik daun (Sigatoka) (Mycosphaerella musicola)
Bintik-bintik kecil berwarna perang kekuningan atau jalur-jalur hijau kekuningan selari dengan urat daun. Kemudian bintik-bintik ini membesar dan bujur dengan bahagian tengah berwarna perang terang yang dikelilingi warna perang gelap. Bintik-bintik ini akan bercantum antara satu sama lain yang mengakibatkan bahagian daun yang diserang menjadi perang dan kering.
Kawalan : Gunakan kultivar yang resistan. Sembur racun benomyl.
Penyakit Panama (Fusarium witt) (Fusarium oxyspotrium)
Berpunca dari tanah. Simptom pertama bermula dengan daun tua menjadi kuning atau tangkai daun melekang walaupun daun masih hijau. Akhirnya semua daun layu dan mati.
Kawalan: Gunakan varieti yang resisten. Menjaga kebersihan ladang. Gunakan bahan tanaman yang bebas dari penyakit.
Serangga Perosak
Pengorek umbi pisang (Cosmopolites sordidus)
Larva mengorek dan makan umbi pisang. Umbi berlubang dan akan menjadi perang dan busuk. Daun bertukar menjadi kuning. Anak-anak pisang lemah dan mati.
Kawalan
Gunakan bahan tanaman tanpa penyakit dengan celup ke dalam air panas selama 5 รข€“ 10 minit. Menyiram racun dieldin pada pangkal pokok. Menjaga kebersihan ladang.
Nematod
Akar-akar yang berjangkit bertukar ke warna coklat kemerahan dan akhirnya menjadi hitam. Akar yang diserang kelihatan tompok-tompok hitam berbintik dan pecah terutama dibahagian umbi dan menjadi reput
Kawalan
Merendam dalam air panas. Menjaga kebersihan ladang. Menyiram dengan racun feramiphos.
Lalat Buah
Larva menyerang buah. Terdapat bintik-bintik hitam bekas tusukan dikulit buah.
Kawalan
Membungkus buah
Pembajaan sebaiknya dimulakan ketika anak pokok baru ditanam. Mula menanam - letakkan baja penggalak akar dalam lubang sebelum menanam. Setelah umur 3 bulan tabur baja subur 15:15:15. Setelah berumur 6-7 bulan tabur baja buah 12:12:17:2. Kadar baja hanya segenggam atau 250gram setiap pokok
Pembajaan dilakukan secara ditabur sekeliling pokok atau dimasukkan ke dalam parit yang digali sedalam 5 cm. Pembajaan menggunakan sistem poket juga biasa digunakan. Poket atau lubang sedalam 15 cm digali sejauh dalam lingkungan semeter daripada pangkal rumpun atau pokok pisang.
Dalam sistem tanaman pisang secara tunggal, adalah disyorkan pisang ditanam dengan kaedah sistem tanaman berbatang tunggal atau single stem kerana sistem ini sesuai bagi pekebun pisang yang mementingkan berat tandan dan kualiti buah khususnya untuk eksport. Dalam sistem berbatang tunggal ini, hanya pokok induk dibiar tumbuh dari mula hingga peringkat berbuah (satu generasi sahaja). Anak-anak sulur yang tumbuh dibuang semuanya bermula pada 3-4 bulan selepas menanam dan diulangi membuangnya setiap 6-8 minggu sekali sehingga permulaan musim menuai. Apabila 60% keluasan kawasan telah dituai, pemangkasan menyeluruh dilakukan untuk memilih satu anak sulur sahaja pada setiap rumpun untuk dijadikan ratun dan yang selebihnya dibuang. Pemilihan pokok ratun ini adalah berdasarkan kepada ketinggian sulur (70-100 cm) dan yang didapati tumbuh di umbisi utama.
Sementara itu sistem yang sesuai bagi tanaman selingan adalah seperti dihuraikan dalam pemangkasan sulur atau dengan mengguna kaedah sistem berbatang dua. Sistem ini bermaksud pada setiap masa serumpun pisang mempunyai dua batang pokok iaitu pokok yang akan berbuah dan anak sulur. Dalam sistem ini sulur yang dipilih adalah ketika pokok induk mula mengeluarkan bunga iaitu 8 bulan selepas ditanam bagi pisang berangan dan 6-7 bulan bagi pisang mas.
Pengurusan Air
Pokok pisang memerlukan air sebanyak 8-12 liter sehari. Biasanya pisang tidak dibekalkan dengan pengairan tetapi ia mendapat bekalan air dari simpanan dalam tanah atau dari air hujan. Pemasangan sistem pengairan untuk tanaman pisang melibatkan kos yang tinggi. Sistem pengairan boleh dilaksanakan sekiranya permintaan pasaran pisang yang banyak dan pulangan yang boleh menguntungkan.
Pemangkasan Sulur
Pelepah pisang yang sudah kering perlu dibuang dari pokok untuk menjamin pertumbuhan pokok pisang yang baik. Aktiviti membuang sulur yang tidak dikehendaki dengan tujuan menjarakkan penuaian hasil dalam satu-satu rumpun serta memastikan hasil dan mutu buah tidak terjejas akibat persaingan dalam permakanan. Pemangkasan peringkat awal dilakukan dengan memilih dan membiarkan satu pokok induk dan satu sulur, di peringkat pokok berumur 3 bulan bagi pisang emas dan 4 bulan bagi pisang berangan. Seterusnya sulur-sulur lain dipangkas secara berjadual iaitu 3-4 minggu sekali dan dipilih serta dikekalkan satu lagi sulur pada umur 8 bulan bagi pisang emas dan 9 bulan bagi pisangan berangan. Cara pemangkasan yang mudah ialah menggunakan pisau tajam untuk memotong sulur pada aras tanah.
Cantasan Pelepah
Daun pisang yang sudah tua perlu dibuang dari pokok. Biasanya proses pembuangan pelepah pisang dibuat setiap dua minggu sekali. Pelepah tua dan berpenyakit perlu dicantas dengan menggunakan pisau tajam dari peringkat awal penanaman. Pelepah tersebut perlu dikumpulkan di suatu lokasi yang ditentukan diantara barisan tanaman pisang.
Menyokong Pokok
Pokok yang condong perlu ditongkat dengan kayu atau buluh untuk menahan pokok pisang daripada tumbang atau patah tengkok kerana batang tidak dapat menampung buah yang berat. Lazimnya berat setandan pokok pisang ialah 20kg/pokok. Terdapat jenis pisang seperti Berangan/Pisang Sabah/ nipah boleh mencapai 40kg/pokok. Pisang tanduk biasanya perlu disokong dengan kayu sekiranya berbuah lebih daripada 15 biji kerana dibimbangi pokoknya akan rebah sebelum buahnya mencapai tahap kematangan.
Pembungkusan Tandan Pisang
Langkah awal untuk mengawal mutu buah pisang ialah dengan membungkus tandan pisang. Pembungkusan dapat mengelak gigitan serangga pada buah, geseran dengan daun atau kayu penyokong. Juga dapat mengelak buah dari calar atau lebam semasa penuaian, pengumpulan dan seterusnya pengangkutan ke rumah pembungkusan.
Sebelum pembungkusan, jantung perlu dipotong terlebih dahulu. Tandan buah dibungkus dengan menyarung sehingga melepasi sisir utama dan diikat kemas. Pada penghujung tandan dibiarkan sarung plastik berlebihan menutupi kesemua sisir pisang. Penandaan perlu dibuat selepas pembungkusan supaya tarikh penuaian dapat ditentukan semasa penebangan.
Kutipan Hasil
Pisang akan berjantung dalam masa 7-10 bulan selepas ditanam. Pisang Mas biasanya mengambil masa enam hingga tujuh bulan untuk berjantung dan buah boleh dikutip lapan minggu kemudian. Pisang Berangan pula berjantung anggaran sembilan bulan selepas menanam dan buah boleh dikutip dalam masa 11-12 minggu kemudian. Bagi mengelakkan buah tercedera, tebang pokok pisang kira-kira 0.5 meter dari tandan buah. Potong sedikit-sedikit, sementara sebelah tangan lagi memegang tandan pisang agar buah tidak terhempas di tanah. Hasil per Ekar; RM15,600. jika tanah seluas 5 ekar hasil yg bakal diperolehi ialah RM78,000/ 5 ekar sahaja. Anggaran kasar sj. tp klu dpt rm10,000 sebulan pn syukur. Penjagaan dan penanaman yang mudah.
Indeks Kutipan Buah Pisang Selepas Keluar Jantung Pisang
Varieti
|
Tarikh Penuaian (minggu selepas berjantung)
|
Cavendish
|
20 - 23
|
Mas
|
7- 9
|
Berangan
|
11-14
|
Embun
|
12-15
|
Rastali
|
11-13
|
Nangka
|
22
|
Tanduk
|
20
|
Kandungan Zat Makanan
Kandungan
|
Kandungan / 100 gm yang boleh dimakan
|
Tenaga
|
103 kcl
|
Air
|
73.3 gm
|
Protin
|
1.3 gm
|
Lemak
|
0.4 gm
|
Karbohidrat
|
23.6 gm
|
Serat
|
0.5 gm
|
Abu
|
0.9 gm
|
Kalsium
|
11.0 mg
|
Posporus
|
17.0 mg
|
Besi
|
0.6 mg
|
Sodium
|
29.0 mg
|
Potasium
|
241.0 mg
|
Kerotin
|
300 mg
|
Vit B1
|
0.07 mg
|
Vit B2
|
0.08 mg
|
Niasin
|
0.7 mg
|
Asid Askorbik
|
17.3 mg
|
Tips Penting Penjagaan Pisang
1. Setiap pokok pisang hanya dikekalkan dengan 8 daun sahaja.
2. Untuk pisang berangan, buah hanya dikekalkan 10-12 sikat sahaja, selebihnya dibuang bersama jantung. Ini penting untuk menghasilkan buah ynag besar dan berat ynag maksimum.
3. Setiap tandan pisang perlu dibungkus dengan menggunakan kertas daripada jenis kertas simen atau kertas pembungkus dedak ayam. Gunakan staple dan ditutup rapat sehingga hujung pisang.
4. Apabila jantung keluar bilangan daun hanya dikekalkan 6 helai sahaja.
5. Anak pisang pertama hanya dibela apabila jantung pisang sudah keluar sahaja untuk mendapatkan pokok ibu yang benar-benar subur.
6. Setelah jantung pisang dipotong, daun hanya dikekalkan 4 helai sahaja.
7. Apabila jantung telah keluar, berhentikan pembajaan kepada pokok bagi mengelakkan buah pisang yang mengkal atau keras dah kualiti pisang jatuh.
Varieti Pisang
Pisang Berangan |
Sebagai makanan segar. Berat tandan dengan 8-12 sisir ialah 12 -20 kg. Berat buah setandan bagi pokok yang subur boleh mencacah 35kg. Setiap sisir terdapat 12-20 jejari. Saiz buah antara sederhana hingga besar. Panjang jejari diantara 18 cm dengan ketebalan 2.5-3.5 cm. Kulit buah agak tebal, mudah dipisahkan dan meninggalkan sedikit talian serabut. Isi tegang, berwarna kekuningan oren, wangi, kering dan manis rasanya. Jenis pisang ini mendapat permintaan tinggi di pasaran antarabangsa. Memerlukan 12-14 bulan proses lengkap untuk mengeluarkan hasil.
Pisang Emas
Pisang Mas |
Pisang Cavendish/Montel
Cavendish/Montel |
Pisang Rastali
Buah Pisang Rastali |
Pisang Tanduk
Pisang Tanduk |
Dikenali juga sebagai Horn Plantain, Rhino Horn banana, African Rhino Horn, Pisang Tanduk merupakan sejenis pisang yang bersaiz besar dan dengan bentuknya yang sedemikian menyebabkan ia diberi nama pisang tanduk.
Buah pisang yang boleh mencapai sehingga dua kaki panjang ini adalah antara pisang yang paling panjang. Di Malaysia, pisang tanduk dijadikan kerepek sebagai perniagaan komersial dan ia juga disenarai di dalam Ladang Kontrak oleh FAMA sebagai komoditi. Pisang Tanduk merupakan makanan ruji di Afrika Timur dan Afrika Tengah (Cameroon), Amerika Tengah, kepulauan Caribbean dan di utara persisiran Amerika Selatan (seperti Colombia, Venezuela, dll). Sesuai untuk goreng. Berat tandan 7-10 kg dan terdapat 2 sisir dengan 7-10 jejari. Seringkali hingga 5 jejari sesisir. Saiz pisang tanduk besar dengan ukuran 25-35 sm panjang dan 6-7 sm garispusat. Kulitnya tebal dan berwarna kuning setelah masak. Isinya krim berwarna oren, setelah masak digoreng. Rasanya manis dan enak dimakan.
Pisang Nipah
Pisang Nipah/Sabah |
Pisang Raja
Pisang Raja |
Pisang Serendah
Pisang Serendah/Kapal/Meja |
Dari segi luaran, pisang ini memang nampak menarik kerana ia seakan-akan pisang embun. Jelasnya pelbagai nama khusus untuk pisang ini berkait rapat dengan sifat fizikalnya. Sebab itu tidak hairan juga bila kita mendengar pisang ini dinamakan Pisang Hijau kerana warna kulitnya yang kekal hijau walaupun buahnya sudah masak. Tetapi perlu diingat pula bahawa terdapat juga pokok pisang bersaiz rendah yang buahnya berwarna kuning apabila masak. Buah pisang serendah agak kurang manis dan lembik apabila masak. Kulit hijau buahnya akan mudah berubah kepada coklet gelap dan tidak tahan lama disamping buahnya mudah gugur dari tandan.
Pisang Seribu
Pisang Seribu mendapat namanya hasil dari buahnya yang sangat banyak bahkan dikatakan boleh mencacah sehngga seribu. Secara fizikal, bentuk pohon pisang ini tak berbeza dengan pohon pisang biasa. Apa yang membezakan hanya jumlah buahnya yang sangat banyak dalam satu tandan itu. Kerana banyaknya jumlah buah pisang dalam satu tandan menyebabkan saiz buah pisang ini agak kecil sekitar ukuran saiz ibu jari tangan manusia. Pisang jenis ini juga agak kurang ditanam sebagai hasil perniagaan kerana permintaan yang kurang melainkan ditanam sebagai hiasan dan untuk jualan anak pokok. Disebabkan buahnya yang banyak menyukarkan buahnya masak serentak. Ketika bahagian atas sudah tua, maka bagian bawahnya masih dalam proses perkembangan,
Pisang Nangka
Pisang Nangka |
Pisang Awak
'Pisang Awak' juga dikenali di Australia sebagai 'Ducasse' dan 'Kayinja' di Uganda. Di Thailand, ia dikenali sebagai Kluai nam wa (Thai: เธเธฅ้เธงเธข เธ้เธณเธง้เธฒ, IPA: [kluหษj nam wa]). Istilah nam wa sudah pindah ke dalam bahasa Khmer di mana pisang yang dikenali di Kemboja chek nam va (Khmer: แ េแแាំแ៉ា), tetapi dikenali di Khmer berbahasa wilayah Thai Surin sebagai chek SA (Khmer: แ េแ แ) atau pisang putih. Ini pelbagai pisang mempunyai pelbagai romanizations termasuk 'Namwah Tall'. Dimakan segar atau dimasak sebagai sajian. Terdapat juga aktiviti di Sabah yang menjadikan pisang jenis ini sebagai bahan utama dalam menghasilkan tapai. Berat tandan ialah 18-22 kg dengan 8-12 sisir. Setiap sisir 10-16 jejari dan panjang jejari ialah 10-15 sm dan 3-5 sm garis pusat. Kulitnya tebal dan isinya putih keras dan melekit
Pisang Raja Udang
Sesuai dimakan segar. Kulit tebal setelah masak dan mudah dikupas. Isinya berwarna krim. Pisang merah mampu membuatkan anda gembira. Ini kerana pisang merah mengandungi tryptophan, sejenis asid amino yang boleh ditukarkan kepada serotonin. Dengan memakan pisang ini dikatakan mampu memperbaiki mood seseorang dan mampu juga mengurangkan tekanan dan kemurungan.
Ada juga sebilangan individu yang tidak memakan buah ini atas sebab-sebab tertentu. Antara sebabnya ialah kepercayaan lama berkaitan seorang putera raja. Suatu ketika dulu di sebuah kerajaan sering berlaku peperangan untuk merebut kuasa dan meluaskan tanah jajahan. Mengikut ceritanya dalam satu peperangan seorang putera raja cedera parah dan berjaya menyelamatkan diri daripada musuhnya. Putera raja itu bersembunyi di sebuah hutan dan berteduh di bawah sepohon pisang. Oleh kerana lukanya yang parah putera raja itu pun jatuh pengsan. Apabila putera raja itu sedar, baginda dapati lukanya telah dirawat oleh seorang gadis. Putera raja itu berterima kasih kepadanya kemudian pulang ke istananya. Putera raja itu dimaklumkan bahawa gadis itu adalah roh jelmaan pohon pisang raja udang itu. Bila putera raja itu kembali ke pohon itu didapati pohon itu berbuahkan pisang berwarna merah kesan daripada darahnya. Oleh kerana terhutang budi, putera raja itu mengisytiharkan kepada rakyatnya bahawa mereka tidak dibenarkan memakan pisang raja udang atau menebang pohonnya.
Pokok ini dikenali juga sebagai pisang merah Musa acuminata AAA 'Red Dacca' atau 'gluay nak', gluay dhaeng atau 'gluay Krang' dalam bahasa Thai. Perkataan 'gluay' bermaksud pisang.
Asal-usul 'Red Dacca', jika dikaji hasil catatan penulisan adalah kabur. Ada yang mengatakan India, ada yang mengatakan Amerika Tengah (nama vernakular lain adalah 'Cuban Red' dan 'Banana Roxa'). Kulit buah 'Red Dacca' boleh berubah kepada warna hijau dan hilang keupayaan untuk membuat pigmen merah, dan kultivar itu dipanggil 'Green Dacca. Semua spesies pisang liar berasal dari Asia timur dan moyang liar 'Red Dacca', Musa acuminata (AA) berasal dari Malaysia. https://dokmaidogma.wordpress.com/page/2/
Terdapat pelbagai nama bagi pisang jenis ini:
- Bulgarian: Cherven banan (ะงะตัะฒะตะฝ ะฑะฐะฝะฐะฝ)
- Burmese: Shwe nget pyaw.
- Chinese: Hong guo jiao (็ด ๆ่)
- Danish: Kubabanan, รblebanan, Rรธd banan.
- Dutch: Rode banaan, Cubabanaan.
- French: Figue rose (Guadeloupe, Martinique), Figue rouge(Haiti), Figue rouge-vin, Figue violette (Guadeloupe), Bacove violette (French Guiana), Banane rouge, Banane violette, Banane de Cuba
- German: Weinrote Banane, Kuba Banane
- Greek: Kลkkini banฤna (ฮฯฮบฮบฮนฮฝฮท ฮผฯฮฑฮฝฮฌฮฝฮฑ)
- Hindi: Lฤl kรฉlฤ (เคฒाเคฒ เคेเคฒा)
- Indonesia: Pisang Susu Merah
- Italian: Banana rosa, Banana di Cuba
- Japanese: Akai banana (่ตคใใใใ)
- Korean: Bbalgan banana (๋นจ๊ฐ ๋ฐ๋๋)
- Nepalese : Rato kera (เคฐाเคคो เคेเคฐा)
- Malaysian: Pisang raja udang
- Portuguese: Banana roxa (Brazil), Bananeira roxa, Banana vermelha
- Polish: Czerwony banan
- Russian: Krasniy banan (ะบัะฐัะฝัะน ะฑะฐะฝะฐะฝ)
- Sinhalese: Rathambala (เถปเถญเถนเถฝා)
- Spanish: Banano color clarete, Tafetan (Colombia), Tafetan morado (Colombia), Guineo morado (Cuba), Colorado(Puerto Rico), Platano colorado, Plรกtano rosado (Ecuador),Plรกtano rojo (Perรบ)
- Tagalog: Morado
- Tamil: Sevvazhai (เฎெเฎต்เฎตாเฎดை)
- Thai: Kluay nak เธเธฅ้เธงเธขเธเธฒเธ
- Malayalam: Chovazha, Chenkadali (เดെเด്เดเดฆเดณി), Kappa Pazham
- Sanskrit : Raktakadali (เคฐเค्เคคเคเคฆเคฒी)
Pelbagai Jenis Pisang Dari luar Negara
Variasi pisang yang terdapat di Pohnpei (Negeri-negeri Bersekutu Micronesia) |
Buah pisang jenis ini menonjol keatas. |
Dikenali sebagai Pisang Ethiopia, Pisang Habsy. Nama saintifik Ensete ventricosum. Buahnya tidak boleh dimakan. |
Pisang Gergasi yang terdapat di Papua Barat Indonesia |
Buah Pisang Kerdil berwarna putih. Mengandungi banyak biji. |
Pisang Pink Kerdil |
Penyakit
Penyakit yang sering menyerang pisang adalah seperti berikut
Penyakit moko
Penyakit moko ini disebabkan oleh sejenis bakteria yang nama saintifiknya adalah Ralstonia solanacearum E. Yabuuchi. Moko ini endemik di Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Ia menular ke merata dunia termasuklah negara kita. Bakteria ini menyerang tanaman makanan seperti pisang, ubi kentang, tomato, terung, cili, kapsikum dan kacang tanah.
Penyakit ini adalah ‘soil-borne’, iaitu penyebarannya adalah melalui tanah. Oleh yang demikian, adalah susah untuk dikawal melalui penggunaan kimia. Jangkitan juga boleh berlaku dari penggunaan peralatan seperti pisau, parang dan cangkul. Jadi kalau petani menggunakan parang untuk memotong batang atau mana-mana bahagian pokok yang berpenyakit moko ini, kemudian menggunakan parang yang sama pada pokok yang lain, bakterianya akan berjangkit kepada pokok itu.
Bintik daun (Sigatoka) (Mycosphaerella musicola)
Bintik-bintik kecil berwarna perang kekuningan atau jalur-jalur hijau kekuningan selari dengan urat daun. Kemudian bintik-bintik ini membesar dan bujur dengan bahagian tengah berwarna perang terang yang dikelilingi warna perang gelap. Bintik-bintik ini akan bercantum antara satu sama lain yang mengakibatkan bahagian daun yang diserang menjadi perang dan kering.
Kawalan : Gunakan kultivar yang resistan. Sembur racun benomyl.
Penyakit Panama (Fusarium witt) (Fusarium oxyspotrium)
Berpunca dari tanah. Simptom pertama bermula dengan daun tua menjadi kuning atau tangkai daun melekang walaupun daun masih hijau. Akhirnya semua daun layu dan mati.
Kawalan: Gunakan varieti yang resisten. Menjaga kebersihan ladang. Gunakan bahan tanaman yang bebas dari penyakit.
Serangga Perosak
Pengorek umbi pisang (Cosmopolites sordidus)
Larva mengorek dan makan umbi pisang. Umbi berlubang dan akan menjadi perang dan busuk. Daun bertukar menjadi kuning. Anak-anak pisang lemah dan mati.
Kawalan
Gunakan bahan tanaman tanpa penyakit dengan celup ke dalam air panas selama 5 รข€“ 10 minit. Menyiram racun dieldin pada pangkal pokok. Menjaga kebersihan ladang.
Nematod
Akar-akar yang berjangkit bertukar ke warna coklat kemerahan dan akhirnya menjadi hitam. Akar yang diserang kelihatan tompok-tompok hitam berbintik dan pecah terutama dibahagian umbi dan menjadi reput
Kawalan
Merendam dalam air panas. Menjaga kebersihan ladang. Menyiram dengan racun feramiphos.
Lalat Buah
Larva menyerang buah. Terdapat bintik-bintik hitam bekas tusukan dikulit buah.
Kawalan
Membungkus buah
kredit : http://psv3.blogspot.my/p/blog-page_1.html
usahawantani.com Read more...