Sindrom Pisang Goreng
KOTA BHARU 4 Feb. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menasihati golongan petani supaya mengelakkan sindrom ‘pisang goreng’ atau budaya ikut-ikutan dalam mengusahakan ladang dan tanaman mereka.
Ini kerana kata Perdana Menteri, tanpa pengetahuan tentang kaedah penanaman yang betul dan mengkaji tahap permintaan, mereka akan menghadapi pelbagai masalah ketika hendak memasarkan hasil pertanian sehingga berlaku lambakan yang menjejaskan harga di pasaran.
‘‘Jangan ikut sindrom ‘pisang goreng’ apabila lihat Makcik Bedah meniaga pisang goreng dapat untung dan ramai pelanggan, maka semua pakat bertenggek di tepi jalan untuk turut berniaga.
‘‘Akhirnya pisang goreng tu tak laku dan bagi orang baru yang nak mula niaga pun susah kerana nak lawan orang lain yang berniaga lama di situ dan dah ada nama (dikenali),’’ katanya.
Beliau berucap merasmikan Majlis Perletakan Batu Asas Projek Terminal Makanan Negara (Teman) di Tunjong di sini.
Sementara itu, Perdana Menteri berkata, rangkaian pemasaran produk pertanian dan industri asas tani sedia ada banyak mendedahkan kepada manipulasi itu.
Projek Teman yang dilancarkan oleh Perdana Menteri itu merupakan projek perintis di negara ini dalam menjadikan terminal makanan sebagai pemangkin kepada pembangunan sektor pertanian negara.
“Teman adalah cara terbaik untuk mengatasi masalah petani kerana ia akan menjamin pendapatan mereka pada tahap yang berpatutan yang boleh dijangkakan dari peringkat awal lagi,” katanya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0205&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm
usahawantani.com
0 comments:
Post a Comment