Pihak usahawantani.com mempelawa semua petani penternak , nelayan dan peniaga berkaitan tani untuk menggunakan perkhidmatan blog usahawantani.com. Anda boleh mengiklan produk anda dilaman ini secara percuma . Marilah sama-sama kita memajukan industri asas tani ini . Hantarkan skrip atau banner iklan anda ke iklan@usahawantani.com Kami akan siarkan iklan anda di blog ini. Anda juga digalakkan untuk mendaftar sebagai pengguna laman usahawantani.com . Sebagai pengguna berdaftar anda akan sentiasa mendapat maklumat terkini dari kami . Sekian . Pentadbir @ Pulau Tawar Jerantut Pahang

05 February 2013

Pendaftaran Kontraktor Pendaftaran PKK Pendaftaran Bumiputera

  Pendaftaran PKK


  • Pendaftaran Pusat Khidmat Kontraktor Sesebuah syarikat, perniagaan, koperasi atau pertubuhan yang berminat untuk berdaftar sebagai Kontraktor Kerja atau Kontraktor Elektrik bersama Pusat Khidmat Kontraktor adalah dikehendaki terlebih dahulu diperbadankan atau didaftarkan di negara ini dengan salah satu daripada Jabatan berikut :-
    • Pendaftaran Syarikat
    • Pendaftaran Perniagaan
    • Jabatan Pembangunan Koperasi
    • Lembaga Pertubuhan Peladang
      Kedudukan Kewangan SyarikatSesebuah syarikat hendaklah memiliki modal minima seperti berikut untuk layak dipertimbangkan bagi kelas yang dipohon :
      Pendaftaran Kontraktor Kerja Awam pkk11
      Pendaftaran Kontraktor Kerja Elektrik

    pkk2
      EkuitiHanya syarikat, perniagaan, koperasi atau pertubuhan yang mempunyai 100% Ekuiti Tambahan (ekuiti dipegang oleh warganegara Malaysia) yang boleh dipertimbangkan untuk pendaftaran bagi semua kelas, kepala dan sub kepala pendaftaran.
      Syarikat, perniagaan, koperasi atau pertubuhan yang mempunyai Ekuiti Asing (bukan warganegara Malaysia) masih boleh dipertimbangkan untuk pendaftaran tertakluk kepada syarat-syarat berikut :-
      • Maksima Ekuiti Asing dihadkan kepada daripada 30% modal berbayar syarikat.
      • Dimana wujud Ekuiti Asing maka mestilah juga ada ekuiti Bumiputera yang tidak kurang daripada 30% dari modal berbayar syarikat.
      • Pemberian kepala dan sub-kepala I, II, IV adalah tertakluk kepada Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 15 Tahun 1986 bertarikh 25 Julai 1986 dan Pindaan bertarikh 6 Januari 1987. Syarat ini hendaklah dilekatkan sebagai syarat khas pada sijil pendaftaran syarikat berkenaan.
      • Warganegara asing yang bekerja dengan sesebuah syarikat hendaklah memperolehi permit kerja (work permit) daripada Jabatan Buruh Malaysia atau Jabatan Imigresen Malaysia, dimana berkenaan.
      Penglibatan Lebih Daripada Satu SyarikatPermohonan tidak boleh diberi pertimbangan atau bagi syarikat yang sedang berdaftar pendaftarannya akan dibatalkan sekiranya :-
      • Ahli Lembaga Pengarah atau Pemilik Saham memiliki saham melebihi 5% atau RM50,000
      (yang mana terkurang) di dalam mana-mana syarikat yang telah berdaftar dengan PKK di dalam
      bidang kerja atau kepala kerja yang sama.
      • Ahli Pengurusan Syarikat atau kakitangan yang berkelulusan Teknikal terlibat secara aktif di dalam mana syarikat yang berdaftar dengan PKK di bawah bidang kerja atau kepala kerja yang sama.
      • Perniagaan perseorangan yang berdaftar dalam kelas pendaftaran yang rendah menubuhkan perniagaan perkongsian atau Syarikat Sendirian Berhad/Berhad dan didaftarkan dalam kelas yang lebih tinggi maka pendaftaran perniagaan perseorangan di kelas rendah akan dibatalkan bagi kepala kerja yang sama yang telah diluluskan untuk syarikat perkongsian atau Sendirian Berhad/Berhad.
      Syarat Am Pendaftaran• Kelulusan pendaftaran diberi berdasarkan maklumat-maklumat yang telah disampaikan oleh syarikat.
      • Sebarang rayuan terhadap keputusan permohonan (lulus/tolak) hendaklah dikemukakan kepada Pengarah PKK dalam tempoh masa 3 bulan dari tarikh surat tawaran pendaftaran atau penolakan pendaftaran. Rayuan yang diterima selepas tempoh masa ini tidak akan diberi pertimbangan.
      • Sebarang perubahan ke atas maklumat-maklumat hendaklah dimaklumkan kepada PKK dalam masa 21 hari dari tarikh perubahan tersebut berlaku.
      • PKK berhak membatalkan atau menggantung pendaftaran syarikat tanpa apa-apa notis jika didapati syarikat gagal mengemukakan maklumat yang dikehendaki.
      • Naskah asal Sijil Pendaftaran hendaklah ditunjukkan semasa dokumen tender atau sebutharga.
      • Pendaftaran diluluskan untuk tempoh 2 tahun sahaja.
      • Syarikat hendaklah mengemukakan permohonan pembaharuan pendaftaran tiga (3) bulan sebelum tarikh luput pendaftaran.
      • Permohonan pembaharuan pendaftaran yang diterima selepas tarikh luput pendaftaran dianggap sebagai permohonan baru dan dikenakan semula fee proses dan fee pendaftaran sepenuhnya.
      • Bagi pendaftaran kontraktor kerja Kelas B dan ke atas, syarikat perlu ada pegawai Teknikal kecuali untuk kepala dan sub-kepala am sahaja.
      • Bagi pendaftaran kontraktor Elektrik Kelas I syarikat perlu ada seorang Jurutera Elektrik dan Sijil Kontraktor Pendawai Kelas A dengan Jabatan Jemaah Pemeriksa Elektrik.
      • Pendaftaran untuk kelas F adalah khas untuk syarikat/perniagaan 100% Bumiputera.
      Kawasan OperasiDiseluruh Negara
      • Kelas A, B dan C
      • Kelas D dan E bertaraf Bumiputera
      • Kelas F
      • Kelas I, II, III dan IV
      • Kelas V dan VI bertaraf Bumiputera
      Di dalam Negeri Pendaftaran Sahaja• Kelas D dan E
      • Kelas V dan VI
      Di dalam kawasan pentadbiran daerah atau kawasan Wilayah Persekutuan yang didaftarkan.• Kelas F sahaja untuk kerja-kerja undi sebutharga dan ‘Requisition’
      Pegawai SyarikatPegawai syarikat yang dinyatakan dalam sijil pendaftaran adalah wakil yang ditauliahkan untuk menandatangani semua dokumen-dokumen kontrak syarikat dan mengambil atau memberi kuasa secara bertulis kepada kakitangan syarikat mengambil borang tender.
      Syarat-syarat Pendaftaran Syarikat Koperasi Pembangunan Daerah / Negeri dan Pertubuhan Peladang Kawasan/NegeriSyarikat-syarikat Koperasi atau Pertubuhan Peladang perlu memenuhi syarat-syarat berikut untuk didaftarkan di PKK :-
      • Sebuah sahaja Koperasi Pembangunan dan satu sahaja Persatuan Pertubuhan Peladang didaftarkan di peringkat nasional yang kawasan operasinya meliputi seluruh Semenanjung Malaysia.
      • Sebuah sahaja Koperasi Pembangunan Negeri dan satu sahaja Persatuan Pertubuhan Peladang Negeri didaftarkan di peringkat Negeri yang kawasan operasinya dihadkan meliputi Negeri itu sahaja.
      • Bilangan Pertubuhan Peladang Kawasan yang boleh berdaftar sebagai kontraktor bagi satu-satu daerah adalah tidak dihadkan dan kawasan operasinya adalah di daerah itu sahaja. Bagi Koperasi Pembangunan Daerah, hanya satu sahaja Koperasi Pembangunan Daerah didaftarkan bagi sesuatu daerah dan kawasan operasinya adalah dihadkan dalam daerah di mana ia berdaftar.
      Koperasi Pembangunan Daerah / Negeri / Negara• Bidang kerja Kejuruteraan Awam dan Kejuruteraan Specialis
      (General and Specialist Civil Engineering Works);
      • Bidang kerja Pembinaan Bangunan (Building Works); dan
      • Bidang kerja Kejuruteraan Mekanikal, Pembersihan dan Air
      (Mechanical, Sanitary and Water Engineering Works).
      Persatuan Pertubuhan Peladang Daerah / Negeri / Negara• Bidang kerja Kejuruteraan Awam yang berkaitan dengan aktiviti am Persatuan
      (General Civil Engineering Work Connected with Association’s General Activities); dan
      • Bidang kerja Pembangunan Tanah, Pertanian dan Perhutanan
      (Forest and Land Development Works).
      • Kelas pendaftaran yang diluluskan adalah berasaskan kepada sistem markah; secara amnya
      peringkat kelas untuk Pertubuhan Peladang Kawasan tidak lebih tinggi dari peringkat kelas untuk Koperasi Pembangunan Negeri.
      • Koperasi/Persatuan/Pertubuhan atau yang serupa hendaklah ditaja oleh Kementerian Pertanian, Kementerian Pembangunan Luar Bandar atau Jabatan Pembangunan Koperasi.
      • Mana-mana Koperasi/Persatuan/Pertubuhan atau Koperasi yang serupa yang telah didaftarkan sebagai kontraktor kerja sebelum ini akan dikaji semula dan dirujuk kepada Kementerian dan Jabatan Pembangunan Koperasi untuk menentukan sokongan mereka.
      • Permohonan-permohonan pendaftaran sebagai kontraktor kerja daripada lain-lain Koperasi atau Pertubuhan iaitu seperti Koperasi Nelayan perlu dirujuk ke Ibu Pejabat PKK untuk keputusan dasar dan Jabatan Pembangunan Koperasi Negara.
      Cara-cara Permohonan Bagi Koperasi dan Persatuan Yang Tidak DitajaBagi permohonan pendaftaran ialah Koperasi atau Persatuan Pertubuhan Peladang yang tidak dibuat melalui Lembaga Pertubuhan Peladang, Kementerian Pertanian, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Jabatan Pembangunan Koperasi yang berkenaan, garis panduan dibawah ini hendaklah dipatuhi :-
      • Semua permohonan pendaftaran sebagai kontraktor kerja daripada Koperasi Pembangunan Daerah/Negeri – hendaklah dikemukakan kepada PKK melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (Bahagian Pengawalan dan Penyelarasan Agensi) yang beralamat di Tingkat 1, Bangunan Bank Rakyat, Jalan Tangsi, 59480 Kuala Lumpur).
      • Semua permohonan pendaftaran selaku kontraktor kerja daripada Pertubuhan Peladang Daerah/Negeri hendaklah dikemukakan kepada PKK melalui Lembaga Pertubuhan Peladang, (Bahagian Pembangunan) beralamat di Wisma Peladang, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.
      • Kedua-dua agensi Kerajaan yang disebutkan tadi akan memberikan pandangan, ulasan dan sokongan mereka, di mana berkenaan, bagi setiap permohonan.
      • Semua permohonan pendaftaran sebagai kontraktor kerja yang telah atau akan diterima oleh PKK tanpa melalui Agensi Kerajaan yang disebutkan di atas perlu merujuk kepada agensi-agensi yang berkenaan untuk mendapatkan pandangan, ulasan dan sokongan mereka.
      Kelas dan Fee Bagi Kontraktor Kerja Awampkk33
      Had Kewangan (Kos Kerja) Bagi Kontraktor Kerja Awam(Pindaan mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 14 Tahun 2002)
      pkk4
      Kelas dan Fee Bagi Kontraktor Elektrikpkk5
      Had Kewangan (Kos Kerja) Bagi Kontraktor Elektrikpkk6
      Lain-Lain FeeLain-lain bayaran yang dikenakan ialah untuk urusan berikut :-
      Tambahan Kepala dan Sub Kepala
      - RM 30.00 bagi tiap-tiap tambahan tanpa mengikut kelas
      Kenaikan Kelas Pendaftaran- Perbezaan antara fee pendaftaran kelas baru dan kelas dahulu.
      * Semua bayaran hendaklah dibuat atas nama Pengarah PKK dengan berpalang melalui salah satu dari empat cara di bawah :-
      • Bank Deraf
      • Kiriman Wang Pos
      • Perintah Juruwang
      • Wang Pos
      * Satu resit rasmi akan dikeluarkan oleh PKK , kepada syarikat sebaik sahaja pembayaran diterima.
      Bidang KerjaKepala dan Sub-Kepala Untuk Pendaftaran Kontraktor Kerja Awam
    pkk7
      Kepala dan Sub-Kepala Untuk Pendaftaran Kontraktor Elektrikpkk8


  • KEPALA DAN SUB KEPALA UNTUK

    PENDAFTARAN KONTRAKTOR KERJA AWAM

    DENGAN PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR



    KEPALA I


    KERJA-KERJA KEJURUTERAAN AWAM

    Sub-Kepala 1
    Kerja-kerja Am Kejuruteraan Awam

    Sub-Kepala 2
    Jambatan, Jeti dan Struktur Kerja Laut

    Sub-Kepala 3
    (a)        Struktur Penahan Air
    (b)        Empangan

    Sub-Kepala 4
    Pengorekan

    Sub-Kepala 5
    Sistem Pembentungan

    Sub-Kepala 6
    (a)        Penerowongan
    (b)        Dinding Gegendang dan  Tambatan pada Tanah

    Sub-Kepala 7
    Kerja-kerja Pengairan, Penyaliran Kawasan Banjir Dan Kerja-kerja Hidrokuasa
    (a)        Struktur Hidraulik
    (b)        Kerja-kerja Tanah
    (c)        Konduit Kuasa
    (d)        Rumah Kuasa

    Sub-Kepala 8
    Kerja-kerja Landasan Keretapi

    Sub-Kepala 9
    Penanaman Sesalur dan Pembinaan Peti Penyambung dan/atau Lurang Untuk Rangkaian Kabel Telefon


    KEPALA II


    KERJA-KERJA BANGUNAN

    Sub-Kepala 1
    Kerja-kerja Pembinaan Tidak Termasuk Struktur Rangka Konkrit Bertetulang

    Sub-Kepala 2
    (a)        Bangunan Rangka Konkrit Bertetulang Yang Tidak Melebihi (4) Tingkat
    (b)        Bangunan Rangka Konkrit Bertetulang Yang Melebihi Empat (4) Tingkat
     
    Sub-Kepala 3
    Bangunan Kayu Pasang Siap

    Sub-Kepala 4
    Bangunan Konkrit Pasang Siap

    Sub-Kepala 5
    Bangunan Rangka Keluli

    Sub-Kepala 6
    Kerja-kerja Bumbung Berpaten

    Sub-Kepala 7
    (a)        Lantai Paket dan Blok Kayu
    (b)        Kemasan Lantai dan Dinding yang lain
    (c)        Perabot Bina Dalam
    (d)        Pemasangan Tangga

    Sub-Kepala 8
    Kerja-kerja Penyelenggaraan
    (a)        Penyelenggaraan Sistem Kebersihan
    (b)        Pengecatan Semula dan Pembaikan Am Bangunan

    Sub-Kepala 9
    Pelbagai (Nyatakan)



    KEPALA III


    KERJA-KERJA KEJURUTERAAN MEKANIKAL PEMBERSIHAN DAN AIR (SEMUA SUB-KEPALA TERMASUK BEKALAN PERALATAN)

    Sub-Kepala 1
    (a)        Sistem Penyaman Udara dan Pengalihudara
    (b)        Bilik Sejuk

    Sub-Kepala 2
    Lif dan Eskalator

    Sub-Kepala 3
    Pemasangan Paip dan Alat-alat Kebersihan

    Sub-Kepala 4
    Pemasangan Alat Pengepaman

    Sub-kepala 5
    Pemasangan Loji Pembersihan Kumbahan

    Sub-Kepala 6
    Pemasangan Loji Pembersihan Air

    Sub-Kepala 7
    Pemasangan Kelengkapan Memasak dan Dapur

    Sub-Kepala 8
    Pemasangan Kelengkapan Dobi

    Sub-Kepala 9
    Pemasangan Loji Dandang dan Kebuk Tekanan Tak Berapi


    Sub-Kepala 10
    Pemasangan Sistem Mencegah Kebakaran

    Sub-Kepala 11
    Pemasangan Sistem Penyampai

    Sub-Kepala 12
    (a)        Kren Bagan
    (b)        Kren Workshop
    (c)        Unit Pengangkat Untuk Penyelenggaraan Bangunan

    Sub-Kepala 13
    (a)        Pemasangan Loji Penghancuran dan Penapisan
    (b)        Pemasangan Loji Mencampur Asfalt

    Sub-Kepala 14
    Pemasangan Sistem Kawalan Pencemaran

    Sub-Kepala 15
    Pemasangan Kelengkapan Jentera Kilang Minyak dan Getah

    Sub-Kepala 16
    (a)        Pembaikan dan Pemulihan Gerabak Keretapi Penumpang dan Gerabak Keretapi Barang
    (b)        Kerja-kerja Kimpalan Landasan Keretapi

    Sub-Kepala 17
    Pelbagai
    (a)        Pemasangan Sistem Pemampatan Udara
    (b)        Pemasangan Sistem Air Panas
    (c)        Pemasangan Sistem Gas Petrolium Cecair (LPG)
    (d)        Pemasangan Pensteril dan Autoklaf
    (e)        Pemasangan Gas Perubatan
    (f)         Pemasangan Alat Bakar Sampah
    (g)        Pemasangan Sistem Automatik untuk Bangunan
    (h)        Pemasangan Rak Bergerak
    (i)         Pemasangan Kelengkapan Makmal
    (j)         Pemasangan Peralatan Kolam Renang
    (k)        Pemasangan Alat Angkat Pintu Hidraulik
    (l)         Pemasangan dan  Pembaikan Loji Jentera dan Kelengkapan



    KEPALA IV

    LAIN-LAIN KERJA PAKAR KEJURUTERAAN AWAM

    Sub-Kepala 1
    Kerja-kerja Tanah

    Sub-Kepala 2
    Kerja-kerja Cerucuk
    (a)        Konkrit Di Situ
    (b)        Konkrit Bertetulang Tuang Dahulu
    (c)        Konkrit Prategasan atau Pascategasan
    (d)        Keluli                                                                                     
    (e)        Kayu    
    (f)         Sistem Berpaten


    Sub-Kepala 3
    (a)        Kerja-kerja Penyalutan Berasfalt
    (b)        Kerja-kerja Permukaan Jalan Bitumen
    (c)        Kerja-kerja Membuat Isyarat dan Mengecat Jalan
    (d)        Kerja-kerja Membuat Pengadang Susur, Sawar, Penanda Batu dan kerja yang lain untuk jalan

    Sub-Kepala 4
    (a)        Kerja-kerja Keluli
    (b)        Kerja-kerja Keluli Berpaten dan Pasangsiap

    Sub-Kepala 5
    Penyaliran Bawah Tanah

    Sub-Kepala 6
    (a)        Pemasangan Sesalur Air
    (b)        Pemasangan Sesalur Minyak dan Gas

    Sub-Kepala 7
    (a)        Pengerudian untuk air bawah tanah
    (b)        Kerja-kerja penyelidikan tanah
    (c)        Kerja-kerja kajian Geofizik

    Sub-Kepala 8
    Konkrit Bertetulang atau Tanpa Tetulang Tuang dahulu untuk Rusuk, Berbendul Jalan Pembetung dan Saliran

    Sub-Kepala 9
    Pembinaan Konkrit Prategasan atau Pascategangan

    Sub-Kepala 10
    Pelbagai
    (a)        Kerja-kerja Penurapan Tekanan
    (b)        Guniting
    (c)        Kerja-kerja Ujian yang tidak memberikan kesan pada anggota konkrit
    (d)        Kerja-kerja Sokong Bawah
    (e)        Kerja-kerja Serombong Stesen Kuasa



    KEPALA V

    KERJA-KERJA KUARI, MEMBEKAL LOGAM DAN TANAH, KERJA-KERJA ANGKUT DAN PENGANGKUTAN

    Sub-Kepala 1
    Kerja-kerja Memecah Batu dan Membekal Logam

    Sub-Kepala 2
    Kerja-kerja Menggerudi dan Meletupkan Batu Kuari

    Sub-Kepala 3
    Kerja-kerja Membekal Tanah

    Sub-Kepala 4
    Kerja-kerja Angkut dan Pengangkutan






    KEPALA VI

    PEMBANGUNAN HUTAN DAN TANAH

    Sub-Kepala 1
    Penyediaan dan Penyelenggaraan Tapak Semaian

    Sub-Kepala 2
    Kerja-kerja Pembersihan Hutan dan Penyediaan Tanah

    Sub-Kepala 3
    (a)        Kerja-kerja Penanaman dan Penyelenggaraan Pokok
    (b)        Kerja-kerja Penanaman Semula dan penyelenggaraan Pokok

    Sub-Kepala 4
    Kerja-kerja Memungut dan Mengangkut Hasil Tanaman

    Sub-Kepala 5
    Kerja-kerja Pemulihan Hutan

    Sub-kepala 6
    (a)        Kerja-kerja Seni Taman
    (b)        Kerja-kerja Penanaman Benih Berair

    Sub-Kepala 7
    Jalan Hutan

    Sub-Kepala 8
    Kerja-kerja Am Pertanian

    Sub-Kepala 9
    Pelbagai (Nyatakan)



    KEPALA VIII

    KERJA-KERJA TELEKOMUNIKASI

    Sub-Kepala 1
    (a)        Penanaman, Penyambungan dan Pengujian Rangkaian kabel Agihan
    (b)        Penanaman, Penyambungan dan Pengujian Rangkaian Kabel Utama
    (c)        Penanaman, Penyambungan dan Pengujian Rangkaian Kabel Simpang

    Sub-Kepala 2
     (a)       Pemasangan Penaik Kabel Rangka Agihan Utama Peti Agihan Salur Bawah Lantai dan Kabel Telefon dalam Bangunan
     (b)       Pemasangan Sepasang Kabel Telefon dalam Bangunan

    Sub-Kepala 3
    Sistem Semboyan dan Perhubungan Keretapi
     (a)       Pemasangan Sistem Semboyan yang mengandungi Geganti Berkaitpanca dan Geganti Bongkah Automatik
     (b)       Pemasangan Sistem Perhubungan untuk Kawalan Pusat dan Laluan Tepi Stesen
     (c)       Pemasangan Sawar Elektrik Lengkap dengan Isyarat/Susur dan Penggera Lebuhraya          





    Appendix B


    TERJEMAHAN DALAM BAHASA INGGERIS
    HEAD AND SUB-HEAD FOR REGISTRATION OF
    CONTRACTOR FOR WORKS


    HEAD I

    CIVIL ENGINEERING WORKS

    Sub-Head 1
    General Civil Engineering Works

    Sub-Head 2
    Bridges, Jetties & Marine Structures

    Sub-Head 3
    (a)        Water Retaining Structures
    (b)        Dams

    Sub-Head 4
    Dredging

    Sub-Head 5
    Sewerage Systems

    Sub-Head 6
    (a)        Tunneling
    (b)        Diaphragam Wall & Ground Anchors

    Sub-Head 7
    Irrigation, drainage and Flood Control Works
    (a)        Hydraulic Structures
    (b)        Earthworks
    (c)        Power Conduits
    (d)        Power Houses

    Sub-Head 8
    Railway Track Works

    Sub-Head 9
    Laying Duct and Contruction of Joint Boxes and/or Manholes For Telephone Cable Network



    HEAD II

    BUILDING WORKS

    Sub-Head 1
    Building Works Excluding Reinforced Concrete Frame Structures

    Sub-Head 2
    (a)        Reinforced Concrete Framed Building Not Exceeding Four Storeys In Heights
    (b)        Reinforced Concrete Framed Buildings Exceeding Four Storeys In Height


    Sub-Head 3
    Prefabricated Timber Buildings

    Sub-Head 4
    Prefabricated Concrete Buildings

    Sub-Head 5
    Steel Framed Building

    Sub-Head 6
    Patent Roofing

    Sub-Head 7
    (a)        Parquet and Wood Block Flooring
    (b)        Other Floor and Wall Finished
    (c)        Built-In-Furniture
    (d)        Joinery Fittings

    Sub-Head 8
    Maintenance Works
    (a)        Maintenance of Sanitary Systems
    (b)        Repainting and General Repairs of Buildings

    Sub-Head 9
    Miscellaneous


    HEAD III

    MECHANICAL SANITARY AND WATER ENGINEERING WORKS (ALL SUB-HEAD INCLUDE THE SUPPLY
    OF EQUIPMENT)

    Sub-Head 1
    (a)        Air Conditioning Ventilation Systems
    (b)        Cold Room

    Sub-Head 2
    Lifts and Escalators

    Sub-Head 3
    Plumbing and Sanitary Installations

    Sub-Head 4
    Pumping Installations

    Sub-Head 5
    Sewege Treatment Plant Installations

    Sub-Head 6
    Water Treatment Plant Installations

    Sub-Head 7
    Cooking and Kitchen Equipment

    Sub-Head 8
    Laundry Equipment


    Sub-Head 9
    Boiler Plant and Unfired Preesure Vessels

    Sub-Head 10
    Fire Protection Systems

    Sub-Head 11
    Conveyor Systems

    Sub-Head 12
    (a)        Quay Cranes
    (b)        Workshop Cranes
    (c)        Hoist Units

    Sub-Head 13
    (a)        Crushing and Screening Plants
    (b)        Asphalt Mixing Plants

    Sub-Head 14
    Pollution Control Systems

    Sub-Head 15
    Oil/Rubber Mill Mechanical Equipment

    Sub-Head 16
    (a)        Repairs and Rehabilitation of Railway Coaches & Wagon
    (b)        Welding of Rails

    Sub-Head 17
    Miscellaneous
    (a)        Compressed Air Systems
    (b)        Hot Water Installations
    (c)        LPG Installations
    (d)        Sterilizer and Autoclave Installations
    (e)        Medical Gas Installations
    (f)         Incinerators
    (g)        Building Automation Systems
    (h)        Mobile Shelves
    (i)         Laboratory Equipment
    (j)         Swimming Pool Installations
    (k)        Lifting Gear For Hydraulic Gates
    (l)         Installations and Repairs of Mechanical Plants Equipment


    HEAD IV

    OTHER SPECIALIST CIVIL ENGINEERING WORKS

    Sub-Head 1
    Earthworks

    Sub-Head 2
    Piling Works
    (a)        In-Situ Concrete
    (b)        Precast, Reinforced Concrete
    (c)        Prestessed or Post-Tensioned Concrete
    (d)        Steel
    (e)        Timber
    (f)         Patented Systems

    Sub-Head 3
    (a)        Asphaltic Coatings
    (b)        Bituminous Road Surfacing
    (c)        Road Signs and Roads Paintings
    (d)        Guard Rails Barriers, Milestones, etc. for Roads

    Sub-Head 4
    (a)        Steelwork
    (b)        Steel Work patented and Prefabricated

    Sub-Head 5
    Sub-Soil Drainage

    Sub-Head 6
    (a)        Water Mains
    (b)        Oil and Gas Mains

    Sub-Head 7
    (a)        Drilling For Underground Water
    (b)        Soil Investigations
    (c)        Geophysical Survey

    Sub-Head 8
    Precast Rainforced or non-reinforced Concrete Beams, Kerbs, Culverts and Drains

    Sub-Head 9
    Prestressed or Post-Tensioned Concrete Construction

    Sub-Head 10
    Miscellaneous-
    (a)        Pressure Grouting
    (b)        Guniting
    (c)        Non-Destructive test of concrete Members
    (d)        Underpinning
    (e)        Power Station Chimney



    HEAD V

    QUARRYING METAL AND EARTH SUPPLY, CARTAGE AND TRANSPORT

    Sub-Head 1
    Quarrying and Metal Supply

    Sub-Head 2
    Quarry Drilling and Blasting

    Sub-Head 3
    Earth Supply

    Sub-Head 4
    Cartage and Transport






    HEAD VI

    FOREST AND LAND DEVELOPMENT

    Sub-Head 1
    Establishment and Maintenance of Nursery Works

    Sub-Head 2
    Jungle Clearing and Land Preparations

    Sub-Head 3
    (a)        Planting and Maintenance
    (b)        Replanting and Maintenance

    Sub-Head 4
    Harvesting and Transport

    Sub-Head 5
    Forest Regeneration Works

    Sub-Head 6
    (a)        Landscaping
    (b)        Hydro Seeding

    Sub-Head 7
    Forest Roads

    Sub-Head 8
    General Agricultural Works

    Sub-Head 9
    Miscellaneous



    HEAD VIII

    TELECOMMUNICATION WORKS

    Sub-Head 1
     (a)       Laying, Jointing and Testing or Distribution Cable Network
     (b)       Laying, Jointing and Testing or Mains Cable Network
     (c)       Laying, Jointing and Testing of Junction Cable Network

    Sub-Head 2
     (a)       Installation of main Distribution Frame Cable Risers under floor Duct distribution Boxes and Telephone cable in the buildings
     (b)       Installations of one pair Telephone Cable within Sub-Scribers Premises

    Sub-Head 3
    Railway signaling and Communication Systems
     (a)       Installations of Signalling Systems Consisting of Relay Interlocking and Relay Automatic Blocks
     (b)       Installation of Communication Systems for Central Control and Wayside Stations
     (c)       Installation of Electrical Barriers Complete with Highway/Rail Signals and Alarm



    usahawantani.com

    13 comments:

    cara menggugurkan kandungan June 6, 2017 at 10:21 PM  

    This blog is so nice to me. I will continue to come here again and again. Visit my link as well. Good luck
    http://www.jualobataborsiherbal.com/ obat aborsi
    http://www.jualobataborsiherbal.com/cara-menggugurkan-kandungan/ cara menggugurkan kandungan
    http://jualobatpenggugurkandungan.net/ obat penggugur kandungan
    http://tandatandakehamilan.net/ tanda tanda kehamilan
    http://tandatandakehamilan.net/cara-cepat-dan-selamat-menggugurkan-kandungan/ cara menggugurkan kandungan
    http://obataborsi59.com/ obat aborsi
    http://obataborsi59.com/cara-menggugurkan-kandungan-dengan-cepat-dan-aman/ cara menggugurkan kandungan
    http://obattelatdatangbulan.info/ obat telat datang bulan
    http://klinikobataborsi.com/ jual obat aborsi
    http://jualobatpenggugurkandungan.net/ cara menggugurkan kandungan

    Daftar Ahli Usahawantani

    Followers

    There was an error in this gadget

    IKLAN 1

    Ruang iklan untuk disewa

    IKLAN 2

    Ruang Iklan untuk disewa
    PELUANG KERJASAMA

    Pihak Portal Usahawantani.com dan Akademi Usahawantani sedang dalam proses menyemak dan menilai kembali kursus-kursus UsahawanTani yang dianjurkan oleh pihak kami . Kami menjemput semua pengusaha-pengusaha yang berpengalaman ATAU baru dalam mengendalikan kursus-kursus usahawantani untuk berkerjasama atau menjadi panel kami . Sila hantarkan proposal anda kepada Pengurus Akademi UsahawanTani di email akademi@usahawantani.com . Maklumat yang mesti ada dalam proposal anda ialah :
    1. Nama Anda / Syarikat
    2. Alamat
    3. Bidang UsahaTani
    4. Kandungan Kursus
    5. Bilangan Hari
    6. Kos Kursus
    7. Lokasi Kursus
    8. Pengalaman
    9. Cadangan kaedah kerjasama (option)


    Daftar Ahli Usahawantani

    Borang Pendaftaran

    Nama
    Email
    No Handphone (e.g 019-1234567)
    Lokasi (e.g Bandar/Negeri)
    Image Verification
    captcha
    Please enter the text from the image:
    [ Refresh Image ]


    Nota : Selepas menekan butang 'Daftar' sila lihat email anda untuk kepastian bahawa pendaftaran anda telah diterima oleh pihak kami.

      © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

    Back to TOP