ADAB BERHUTANG CARA ISLAM
Hutang-piutnag merupakan keperluan hidup manusia kerana tidak semua orang mempunyai kemampuan memenuhi keperluan hidupnya. Oleh sebab itu, Islam mengambil berat akan hal ini dan mengaturkan agar akad yang berlaku dapat dipantau dari segi syariah. Islam mengatur kehidupan manusia termasuk dalam hal hutang-piutang, dan ekonomi secara amnya.
Berikut adalah perbahasan mengenai hutang oleh Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid
Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, KL.
Tafsir Quran: Surah Al-Baqarah, ayat 282:
Ayat ini merupakan yang terpanjang dalam Al-Quran, yang terkandung di dalam surah terpanjang juga iaitu surah Al-Baqarah. Ayat ini berkaitan hutang.
Ada beberapa istilah yang digunapakai berkaitan hutang di dalam Al-Quran. Dalam surah Al-Hadid, ayat 11, Allah berfirman:
Hutangan (Pinjaman) yang baik dalam ayat ini bermaksud hutang daripada harta yang halal, hutang yang tidak membebankan orang yang berhutang, tiada unsur riba dan hutang yang tidak merugikan pemiutang. Allah akan melipatgandakan ganjaran yang banyak kepada orang itu. Dalam erti kata lain - orang-orang yang membelanjakan harta pada jalan Allah, baik dalam bentuk infak, memberi kepada pusat-pusat kebajikan, membantu orang yang memerlukan, memberi untuk jihad fi sabilillah, semuanya itu merupakan bahagian daripada hutangan yang baik kepada Allah. Walaupun, secara zahirnya kebaikannya diperoleh oleh manusia, namun ianya sebenarnya seakan-akan dia memberi hutang kepada Allah. Allah akan membalas dengan ganjaran yang besar.
Sepertimana perbuatan sedekah yang dikira sebagai hutang kepada Allah akan dibalas dengan ganjaran yang banyak, orang yang bersedia memberi hutang kepada orang lain juga akan mendapat ganjaran yang besar disisi Allah Ta’ala. Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Tiada ada seorang hamba yang menghutangi kepada orang lain 2 kali melainkan ganjarannya lebih daripada sedekahnya”.
Hutang menjadi lebih besar ganjarannya kerana beberapa sebab:
Jika orang bersedekah, kebiasannya akan mengikut keikhlasan orang yang memberi dan jumlahnya kecil berbanding harta yang dimiliki pemberi sedekah. Tetapi dalam berhutang, orang biasanya memerlukan jumlah yang besar yang tidak dapat ditampung melalui pemberian sedekah. Contohnya mungkin seseorang memerlukan modal atau wang untuk nafkah keluargnya. Oleh kerana jumlah hutang biasanya besar, ianya menjadi cabaran kepada pemiutang untuk mengeluarkan hartanya kerana sifat semulajadi manusia memang sayang kepada hartanya. Semakin berat cabaran untuk melakukan sesuatu kebajikan, maka semakin besarlah ganjaran yang diberi Allah. Oleh sebab itulah, ganjaran memberi hutang lebih besar daripada sedekah.
Ketika Israk Mikraj – Nabi SAW masuk ke dalam syurga dan melihat ganjaran orang yang bersedekah ialah 10 kali ganda, sedangkan orang yang berhutang mendapat 18 kali ganda. Nabi SAW lalu bertanya kepada Jibril, “Ya Jibril, kenapa ganjaran orang yang menghutangi lebih besar?” Kata Jibril, “Orang yang meminta sedekah itu terkadang dia mempunyai sesuatu tetapi orang yang ingin berhutang biasanya kerana dia tidak mempunyai apa-apa.” Ertinya orang yang berhutang biasanya dalam keadaan darurat dan betul-betul sempit, oleh sebab itulah apabila dipenuhi hajatnya, Allah akan memberi ganjaran yang lebih besar berbanding perbuatan sedekah.
Orang yang meminta tidak berniat untuk memulangkan, sebaliknya orang yang berhutang adalah lebih mulia kerana mereka tidak membebankan orang untuk memberi melainkan akan dikembalikan semula haknya setelah satu tempoh yang dipersetujui. Di antara fadhilat orang yang memenuhi hajat orang lain ialah Allah akan menunaikan hajatnya juga. “Barangsiapa yang selalu meringankan (memenuhi) hajat saudaranya, maka Allah akan menunaikan hajat dan keperluannya pula”.
Perbahasan ayat 282:
Wahai orang-orang yang beriman!
Ayat ini merupakan seruan yang membawa perintah yang hukumnya sama ada sunat atau wajib.
Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang-piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu...
Hutang-piutang boleh berbentuk duit atau dalam bentuk jual/beli barang yang tertangguh bayarannya atau serahan barangnya. Contohnya, perniagaan yang melibatkan barang yang belum cukup sifatnya seperti rumah yang belum siap dibina, atau petani yang memohon pinjaman untuk mengusahakan ladangnya yang bakal berbuah.
... maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu...
ini merupakan ayat bentuk perintah sama ada wajib atau sunnah. Segelintir ulama mengatakan hukumnya wajib untuk menulis hutang, namun majoriti ulama mengatakan hukumnya sunat untuk ditulis hutang. Jika ditulis, manfaat surat hutang itu dapat kepada siapa? Adakah kepada pemiutang sebagai bukti untuk menuntut hutang? SALAH. Sebenarnya tulisan itu adalah sebagai perlindungan kepada orang yang berhutang keseluruhannya. Tanpa catitan, berkemungkinan besar orang berhutang lari daripada tanggungjawabnya membayar hutang. Dengan itu, orang lain yang ingin berhutang atau sedang menunggu untuk berhutang akan dinafikan haknya oleh orang yang kaya. Seterusnya terdapat kelebihannya kepada kedua-dua pihak juga iaitu apabila salah seorang meninggal dunia. Dengan adanya catitan hutang, maka waris boleh menuntut hutang atau membayar hutang agar si mati tidak terseksa kerana dosa hutang yang belum berbayar.
... dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar)...
Siapa yang layak menulis hutang? Penulis mestilah bukan daripada orang yang berhutang ataupun orang yang memberi hutang. Penulis mesti menulis dengan adil yang bermaksud menulis jumlah yang dihutangi dan tempoh bayaran dengan jelas dan benar.
... dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya.
Kenapa dikatakan “jangan enggan”? Kerana pada zaman Rasulullah SAW, tidak ramai orang yang pandai menulis. Manfaat ilmu yang dikurniakan Allah itu bukan sekadar untuk diri sendiri tetapi perlu juga digunakan untuk membantu orang lain.
Oleh itu, hendaklah dia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas) dan hendaklah dia bertakwa kepada Allah Tuhannya dan janganlah dia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu.
Siapakah yang sewajarnya mengarang isi surat hutang? Pemiutang atau orang berhutang? Di dalam ayat ini Allah nyatakan bahawa isi surat hutang haruslah mengikut kata orang yang berhutang. Apakah kelebihannya? Jika mengikut bahasa pemiutang sudah tentulah pemiutang mahu tempoh bayaran disegerakan dan dalam keadaan terdesak, orang berhutang mungkin terpaksa akur dengan permintaan tersebut walaupun dirinya terbeban. Oleh sebab itulah, Allah nyatakan di sini dengan begitu terperinci sekali bahawa orang yang berhutanglah yang perlu mengarang isi surat itu.
Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau dia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil (benar)...
Kadang-kadang orang yang berhutang itu adalah orang yang tidak memenuhi syarat seperti orang ‘sabian’ – orang yang tak pandai menguruskan duit, kanak-kanak atau orang tua yang dikhuatiri tidak dapat membayar semula, maka walinya perlu menjadi pengarang surat hutang tersebut. Begitulah terperincinya Islam mengatur perkara berkaitan hutang-piutang.
... dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi dan janganlah saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, samada kecil atau besar jumlahnya.
Setelah ada seorang penulis, Allah minta dibawa 2 orang saksi. Mengapa Allah minta tambahan saksi sedangkan sudah ada tulisan? Tujuannya adalah untuk menguatkan hujah jika berlaku penipuan dalam kalangan saksi ataupun tulisan. Ciri-ciri saksi yang diterima adalah:
- Islam
- Merdeka, tidak hamba
- Berakal, tidak gila
- Baligh
- Adil – bermaksud tidak banyak melakukan dosa kecil secara berterusan dan meninggalkan dosa besar
Saksi tidak boleh orang sembarangan sahaja. Saksi mesti mempunyai agama dan akhlak yang bagus. Saksi juga tidak boleh seorang yang ada masalah dengan orang berhutang atau pemiutang.
Ayat selebihnya akan dibincangkan pada kelas akan datang, InsyaAllah. Sebagai kesimpulan:
Isi penting daripada ayat 282, surah Al-Baqarah:
- Sunat untuk menulis perjanjian dalam hutang-piutang.
- Penulis hutang mestilah bukan orang berhutang atau pemiutang.
- Penulis mesti menulis dengan jujur.
- Isi kandungan surat hutang mestilah mengikut bahasa orang yang berhutang.
- Jika orang lemah/tidak mampu menguruskan wang ingin berhutang, walinya perlu menjadi penjamin.
- Dua orang saksi perlu didatangkan di dalam akad hutang-piutang.
Contoh Surat Hutang Bayar Penuh PDF
Contoh Surat Hutang Bayar Ansuran PDF
Contoh Surat Hutang Bayar Penuh DOC
Contoh Surat Hutang Bayar Ansuran DOC
usahawantani.com
7 comments:
kate spade handbags
coach outlet
gucci outlet
uggs outlet
jordan shoes
ralph lauren outlet
canada goose outlet
longchamp uk
michael kors outlet
fitflops sale clearance
2061019caiyan
SEO Monsters
get a slogan
la maisonaz
airport limo
West LA movers
BIA of Scottsdale
jackpot online
Med Spa
algorithmic
ralph lauren
cheap jordans
michael kors
adidas trainers
roshe run
christian louboutin heels
louboutin uk
adidas yeezy
cheap uggs
ray-ban wayfarer
chenlina20170114
Live NetTV for iOS application will sitew.in include the requested channel Know More to their application as soon as Live NetTV App for Android, Windows & iOS Free Download possible.Every channel Live NetTV works fantastic in Live NetTV iphone yet sometimes it Live NetTV Download could misbehave or reveals you something like.
This information is very useful. thank you for sharing. and I will also share information about health through the website
Cara Menghilangkan Bruntusan
Obat Penyakit Susah Kencing
Cara Mengobati Gondok Beracun
Cara Mengobati Gabagen
Cara Menyembuhkan Mata Minus
Cara Mengobati Gusi Bengkak
zzzzz2018.8.22
louboutin outlet
moncler online outlet
oakley sunglasses wholesale
manolo blahnik shoes
adidas superstar
dsquared
canada goose uk
fitflops
coach outlet
louboutin shoes
www0827
ralph lauren uk
ugg boots
off white jordan 1
canada goose jackets
canada goose outlet
oakley sunglasses
off white shoes
pandora jewelry
ugg boots
ray ban eyeglasses
Post a Comment