Pihak usahawantani.com mempelawa semua petani penternak , nelayan dan peniaga berkaitan tani untuk menggunakan perkhidmatan blog usahawantani.com. Anda boleh mengiklan produk anda dilaman ini secara percuma . Marilah sama-sama kita memajukan industri asas tani ini . Hantarkan skrip atau banner iklan anda ke iklan@usahawantani.com Kami akan siarkan iklan anda di blog ini. Anda juga digalakkan untuk mendaftar sebagai pengguna laman usahawantani.com . Sebagai pengguna berdaftar anda akan sentiasa mendapat maklumat terkini dari kami . Sekian . Pentadbir @ Pulau Tawar Jerantut Pahang

31 January 2008

Kementerian guna pakar Afrika biak boer, lembu

BAKA BERKUALITI: Muhyiddin melawat kawasan ternakan kambing boer secara kaedah Bioteknologi Pembiakan Ruminan di Stesen Mardi Kluang

KLUANG: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menggunakan kepakaran Afrika Selatan untuk membantu memperhebatkan pembiakan baka lembu dan kambing boer yang kini menjadi projek ternakan nasional dalam usaha meningkatkan pengeluaran daging negara. Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata teknologi pembiakan paling canggih di dunia itu akan membabitkan pakar dari Persatuan Penternak Kambing Boer Afrika Selatan untuk menjalankan projek penyelidikan di Pusat Embrio Haiwan Nasional (NAEC) di Stesen Mardi, di sini. Beliau berkata, dengan kepakaran serta penggunaan teknologi terkini, pengeluaran baka lembu dan kambing boer dari NAEC dijangka dapat memenuhi permintaan untuk projek ternakan berskala besar di seluruh negara.
"Ketika ini, populasi haiwan ternakan di negara kita iaitu lembu dan kambing hanya berjumlah kira-kira 750,000 ekor dan kita mensasarkan peningkatan kepada 1.5 juta ekor menjelang 2010. "Saya yakin projek di NAEC mampu meningkatkan kuantiti serta kualiti haiwan ternakan khususnya kambing boer bagi memenuhi permintaan daging tempatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Showcase Biobisnes Mardi 2008, di Stesen Mardi Kluang, di sini, semalam. Muhyiddin berkata, selaras dengan fungsinya, NAEC akan menjadi pusat penyimpanan gen, ova, sperma dan embrio ternakan bagi memastikan bekalan untuk seluruh negara mencukupi.
Beliau berkata, pengeluaran baka dari NAEC akan membantu merancakkan lagi peningkatan baka haiwan ternakan untuk projek nasional terutamanya membantu perkembangan projek Ladang Kambing Boer Nasional di Pondok Tanjung, Perak dan Pusat Fidlot Negara di Negeri Sembilan. "Selain dua projek nasional itu, kita juga akan kembangkan baka dari NAEC itu kepada ladang satelit yang terdapat di beberapa negeri. "Kita juga mengalu-alukan penyertaan usahawan tani untuk turut serta mengusahakan ternakan haiwan dan kita bersedia menyalurkan kepakaran menerusi bimbingan dan latihan oleh pegawai agensi di bawah kementerian," katanya. Mengenai pemilihan kambing boer untuk dijadikan sebagai ternakan utama menerusi projek pengembangan baka haiwan ternakan itu, Muhyiddin berkata, kualiti kambing itu adalah yang terbaik, berkhasiat, dan tidak mempunyai banyak lemak.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Nasional/20080131230547/Article/
usahawantani.com

Read more...

29 January 2008

Ternakan Cacing Tanah

Ternakan cacing kompos

Utk makluman Cacing Harimau (Tiger Worm / Eisenia Foetida) adalah salah-satu species cacing yg tergolong didlm kumpulan cacing kompos / pengomposan. Selain itu beberapa spesies yg sesuai digunapakai utk industri Vermikultur / Vermikompos dlm keadaan negara Malaysia termasuk:

1. Cacing Merah (Red Worm / Lumbricus Rubellus).
2. African Nightcrawlers / Eudrillus Eugeniae.
4. Pheretima Elongata.
5. Cacing Biru (Blue Worm / Perionyx Excavatus).

Setiap satu spesies di atas ada kebaikan / kelemahan yg perlu diambilkira bergantung atas objektif sebenar masing2.

Contoh Bekas untuk menternak cacing kompos adalah 15 kakiX 60 kaki untuk skala besar.
Makanan bagi cacing ternakan adalah semua jenis sisa organik i.e. sisa kandang, sisa pertanian, sisa dapur, sisa industri dll asalkan ianya organik boleh diguna-pakai & dimanfaatkan sebagai bahan makanan dlm sistem Vermicomposting. TETAPI, setiap satu perlu diSTABILKAN.
Sisa makanan TIDAK SEMESTINYA membiakkan ulat. Kalau lalat mula bertelor & membiak bermakna sistem sdr:

1. Terlalu basah.
2. Berbau busuk.
3. Masam / Acidic pH rendah dll.

Kalau media terlalu basah ia akan menjadi “anaerobic” (tidak beroksigen) dan menggalakan bakteria penghurai nitrogen (anaerobic microbes) dan mengakibat fermentasi kpd sisa buangan tsb. Bau busuk itu adalah ammonia yg dikeluarkan hasil penghuraian nitrites.
Cadangan cara mengatasinya:
1. Kawal kelembapan media - kalau terlalu basah, taburkan & gaul “bulking agent” spt kertas carik (shredded paper), habuk sabut kelapa (cocopeat) dsb utk menyerap kelembapan.
2. Sistem perlu ditutup dengan jaring halus utk mengelakkan lalat & perosak2 lain.
3. Makanan diletakkan cuma di permukaan shj utk mengelakkan fermentasi. Jangan dibenamkan dlm media.
4. Jgn beri makan terlalu berlebihan (overload). Jumlah makanan seharusnya seimbang dgn jumlah cacing.

Walaubagaimanapun, cara utk skala kecil2an dan skala besar agak berbeza bergantung kpd keadaan setempat.
Dari dlm rumah (sisa dapur):
1. Lebihan sayur dedaun & kulit buah2an (di bilas dulu - elakkan sisa bahan kimia. elakkan kulit limau)
2. Lebihan Nasi (di bilas dulu - jgn bercampur minyak / kari / sambal dll)
3. Hampas teh & kopi. Ni favourite dia (di bilas gulanya dulu - elakkan semut)
4. Kulit telur yg di hancur halus.
5. Lebihan roti walaupun dah berkulat, pizza dll (hati2 jgn terlalu banyak kerana ia akan “menapai” dan “panas”)
6. Tisu terpakai yg telah guna lap mulut.
7. Kertas bungkusan (jgn berminyak)

Dari luar rumah (sisa laman):
1. Dedaun & rumput kering (kalu boleh dicarik dulu. Lebih kecil lebih baik)
2. Dedaun & rumput hijau (hati2 jgn terlalu banyak kerana ia akan “menapai” dan “panas”)
3. Buah2an yg luruh & rosak.

Dari pejabat:
1. Kertas yg dicarik (elakkan yg berwarna & dicetak dgn “inkjet”)
2. Tisu terpakai yg telah guna lap mulut.

Dari persekitaran berdekatan kita (sambil2 kita berulang-alik):
1. Hampas tebu, pisang dll dari warung2 (di bilas gulanya dulu - elakkan semut & getah).
2. Sisa sayur2an, buah2an dll dari pasar, kedai runcit dll.
3. Kalu di utara mungkin mudah mendapatkan Jerami padi dll.

Kalu boleh bahan2 ini dikumpul setempat dan dikomposkan sedikit agar ia “menapai” dulu dan tidak panas bila diberi makan ke cacing.
HARAP MAKLUM: Yg sy terangkan di sini cuma sesuai digunapakai utk SKALA KECIL ya. Jika SKALA MENENGAH ATAU BESAR caranya agak berlainan.

Sumber: bicarajutawan.com

Vermikompos ( baja organik cacing)

Baja organik kotoran cacing tidak menyebarkan bau, bersih dari kotoran maupun serangga. Baja yang terhasil dari kotoran cacing ini sangat baik untuk tanaman sayuran, tanaman tahunan, buah-buahan dan tanaman hiasan. malahan merupakan baja organik yang mesra alam.
fakta Penggunaan vermikompos berbanding baja kimia adalah 1:3. Artinya 1 kg vermikompos bersamaan3 kg baja kimia.

Dalam proses pembuatan baja, diperlukan sisa kotoran lembu atau kerbau. Kemudian cacing ditaburkan di bahagian atas kotoran tersebut dan dibiarkan selama dua minggu. Selama itulah terjadi proses pembuatan baja, cacing mengubah kotoran yang tadinya berwarna kehijauan menjadi kehitaman.

Apabila cacing meninggalkan media kotoran maka prosesnya sudah selesai. Kemudian dikeringkan.Baja yang sebenarnya adalah kotoran cacing yang berbentuk butiran, berserat dan berwarna kehitaman.Kebaikan kegunaan baja organik kotoran cacing adalah baja ini dapat meneutralkan lebihan asid tanah dan menjadikan tanah lebih gembur. Tanah juga tidak cepat padat seperti halnya kalau memakai tinja haiwan.

Vermikompos

#Baja Vermikompos adalah baja organik yang mengandungi NPK yg mudah diserap (phyto-soluble) oleh pokok, trace element, mikrob berfaedah (nitro & phoshobactors), asid humic / fulvic, ph neutral, pest repellant semulajadi, penggalak pertumbuhan/buah dll.
Aplikasi vermikompos dalam tanaman:# utk sayur dedaun guna 200g/m persegi (apply 60%-70% during plough, apply balance when young shoot sprout after 2 weeks)# utk sayur berbuah jangka panjang guna 200g/m persegi (apply 60%-70% during plough, apply balance when young shoot sprout after 2 weeks). Kemudian 100g/m persegi (apply thereafter bi-monthly as carrier fertilizer)

Faktor penjimatan / keuntungan penggunaan Vermikompos:# kurang pembajakan antara musim# kurang masalah perosak# pertambahan pengeluaran hasil# mutu rasa & ketahanan hasil (rasa crunchy & shelf-life lebih lama)# penjimatan dari segi pengurangan penggunaan baja setelah musim ketiga apabila tmutu tanah sudah dapat dipulihkan kerana vermikompos memuhikan tanah agar pokok dapat menyerap nutrien dengan lebih efisien.
Harga pukal baja vermikompos RM2.50/kg
sumber:
Eudrillus (bicarajutawan)

usahawantani.com

Read more...

22 January 2008

Kursus Tanaman Fertigasi Hujung Minggu



KLIK SINI UTK MENDAFTAR : BORANG PENDAFTARAN

Apakah Fertigasi
  • Fertigasi adalah teknik dan teknologi baru yang diperkenalkan dalam industri pertanian. Sistem ini sangat praktikal diusahakan kerana mengurangkan kos jangka panjang dan mengurangkan tenaga kerja. Yang menariknya adalah hasil produk pertanian yang tinggi dan sangat menguntungkan sesiapa saja yang terlibat.


Faedah Tanaman Fertigasi



  • Hasil pertama dalam masa 100 hari saja


  • Hobi pertanian yang sangat menguntungkan


  • Paling lumayan dalam masa singkat.


  • Teknik pertanian paling mudah dipelajari.


  • Boleh dibuat ditepi rumah atau tanah terbiar.


  • Tak perlu pekerja dan maintainance tinggi.


  • Boleh tanam pelbagai jenis sayuran selain cili.


  • Boleh tambah pendapatan.


  • Senang, Mudah, Terbukti

Ladang Fertigasi di Taman Agroteknologi


Siapa yang Patut terlibat:



  • Graduan Menganggur

  • Petani yang ingin tambah pendapatan

  • Pesara-pesara dan bakal pesara

  • Belia-belia yang berminat dalam pertanian


  • Pekerja kerajaan dan swasta yang ingin tambah income.


  • Sesiapa saja yang berminat.


  • Group yang akan berhenti kerja atau VSS dan tengah mencari peluang.


  • Group yang rasa nak sahut seruan dan cabaran Pertanian adalah Satu Perniagaan
Kenapa Perlu Ikuti Kursus Fertigasi Anjuran kami:






  • Kursus yang diberikan merangkumi aspek kegiatan hortikultur, teori mahupun secara praktikal yang sesuai bergantung kepada jenis tanaman.

  • Kursus disediakan untuk individu perseorangan, agensi-agensi kerajaan, jabatan-jabatan kerajaan mahupun
    institusi pengajian


  • Peserta yang mengikuti kursus yang disediakan ini didedahkan untuk menjadi usahawan atau tani baru berdasarkan informasi yang lengkap.



  • Modul kursus yang lengkap dan padat sangat sesuai dan mudah diikuti oleh peserta dalam jangka masa yang singkat.




  • Kursus ini disampaikan oleh tenaga pengajar iaitu pengusaha sendiri di samping tenaga pengajar yang sangat berpengalaman dalam bidang pertanian fertigasi.

  • Kemudahan untuk teori dan amali adalah lengkap untuk setiap peserta.

  • Peserta untuk setiap kursus antara 3 hingga 20 orang.



  • Yang paling penting anda bayar sekali sahaja dan anda bebas untuk datang ke ladang kami pada bila-bila masa untuk terus menimba ilmu


  • KLIK SINI UTK LAGI GAMBAR KURSUS FERTIGASI

Memandangkan kami menghadkan bilangan peserta kepada 20 arang sahaja maksima untuk setiap sessi . Kami memberi keutamaan mengikut konsep " Siapa Dulu " .




  • Sila isi borang pendaftaran kursus di bawah ini dan untuk maklumat selanjutnya sila hubungi En Rahim 0132279556 untuk pembayaran . Untuk memastikan tempat terjamin sila buat bayaran pendahuluan RM150.00 ke akaun MAYBANK 1648 5603 0159 ABD RAHIM BIN ARIFF . Bayaran selebihnya boleh dibuat ketika hadir kursus . Bagi yang inginkan kemudahan penginapan sila buat tempahan awal . Kami mencadangkan Hotel City , Banting 03-31878728 standard room RM75 . Hotel ini terletak berdekatan dengan ladang kami .
    Untuk pandu arah ke Ladang Fertigasi sila klik disini Ladang Fertigasi .
    Klik sini untuk mendaftar : BORANG PENDAFTARAN

    Read more...

    Daftar Ahli Usahawantani

    Followers

    IKLAN 1

    Ruang iklan untuk disewa

    IKLAN 2

    Ruang Iklan untuk disewa
    PELUANG KERJASAMA

    Pihak Portal Usahawantani.com dan Akademi Usahawantani sedang dalam proses menyemak dan menilai kembali kursus-kursus UsahawanTani yang dianjurkan oleh pihak kami . Kami menjemput semua pengusaha-pengusaha yang berpengalaman ATAU baru dalam mengendalikan kursus-kursus usahawantani untuk berkerjasama atau menjadi panel kami . Sila hantarkan proposal anda kepada Pengurus Akademi UsahawanTani di email akademi@usahawantani.com . Maklumat yang mesti ada dalam proposal anda ialah :
    1. Nama Anda / Syarikat
    2. Alamat
    3. Bidang UsahaTani
    4. Kandungan Kursus
    5. Bilangan Hari
    6. Kos Kursus
    7. Lokasi Kursus
    8. Pengalaman
    9. Cadangan kaedah kerjasama (option)


    Daftar Ahli Usahawantani

    Borang Pendaftaran

    Nama
    Email
    No Handphone (e.g 019-1234567)
    Lokasi (e.g Bandar/Negeri)
    Image Verification
    captcha
    Please enter the text from the image:
    [ Refresh Image ]


    Nota : Selepas menekan butang 'Daftar' sila lihat email anda untuk kepastian bahawa pendaftaran anda telah diterima oleh pihak kami.

      © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

    Back to TOP