Pihak usahawantani.com mempelawa semua petani penternak , nelayan dan peniaga berkaitan tani untuk menggunakan perkhidmatan blog usahawantani.com. Anda boleh mengiklan produk anda dilaman ini secara percuma . Marilah sama-sama kita memajukan industri asas tani ini . Hantarkan skrip atau banner iklan anda ke iklan@usahawantani.com Kami akan siarkan iklan anda di blog ini. Anda juga digalakkan untuk mendaftar sebagai pengguna laman usahawantani.com . Sebagai pengguna berdaftar anda akan sentiasa mendapat maklumat terkini dari kami . Sekian . Pentadbir @ Pulau Tawar Jerantut Pahang

29 January 2008

Ternakan Cacing Tanah

Ternakan cacing kompos

Utk makluman Cacing Harimau (Tiger Worm / Eisenia Foetida) adalah salah-satu species cacing yg tergolong didlm kumpulan cacing kompos / pengomposan. Selain itu beberapa spesies yg sesuai digunapakai utk industri Vermikultur / Vermikompos dlm keadaan negara Malaysia termasuk:

1. Cacing Merah (Red Worm / Lumbricus Rubellus).
2. African Nightcrawlers / Eudrillus Eugeniae.
4. Pheretima Elongata.
5. Cacing Biru (Blue Worm / Perionyx Excavatus).

Setiap satu spesies di atas ada kebaikan / kelemahan yg perlu diambilkira bergantung atas objektif sebenar masing2.

Contoh Bekas untuk menternak cacing kompos adalah 15 kakiX 60 kaki untuk skala besar.
Makanan bagi cacing ternakan adalah semua jenis sisa organik i.e. sisa kandang, sisa pertanian, sisa dapur, sisa industri dll asalkan ianya organik boleh diguna-pakai & dimanfaatkan sebagai bahan makanan dlm sistem Vermicomposting. TETAPI, setiap satu perlu diSTABILKAN.
Sisa makanan TIDAK SEMESTINYA membiakkan ulat. Kalau lalat mula bertelor & membiak bermakna sistem sdr:

1. Terlalu basah.
2. Berbau busuk.
3. Masam / Acidic pH rendah dll.

Kalau media terlalu basah ia akan menjadi “anaerobic” (tidak beroksigen) dan menggalakan bakteria penghurai nitrogen (anaerobic microbes) dan mengakibat fermentasi kpd sisa buangan tsb. Bau busuk itu adalah ammonia yg dikeluarkan hasil penghuraian nitrites.
Cadangan cara mengatasinya:
1. Kawal kelembapan media - kalau terlalu basah, taburkan & gaul “bulking agent” spt kertas carik (shredded paper), habuk sabut kelapa (cocopeat) dsb utk menyerap kelembapan.
2. Sistem perlu ditutup dengan jaring halus utk mengelakkan lalat & perosak2 lain.
3. Makanan diletakkan cuma di permukaan shj utk mengelakkan fermentasi. Jangan dibenamkan dlm media.
4. Jgn beri makan terlalu berlebihan (overload). Jumlah makanan seharusnya seimbang dgn jumlah cacing.

Walaubagaimanapun, cara utk skala kecil2an dan skala besar agak berbeza bergantung kpd keadaan setempat.
Dari dlm rumah (sisa dapur):
1. Lebihan sayur dedaun & kulit buah2an (di bilas dulu - elakkan sisa bahan kimia. elakkan kulit limau)
2. Lebihan Nasi (di bilas dulu - jgn bercampur minyak / kari / sambal dll)
3. Hampas teh & kopi. Ni favourite dia (di bilas gulanya dulu - elakkan semut)
4. Kulit telur yg di hancur halus.
5. Lebihan roti walaupun dah berkulat, pizza dll (hati2 jgn terlalu banyak kerana ia akan “menapai” dan “panas”)
6. Tisu terpakai yg telah guna lap mulut.
7. Kertas bungkusan (jgn berminyak)

Dari luar rumah (sisa laman):
1. Dedaun & rumput kering (kalu boleh dicarik dulu. Lebih kecil lebih baik)
2. Dedaun & rumput hijau (hati2 jgn terlalu banyak kerana ia akan “menapai” dan “panas”)
3. Buah2an yg luruh & rosak.

Dari pejabat:
1. Kertas yg dicarik (elakkan yg berwarna & dicetak dgn “inkjet”)
2. Tisu terpakai yg telah guna lap mulut.

Dari persekitaran berdekatan kita (sambil2 kita berulang-alik):
1. Hampas tebu, pisang dll dari warung2 (di bilas gulanya dulu - elakkan semut & getah).
2. Sisa sayur2an, buah2an dll dari pasar, kedai runcit dll.
3. Kalu di utara mungkin mudah mendapatkan Jerami padi dll.

Kalu boleh bahan2 ini dikumpul setempat dan dikomposkan sedikit agar ia “menapai” dulu dan tidak panas bila diberi makan ke cacing.
HARAP MAKLUM: Yg sy terangkan di sini cuma sesuai digunapakai utk SKALA KECIL ya. Jika SKALA MENENGAH ATAU BESAR caranya agak berlainan.

Sumber: bicarajutawan.com

Vermikompos ( baja organik cacing)

Baja organik kotoran cacing tidak menyebarkan bau, bersih dari kotoran maupun serangga. Baja yang terhasil dari kotoran cacing ini sangat baik untuk tanaman sayuran, tanaman tahunan, buah-buahan dan tanaman hiasan. malahan merupakan baja organik yang mesra alam.
fakta Penggunaan vermikompos berbanding baja kimia adalah 1:3. Artinya 1 kg vermikompos bersamaan3 kg baja kimia.

Dalam proses pembuatan baja, diperlukan sisa kotoran lembu atau kerbau. Kemudian cacing ditaburkan di bahagian atas kotoran tersebut dan dibiarkan selama dua minggu. Selama itulah terjadi proses pembuatan baja, cacing mengubah kotoran yang tadinya berwarna kehijauan menjadi kehitaman.

Apabila cacing meninggalkan media kotoran maka prosesnya sudah selesai. Kemudian dikeringkan.Baja yang sebenarnya adalah kotoran cacing yang berbentuk butiran, berserat dan berwarna kehitaman.Kebaikan kegunaan baja organik kotoran cacing adalah baja ini dapat meneutralkan lebihan asid tanah dan menjadikan tanah lebih gembur. Tanah juga tidak cepat padat seperti halnya kalau memakai tinja haiwan.

Vermikompos

#Baja Vermikompos adalah baja organik yang mengandungi NPK yg mudah diserap (phyto-soluble) oleh pokok, trace element, mikrob berfaedah (nitro & phoshobactors), asid humic / fulvic, ph neutral, pest repellant semulajadi, penggalak pertumbuhan/buah dll.
Aplikasi vermikompos dalam tanaman:# utk sayur dedaun guna 200g/m persegi (apply 60%-70% during plough, apply balance when young shoot sprout after 2 weeks)# utk sayur berbuah jangka panjang guna 200g/m persegi (apply 60%-70% during plough, apply balance when young shoot sprout after 2 weeks). Kemudian 100g/m persegi (apply thereafter bi-monthly as carrier fertilizer)

Faktor penjimatan / keuntungan penggunaan Vermikompos:# kurang pembajakan antara musim# kurang masalah perosak# pertambahan pengeluaran hasil# mutu rasa & ketahanan hasil (rasa crunchy & shelf-life lebih lama)# penjimatan dari segi pengurangan penggunaan baja setelah musim ketiga apabila tmutu tanah sudah dapat dipulihkan kerana vermikompos memuhikan tanah agar pokok dapat menyerap nutrien dengan lebih efisien.
Harga pukal baja vermikompos RM2.50/kg
sumber:
Eudrillus (bicarajutawan)

usahawantani.com

12 comments:

Anonymous,  February 1, 2008 at 10:35 PM  

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Saya Irfan, saya ingin menanyakan bagaimana tentang pasaran cacing tanah di mana harus saya pasarkan cacing tanah tersebut? seterusnya bagaimana krusus cacing tanah bila diadakan dan dimana? satu lagi soalan tentang modal dan tempat nak ternak cacing tanah adakah pihak Encik/Cik menyediakan atau saya terpaksa mencari sendiri?
sekian terima kasih kerana membaca
wasalam...

pojie,  February 12, 2008 at 12:15 AM  

Salam.
Saya amat tertarik dan berminat untuk mendalami lebih lanjut tentang penternakan cacing.Saya amt berharap agar usahawantani dapat berkongsi maklumat terperinci berkenan perkara tersebut.Maklum balas dari pihak usahawantani amt dialu-alukan.TQ

Anonymous,  February 21, 2008 at 12:34 PM  

assalamualaikum....

Saya tertarik untuk menceburkan diri dalam penternakan cacing. Ianya kelihatan agak mudah untuk di uruskan berbanding penternakan lembu dll. kalau boleh pihak encik dapat memberikan lebih maklumat tentang penternakan cacing ini. Saya turut berminat untuk menghadirkan diri dalam kursus bekaitan ini.
Sekian..

Raja Noor Adlan March 24, 2008 at 10:48 PM  

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Saya amat tertarik dan berminat untuk mendalami lebih lanjut tentang penternakan cacing.Saya amt berharap agar usahawantani dapat berkongsi maklumat terperinci berkenan perkara tersebut. saya ingin menanyakan bagaimana tentang pasaran cacing tanah di mana harus saya pasarkan cacing tanah tersebut? seterusnya bagaimana krusus cacing tanah bila diadakan dan dimana? Adaklah modal dan tempat untuk cacing tanah pihak Encik.cik sediakan untuk saya atau saya mencarinya sendiri?
Maklum balas dari pihak usahawantani amt dialu-alukan. sekian terima kasih

penternakcacing July 21, 2008 at 5:04 PM  

Saya ada menjual cacing induk, baja kompos & makanan cacing sila email di penternakcacing@gmail.com

iqrafals,  August 19, 2008 at 10:46 PM  

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Syarikat bersedia membekalkan medium untuk ternakan cacing tanah pada harga berpatutan. Jika berminat sila dapatkan maklumat di:

E-mel: iqrafals@streamyx.com

atau

No. h/p: 019-3113969

Tokey Cacing,  September 23, 2008 at 8:19 AM  

Timbang kilo punya red worm untuk dijual!!! Tak mainla kecoh-kecoh masukkan cacing dalam medium dan dijual sebagai 1 takung=10kg

Harga boleh dirunding, berminat hubungi Nas 016-4759917

Utara Selatan,  September 30, 2008 at 10:08 PM  

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

OFFER
Induk cacing merah dan harimau RM140/kg
African Night Crawler RM250
berminat call +60196690621(azmi)

rush December 16, 2008 at 1:15 AM  

Induk cacing merah rm..150/kg..baja vermikompos rm 2.50/kg..berminat..sila hubungi rush..013-9924149

organik December 16, 2009 at 5:16 PM  

kursus cacing di sabah untuk bulan disember 2009 -januari 2010. boleh daftar dengan kami...usahawan sabah

Cacing Tanah May 27, 2010 at 8:25 PM  

Salam,
Sy doni, dr indonesia.
Bagi yg membutuhkan info mengenai cacing tanah, silakan kirim e-mail ke cacingtanah.maskan@gmail.com.
Trima kasih.

Cacing Tanah May 27, 2010 at 8:26 PM  

Salam,
Sy doni, dr indonesia.
Bagi yg membutuhkan info mengenai cacing tanah, silakan kirim e-mail ke cacingtanah.maskan@gmail.com.
Trima kasih.

Followers

There was an error in this gadget

IKLAN 1

Ruang iklan untuk disewa

IKLAN 2

Ruang Iklan untuk disewa
PELUANG KERJASAMA

Pihak Portal Usahawantani.com dan Akademi Usahawantani sedang dalam proses menyemak dan menilai kembali kursus-kursus UsahawanTani yang dianjurkan oleh pihak kami . Kami menjemput semua pengusaha-pengusaha yang berpengalaman ATAU baru dalam mengendalikan kursus-kursus usahawantani untuk berkerjasama atau menjadi panel kami . Sila hantarkan proposal anda kepada Pengurus Akademi UsahawanTani di email akademi@usahawantani.com . Maklumat yang mesti ada dalam proposal anda ialah :
1. Nama Anda / Syarikat
2. Alamat
3. Bidang UsahaTani
4. Kandungan Kursus
5. Bilangan Hari
6. Kos Kursus
7. Lokasi Kursus
8. Pengalaman
9. Cadangan kaedah kerjasama (option)


Daftar Ahli Usahawantani

Borang Pendaftaran

Nama
Email
No Handphone (e.g 019-1234567)
Lokasi (e.g Bandar/Negeri)
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ]


Nota : Selepas menekan butang 'Daftar' sila lihat email anda untuk kepastian bahawa pendaftaran anda telah diterima oleh pihak kami.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP