Pihak usahawantani.com mempelawa semua petani penternak , nelayan dan peniaga berkaitan tani untuk menggunakan perkhidmatan blog usahawantani.com. Anda boleh mengiklan produk anda dilaman ini secara percuma . Marilah sama-sama kita memajukan industri asas tani ini . Hantarkan skrip atau banner iklan anda ke iklan@usahawantani.com Kami akan siarkan iklan anda di blog ini. Anda juga digalakkan untuk mendaftar sebagai pengguna laman usahawantani.com . Sebagai pengguna berdaftar anda akan sentiasa mendapat maklumat terkini dari kami . Sekian . Pentadbir @ Pulau Tawar Jerantut Pahang

08 August 2008

Manual Penanaman Serai oleh PakTani


Projek Tanaman Serai

Ok....info diatas tu cuma asas tanaman yang perlu diketahui. Semua sumber tersebut boleh didapati dari website MARDI atau pun Jabatan pertanian. Berbalik kepada projek...Untuk membuat projek tanaman serai ni (sama ada serai wangi atau serai makan) sebenarnya x susah. Maksud nya mudah....anda x perlukan tanah yang besar maupun modal yang besar untuk melakukannya. Tanah seluas 1 ekar dengan modal RM3-4 ribu pun dah cukup bg semusim penanaman. (modal aku dulu dalam RM1500 je untuk seekar semusim).
Perkara asas sebelum memulakan projek..!!
1. Kesesuaian Tanah - Sepengetahuan aku, serai ni mudah ditanam dimana2 jenis tanah kecuali kawasan berair/berpaya. Kalau nak buat projek dikawasan tanah lembah atau lembab (berpaya)..pastikan saliran/longkang/parit2 mencukupi. Keadaan atau jenis tanah berkait rapat dengan penggunaan baja dan penjagaan kelak. Misalnya di tanah berpasir, tanah berpasir ni kebiasaannya kekurangan unsur organik didalam tanah. Kadar pegangan air dalam tanah juga mungkin kurang baik...jadi penggunaan baja organik mungkin terpaksa dilebihkan. Kalau tanah yg asalnya berpaya, tanah tersebut mungkin pH nya agak rendah (berasid) jadi penggunaan kapur akan menjadi lebih tinggi di kawasan ini. (bagi meninggikan pH) , keadaan tanah yg berasid akan menjejaskan kesuburan tanah dan tanaman kerana kebiasaannya, baja akan hilang atau terlarut begitu sahaja hasil tindakbalas asid dlm tanah.. (asid sulfat).
2. Pasaran - Pastikan dulu pasaran. Target pasaran. Untuk apa? Untuk serai makan atau serai wangi. Kalau serai makan, mana nak dipasarkan? Untuk kilang memproses (dijadikan serbuk sebagai contoh ADABI), secara basah...seperti dipasar2 aataupun dikedai2 secara terus. Sebenarnya nak memasarkan serai ni taklah susah sangat...cuma nak rajin bertanya...jangan malu. Pergi sahaja kekedai2 tom yam tu...tanya terus pada pengusaha kedai.... Dipasar pun boleh..cuma peniaga di pasar ni mau 'supply' tak putus je. Jadi untuk projek tu kenalah rancang dengan teliti. Kalau dah dapat kontrak dengan pengilang, pemasaran ni taklah susah sangat. Ataupun buat pertanian kontrak. (contract farming). Rata2 usahawan, (tak semua, segelintir sahaja), bila dah dekat nak harvest baru terkial2 nak cari pasaran...bila tak dapat, macam2 alasan diberi mengenai projek..tak untunglah, info tak betul lah, sampai FAMA pun disalahkan. Kalau dah 'last minute' FAMA pun pening nak tolong carikan market. Bagitau awal2, contohnya 2-3 bulan sebelum harvest.. jadi mudahlah mereka nak rancangkan target pengeluaran serta ruang pasaran untuk kita.
3. Keluasan tanah - Kalau nak tanam serai ni, seperti mana yang saya sebutkan di atas, kita tak perlukan kawasan yang besar sebenarnya, memadai 1 ekar pun dah cukup...cuma bila habis musim menuai, kena lah tunggu balik, dalam 6-8 bulan untuk tuaian musi kedua, sementara musim kedua berhasil, alamat menung la menunggu. Kebiasaan untuk penghasilan berterusan sepanjang tahun sekurang-kurangnya memerlukan keluasan seluas 5-10 ekar (komersil) sistem menanam pun ikut urutan (rotation), bukan segaligus tanam. Tanam secara berperingkat/berkala. selang1 -2 bulan, tanam diplot baru misalnya(jika 1 plot keluasannya 1 ekar) jadi kelak... setiap 1-2 bulan, anda akan menuai....taklah menunggu selang 6-8 bulan untuk mendapat hasil. Kalau baru nak cuba2, boleh juga buat 1/2 ekar dulu... tak ada salahnya.
4. Ada tanah, tapi dah bertanam/diusahakan dengan buah-buahan (dusun misalnya), atau ladang getah/kelapa sawit. Boleh juga ditanam . Serai juga boleh ditanam secara intergrasi (boleh pakai ke istilah ni?) dengan tanaman lain. Misalnya berdasarkan pengalaman aku sendiri, sementara musim mangga keluar, aku boleh dapat hasil daripada tanaman sampingan (serai)... antara barisan pokok mangga atau tanaman lain kita boleh tanam dengan serai...jadi kuranglah sedikit pergantungan kita terhadap satu jenis tanaman sahaja. Bukannya apa, langit tak selalunya cerah kan? Kalau mangga tak menjadi, serai ada. Cuma yang penting, serai tersebut tidak berada dibawah naungan, (tidak mendapat cahaya), kalau nak dibuat di ladang getah atau pun estet, pastikan tidak dibawah naungan. (<60%).
5. Kos - Kos untuk menanam/ projek serai ni tak lah besar.... untuk 1 ekar (pekerja kita sendiri) kosnya dalam RM1-2 ribu sahaja...itupun semusim! Betul...percayalah.... Hasilnya.. InsyaAllah kalau RM1/kilo pun boleh dapat dalam paling minimum RM10,000 semusim/ekar !!! (kalau 1 ekar dpt ditanam 5 ribu rumpun...yang mana serumpun hasilnya 2 kilo serumpun dengan harga RM1/kilo.) Aku pernah dapat serumpun 9 kilo!! Harga ketika itu, RM1.40/kilo....tp siap proses (sebatang2 diikat sekilo-sekilo).
6. Masa - Kebanyakan daripada kita ni sudah bekerja tetap. Nak berenti sayang, lagipun tak mahu menanggung risiko. Kerja pun susah dapat sekarang. Jadi projek pertanian ni cuma part-time sahaja. Tidak mengapa...boleh... serai tidak memerlukan penjagaan serapi menanam sayur. memadai kite menjeguk1-2 minggu sekali pada hujung minggu. Kalau sesak sangat masa tu sebulan sekali. kalau nak tanam terus tinggal sampai musim menuai pun boleh...tapi sendiri mau ingatlah! Nanti semak lagi tinggi dari serai..selak semak baru jumpa serai. (kalau ular tu tak payah cerita la)....Ingat! kalau kerjanya part-time, hasilnya pun 'part-time' la!
Info lagi mengenai projek....Nak mula projek!!
Serai makan

Ikut pengetahuan saya, serai makan ni ada 2 jenis yang ketara.

1. Serai paha ayam
2. Serai kampung

Kalau nak buat projek serai secara komersil, eloklah kita ambil serai paha ayam ni. Kebaikannya ialah cuma pada saiznya sahaja. Ia lebih besar sedikit dari serai kampung. (+/- dua jari) tapi aromanya kurang kuat sikit dari serai kampung. Tempoh matang serai ni adalah antara 6-10 bulan (bergantung pada pembajaan). Bagusnya serai ni, kalau kita terlewat harvest pun tak apa, dia takkan mati, Cuma mungkin rumpunnya akan mengecil sedikit. Biasanya dalam satu ekar, kita dapat menanam lebih kurang 10000-15000 rumpun serai jika hanya tanaman serai diusahakan. Untuk integrasi kita boleh dapat antara 5000 – 8000 rumpun serai seekar. Serumpun serai pula boleh menghasilkan lebih purata 3 kg serai yang siap proses. (kalau tanah subur, baja cukup kadang2 boleh capai 9kg serumpun) Harganya bergantung pada permintaan dan kawasan. Jangan risau. Market utk serai ni luas. Sekarang ni kan kedai tom yam banyak? Tapi pastikan dulu market, ok?

Jarak tanaman yang disyorkan ialah 3ft x 3ft. Antara baris 3 kaki dan antara rumpun 3 kaki. (kalau nak kemas buatlah 3 x 4 kaki) Kalau kita tanam diladang getah, pastikan ada jarak 3-4 kaki dari anak pokok getah. Bukan apa biar nampak kemas. Lagipun ini utk memudahkan kerja2 pengurusan rumpai kelak.

Sebelum mula menanam, pastikan dulu plot2 yg ada untuk ditanam serai, kalau boleh tiap 1@ 2 ekar dimasukkan sebagai 1 plot. Ini untuk memudahkan pengurusan nanti. Saya rasa yang sesuai kita buat begini. 2 ekar 1 plot. Jadi dalam projek nanti ada 5 plot tanaman. Kenapa kita buat 5 plot? Tak jadi masalah sebenarnya berapa plot pun yang kita buat, Cuma untuk memudahkan kerja kita kelak. Lagipun, kita tidak akan menanam kesemua plot tu cara serentak. Kita tak buat begitu supaya esok masa harvest tak pening kepala nak harvest semua dan tak perlu tunggu sampai 10 bulan balik untuk hasil berikutnya. Jadi untuk mendapatkan hasil tiap2 bulan, maka kita perlu buat plot2 tersebut dan menanam pada masa yang berlainan bagi tiap plot, misalnya selang 2 bulan. Jadi dalam setahun kita boleh harvest 5-6 kali setahun tiap 2 bulan. (utk harvest 1-2 ekar ini kadang2 makan masa 2 bulan gak, itu bergantung pada tenaga kerja yang ada.)

Penyediaan kawasan.
Kalau betul-betul semak, ada pokok-pokok renek, tolaklah dahulu dengan JCB (backhoe) kosnya dalam RM300 sehari, dah bersih barulah dibajak & rotor. Kalau tanah berair, pastikan anda membuat parit perimeter (parit besar sekeliling kawasan) dan parit2kecil ditengah kawaan tanaman. Ini untuk mengelakkan air bertakung. Dah siap semua nya itu, termasuk memagar..terpulang pada anda, ikutkan serai ni takde musuh, ternakan pun tak makan, cuma takut kena pijak sahaja. (lebih baik dipagar) . Step kedua barulah dibajak dan rotor . Kalau guna traktor Jabatan Pertanian, sewanya lebih kurang RM120-RM180 seekar (bagi bajak & rotor). Jikalau sistem integrasi, jangan bayar nilai diatas untuk seekar (pasal x bajak penuh...antara pokok sahaja). Nak bajak dan rotor cuma antara pokok getah kan? Jadi kita bayar nilai diatas separuh sahaja untuk seekar atau pun nilai diatas untuk 2 ekar. Ini penting kerana ramai yang tak tahu pasal ni. Kalau sewa traktor luar mungkin mahal sikit. Dalam RM 300 adalah kot (bagi bajak & rotor..2 kerja sekaligus/ekar)..Tak perlu buat batas. Kalau nak yang lebih bagus, selepas dibajak, taburlah baja tahi ayam dan kapur pertanian dahulu, baharu dirotor. Kalau x buat pun boleh...(kalau modal tak besar)

Buat lining.
Seperti jarak yang disyorkan diatas, pastikan kira jarak 3-4 kaki dari anak getah dahulu (kalau integrasi). Tandakan tiap poin 3 kaki dengan buluh atau anak kayu. Buat perkara yang sama di barisan hujung.(dibuat awal sebelum hari menanam)
Tarik tali untuk luruskan lining. (dibuat pada hari menanam) Ambil kayu untuk buat ukuran poin antara benih serai. (potong kayu/buluh untuk pedoman. Cthnya 3 kaki)
Pada tali yang ditarik tadi kita mulakan pada kayu yang dipacak gunakan kayu pedoman untuk menanam. Ukur dan tanam. Ulang dari benih yang ditanam sampai hujung barisan. Siap satu baris, buka tali dan alihkan ke poin sebelah. (ini teknik nak jimat kos sebenarnya) buat perkara yang sama sampai siap satu plot. (biasanya 1 plot 2 ekar antara anak getah ni boleh siap antara 1-2 minggu sahaja) Awas balik rumah kena cari tukang urut. Sakit pinggang!

Penandaan pancang pedoman sebelum direntang tali antara 2 hujung

tanaman serai antara mangga (baru dipangkas daun dengan mesen rumput)

Menanam
Teknik menanam!! Ramai yang tak tahu cara ni,

Tak perlu gali lubang. Sebab tanah dah gembur. Cucuk je benih tu ataupun guna kayu pedoman tu cucuk tanah dan masukkan serai dalam lubang tu. Kalau boleh satu lubang tanam 2 benih. (takut satu tu tak menjadi). Tekan sikit dileher benih tu utk padatkan tanah.
Jangan tanam tegak !!! Nanti lambat keluar anak lain. Sendengkan sikit 45 darjah!!! Kalau tanam 2 anak benih selubang, sendengkan dengan cara bertentangan. Cara begini akan mendapatkan rumpun yang besar dan padat! Kalau 3 benih selubang, buat seperti lambang Mercedes dari pandangan atas. Ramai yang tak tahu cara ni.
Sebelum tanam, basahkan dulu anak benih dalam air. Kalau boleh, tanam awal pagi atau petang sedikit. (tak nak benih stress) Rendam semalaman dalam besen paras leher benih pun boleh juga. (Kawan saya syorkan, rendam dalam air yang dah dicampurkan dengan hormon penggalak akar, jadi mudah untuk berakar) Saya tak pasti apa hormonnya...tapi memadai kita membeli sedikit CIRP da bancuh sedikit sahaja kedalam air dan rendam benih tadi.


penanaman pada barisan yg telah di tanda dengan tali. Jarak antara benih diukur sama dgn kayu pedoman (3 kaki)
PENJAGAAN

Pembajaan

Serai ni perlu juga dibaja. Cuma tak memerlukan kekerapan yang kerap dan kuantiti yang banyak. Memadai 2 atau 3 bulan sekali.
Bagi permulaan mulakan dengan NPK 15:15:15. tak payah banyak, lebih kurang segenggam serumpun. Taburkan keliling rumpun tu. Tabur atas pun boleh. Tapi jgn pada tengah hari...panas. Lepas tu bolehlah cari baja yang kandungan P tinggi. Contohnya NPK 5:18:12. Nak lagi mudah, baja tahi ayam atau kambing pun boleh.

Kawalan rumpai

Sebelum rumpun serai membesar, tentu ada masalah rumpai diladang. Nak mudah gunakan racun rumpai sahaja. Tapi awas, jangan silap pakai! Saya menggunakan racun DIURON sahaja! Kalau kena serai (kalau disembur pada serai pun) serai tak akan mati. Rumpai lain akan mati. Cuma kesannya akan nampak selepas 4-5 hari. Tanyalah dikedai2 jual baja dan racun. Mesti ada. Ia dalam bentuk serbuk bancuh kalau dalam bentuk cecair mahal sedikit. (serbuk RM20-30/kotak sekilo, Cecair RM80-100/ botol 4 liter). Bila rumpun dah besar, masalah rumpai akan berkurangan kerana rumpai lain alah dengan serai ni. Kalau nak pakai paraquat ke basta ke glyphosate ke pun boleh, cuma pastikan tak terkena pada daun atau perdu serai ni. (boleh mati). Nak kemas lagi, kita mesin lah rumput antara barisan serai tersebut.

Kawalan perosak

Serai ni jarang ada musuh. Cuma ulat pengorek batang sahaja. Kalau kita jaga rumpun dengan baik tiada masalah. Caranya, kita buat trimming pada rumpun selang 2-3 bulan sekali. Potong daun diatas dan tepi rumpun.(pakai mesin rumput je) Jadi taklah lembab sangat tengah2 rumpun tu. Ini juga untuk mengelakkan tikus bersarang dicelah2 rumpun. Biasanya jadi sarang ayam hutan. (best juga) Potongan daun juga akan membuatkan batang serai jadi besar. (jgn buat kerap sangat. Nanti tak besar2 pulak) Kalau nak guna racun, guna malathion pun dah cukup tapi 30 hari sebelum harvest jgn sembur ok?! Kalau nak sembur racun racun serangga, campurkan sedikit baja foliar (apa2 jenis) dan racun kulat (Mancozeb). 3 dalam satu. Jimat masa. (buat lepas trimming pun elok juga- saja protection)

Kesemua 3 kawalan diatas tak perlu dibuat selalu. Dari awal tanam hingga harvest, memadai buat 3 kali sahaja. Cubalah buat eksperimen anda sendiri. Anda akan dapat lihat perbezaannya.

*kesemua teknik diatas boleh diguna pakai bagi projek tanaman serai wangi.

MENUAI

Masa menuai inilah masa yang paling leceh bagi projek serai ni.

Tuaian boleh dibuat selepas tempoh matang atau melalui pemerhatian. Agak nampak batang dah besar tu tuailah. Nak tuai senang guna chop – macam penggali tapi depannya macam sudip burger. Asah hujung bagi tajam. Tajak sahaja dipangkal perdu rumpun dan cabut. Rebahkan rumpun tu dan potong akar dan tanah yang melekat dan tak diperlukan dengan chop tu. Daun pun boleh potong dulu dengan chop. Nak mudah, sebelum tuai, trim dulu rumpun tu macam kita buat trimming untuk kawalan perosak (guna mesen rumput). Buat pendek sikit agak2 batang serai tu tinggal 2 kaki pun boleh. Nanti lagi mudah kerja2 proses dan mengangkut nanti.
Selepas cabut, kumpulkan rumpun2 tu kesuatu tempat untuk kerja membersih. Cabut batang serai satu persatu, potong lebihan akar dan daun. Nak senang ikut contoh yang ada dipasar. Bersihkan dari kotoran tanah. (cari tangki PVC tak pakai, tadah air dan rendam je....senang) Ikat atau bungkus serai yang dah diproses tadi ikut permintaan pasaran. (ada yang nak ikat sekilo-sekilo),pilih btg serai yang terbaik untuk pasaran. Yang kecil2 tu jgn dibuang. Boleh dibuat benih kembali. Jadi, benih serai tu cuma dibeli sekali sahaja. (pastikan plot untuk menanam kembali telah siap!). Ada juga yg tak memerlukan proses diatas, misalnya untuk diproses. Kalau untuk pemprosesan ataupun serai wangi, memadai mencabut perdu serai tersebut dan terus hantar ke kilang/pusat pemprosesan. (harga dalam RM1/rumpun). Terpulanglah pada anda. Nak mudah, keuntungan kurang sedikit, nak keuntungan lumayan kenalah kerja lebih sedikit.
KOS
Kos-kos yang terlibat secara amnya, bagi projek penanaman serai seluas 1 ekar (0.4 hektar) semusim.
1. Benih - Benih serai harganya dari 6-10 sen sebatang, bergantung pada kawasan dan jenis. Ada sesetengah projek ladang kontrak, pengusaha harus membayar lebih sedikit untuk benih kerana benih2 terpilih sahaja yang disediakan oleh pemproses. (salah satu cara pengilang nak untung lebih...apa daaaa)
2. JCB/Backhoe - RM300-350/ hari. bergantung pada kawasan.
3. Traktor pembajak/rotor - RM120-300/ekar. bergantung pada kawasan dan siapa yang memberi perkhidmatan tersebut.
4. Baja, Racun rumpai & Racun serangga - Bergantung pada jenis dan harga disesetengah tempat.
5. Upah (menanam & harvest) - bergantung pada anda.
Cash Flow Serai...click dibwh...
http://spreadsheets.google.com/pub?key=pCSQljaWo62g2SeRaSLmhHQ&output=html
Itulah serba sedikit yang saya dapat bantu pada rakan2 yang nak mencuba projek serai ini.


usahawantani.com

6 comments:

Anonymous,  September 7, 2008 at 7:03 AM  

terima kasih atas manual tuan yang amat berguna untuk penanam serai,teruskan lagi usaha menyediakan panduan yg lain.

Anonymous,  October 13, 2008 at 1:30 PM  

As'kum...
En Ahmad, kalau blh saya nak Flow chart untuk serai paha ayam ni..
saya harap en ahmad dapat emailkan pada saya. mzaini@live.com.

Anonymous,  October 23, 2008 at 5:01 AM  

Manual yag bagus,

Tetapi tidak dinyatakan kaedah siraman yang paling berkesan.


bleh tlg cite nak kena siram berapakali sehari

Kristal Swarovski February 24, 2009 at 5:45 PM  

salam...

sangat berguna info tanaman serai yg pihak saudara sediakan...mungkin boleh jadi panduan kepada amatur-amatur petani yang baru nak berkecimpung...

Saya juga ada sedikit info untuk usahawan serai ni untuk dikongsi bersama...kalau berminat boleh ziarah blog saya...terima kasih..semoga berjaya...

Anonymous,  May 18, 2009 at 10:54 AM  

ENDONA Corporation SDN BHD adalah sebuah anak syarikat Geomatika Group yang ditubuhkan pada Oktober 2009. Endona menjalankan segala aktiviti perniagaan yang meliputi agro, agri dan akuakultur.

Benih Ikan (Bayanz Agrofarm)
Voice: En. Hamka, 013 - 696 3467
Pak Yudi , 05-4583772

Keli*:
1.0-1.5 inci = RMa 0.035
1.5-2.0 inci = RM 0.050
2.0-2.5 inci = RM 0.075
2.5-3.0 inci = RM 0.085

Tilapia*:a
1.0-1.5 inci = RM 0.08
1.5-2.0 inci = RM 0.14


Benih Tanaman (Endona Dagangan)
Voice: En. Nafis, 019 - 223 6531

Serai*:
10500 benih/ekar = RM900

halia*:RM5/kg

Limau*:
NIPIS = RM 3.20/btg
KASTURI = RM 3.50/btg
PURUT = RM 4.50/btg
KARI = RM 2.50/btg
GEHARU = RM25.00/btg

Benih Ruminan (Endona Glami)
Voice: En. Nafis, 019 - 223 6531
Lembu dan kambing.

Khidmat nasihat dan kursus (Endona Edu)
Segala kursus dijalankan bersama dengan Pusat Penyelidikan Kolej Antarabangsa Geomatika, Setiawangsa.
Voice: En. Izham, 013 - 690 2269
Kursus ternakan ikan air tawar, tanaman dan ruminan.

* Tertakluk kepada terma dan syarat

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi pembekal/supplier kami, sila hubungi En. Hamka.

Saiful August 28, 2012 at 4:41 PM  

Salam,

Saya nak tanya. Tanaman serai ini memerlukan modal yang rendah. Tetapi apa yang saya lihat dalam google spreadsheet menunjukkan angka ratusan ribu untuk projek 1 ekar. Boleh tolong jelaskan?

Terima kasih

Followers

There was an error in this gadget

IKLAN 1

Ruang iklan untuk disewa

IKLAN 2

Ruang Iklan untuk disewa
PELUANG KERJASAMA

Pihak Portal Usahawantani.com dan Akademi Usahawantani sedang dalam proses menyemak dan menilai kembali kursus-kursus UsahawanTani yang dianjurkan oleh pihak kami . Kami menjemput semua pengusaha-pengusaha yang berpengalaman ATAU baru dalam mengendalikan kursus-kursus usahawantani untuk berkerjasama atau menjadi panel kami . Sila hantarkan proposal anda kepada Pengurus Akademi UsahawanTani di email akademi@usahawantani.com . Maklumat yang mesti ada dalam proposal anda ialah :
1. Nama Anda / Syarikat
2. Alamat
3. Bidang UsahaTani
4. Kandungan Kursus
5. Bilangan Hari
6. Kos Kursus
7. Lokasi Kursus
8. Pengalaman
9. Cadangan kaedah kerjasama (option)


Daftar Ahli Usahawantani

Borang Pendaftaran

Nama
Email
No Handphone (e.g 019-1234567)
Lokasi (e.g Bandar/Negeri)
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ]


Nota : Selepas menekan butang 'Daftar' sila lihat email anda untuk kepastian bahawa pendaftaran anda telah diterima oleh pihak kami.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP