Ahmad Berjaya sebagai Petani Separuh Masa
Ahmad bangga dan yakin dengan hasil cili merah yang diusahakan di Pulau Tawar,Jerantut, Pahang . Walaupun tidak mempunyai latarbelakang yang formal dalam bidang pertanian tetapi tindakan Ahmad Yahya, 38, untuk menjadi usahawan tani seprauh masa sedikit sebanyak dapat menepis anggapan masyarakat terhadap bidang pertanian.
Mendapat ijazah pertama dalam bidang kejuruteraan elektrik di Universiti Teknologi Malaysia , Ahmad mula mengusahakan ladang sayurnya secara separuh masa sejak awal 2008 di atas tanah yang dipajak dari orang kampung seluas enam ekar di Kampung Perian , Pulau Tawar, Jerantut ,Pahang
Menceritakan pahit getir bergelumang dalam bidang pertanian khususnya penanaman sayur secara konvensional selama satu tahun, Ahmad berkata, mereka yang mahu bergiat dalam bidang ini perlu mempunyai semangat yang kuat.
"Dalam tempoh setahun ini dua kali saya terasa amat putus asa dan berfikir untuk mengalah dan meninggalkan segalanya.
"Tetapi pihak pembekal benih , pembekal racun dan baja serta pemborong dan rakan-rakan banyak memberikan khidmat nasihat dan galakan kepada saya sehingga saya ke peringkat sekarang," katanya semasa ditemui di ladangnya di Pulau Tawar , Jerantut Pahang, baru-baru ini.
Ahmad melahirkan rasa terharu dengan syarikat-syarikat pembekal benih dan racun yang banyak memberikan galakan walaupun beliau mengalami pelbagai masalah ketika itu.
Galakkan dan sokongan daripada ahli keluarga dan rakan terutama ibu sentiasa menjadi pendorong untuk terus berjaya.
Setelah berjaya mengharungi pahit maung dalam bidang pertanian, kini beliau yang telah menyewa 10 ekar ekar lagi tanah di sebelah ladang sekarang untuk menanam tanaman berpara seperti terung bulat, bendi dan cili .
Bermula dengan menanam cili kini Ahmad mula melangkah kepada penanaman sayuran lain pula . Mengaplikasikan kepakarannya dalam kejuruteraan dalam pertanian, Ahmad banyak mengumpul data-data hasil ladangnya.
"Data yang saya dapati saya bandingkan dengan data daripada MARDI (Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia) dan Jabatan Pertanian dan FAMA dan rakan-rakan dalam bidang yang sama.Jika terdapat perbezaan ketara, saya akan cuba mencari puncanya.
"Setiap pagi saya akan meninjau kebun dan melihat apa yang tidak kena sama ada serangga, virus atau bakteria," katanya.
Dengan cara ini, Ahmad dapat mengetahui lebih lanjut mengenai makhluk perosak serta racun perosak yang sesuai digunakan.
Memegang pepatah Inggeris, 'tidak mengumpulkan telur dalam satu bakul,' Ahmad mengusahakan pelbagai jenis tanaman sebagai persediaan jika sesuatu berlaku pada satu-satu tanamannya.
Ini juga merupakan satu langkah supaya pendapatannya berterusan sementara menunggu tanaman lain mengeluarkan hasil.
"Bagi saya pertanian adalah satu perniagaan," katanya yang memulakan pertanian menggunakan modal daripada simpanannya sendiri.
Baginya setiap tanaman mempunyai kelebihan dan kelemahannya sendiri misalnya bendi dikatakan tanaman paling mudah ditanam tetapi harganya pula agak murah. Cili merah yang mempunyai harga yang tinggi tetapi penjagaannya agak sukar dan memerlukan tenaga buruh yang ramai bagi tujuan memetik.

Ahmad juga menjalankan strategi merekodkan dan mengumpul semua harga sayuran di pasaran bagi membolehkannya memantau harga di masa akan datang. "Mainan harga sudah menjadi asam garam hidup sehingga saya mengambil inisiatif memantau dan merekodkan harga sayuran setiap hari. "Ini bagi memastikan saya boleh mendapatkan tanda aras harga setiap sayuran dan boleh menjualnya dengan harga yang berpatutan," katanya yang bercita-cita membesarkan lagi ladang sayurnya.
Menjalankan trial and error dalam pertanian selama setahun tahun menjadikan Ahmad lebih matang dalam mengharungi industri tanaman. Beliau yang amat peka dengan apa yang berlaku di ladangnya tidak
pernah memohon mana-mana pinjaman selama membuka ladang sayur-sayuran. "Sejak awal saya mengeluarkan wang poket sendiri untuk menguruskan ladang ini dan saya masih belum menganggap diri saya berjaya. "Saya berharap suatu hari nanti, pekebun sayur akan dapat hidup mewah dengan hasil jualan sayur mereka," katanya.Ketika ditanya adakah beliau akan berhenti kerja dan menumpukan sepenuh masa kepada bidang pertanian , Ahmad berkata masa akan menentukan tetapi kerjaya dalam bidang kejuruteraan satelit yang diceburi sekarang ini amat diminatinya .
usahawantani.com

7 comments:
Tahniah En. Ahmad, saya berasa bangga dgn kejayaan andda. Semoga lebih berjaya lebih2 lagi di masa depan.
Pertama sekali saya nak ucapkan sekalung tahniah di atas kejayaan dan encik Ahmad tidak kenal erti jemu dan mengalah.
Saya juga dalam mengorak langkah untuk menceburkan diri dlam perniagaan tani. Tapi saya masih kabur. Tolong beri sedikit nasihat.
pertamanya,tahniah atas kejayaan yg dicapai..sya bru shja tmat tingkatan 5 dan berminat utk menceburi bidang ini..
boleh x klu sya ini ingin berhubung dengan ahmad secara langsung untuk menimba sedikit ilmu dari anda...klu boleh mesej ke email saya...nooraz_waney@yahoo.com.my
SEKIRANYA SAYA BERMINAT UNTUK MEMPELAJARI TEKNIK PENANAMAN CILI,ADAKAH EN. AHMAD SUDI MEMBERI TUNJUK AJAR?
AWAK BOLEHLAH BALAS PERTANYAAN DI EMAIL SAYA IAITU MHISZFAME@gmail.com
assalamualaikum en. ahmad. sy bangga dgn kejayaan en.ahmad sbb sy pn orang jerantut. sy pelajar usm, dn sy diberi assignment utk mencari usahawan berjaya di kg sy dn sy rase en. ahmad adalah orang yg sesuai..sy nk mtk izin utk jadikan kejayaan en. ahmad sebagai bahan assignment sy.
tahniah!!! semoga anda lebih berjaya pada masa akan datang..
tahniah..., mmg best ble baca blog2 org yg dh berjya..,bia tak berpakaian kemas, tak bertail segala, yg penting masyukk....tp bg org yg mcm sy yg baru nk strt, msih ragu2,. rse mcm x berani nk ambik risiko,.. walaupun hati berkobar2..,
Post a Comment