
Pada cuti maulidur rasul baru ini wartawan usahawantani.com telah berjaya menjejaki Ahmad Si Penanam Cili untuk mengetahui perkembangan terkini ladang cili beliau . Malangnya kedatangan kami ke ladang Ahmad telah terlewat dua hari kerana Ahmad baru sahaja menebang pokok-poko cilinya . Apabila ditanya

kenapa , Ahmad mengatakan bahawa pokok cili yang ada diladangnya sekrang sudah tidak ekonomi untuk di teruskan penjagaanya . Hasil sekarang ini hanya lebih kurang 50kg sehari dan gred cili juga sudah jatuh ke gred B dan C yang

menyebabkan harganya yang rendah diambil oleh pemborong , kos pembajaan dan kawalan serangga dan kulat yang tinggi juga sudah tidak ekonomik untuk dipertahankan pokok tersebut . Ketika ditemui Ahmad dan 6 orang pekerjanya sedang sibuk meracun rumpai di tapak asal pokok cili tersebut dan memasang pagar baru. Menurut Ahmad , beliau baru sahaja selesai menanam sebanyak 4000 anak pisang diantara batas pokok cili tersebut dan diatas bataas tersebut akan ditanam dengan labu f1 dalam sehari dua lagi.
Disekeliling ladang beliau banyak sekali

pohon cili yang telah ditebang dan menunggu kering

untuk dibakar bagi memastikan kulat dan virus tidak membiak dipokok cili tersebut .
Disebelah ladang beliau sekarang ini terdapat dua buah traktor sedang sibuk

membajak tanah dan membuat batas . Dianggarkan dalam 5 ekar . ketika ditanya Ahmad mengatakan bahawa

beliau akan menanam cili kulai yang sedang beliau semai sekarang ini di tapak tersebut . Kami juga meninjau sekitar rumah semaian dan mendapati hampir 15,000 pokok cili sedang disemai disitu .
Ahmad juga telah membawa

kami meninjau ladang kawannya disebelah yang telah ditanam pokok bendi yang berkeluasan sekitar 5 ekar . Pokok bendi kepunyaan En Bakri itu sedang mula berbunga dan dijangkakan dalam tempoh sebulan dua akan mula mengeluarkan buah dan boleh dituai.

Selepas itu Ahmad telah membawa kami ke satu lagi ladangnya yang berkeluasan sekitar 6 ekar yang juga baru sahaja selesai dibajak tapi belum lagi dibuat batas kerana hujan pada hari sebelumnya menyukarkan traktor untuk membuat batas . Disini Ahmad berkata bahawa beliau akan menanam pokok terung bulat yang saya lihat disemai di tapak semaian beliau disitu yang sudah berusia 1 bulan dan siap sedia untuk dialihkan ke atas batas-batas.
Dalam perjalanan pulang kami telah dibawa meninjau ladang pisang berangan kepunyaan En Bakri yang telah berbuah.
1 comments:
Untuk kualitas Pertanian, perkebunan, pertambakan, peternakan dan rumput laut Pupuk Organik Cair ALam Hijau menjadi solusi yg bagus. selain mempercepat dan meningkatkan produktifitas, POC ALAM HIJAU juga berfungsi untuk Penguatan Akar, Mencegah dari berbagaimacam penyakit, jamur dan hama dan aman untuk digunakan.
www.disantyaalamhijau.blogspot.com
Thx...
Post a Comment