Pihak usahawantani.com mempelawa semua petani penternak , nelayan dan peniaga berkaitan tani untuk menggunakan perkhidmatan blog usahawantani.com. Anda boleh mengiklan produk anda dilaman ini secara percuma . Marilah sama-sama kita memajukan industri asas tani ini . Hantarkan skrip atau banner iklan anda ke iklan@usahawantani.com Kami akan siarkan iklan anda di blog ini. Anda juga digalakkan untuk mendaftar sebagai pengguna laman usahawantani.com . Sebagai pengguna berdaftar anda akan sentiasa mendapat maklumat terkini dari kami . Sekian . Pentadbir@Pulau Tawar


05 February 2010

Ladang kontrak lahirkan usahawan

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN


Mohd. Mokhtar Ismail (kanan) meninjau tanaman cili semasa lawatan ke ladang kontrak di Pulau Indah, Pelabuhan Kelang, Selangor.


KEMENTERIAN Pertanian dan Industri Asas Tani sentiasa memberikan perhatian, khidmat nasihat dan bantuan bagi meningkatkan lagi tahap dan mutu pertanian di negara ini.

Salah satu cara adalah dengan mengubah pertanian tradisional kepada pertanian yang lebih moden dan mendatangkan hasil berlipat kali ganda.

Antaranya menerusi High Impact Project (HIP) atau Projek Berimpak Tinggi bagi membantu meningkatkan pertanian negara.

Buat masa ini terdapat lima Projek Berimpak Tinggi yang dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani iaitu Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Zon Industri Akuakultur (ZIA), Pusat Fidlot Nasional (NFC), Industri Asas Tani (IAT) dan Ladang Kontrak.

Di Selangor saja terdapat 250 petani yang terlibat dengan ladang kontrak di mana 25 peserta atau 10 peratus terletak di Pulau Indah, Pelabuhan Kelang, Selangor.

Bermula hanya dua orang peserta ladang kontrak pada penghujung 2004 yang menanam tembikai tanpa biji, jagung manis dan timun susu pada tanah seluas lima ekar dan kini terdapat 25 pengusaha ladang kontrak berdaftar dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di atas tanah seluas 40 hektar (100 ekar).

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Mokhtar Ismail berkata, matlamat ladang kontrak adalah bagi memastikan pasaran, meningkatkan pendapatan, meningkatkan pemasaran, menghasilkan produk berkualiti serta meningkatkan teknologi rantaian berkekalan.

"Ladang kontrak merupakan hasil perjanjian dengan pengusaha dengan agensi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang diperbadankan (MoA Inc).

"Ini termasuk Jabatan Pertanian, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), FAMA dan Agro Bank," katanya selepas melakukan lawatan kerja ke lima buah ladang kontrak di Pulau Indah baru-baru ini.

Beliau menegaskan semua agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menggembleng tenaga membantu petani dengan MARDI terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), Jabatan Pertanian memberikan bimbingan, pembiayaan dari Agrobank manakala FAMA pula terlibat dalam pemasaran.

"Sayur-sayuran dan buah-buahan mempunyai permintaan yang tinggi dan dengan adanya kontrak dengan FAMA dapat memastikan pendapatan petani yang berterusan," katanya.

Mohd. Mokhtar berkata, ladang kontrak telah mencapai sasaran yang ditetapkan dengan petani menanam 17 jenis sayur-sayuran dan 13 jenis buah-buahan berdasarkan permintaan dan keserasian tanah.

Kawasan Klang mempunyai peserta ladang kontrak paling ramai kerana jawatankuasa kerja yang aktif dalam membantu peserta.

Malah selepas Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) ditubuhkan melibatkan jentera kerajaan, organisasi bukan kerajaan dan ketua masyarakat menjadikan program ladang kontrak menjadi lebih mudah.

Sementara ini Pengarah FAMA Negeri Selangor, Rohizad Ridzwan berkata, MPPP melibatkan 22 kawasan Parlimen di Selangor dengan kerjasama jentera kerajaan, organisasi bukan kerajaan (NGO) dan ketua masyarakat.

"Pulau Indah mencatatkan bilangan peserta ladang kontrak sehingga 10 peratus daripada seluruh Selangor kerana penglibatan ketua masyarakat serta golongan belia yang aktif dalam pertanian," katanya.

Manakala Pengarah Lembaga Pembangunan Nanas Malaysia (LPNM), Selangor Rosmizam Md. Yusof berkata, walaupun masih tidak terdapat penanam nanas berdaftar dengan pihaknya tetapi ini merupakan peluang memperkenalkan tanaman nanas di Pulau Indah.

"Buat masa ini pihak LPNM menjalankan promosi besar-besaran bagi menanam nanas dengan memberikan subsidi tanaman dalam bentuk input pertanian," katanya.

1 comments:

Rahman,  February 7, 2010 4:58 PM  

usahakan pertanian di negeri yg berkerajaankan BN.baru leh nampak hasil.Negeri PR mmg takde masa nak tanam pokok kerana sibok berpolitik.PR terus berpolitik sampai bangsa melayu jadi miskin.

UsahawanTani Facebook

Recent Posts

Ulasan Terkini

IKLAN 1

Ruang iklan untuk disewa

IKLAN 2

Ruang Iklan untuk disewa
PELUANG KERJASAMA

Pihak Portal Usahawantani.com dan Akademi Usahawantani sedang dalam proses menyemak dan menilai kembali kursus-kursus UsahawanTani yang dianjurkan oleh pihak kami . Kami menjemput semua pengusaha-pengusaha yang berpengalaman ATAU baru dalam mengendalikan kursus-kursus usahawantani untuk berkerjasama atau menjadi panel kami . Sila hantarkan proposal anda kepada Pengurus Akademi UsahawanTani di email akademi@usahawantani.com . Maklumat yang mesti ada dalam proposal anda ialah :
1. Nama Anda / Syarikat
2. Alamat
3. Bidang UsahaTani
4. Kandungan Kursus
5. Bilangan Hari
6. Kos Kursus
7. Lokasi Kursus
8. Pengalaman
9. Cadangan kaedah kerjasama (option)


  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP