Pihak usahawantani.com mempelawa semua petani penternak , nelayan dan peniaga berkaitan tani untuk menggunakan perkhidmatan blog usahawantani.com. Anda boleh mengiklan produk anda dilaman ini secara percuma . Marilah sama-sama kita memajukan industri asas tani ini . Hantarkan skrip atau banner iklan anda ke iklan@usahawantani.com Kami akan siarkan iklan anda di blog ini. Anda juga digalakkan untuk mendaftar sebagai pengguna laman usahawantani.com . Sebagai pengguna berdaftar anda akan sentiasa mendapat maklumat terkini dari kami . Sekian . Pentadbir @ Pulau Tawar Jerantut Pahang

30 November 2010

SILAJ

SILAJ

Silaj adalah makanan ternakan ruminan yang terdiri daripada bahan rufaj yang berkelembapan tinggi di antara 35 % hingga 75 % kandungan air yang diperolehi melalui proses penapaian dan disimpan dalam keadaan kedap udara (anaerobic). Silaj sebagai salah satu sumber bekalan makanan ternakan berkualiti untuk ruminan mempunyai kelebihan berbanding dengan rumput segar dan hay kerana silaj dapat dikeluarkan sepanjang masa, proses pengeluarannya tidak bergantung kepada keadaan cuaca dan dapat dihasilkan daripada berbagai jenis bahan rufaj seperti rumput, batang jagung, pelepah kelapa sawit dan bahan-bahan lain. Silo (bekas simpanan silaj) terdiri daripada berbagai bentuk seperti bunker, stack, tower, tong plastik dan lain-lain. Faktor yang penting ialah bekas yang digunakan seharusnya praktikal dari segi pengendalian dan mesti dalam keadaan kedap udara.


PRINSIP DAN KEPERLUAN ASAS MEMBUAT SILAJ

Prinsip utama dalam membuat silaj ialah memastikan keadaan yang kedap udara dan kandungan karbohidrat larut air yang mencukupi. Keadaan kedap udara diperolehi dengan memadatkan bahan tanaman dengan segera bagi mengelakkan berlakunya proses pereputan bahan hijau dan separa hijau yang memerlukan udara.

Foder yang mempunyai bahan kering lebih daripada 35 % akan menyebabkan keadaan silaj menjadi kurang mampat dan ini akan menggalakkan pertumbuhan kulat. Bagi foder yang terlalu lembap (kurang 25% bahan kering) pula akan menghasilkan silaj yang masam, disamping kehilangan air dan nutrien yang banyak. Keperluan air ialah 65 – 75 % (25 – 35% bahan kering). Masa yang sesuai untuk mendapatkan kandungan air pada peratus tertentu bergantung kepada jenis tanaman. Foraj jagung perlu dipotong semasa berumur 75 hari manakala rumput gajah pula hendaklah dipotong pada umur tidak melebihi 40 hari.

KAEDAH MEMBUAT SILAJ

Foder untuk silaj hendaklah dipotong pendek di antara 3 – 15 cm supaya mudah dipadatkan. Foder di dalam silo hendaklah dipadatkan dengan secepat mungkin dalam masa dua hari selepas dipotong bagi menghindarkan udara daripada terperangkap. Keadaan ini mengurangkan pernafasan sel dan aktiviti enzim. Foder yang telah dipadatkan hendaklah diperam selama sebulan bagi menghasilkan silaj yang baik. Silaj yang baik boleh disimpan bertahun-tahun lamanya jika tidak diganggu.

Bahan silaj yang mengandungi kurang karbohidrat perlu ditambah dengan asid bukan organik (sulfuric, hidroklorik, fosforik) atau boleh juga menggunakan asid organik (formic, propionik) tetapi bahan-bahan tersebut sangat mahal. Untuk mengurangkan kos pengeluaran silaj, ianya boleh dicampur dengan jenis-jenis karbohidrat yang boleh di dapati dengan lebih murah seperti molas dan bijirin.

Semasa proses pemeraman perubahan bahan kepada produk tertentu dalam silaj akan berlaku. Secara am, karbohidrat dalam bahan hijau/segar yang diperam ditukarkan menjadi asid laktik atau asetik. Proses penukaran dilakukan oleh bakteria anaerobik dengan bantuan haba yang dihasilkan oleh sel tanaman yang masih hidup. Asid-asid yang dikeluarkan, terutamanya asid laktik akan merendahkan pH dan ini menyebabkan proses biokimia yang terjadi pada bahan silaj terhenti. Dengan ini bahan yang diperam akan dapat disimpan dengan baik dan kualiti pemakanannya dapat dikekalkan.

KENAPA SILAJ DIPERLUKAN

Kefahaman mengenai asas keperlan ternakan ruminan terhadap unsur asid lemak berwap (volatile fatty acid) mendorong pengusaha untuk menjalankan aktiviti pembuatan silaj. Tenaga yang diperlukan oleh ternakan ruminan diperolehi dalam bentuk asid lemak berwap daripada jenis asid asetik dan propionik dan bukan glukos seperti ternakan monogastrik. Asid lemak berwap ini digunakan oleh ruminan untuk tumbesaran, penghasilan susu dan lain-lain fungsi metabolik.

PEMERAMAN SILAJ

Silaj boleh diperam di dalam silo atau tanpa silo. Silo merupakan struktur kedap udara atau separa kedap udara yang digunakan untuk memeram silaj.

Faktor utama kerosakan silaj adalah disebabkan kehadiran udara di dalam silo. Udara menyebabkan bahan silaj rosak akibat tindakan bakteria aerobik. Bila kerosakan berlaku, silaj tersebut tidak boleh lagi digunakan sebagai makanan ternakan kerana tercemar oleh kulat, baunya tidak menyenangkan dan mendatangkan mudarat kepada ternakan.

Kualiti silaj dapat diukur berdasarkan kepada beberapa parameter. Silaj dianggap rosak bila warna menjadi kehitaman serta berbau tengik. Nilai pH yang rendah menunjukkan tahap fermentasi asid laktid dalam silaj yang baik. Nilai pH antara 3.8 hingga 4.2 adalah silaj yang berkualiti baik manakala pH melebihi 4.5 dianggap kualiti kurang baik. Nilai pH melebihi 5 adalah dianggap rosak.

Sehingga kini teknik-teknik penghasilan silaj dengan menggunakan tower, stack dan bunker silo tidak sesuai dipraktikkan di negara ini. Jenis-jenis silo tersebut menghasilkan peratusan silaj rosak yang tinggi. Masalah utama yang dihadapi ialah cara pemampatan serta system penutupan silo yang tidak sempurna yang menyebabkan keadaan aerobic. Disamping itu jenis silo yang digunakan ini, tidak boleh dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain.

Bagi mengelakkan udara terperangkap di dalam silo, bahan silaj mesti dipadatkan semasa diisi ke dalam silo. Bila bahan diisi dengan padat, udara terperangkap berkurangan. Semakin kurang udara terperangkap, semakin baik kualiti silaj yang akan dihasilkan. Dua jenis silo yang lebih praktikal jika digunakan adalah seperti berikut:-

SILAJ TONG PLASTIK

Penggunakan tong plastik sebagai silo mula diterima oleh penternak kerana mudah dikendalikan. Tong plastik adalah paling sesuai digunakan berdasarkan saiz dan beratnya yang mudah dikendalikan, kualiti bahan plastkc yang mampu bertahan mengikut cuaca persekitaran, boleh digunakan berulang kali, harga lebih murah dan mudah diperolehi. Pada masa ini, teknik ini telah diterima pakai dan digunakan oleh penternak di Malaysia.

Penghasilan silaj menggunakan tong plastik sebagai silo, adalah dengan mendapatkan bahan silaj ke dalam silo, menggunakan tenaga manusia, di mana seseorang pekerja perlu memijak bahan silaj sehingga padat. Semakin kuat pijakan semakin padat bahan silaj dihasilkan. Biasanya kualiti silaj yang dihasilkan dengan cara ini akan mengalami sedikit kerosakan kerana tenaga pijakan manusia tidak menjamin udara di dalam silo dikeluarkan sepenuhnya. Memampatkan bahan silaj melalui pijakan manusia juga menggunakan banyak tenaga dan aktiviti ini amat meletihkan dan kurang praktikal. Akibatnya kualiti silaj yang dihasilkan sangat terhad dan kurang berkualiti.

Bagi mengatasi masalah memampatkan bahan silaj di dalam tong plastik, JPH telah merekacipta sebuah mesin pemampat mekanikal yang merupakan kombinasi daripada alat pemampat, alat penyedut udara serta tong plastik yang diubahsuai. Mesin tersebut terdiri daripada alat pemampat yang digerakkan oleh motor eletrik bagi menghasilkan tekanan kepada pam hidrolik. Satu plat dipasang di hujung pam untuk menekan bahan silaj supaya lebih padat. Plat ini boleh ditukar bergantung kepada saiz tong plastik yang digunakan. Lazimnya apabila bahan silaj diisi penuh, ia selalunya akan terkeluar melebihi paras muka tong plastik. Untuk menutup tong plastik dalam keadaan ini, kaedah menggunakan tangan adalah sangat sukar. Dengan menggunakan mesin berkenaan bahan silaj boleh diisi dengan kuantiti yang banyak kerana mampatan ini dapat menjimatkan jumlah tong yang digunakan dan udara di dalam tong dapat diminimumkan. Selain daripada itu, penutup tong dapat ditutup dengan kemas dan seterusnya menjamin tiada kebocoran udara agar proses fementasi silaj berlaku dengan sempurna.

Mesin ini juga dilengkapi dengan penyedut udara yang direka khusus bagi menyedut udara daripada tong plastik yang diubahsuai dengan memasang injap pada penutup tong.

Mesin pemampat mekanikal berpotensi besar untuk dikomersilkan kerana mempunyai ciri-ciri kecekapan tinggi dimana kerja-kerja menghasilkan silaj menjadi lebih mudah, cepat dan kualiti silaj yang dihasilkan adalah terjamin.

MODUS OPERANDI MESIN PEMAMPAT MEKANIKAL

Bahan foraj yang dipotong dengan saiz yang sesuai, diisi ke dalam tong plastik dengan menggunakan penyodok (spade). Tong plastik yang hampir penuh ditolak di atas roller conveyor sehingga di bawah plat dan ditekan dengan mengawal suis pam. Dua orang pekerja diperlukan untuk menjalankan kerja ini. Seorang untuk mengawal suis alat pemampat manakala seorang lagi menambah bahan foraj ke dalam tong plastik.

Bahan foraj ditekan dan diisi berulangkali sehingga tong plastik betul-betul penuh. Apabila penuh, penutup tong plastik diletak di atas tong dan ditekan dengan plat kemudian diklip. Udara lebihan di dalam tong disedut keluar dengan menggunakan alat penyedut udara melalu injap.

BANDELA BERBUNGKUS (SILAWRAP)

Silawrap atau bandela berbungkus adalah teknik baru dalam pembuatan silaj. Silaj berbungkus ini boleh dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain dengan mudah sekali jika dibandingkan dengan kaedah-kaedah sebelumnya.

Silaj boleh diperam dengan membungkusnya. Mesin pembungkus bandela digunakan untuk kaedah ini. Walau bagaimanapun kaedah ini tidak sesuai untuk rumput gajah, jagung/sisa tanaman jagung dan sekoi kerana bahan yang besar dank keras akan mewujudkan rongga dan boleh memecahkan plastik pembungkus.

Sebelum membungkus, mesin pembandela mini digunakan dahulu untuk memungut bahan silaj. Mesin ini akan memungut dan memadatkan rumput serta mengikatnya supaya menjadi bandela yang berbentuk silinder. Bandela ini dikeluarkan dari bahagian depan mesin. Bandela ini kemudiannya disiram dengan molas atau urea sebagai bahan tambah sebelum dibungkus dengan mesin pembungkus. Untuk simpanan yang lama, perlu dipastikan supaya tiada tebukan atau pecahan pada bahagian plastik bungkusan ini. Penggunaan kaedah ini memerlukan kos yang tinggi kerana prosesnya melibatkan beberapa mesin dan peralatan yang lain.

SILAJ BATANG JAGUNG MANIS

Jagung manis jenis Thai Super Sweet merupakan satu tanaman kontan atau tanaman jangka pendek yang popular kerana ia mempunyai nilai jualan dan pasaran yang baik. Projek tanaman jagung manis boleh ditambahnilai jika ianya dapat diintegrasikan dengan pemeliharaan lembu fidlot. Gabungan kedua-dua aktiviti penternakan dan tanaman akan dapat mengoptimumkan penggunaan sumber tanah, gunatenaga dan sisi tanaman dijadikan sebagai makanan asas penggemukan lembu. Kos pembajaan akan dapat dikurangkan jika tinja daripada kandang lembu dapat disalurkan ke kawasan tanaman jagung.

Pokok jagung adalah satu tanaman yang berpotensi untuk dibuat silaj. Di negara barat, silaj jagung dibuat bersama-sama dengan jagungnya sekali. Silaj yang dihasilkan adalah berkualiti tinggi. Di negara kita, jika silaj jagung bersama jagungnya sekali dibuat silaj, ia tidak mendatangkan keuntungan yang tinggi.

Keuntungan yang optimum diperolehi sekiranya batang jagung sahaja diproses untuk silaj dan hasil jagung boleh dijual secara berasingan. 20 – 25 kg silaj batang jagung manis diperlukan oleh seekor lembu tenusu untuk sehari bersama foraj lain dan konsentrat.

Daripada kajian yang dijalankan, didapati sebanyak 17 tan metrik silaj batang jagung dapat dihasilkan daripada sehektar tanaman setelah diambil kira kehilangan bahan kering semasa proses membuat silaj dijalankan.

Pokok-pokok jagung dipotong dan dikumpulkan pada umur 75 hari selepas menanam. Sisa jagung hendaklah dipastikan tidak kering di ladang supaya kandungan kelembapan batang jagung sediaada akan memudahkan kemampatan bahan-bahan hancur dan menggalakkan keadaan anaerobic. Terdapat dua cara pungutan dan pemotongan batang jagung iaitu:-

i) - potong batang jagung secara manual

- angkut secara manual atau dengan treler

- cincang batang jagung dengan shredder



ii) - potong dan hancurkan batang jagung dengan forage harvester

- angkut dengan treler



Kerja memotong batang jagung perlu dilakukan dalam masa 3 hari selepas penuaian buah jagung dan diangkut dengan treler dari ladang ke kandang. Pemotongan batang jagung kepada keratan kecil untuk pemampatan dan proses pemeraman dijalankan dengan penggunaan forage chopper di tapak silo. Silaj yang dihasilkan dengan kaedah yang betul boleh digunakan selepas 3 hingga 4 minggu diawet tanpa terdedah kepada udara. Untuk meningkatkan mutu dan mempercepatkan proses fermentasi silaj sebanyak 1 % cairan molas disiram ke atas batang jagung semasa pemampatan. Sebanyak 10 kg molas/tan metrik silaj digunakan dengan kadar pencairan 1 kg molas kepada 5 liter air. Selepas tungkul jagung dituai, batangnya masih mengandungi sumber nutrien yang tinggi dan sesuai untuk ternakan. Semasa umur penuaian iaitu 75 hari kandungan protin kasar ialah 9.6 % dan tenaga ungkaibina (ME) adalah 7.82 MJ/kg boleh didapati dari batang jagung (jadual 1). Dengan kandungan nutrien yang agak tinggi pengawetan bahan tersebut perlu dijalankan bagi menampung kekurangan makanan ternakan semasa musim kurang baik.



Jadual 1 : Kandungan nutrien batang jagung manis segar dan silaj



Nutrien
Segar
Silaj

40 hari
60 hari
75 hari
Silaj Tanpa molas
Dicampur
1 % molas
Dicampur
2 % molas

Bahan kering
16.4
16.5
25
23.3
28.1
26.8

Protin kasar
12.5
11.9
9.6
8.2
11.2
12.4

Serat kasar
30.8
32.4
34.5
33.8
29.7
31.9

Fosforus
0.2
0.16
0.15
0.22
0.17
0.2

Kalsium
0.26
0.37
0.46
0.46
0.67
0.53

TenagaUngkaibina (MJ/kg)
8.4
8.19
5.86
5.86
6.27
6.09




SILAJ NAPIER (rumput gajah)

Di antara beberapa sepsis rumput terpilih yang didapati di negara ini, rumput gajah adalah yang paling sesuai untuk dijadikan silaj. Ini berdasarkan kepada penghasilan dan kandungan karbohidrat yang tinggi. Kajian menunjukkan rumput gajah perlu dipotong pada peringkat umur 40 hari untuk mendapatkan zat nutrien yang optimum. Kandungan protin kasar dan tenaga ungkaibina akan menurun dengan mendadak pada peringkat umur 75 hari (Jadual 2).

Jadual 2: Kandungan nutrien rumput napier segar dan silaj



Nutrien
Segar
Silaj

40hari


60Hari
75hari
40 hari
40 hari
dicampur
1 % molas
75 hari
tanpa molas
75 hari
dicampur
1 % molas

Bahan kering
14.8

31.6
15.3
19.6
28.6
36.2

Protin kasar
15.6
8.6
7.8
13.5
12.4
6.2
7.4

Serat kasar
33.5
36.4
46.9
32.8
26.5
38.1
27.5

Fosforus
0.18
0.15
0.16
0.36
0.19
0.14
0.14

Kalsium
0.30
0.41
0.36
0.40
0.67
0.34
0.72

Tenaga Ungkaibina(MJ/kg)
7.92
6.46
6.45
7.43
7.57
5.95
7.12


Pengambilan silaj oleh ternakan dijangkakan ada kaitan dengan kandungan zat nutrien seperti bahan kering, peratus protin, kadar asid laktik dan asetik serta paras ammonia di dalam silaj (Jadual 3). Keputusan kajian menunjukkan pengambilan silaj oleh ternakan adalah lebih tinggi apabila peratus bahan kering melebihi 40.



Jadual 3 : kesan peratus bahan kering dalam silaj ke atas pengambilan silaj oleh bebiri



Bahan
Bahan Kering Dalam Silaj (%)

22
40
45
80

pH silaj
4.48
4.49
4.53
5.89

Kandungan asid Laktik, % DM
5.06
4.11
3.19
0.19

Kandungan asid Asetik, % DM
4.91
3.21
2.88
0.62

Jumlah Asid Lemak Berwap (VFA)
10.46
7.53
6.26
1.0

Pengambilan bahan kering, g/kg berat badan W
49.1
57.3
58.8
63.2

Kadar Penghadaman Bahan Kering, %
58.2
60.1
60.0
61.1

Pengambilan N, g/hari
14.2
16.2
18.3
19.6

N kekal, g/hari
0.9
1.0
2.6
2.9

Kadar Penghadaman N, %
70.5
72.2
72.0
70.0

Pengambilan air, g/g DRY MATTER
3.5
2.4
2.4
2.2




Satu kajian perbandingan telah dijalankan menggunakan batang jagung manis dan rumput napier, dicampur dengan urea dan molas. Silaj batang jagung manis yang dicampur molas dan urea mengandungi Asid Detergent Fibre (ADF), Neutral Detergent Fibre (NDF), hemiselulosa dan selulosa (beberapa peringkat serat) yang lebih rendah, kandungan protin dan tenaga metabolisma yang lebih tinggi, dibandingkan dengan silaj yang tidak dicampur molas dan urea. Keadaan yang sama juga berlaku ke atas rumput napier.

Satu kajian lain yang dijalankan di luar negara membuat perbandingan ke atas silaj jagung pada dua peringkat umur dan campuran urea adalah seperti di Jadual 4.

Jadual 4: Perbandingan Silaj Jagung pada 2 peringkat umur dan Campuran Urea

Perlakuan/Nilai nutrien
Silaj jagung
Silaj jagung
(campur urea)

1
2
1
2

Bahan kering, %
26.0
39.1
26.1
38.8

Protin kasar, %
9.6
7.7
13.5
11.2

Karbohidrat mudah hadam, %
14.5
16.4
14.0
16.0

pH
3.7
3.7
3.7
3.9

Asid Laktik, %
7.3
4.7
7.9
5.3

Asid Asetik, %
1.9
1.1
1.9
1.3

Pengambilan makanan, g/hari
881
816
844
1000


Kajian tersebut menunjukkan nilai protin dan kegemaran serta pengambilan makanan oleh ternakan meningkat apabila silaj mengandungi urea.

Silaj adalah kaedah pengawetan yang mudah dan praktikal apabila terdapat foraj yang berlebihan. Ianya boleh disimpan lama dan digunakan semasa kekurangan foraj. Kualiti silaj adalah lebih baik jika dibandingkan dengan menggunakan kaedah-kaedah lain. Rasanya lebih enak disamping terdapat penambahan zat nutrien seperti tenaga, protin dan kadar penghadaman yang lebih tinggi.

SOAL JAWAB BERKAITAN SILAJ

i. Apakah ciri-ciri hibrid jagung silaj yang baik?

Ciri-ciri jagung silaj yang baik ialah hibrid yang dapat menghasilkan bahan kering yang tinggi iaitu di antara 30 – 36 % dan apabila 60 – 80 % daripada biji jagung mencapai kematangan.



ii. Manakah lebih baik diantara penuaian dilakukan pada peringkat awal daripada penuaian lewat?

Penuaian awal bagi tanaman seperti bijirin jagung, sekoi dan gandum adalah lebih baik daripada lewat. Tetapi kehilangan nutrien hendaklah dielakkan (jangan menuai bahan tanaman yang mengandungi kelembapan melebihi 70 %). Silaj yang dituai awal mempunyai pH yang rendah, kandungan asid yang tinggi dan berkemungkinan kehilangan bahan kering jika dibandingkan dengan penuaian lewat. Penuaian terlampau lewat akan merumitkan pemotongan dan pemadatan.

iii. Bagaimana membuat silaj daripada rumput tropika yang mengandungi kelembapan yang tinggi?

Foraj yang dipotong hendaklah dilayukan sehingga mengandungi 30 % bahan kering. Kemudian 10 – 25 kg molas ditambah bagi setiap satu tan metrik foraj segar.

iv. Berapakah saiz pemotongan yang sesuai?

- 3/8 inci (10-12 mm) bagi jagung, sekoi dan gandum

- ½ hingga 1 inci bagi rumput

- Saiz pemotongan yang lebih pendek diperlukan bagi foraj yang agak kering berbanding dengan foraj basah.



HASIL DAN POTENSI EKONOMI

SILAJ

Dengan pengeluaran sebanyak 1,100,040 kg setahun, kos pembangunan yang diperlukan adalah berjumlah RM113,490.00. Kos ini termasuk peralatan, mesin silager, tong penyimpanan dan sebagainya. Kos pengendalian sebanyak RM53,808.00 setahun diperlukan untuk mengeluarkan silaj tersebut.

Dari pengeluaran tersebut pengeluaran se kilogram adalah sebanyak RM0.059 dan ia adalah baik memandangkan harga silaj adalah RM0.15 se kilogram. Dalam analisis ini menunjukkan bahawa kadar pulangan adalah melebihi 40 %. Ini menunjukkan projek ini berdaya maju manakala nilai kini bersih yang positif dan tinggi menunjukkan bahawa projek ini amat positif dan menunjukkan keuntungan di masa hadapan. Manakala tempoh pulangan modal yang pendek iaitu kurang dari tiga tahun adalah amat sesuai .



Kos Pengeluaran per kg silaj
RM0.059

Jumlah kos tetap
RM113,490.00

Jumlah kos kendalian
RM53,806.00




Dayamaju Kewangan:

Kadar pulangan dalaman (IRR) 42.16 %

Nilai kini bersih (NPV) @ 10 % RM373,243.00

Nisbah faedah kos (BCR) @ 10 % 1.95

Tempoh pulang modal (PBP) 2.48



SILAJ
(Rumput Peram)



Silaj ialah bahan makanan ternakan hasil daripada pemeraman foder basah atau bahan sampingan pertanian yang disimpan ditempat yang kedap udara. Tanaman yang biasanya dibuat silaj ialah jagung, sekoi dan rumput-rumput seperti rumput gajah, rumpyt kuda, rumput pangola dan rumput para. Diantara bahan sampingan pertanian yang mungkin boleh dibuat silaj ialah seperti kulit koko, buangan kilang nenas, kulit kopi, pelepah kelapa sawit, jerami padi dan sisa tanaman jagong.

Tujuan utama pengeluaran silaj adalah untuk menyimpan foder atau bahan makanan ternakan tanpa mengurangkan mutu pemakanan dan silaj yang dihasilkan digunakan terutama ketika kekurangan foder atau bahan makanan ternakan.

Perinsip penting dalam pembuatan silaj, ialah penyimpanan yang terhindar dari oksijan dan mengelakkan dari pereputan (decomposition) semasa penyimpanan. Bahan-bahan yang hendak dijadikan silaj diperam didalam silo. Silo ialah satu struktur yang kedap udara. Ini menyebabkan bahan-bahan yang disimpan didalam silo tidak terdapat oksigen. Apa yang berlaku ketika pemeraman itu ialah karbohaidrat dalam bahan yang diperam bertukar menjadi asid laktik atau asetik. Proses penukaran dilakukan oleh bakteria-bakteria anaerobik.

Asid-asid ini akan merendahkan pH yan menebabkan proses biokimia dalam bahan-bahan yang diperam terhenti. Dengan ini bahan-bahan yang diperam akan disimpan dengan baik dan mutu pemakanan tidaklah begitu terjejas. bahan-bahan aditif seperti bijiran, asid formik, formaldehyde, asid propionik, garam biasa, amonia dan enzim sering juga ditambah untuk membaiki proses pemeraman.

Tanaman jagong telah diketahui dapat diperam menjadi silaj yang baik, diterima makan oleh ternakan dan dapat mengeluarkan hasil ternakan yang memuaskan. Untuk kawasan-kawasan yang agak kering, kegunaan tanaman sekoi boleh dipraktikkan. Tanaman sekoi mengandungai kandungan gula yang tinggi dan dapat menghasilkan silaj yang baik, tetapi kandungan asid prussik dalam sekoi boleh meracunkan ternakan, terutama sekali jika skoi dipotong terlalu muda atau tanaman didalam keadaan tekanan kemarau (stress periods) kemudaratan tidak akan berlaku jika sekoi diperam sebelum diberi makan.

Mutu silaj adalah bergantung kepada bahan asal pemeraman dan selalunya adalah lebeh rendah dari tanaman asal. Mutu dipengaruhi oleh kaedah pemeraman silaj, pemeraman yang menggalakan haba yang keterlaluan, tidak memadatkan bahan dengan betul, kandungan air yang terlalu rendah mengakibatkan silaj menjadi warna hitam atau coklat. Terlalu banyak kandungan air dalam tanah menyebabkan lelehan nutrien yang banyak dan merugikan.

Keperluan untuk menghasiklan silaj yang baik


Menghidarkan dari udara (silo yang kedap udara) untuk mengurangkan pernafasan sel-sel dan aktiviti enzim

Kandungan air dalam bahan diantara 65-75%

Kandungan karbohaidrat yang mencukupi (lebeh dari 3%) jika bijiran tidak menjadi bahan yang diperam, penambahan unsur karbohaidrat seperti jagung atau molasses adalah perlu untuk mengalakan pengeluaran asid asetik atau laktik dan menghindarkan aktiviti bakteria asid butitik.

Bahan hendaklah dipadatkan didalam silo dan pemeraman dilakukan dengan secepat mungkin.

Elakan foder yang diperam dari bercampur dengan bahan-bahan asing seperti tanah dan sebagainya.

Sifat-sifat silaj yang baik
a. Ph (tahap kemasaman) 4.5
b. Kandungan asid laktik 3 - 13 %
c. Kandungan asid butirik 0.2 %
d. Warna hijau - kekuningan / hijau keperangan
e. Bau menyenangkan, tidak busuk, saolah-olah bau cuka
f. Tahap basah tidak ada lilihan nutrien
g. Keperisiaan boleh diterima makan oleh ternakan
h. Nilai pemakanan hampir-hampir menyerupai dengan bahan -bahan asal

Kehilangan nutrien dalam proses pemeraman silaj

Pemeraman melibatkan perubahan kimia, jadi kehilangan nutrien tidak dapat dielakkan tetapi dapat dikurangkan. Jenis-jenis kehilangan ialah:-

Kehilangan nutrien (seepage losses) dalam benruk karbohidrat larutan air atau asid-asid meruap adalah dianggarkan 10 % dari bahan kering. Ini boleh dikurangkan dengan memotong foraj apabila mencapai tahap berat kering 30 - 35 % atau melayukan foder ketahap 65-75 % kandungan air sebelum diperam atau menambah bahan-bahan seperti jerami padi atau tongkol-tongkol jagong sebagai bahan mendap.

Kehilangan nutrien disebabkan oleh proses fermentasi ialah dianggarkan 5 % hingga 10 %

Kerosakan dipermukaan silaj dan juga dinding silo juga berlaku. kerosakan ini ialah diantara 0-25 % bergantung samada foder itu dipotong halus, padatan yang elok, kemasukan air hujan dan kegunaan penutup plastik yang baik.

Ada juga kerugian semasa memotong foder diladang

Jenis-jenis silo

Tower - silo (silo bulat)

Trench silo (silo dalam tanah)

Bunker silo (silo atas tanah)

Plastik covered stack silo (menutup longgokan rumput dengan kain plastik)



MENGUNAKAN SEMULA SISA TANAMAN (BATANG) JAGUNG UNTUK MAKANAN (SILAJ)
TERNAKAN LEMBU PEDAGING



PROSES MEMBUAT SILAJ BATANG JAGUNG (100 KG)

Batang jagung segar dicincang


Masuk dan memampatkan
Kedalam bekas kedap udara


Siram dengan larutan
Garam 1kg.+ UREA 1/2 kg.
Molases 1kg. + Air 4 liter


Tutup rapat
(Kedap udara)


Peram selama 21 hari


silaj


(Warna hijau kekuningan & Wangi seperti bau cuka)

CONTOH KEPADA PETANI / PENTERNAK

Luas tanaman jagung manis - 1 ekar

Hasil jagung : 10,000 tongkol

Pendapatan semusim : ( @ 0.30 / tongkol )

= RM 3,000.00

atau

= RM 936.00 / bulan

Hasil daripada batang jagung

Silaj : 6.4 m.t

atau

Boleh menternak 6 ekor lembu untuk tempoh 8 bulan

Pendapatan dari jualan lembu : RM 387.00 X 6 ekor = RM 290.25 / bulan
8 bulan

Pendapatan Petani Sebulan : RM 936.00 + RM 290.25 = RM 1226.25
(tidak termasuk kos buruh)


Kos Pengeluaran Jagung per ekar

Tenaga : Membajak =

Input : Baja, Benih & Racun = RM 64.00 x 3 bulan RM 192.00





PEMILIHAN LEMBU FIDLOT

Anak lembu Jantan

Umor > 12 bulan

Berat badan 150 - 200 kg.

Baka disyorkan :

Fresian sahiwal
Brahman
Hereford
Draughtmaster
Kacukan tempatan
Tempoh pemeliharaan 8 bulan



KEPERLUAN MAKANAN (saekor lembu)

Silaj : Purata Kadar = 5.0 kg. sehari
atau
1,200 kg untuk 8 bulan

PKC : Purata kadar = 4.5 kg. sehari
atau
1,080 kg. untuk 8 bulan

Nisbah : PKC : Silaj
1,080 : 1,200
47 % : 53 %



PROJEK FIDLOT DI INSTITUT PERTANIAN

Baka FS, DM
Bil 10 Ekor
Mula Julai 1998
Makanan PKC + SILAJ
Berat badan ( 1 ekor )

1. Julai 1998 180 kg.
2. Mac 1999 345 kg

Kadar pertambahan berat badan 0.82 kg. sehari (purata)



KANDUNGAN NUTRIEN JAGUNG MANIS VS RUMPUT NAPIER

Nutrien
Silaj Jagung Manis
Rumput Napier

Bahan Kering
23.3 (25.0)
31.6

Protein Kasar
8.2 (9.6)
8.6

Crude fibre
33.8 (34.5)
46.9

Crude fat
1.6 (1.6)
1.9

Total Ash
8.2 (8.2)
6.9

N-free extract
48.2 (46.1)
35.7

Phosphorus
0.22 (0.15)
0.16

Calcium
0.46 (0.46)
0.36

Metaboliszable (energy)
5.86 (7.28)
6.45




TANAMAN JAGUNG MANIS

Umor 70 - 75 hari

Hasil Jagong
25,000 tongkol / ha

10,000 tongkol / ekar

2,500 tongkol / ¼ ekar

Silaj
16 m.t / hektar (6.4 m.t / ekar)

1.6 mt / ¼ ekar

ANGARAN PENDAPATAN (Bagi saekor lembu berat - 300 kg.)

Pendapatan Kasar :



RM

Daging (30 %)
90 kg. x 14.00
1260.00

Tulang (7.5 %)
25 kg. x 9.00
225.00

Organ dalam
10 kg. x 8.00
80.00

DLL

50.00

Jumlah

1,615.00



KOS PENGELUARAN


RM

Anak Lembu 130 kg. @ RM 5.60
328.00

Makanan (PKC + dll
500.00

Jumlah
1,228.00


Pendapatan Bersih:

RM 1,615 - 1,228 = RM 387.00

12 comments:

Mhnizam June 20, 2011 at 11:06 PM  

maklumat menarik tentang penanaman cili.Banyak belajar disini

Daftar Ahli Usahawantani

Followers

There was an error in this gadget

IKLAN 1

Ruang iklan untuk disewa

IKLAN 2

Ruang Iklan untuk disewa
PELUANG KERJASAMA

Pihak Portal Usahawantani.com dan Akademi Usahawantani sedang dalam proses menyemak dan menilai kembali kursus-kursus UsahawanTani yang dianjurkan oleh pihak kami . Kami menjemput semua pengusaha-pengusaha yang berpengalaman ATAU baru dalam mengendalikan kursus-kursus usahawantani untuk berkerjasama atau menjadi panel kami . Sila hantarkan proposal anda kepada Pengurus Akademi UsahawanTani di email akademi@usahawantani.com . Maklumat yang mesti ada dalam proposal anda ialah :
1. Nama Anda / Syarikat
2. Alamat
3. Bidang UsahaTani
4. Kandungan Kursus
5. Bilangan Hari
6. Kos Kursus
7. Lokasi Kursus
8. Pengalaman
9. Cadangan kaedah kerjasama (option)


Daftar Ahli Usahawantani

Borang Pendaftaran

Nama
Email
No Handphone (e.g 019-1234567)
Lokasi (e.g Bandar/Negeri)
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ]


Nota : Selepas menekan butang 'Daftar' sila lihat email anda untuk kepastian bahawa pendaftaran anda telah diterima oleh pihak kami.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP