Pihak usahawantani.com mempelawa semua petani penternak , nelayan dan peniaga berkaitan tani untuk menggunakan perkhidmatan blog usahawantani.com. Anda boleh mengiklan produk anda dilaman ini secara percuma . Marilah sama-sama kita memajukan industri asas tani ini . Hantarkan skrip atau banner iklan anda ke iklan@usahawantani.com Kami akan siarkan iklan anda di blog ini. Anda juga digalakkan untuk mendaftar sebagai pengguna laman usahawantani.com . Sebagai pengguna berdaftar anda akan sentiasa mendapat maklumat terkini dari kami . Sekian . Pentadbir @ Pulau Tawar Jerantut Pahang

14 March 2008

Tanaman Tembikai

Buah tembikai berbentuk bulat atau lonjong (oblong). Berkulit licin dan warnanya berbagai-bagai daripada hijau muda hingga hijau tua. Beberapa varieti mempunyai jalur. Isinya berwarna putih, kuning krim, merah pucat, merah atau merah tua. Isinya juga berjus dan rangup dan mengandungi 90% air. Biji biasanya berwarna hitam dan tertanam di dalam isi. Ada juga varieti yang tiada biji.

Tembikai tumbuh pada batang menjalar di atas tanah. Batang ini berbulu dan mempunyai sulur paut untuk memanjat. Daunnya bujur dengan pecahan cuping yang dalam. Pokok ini kebanyakannya didebungakan oleh lebah madu.

Tembikai tumbuh dengan subur dalam iklim panas dan kering dan menerima banyak cahaya matahari. Tanah yang paling sesuai untuk tembikai ialah tanah yang tidak menakung air dengan pH 5.8-7.2.

Di Malaysia tembikai banyak ditanam di negeri-negeri di pantai timur. Ia di tanam untuk kegunaan domestik dan eksport. Dalam tahun 2000, Malaysia mengeksport tembikai yang bernilai sebanyak RM60 juta. Empat pasaran eksport utama tembikai Malaysia ialah Singapura, Hong Kong, Taiwan dan Brunei. Malaysia menduduki tangga ke 12 antara pengeluar tembikai dunia dan mempunyai 3.1% pasaran saham dunia.

Tembikai biasanya dimakan segar atau diproses untuk dijadikan jus. Ada juga yang dipek di dalam tin atau kotak. Biji tembikai dijadikan snek sama seperti biji bunga matahari iaitu kuaci, yang kaya dengan karbohidrat dan lemak.

Bentuk buah tembikai berjulat daripada yang bulat hingga bulat yang membujur. Warna kulit dari hijau muda hingga hijau tua dengan atau tanpa jalur. Warna isi boleh jadi merah tua, merah atau kuning.

Varieti buah tembikai terbahagi kepada tiga kelas yang besar berasaskan bagaimana biji benih terbentuk: pendebungaan bebas, hibrid F 1 dan triploid (tanpa biji).

Varieti pendebungaan bebas terbentuk melalui beberapa generasi pemilihan. Pemilihan berdasarkan hasil, ciri-ciri kualiti dan kerintangan terhadap penyakit. Varieti pendebungaan bebas mempunyai sifat sebenar akan jenisnya (biji benih daripada satu generasi ke generasi seterusnya akan mengekalkan ciri-ciri yang sama) dan lebih murah daripada varieti hibrid F 1


Hibrid F 1 dibentuk daripada dua titisan seturunan yang telah menjalani pendebungaan sendiri untuk beberapa generasi dan kemudian dikacuk, biji benih yang dihasilkan dijual kepada penanam tembikai. Biji benih hibrid F 1 akan menunjukkan keseragaman dan masa menuai yang lebih baik berbanding dengan biji benih pendebungaan bebas. Ia juga menunjukkan peningkatan dalam pengeluaran hasil sebanyak 20-40% berbanding dengan varieti pendebungaan bebas yang ditanam dalam keadaan yang sama. Kelemahan di pihak hibrid F 1 ialah harganya yang 5-10 kali lebih tinggi berbanding dengan biji benih pendebungaan bebas dan kesediaadaan varieti hibrid F 1 berubah dari setahun ke setahun.


Jenis yang ketiga ialah triploid atau tembikai tanpa biji. Jenis ini dibangunkan dengan mencipta
tembikai yang mempunyai bilangan nombor kromosom dua kali ganda daripada tembikai biasa dan mengacukkannya dengan tembikai yang biasa. Tanaman yang dihasilkan mempunyai bilangan kromosom sebanyak 1½ kali ganda daripada bilangan nombor kromosom biasa. Oleh sebab nombor kromosomnya yang ganjil, biji benih yang berdaya hidup tidak dapat dihasilkan. Tambahan pula pokok tembikai begini hanya dapat menghasilkan debunga yang sedikit. Dengan itu, pokok tembikai biasa mestilah ditanam dengan tembikai triploid sebagai sumber debunga. Sungguhpun tembikai triploid tiada biji, ia sebenarnya bukanlah tiada biji tetapi bijinya tidak terbentuk dengan sempurna, lembut dan boleh dimakan. Biji benih triploid lebih mahal daripada biji benih hibrid F 1 dan buahnya seharusnya mendapat harga premium di pasaran.

Varieti popular

Berikut ialah senarai varieti tembikai dan ciri-cirinya yang dibekalkan oleh pembekal biji benih. Pemilihan yang berhati-hati terhadap varieti yang boleh diharapkan dan menyerlah ialah kunci kepada kejayaan dalam pasaran.

Jadual 1. Senarai hibrid F 1 .varieti tembikai yang mempunyai


gghg







































ghghgghg
Varieti / kultivar Ciri-ciri



New Dragon

Buah bulat membujur
(oblong) agak seragam, sederhana hingga agak besar dan
berat lebih kurang 9 kg. Isi merah, bertekstur halus,
sangat manis dan biji perang tua. Kulit mempunyai jalur
hijau muda dan tua yang nyata, tahan lama dan sesuai
untuk eksport melalui jalan laut.

Dark
Belle or Hitam manis
Subur, buah oblong,
hijau gelap dengan jalur gelap. Kulit nipis tetapi kuat,
sesuai untuk diangkut melalui jalan laut. Isi merah
gelap, lembut dan berair, kandungan gula 12-14%. Berat
antara 2.5-3.5 kg. Matang selepas 102 hari ditanam.



Little Boy

Jenis kecil atau
tembikai ‘icebox’dengan rasa yang sangat enak. Buah
oblong pendek dengan kulit hijau gelap dan jalur hijau
yang lebih gelap yang nyata. Kulit nipis tetapi keras,
sesuai untuk diangkut melalui jalan laut. Beratnya 3-4
kg. Isi merah tua , berjus, lembut mempunyai kandungan
gula 12%. Matang selepas 102 hari ditanam.



China Dragon

Varieti yang sama
dengan New Dragon. Daun kecil dengan cuping tajam yang
beropol dan dalam. Amat produktif dan berputik dengan
baik. Matang agak awal iaitu 80 hari selepas menanam (95
hari selepas menyemai). Bentuk sedikit oblong. Mempunyai
kulit berjalur yang nyata. Berat lebih kurang 12 kg. Isi
merah, pejal dan sangat manis. Biji kecil dan hitam.



Early Klondike

Mempunyai kualiti isi
dan kemanisan yang lebih baik. Sesuai untuk penghantaran
jarak jauh menggunakan kapal laut. Berat lebih kurang 12
kg, berbentuk oblong dengan kulit hitam-hijau. Isi merah
tua. Matang selepas 97 hari disemai.



Red Delicious

Buah kecil dan oblong,
lebih kurang 2 kg. Rupa menarik dengan warna hijau yang
seragam. Isi merah terang, lembut berjus, amat manis dan
biji nya berwarna perang. Kulit nipis tetai keras.
Matang selepas 90 hari disemai.

Golden
Crown
Buah seragam, oblong
saiz ‘icebox’, berat lebih kurang 2.5 kg dengan isi
merah yang sangat cerah. Kemanisan lebih kurang 12%
kandungan gula. Kulit sangat nipis tetapi kuat yang
membolehkan ia diangkut melalui jalan laut.



Funbell

Tembikai ‘icebox’
yang sesuai pada pelbagai jenis tanah. Isi merah jambu,
manis dan berjus. Buah bulat dan berat di sekitar 2 kg.
Mudah mengenali kematangannya kerana jalur buah berubah
daripada hijau kepada kuning. Buah matang selepas 80
hari disemai. Kulit kuning dengan jalur yang lebih
cerah. Biji warna hitam perang yang sederhana.



New Orchid

Subur dan membiak
dengan baik. Buah oblong. Berat lebih kurang 3 – 4 kg.
Kulit hijau dengan jalur hijau gelap. Isi oren kuning,
bertekstur halus dengan kandungan gula 12%. Amat sesuai
diangkut melalui jalan laut.



Full Orchid

Subur dan membiak
dengan baik. Berat lebih kurang 3 –5 kg. Kandungan
gula 12%. Kulit kuat dengan jalur cerah yang nyata.
Varieti yang berbuah awal, isi kuning. Buah seragam,
jarang retak walaupun ditanam dalam keadaan suhu yang
tinggi.



Yellow Baby

Berbuah awal, rasa
manis, sedikit biji berbanding dengan tembikai
‘icebox’ yang lain. Warna isi kuning nanas. Diameter
buah 15 cm, berat 4 kg. Kulit hijau muda dengan jalur
hijau gelap, nipis tetapi kuat.

Jadual 2. Senarai tembikai triploid, varieti tiada
biji



























Varieti / kultivar Ciri-ciri

Favorite
Ball
Mencapai kematangan
awal pada 95 hari selepas disemai. Tumbuh subur. Buah
berbentuk glob. Kulit hijau dengan jalur hijau tua yang
lebar. Berat lebih kurang 6-12 kg dan tahan lama. Isi
merah, berjus dan enak dan boleh disimpan dengan baik.



All Lucky No 2

Mencapai kematangan
awal pada 95 hari selepas disemai. Tumbuh subur. Buah
berbentuk glob Berat lebih kurang 7-8 kg. Kulit hijau
muda dengan jalur hijau tua. Kandungan gula 12%. Isi
merah terang, berjus dan enak dan jarang yang ada
‘hollow heart’.



Prosperity

Matang 95 hari selepas
disemai. Buah bulat seperti glob dengan kulit hijau tua,
berat lebih kurang 6 kg. Kulit nipis dan mempunyai
kualiti penghantaran melalui jalan laut yang baik. Isi
merah terang dan kurang mengalami ‘hollow heart’. Amat
berjus dengan kandungan gula 12-15%. Kualiti yang amat
memuaskan.



Quality

Kulit biru hijau dengan
jalur hijau gelap dan tahan lama. Isi lembut, berjus dan
rasa yang lebih baik. Baik dari segi pengangkutan dengan
kapal laut dan penyimpanan. Berat lebih kurang 7.5 kg.
Amat subur dan produktif. Matang 97 hari selepas
disemai.



Mindful (triploid)

Subur dan berputik
dengan baik. Buah bulat, bentuk seragam dan berat lebih
kurang 5-7 kg. Kulit hijau kebiru-biruan yang cantik
dengan jalur hijau gelap yang halus. Isi merah terang
dengan kandungan gula 12%. Isi pejal, rasa sedap dan
jarang mengalami ‘hollow heart’. Amat baik untuk
penghantaran melalui laut dan penyimpanan. Matang
selepas 97 hari disemai.

Keterangan botani


Pokok



Pokok
tembikai ialah pokok menjalar yang batangnya berdaun serta
mempunyai sulur paut. Akarnya cetek (40-50 cm) dan (60-90 cm)
lebar. Batang jalarnya berbulu, berbentuk sama ada bulat atau
bersegi. Sulur paut, daun dan bunga muncul daripada satu titik
di bahagian batang.


Daun

Daun tembikai berbentuk oval, bercuping yang dalam dan
lebih kurang 10-20 cm panjang.


Bunga



Bunga
tembikai daripada jenis monosius, i.e. bunga jantan dan bunga
betina terdapat pada satu pokok yang sama. Setiap kuntum bunga
lebarnya 1.5-2.0 cm dan berwarna kuning sulfur. Kadang-kadang
ada juga bunga hermafrodit. Bunga keluar di antara daun dan
didebungakan oleh serangga.


Buah

Buah tembikai berbentuk bulat atau oblong. Kulitnya licin. Berat
yang standard ialah antara 7 dan 15 kg. Varieti baru dari Taiwan
saiznya kecil (4-6 kg/biji). Warnanya pelbagai daripada hijau
muda hingga hijau tua dan berjalur. Isinya boleh jadi putih,
kuning krim, merah pucat, merah atau merah pekat. Bijinya kecil
dan tertanam di dalam isi. Panjangnya lebih kurang 5-15 cm dan boleh berwarna putih, hitam, perang, kekuning-kuningan dan merah jambu.

Pertumbuhan dan pembentukan

Panjangnya tempoh pertumbuhan berjulat dari 80 hingga 110 hari, bergantung pada iklim. Tempoh pembesaran lebih pendek dalam iklim tropika iaitu 70-95 hari bergantung pada varieti.























Peringkat pembentukan
Peringkat pertumbuhanPertumbuhan vegetatif permulaan
(penubuhan)
Pertumbuhan vegetatif akhir (Merayap
atau peringkat menjalar)
Pertumbuhan pembiakan permulaan
(Pembungaan dan pengeluaran putik)
Pertumbuhan pembiakan akhir
(Pembentukan buah dan kematangan)
Jumlah
Tempoh peringkat (hari)10-2020-3010-153070-95

Penuaian biasanya bermula 30 hari selepas
berbunga sepenuhnya dan boleh berterusan selama beberapa minggu.


Ekologi


Tembikai tumbuh dengan baiknya dalam cuaca
yang panas, kering dengan suhu harian 22-30 °C dan cahaya
matahari yang cukup. Suhu maksimum dan minimum untuk pertumbuhan
masing-masingnya ialah 35 °C dan 18 °C. Suhu tanah yang
optimum untuk pertumbuhan akar ialah dalam julat 20-35 °C. Buah
yang membesar dalam keadaan panas dan kering mengandungi
kandungan gula yang tinggi iaitu 11% berbanding dengan 8% pada
buah yang membesar dalam keadaan sejuk dan lembap. Jumlah hujan
yang optimum ialah 250 mm atau kurang. Kebanyakan tanah yang
bersaliran baik , sama ada tanah liat atau berpasir, boleh
diurus untuk menghasilkan pengeluaran tembikai yang baik. Tanah
yang terbaik ialah tanah lom berpasir yang tidak menakung air
dengan pH 5.8 hingga 7.2.


Asal dan sejarah


Sudah berabad lamanya manusia di seluruh
dunia menggemari tembikai. Orang Mesir telah menanam tembikai
5,000 tahun yang lalu, mereka menghiasi lukisan dinding dengan
buah tembikai. Dari Mesir kepopularan tembikai berkembang.
Pedagang mula menjual biji tembikai di sepanjang laluan dagangan
Mediterranean. Pada abad ke 10 tembikai telah sampai ke negara
China dan pada abad ke 13 pedagang Moor memperkenalkan tembikai
ke Selatan Eropah. Kolonis Eropah dan hamba abdi Afrika perlu
diberi pujian kerana membawa tembikai ke Amerika Utara. Varieti
tembikai moden datangnya daripada tembikai semula jadi Afrika
Citrullus lanatus. Ia ditanam beratus tahun di Lembah
Nil. Spesies ini masih hidup liar di kawasan pendalaman yang
kering untuk membekalkan air kepada orang asli semasa musim
kemarau. Tembikai liar atau ‘citron’ di Afrika berbentuk
sfera, berjalur dan isinya putih, sedikit pahit atau tawar.
Isinya yang putih rasanya seperti kulit tembikai biasa.
‘Citron’ juga disebut ‘tembikai jeruk’ kerana kulit buah
digunakan dalam pengawet, jeli dan dibuat jeruk atau jem. Oleh
sebab kandungan pektinnya yang tinggi ia ditambah ke dalam jus
buah-buahan untuk menjadikan ia seperti jel lebih cepat.
Sebatang pokok tembikai boleh menghasilkan sehingga 100 biji
buah, dan biasanya diberi makan kepada ternakan.


Di Malaysia tembikai pertama kalinya ditanam
di Kelantan dalam tahun 1940. Daripada situ, ia mula berkembang
hinggalah pengenalan tembikai hibrid dari Taiwan dan Jepun pada
tahun 70-an.


Tembikai biasanya ditanam di Kedah, Johor,
Terengganu dan Kelantan. Kini penanamannya berkembang hingga ke
negeri Pahang, Melaka dan Perak.


Dalam tahun 1994 keluasan penanaman tembikai
meliputi 5,100 hektar dengan pengeluaran sebanyak 214,000 tan
metrik. Dalam tahun 2000 keluasan penanaman meningkat kepada
6,500 hektar.


Di Semenanjung Malaysia tembikai di tanam di
Alor Gajah, Bachok, Besut, Gua Musang, Jasin, Jeli, Johor Bahru,
Kluang, Kota Bharu, Kota Star, Kota Tinggi, Kuala Kerai, Kuala
Terengganu, Kubang Pasu, Langkawi, Macang, Marang, Melaka
Tengah, Mersing, Padang Terap, Pasir Mas, Pasir Putih, Pendang,
Perlis, Pokok Sena, Port Dickson, Rembau, Rompin, Setiu, Tanah
Merah dan Tumpat.


Keluasan penanaman tembikai di Semenanjung Malaysia
(hektar)



























NegeriHa
Kelantan810
N. Sembilan36
Pulau Pinang13
Perlis101
Terengganu744

Di Sabah tembikai ditanam di Tawau, Sandakan, Tuaran dan
Papar.


Pembiakan


Biji tembikai boleh ditabur terus di ladang
atau disemai di dalam beg plastik sebelum diubah ke ladang.
Biasanya, kaedah tabur terus diamalkan semasa musim kering dan
biji untuk diubah ke ladang ditanam dalam musim hujan.


Tabur terus


Biji benih direndam semalaman sebelum
ditanam. Dua hingga 3 biji benih ditanam dalam setiap lubang
sedalam lebih kurang 2.5 cm. Jumlah biji benih yang diperlukan
(biasanya 1.2-2.5 kg/ha) bergantung pada saiz biji, percambahan
dan jarak tanaman. Biji yang sah berlabel, seragam, bebas
daripada penyakit dan biji benih diperakukan 85-90% percambahan
menjadi pilihan. Selepas hampir 14 hari atau apabila anak pokok
mempunyai 3-4 helai daun, anak benih ini dijarangkan iaitu
meninggalkan satu batang pokok yang sihat di dalam satu lubang
penanaman.





Gambar 1: Anak pokok yang sihat daripada
tanam terus


Pengubahan


Kelebihan pengubahan anak pokok tembikai:


* Kecekapan penggunaan biji benih meningkat,
sangat penting dengan biji benih hibrid dan triploid kerana
harganya sangat mahal


* Tanah berkerak atau terlalu kering dan
tanah yang lembap menjejaskan pertumbuhan anak pokok, boleh
dihilangkan atau dikurangkan.


* Kedalaman penanaman lebih seragam.


* Hasilnya dilihat pada penuaian awal.


* Hanya cara yang berkesan kos untuk menanam
tembikai tanpa biji


Kelemahan pengubahan termasuklah:


* kos berubah lebih tinggi,

* kos buruh meningkat,

* anak pokok tembikai yang rapuh mudah patah semasa pengubahan.


Biji benih disemai di dalam beg plastik yang
berisi tanah yang sudah dicampur dengan tahi ayam. Beg ini
ditutup dengan helaian politena jernih dan diletakkan di bawah
teduhan. Ia akan bercambah dalam masa3-4 hari dan sedia untuk
diubah dalam masa lebih kurang 11-12 hari. Jarak penanaman ialah
2.5-6 m antara baris dan 1m antara anak pokok.





Gambar 2. Dulang plastik boleh digunakan untuk mencambahkan
pokok


Kerosakan pengendalian semasa pengubahan
boleh berlaku pada anak pokok aras tanah. Bahagian atas anak
pokok akan mudah melentur dan menjadi layu. Sebagai tambahan
warna perang atau tisu kalus akan muncul pada aras tanah. Bagi
mengatasi masalah ini daripada kerosakan yang lebih teruk, anak
pokok hendaklah ditanam lebih dalam ke dalam tanah.


Penanaman


Tembikai hendaklah ditanam di ladang yang
tanahnya rata dan sedikit beralun yang tidak cenderung kepada
air bertakung atau banjir. Ia tidak boleh ditanam secara
berterusan di tanah yang sama bagi mengelakkan penyakit bawaan
tanah. Kesediaadaan sumber air untuk pengairan amat genting
Kebanyakan tanah yang baik salirannya , sama ada tanah liat atau
tanah berpasir, boleh diurus untuk menghasilkan tanaman tembikai
yang baik.




Penanaman di atas batas amat disyorkan bagi
mengurangkan kerosakan oleh banjir kilat. Sistem saliran yang
baik diperlukan


Penyediaan tanah melibatkan satu atau lebih
pelaksanaan operasi peningkatan kualiti tanah dan penyuburan
anak pokok:


1. menjadikan tanah lebih sesuai untuk
pertumbuhan biji benih dan anak pokok (atau pengubahan)


2. meningkatkan produktiviti dengan
membekalkan struktur tanah yang terbaik untuk pertumbuhan dan
pembesaran akar berikutnya, dan


3. membantu mengawal masalah penyakit.


Beberapa operasi diperlukan dalam penyediaan
tanah untuk penanaman. Ini sebahagiannya ditentukan oleh sejarah
penanaman sebelumnya. Tanah yang sudah digunakan untuk penanaman
selama beberapa tahun mungkin menjadi lapisan keras beberapa
inci di bawah permukaan tanah. Keadaan ini menjadi masalah pada
tanah liat.


Pertumbuhan akar menjadi terbantut oleh tanah
yang mampat. Penyediaan tanah yang betul perlu menghapuskan atau
mengurangkan keadaan tanah yang mampat. Kajian baru-baru ini
telah mendapati bahawa pertumbuhan akar tembikai terhad kepada
tanah yang tidak mampat sahaja


Amalan penanaman



Merumpai


Kejayaan pengurusan rumpai amat penting bagi
pengeluaran tembikai yang berkualiti. Rumpai bersaing dengan
tanaman untuk mendapatkan cahaya, ruang, nutrien dan air.
Pertumbuhan rumpai menimbulkan masalah penyakit dan boleh
menjadi perumah kepada serangga perosak dan penyakit. Seperti
tanaman lain, tembikai memerlukan kawalan rumpai lebih awal bagi
memastikan tanaman yang berkualiti. Sebagai tambahan, tabiat
pokok ini yang merebak menyebabkan rumpai sukar dikawal
terutamanya apabila batangnya mula menjalar.





Gambar 1. ladang tembikai yang bersih


Pengenalpastian rumpai, terutamanya pada
peringkat anak benih amat penting. Anak benih ini biasanya mudah
dikawal dan dalam banyak kes kawalan dapat dilakukan semasa
peringkat anak benih lagi.


Satu lagi faktor penting ialah pertumbuhan
tanaman. Pada amnya, tanaman yang tumbuh agresif dan sihat dapat
mengalahkan dan menghapuskan banyak jenis rumpai. Pembajaan yang
betul dengan pengurusan penyakit, nematod dan serangga yang baik
akan meningkatkan pertumbuhan dan membantu menghapuskan rumpai.


Beberapa orang penyelidik telah mendapati
bahawa rumpai memainkan peranan penting dalam penyebaran dan
epidemiologi virus tanaman. Rumpai boleh menjadi sumber virus
tersembunyi di dalam biji benihnya.


Dalam kajian yang dilakukan untuk meninjau
kehadiran secara semula jadi virus mozek timun (cucumber mosaic
virus, CMV) pada rumpai di Malaysia, virus tersebut dapat
dikesan pada banyak spesies rumpai e.g. Ageratum conyzoides dan
Crotalaria spp. Dalam satu kajian yang lain virus mozek
‘squash’ (SqMV) telah dapat dikesan pada A. conyzoides, Cleome
rutidosperma, Croton hirtus, Euphorbia hirta, Euphorbia
prunifolia, Eupatorium odoratum, Hyptis brevipes dan Mikania
micrantha, manakala virus mozek zucchini kuning (ZYMV) telah
dapat dikesan pada A. conyzoides dan Wedelia trilobata. Dalam
satu sampel A. conyzoides , SqMV dan ZYMV telah dikesan
serentak, manakala SqMV dan CMV ditemui dalam sampel E. hirta
dan E. odoratum .


Kaedah pengawalan


Beberapa kaedah pengawalan rumpai untuk tembikai telah pun
ada. Memilih kaedah yang terbaik dan sesuai oleh penanam
bergantung pada beberapa faktor: spesies rumpai, peringkat
pertumbuhan tanaman dan rumpai dan kos buruh dan
kesediaadaannya.


Merumpai menggunakan tangan merupakan kaedah
yang sangat berkesan dan selamat kepada tanaman. Merumpai
dilakukan semasa tanaman dan rumpai masih kecil bagi
mengurangkan kerosakan terhadap tanaman dan cangkul boleh
digunakan. Membuang rumpai yang sudah besar dan mempunyai sistem
akar yang ekstensif boleh merosakkan akar atau batang tanaman.
Merumpai dengan tangan kosnya tinggi dari segi penggunaan tenaga
buruh.


Penanaman menggunakan jentera sangat berkesan
terhadap pengawalan rumpai tetapi terhad kepada rumpai yang
kecil yang mudah tercabut atau ditutup. Yang paling penting,
penanaman menggunakan jentera tidak boleh digunakan apabila
tanaman mula menjalar. Batang tembikai yang menjalar sangat
lembut dan mudah dirosakkan oleh tayar traktor atau penggembur.
Kawalan secara mekanikal perlu ditambah dengan merumpai
menggunakan bahan kimia atau menggunakan tangan bagi membuang
rumpai dalam barisan atau selepas tanaman mengeluarkan batang
jalar.


Kawalan rumpai menggunakan teknik batas
semaian ‘stale’ melibatkan pengawalan rumpai yang bercambah
menggunakan bahan kimia sebelum tanaman yang ditanam bercambah.
Bahan sentuh tidak selektif digunakan e.g. ‘alachlor’ (sembur
pada kadar 4 L/ha). Kaedah batas semaian ‘stale’ biasanya
berganding dengan rawatan racun herba yang disembur sebelum
menanam. Jika pokok diubah, kaedah ini digunakan untuk mematikan
rumpai yang tumbuh sebelum mengubah. Dalam kaedah biji benih
disemai terus , racun herba digunakan terhadap rumpai yang
tumbuh selepas penanaman tetapi sebelum tanaman itu tumbuh.




Gambar 2. Sungkupan plastik dengan pengairan titis ialah
kaedah yang sangat berkesan untuk mengawal rumpai.


Sungkupan plastik dengan pengairan titis
ialah kaedah yang sangat berkesan untuk mengawal rumpai. Plastik
hitam atau plastik yang tidak mengeluarkan cahaya baik digunakan
bagi menghapuskan cahaya yang diperlukan oleh rumpai bercambah
dan tumbuh. Plastik yang menyungkup batas tanaman seharusnya
sesuai dengan batas tersebut dan tepinya dikemaskan bagi
menghalang gangguan angin.


Apabila batas sudah disungkup, lubang kecil
dibuat pada plastik dan anak benih atau biji benih ditanam
melalui lubang ini. Lubang yang kecil lebih baik bagi menghalang
pertumbuhan rumpai. Kawasan antara batas hanya dirawat dengan
racun herba yang didaftarkan untuk tembikai sahaja kerana akar
tembikai boleh menjalar hingga ke tengah baris dan menyentuh
tanah yang dirawat.


Pencantasan


Mencantas batang jalar tembikai akan
menghasilkan saiz buah yang seragam. Ini mempunyai kelebihan
dalam memendekkan tempoh penuaian kerana buahnya masak seragam.
Batang jalar utama dipotong pada buku keenam atau ketujuh
apabila tanaman berumur 15-20 hari.


Pengairan


Air ialah komponen yang kritikal dalam
pengeluaran buah tembikai. Buah tembikai yang masak mengandungi
lebih 90% air. Dengan itu, bekalan air yang mencukupi adalah
kritikal bagi mengoptimumkan pengeluaran hasil dan kualiti
tanaman ini.


Kekurangan air pada peringkat tembikai baru
tumbuh, melewatkan kematangan dan boleh menyebabkan terdapatnya
ruang dalam pengeluaran. Tegasan air pada peringkat awal
pertumbuhan vegetatif akan menyebabkan kekurangan kawasan
keluasan daun dan mengurangkan hasil. Pengurangan hasil yang
paling serius hasil daripada tegasan air semasa pembungaan dan
pembentukan buah.


Beberapa jenis sistem pengairan boleh
digunakan dengan jayanya pada tanaman tembikai. Pemilihan
terhadap jenis apa yang perlu dipilih akan berasaskan pada satu
atau lebih faktor berikut:


* Kesediaadaan peralatan

* Bentuk dan saiz ladang

* Jumlah dan kualiti air yang ada

* Keperluan buruh

* Keperluan bahan bakar

* Kos


Pengairan renjis


Sistem ini termasuklah pangsi tengah,
‘linear move’, ‘travelling big gun’, set paip aluminium yang
kekal dan mudah alih dengan perenjis. Semua sistem ini jika
digunakan dengan betul amatlah memuaskan. Namun perbezaan
bererti wujud pada kos permulaan dan keperluan buruh.


Sebarang sistem perenjis yang digunakan pada
tanaman tembikai seharusnya berupaya merenjiskan 2.5 cm air
setiap 4 hari. Sebagai tambahan sistem ini mestilah mengeluarkan
renjisan secara perlahan-lahan bagi menghalang larian permukaan
tanah.


Sistem renjisan dengan penggunaan keseragaman
yang tinggi (pangsi tengah dan ‘linear move’) boleh digunakan
untuk membaja. Ini akan meningkatkan keberkesanan baja yang
digunakan iaitu dengan menjadikannya sedia ada untuk tanaman dan
mengurangkan larut lesap.


Walaupun pengairan atas tidak digalakkan
apabila menggunakan sungkupan plastik, tetapi jika ia digunakan
juga, batas yang lebih kecil (30-60 cm) lebih baik kerana air
boleh sampai ke akar dengan lebih mudah. Batas yang lebar
(melebihi 60 cm) akan lebih bermasalah, terutamanya pada tanah
berpasir yang pergerakan air sisinya terhad.


Pengairan titis


Pengairan titis amat popular dalam
pengeluaran buah tembikai. Ia boleh digunakan dengan atau tanpa
sungkupan plastik. Kelebihan utama dalam penggunaan pengairan
titis ini ialah air digunakan dengan berkesan jika diuruskan
dengan betul. Kajian yang telah dijalankan di Florida, USA telah
menunjukkan bahawa air yang diperlukan berkurangan sebanyak 40%
pada musim pokok membesar bagi sayuran berpengairan titis
berbanding dengan sayuran berpengairan renjis. Masalah rumpai
juga berkurangan kerana batas sahaja diberi air sedangkan baris
tengah antara batas dalam keadaan kering. Beberapa kajian telah
menunjukkan bahawa pengairan titis juga menggalakkan penghasilan
awal dan meningkatkan saiz buah.





Gambar 3. Pemasangan dan percubaan line pengairan titis pada
batas tanaman dilakukan sebelum plastik sungkupan dibentangkan.


Tiub yang menitis (atau ‘tape’) boleh
dipasang di atas permukaan tanah atau ditanam di bawah permukaan
tanah. Apabila digunakan bersama sungkupan plastik, ‘tape’
boleh dipasang serentak semasa membentang sungkupan plastik.
Biasanya ‘tape’ diimbangi iaitu ke tepi sedikit daripada
tengah batas. Ini akan menghalang ‘tape’ daripada rosak semasa
membuat lubang dan operasi menanam anak pokok. Biasanya satu
‘tape’ titisan dipasangkan di sisi setiap baris.


Sistem titisan mudah disesuaikan untuk
penyuntikan baja. Ini membolehkan nutrien dibekalkan kepada
tanaman di ladang sebagaimana diperlukan. Kaedah ini juga
menghapuskan keperluan membaja yang banyak di awal musim menanam
yang akan menyebabkan larut lesap di kawasan yang tidak boleh di
capai akar atau akan menyebabkan ketoksikan garam. Hanya rumusan
larut air boleh disuntik melalui sistem titis. Sistem perlu
dibilas selepas setiap suntikan.


Air yang digunakan dalam sistem titis perlu
ditapis bagi membuang sebarang bahan yang boleh menyebabkan
‘tape’ tersumbat. Air perlu diuji kandungan mineralnya kerana
ia juga boleh menyebabkan ‘tape’ tersumbat.


Menjadualkan pengairan


Air yang digunakan oleh tanaman dan menyejat
dari tanah dinamakan penyejatpeluhan (ET). Kadar ET bagi
tembikai telah dilaporkan setinggi ¾ cm sehari. Peringkat
pertumbuhan tanaman, suhu, kelembapan bandingan, radiasi solar,
angin dan jarak tanaman menjejaskan ET.


Berikut ialah pengesyoran umum untuk kadar
pengairan bagi tembikai yang menggunakan sistem pengairan
renjis:


* Daripada menanam hingga tanaman mula
menjalar, guna 1¼ cm apabila tanah di atas 5 cm menjadi kering
(lebih kurang setiap 5 atau 6 hari jika cuaca kering)


* Daripada pokok mula menjalar hingga
pembungaan pertama, guna 2 cm setiap 5 hari semasa cuaca kering.
Jika layu sebelum tengah hari tingkatkan kekerapan pengairan.


* Daripada mula berbunga hingga dituai, guna
2.5 cm setiap 4 hari semasa cuaca kering. Semasa cuaca yang amat
panas (melebihi 35 °C ), kekerapan pengairan ditingkatkan
kepada setiap 3 hari bagi mengelakkan tegasan.


Tanah berpasir memerlukan pengairan lebih
kerap bagi menghalang tegasan lembapan.


Sistem pengairan titis perlu dikendali lebih
kerap daripada sistem renjis. Biasanya ia dikendali setiap hari
atau setiap dua hari. Jangan beri air berlebihan terutamanya
apabila menggunakan sungkupan plastik kerana plastik akan
mengawal tanah daripada menjadi kering.


Pembajaan


Gangguan fisiologi


Buah cacat rupa atau buah pahit (buah cacat)


Buah yang cacat rupa atau buah pahit
disebabkan oleh kemarau (tanah kering atau suhu tinggi),
pendebungaan tidak sempurna, tanah tidak subur atau masalah
pembentukan yang lain. Batang tembikai perlu diperiksa setiap
minggu bagi membuang buah yang berpenyakit dan buah cacat. Buah
yang rosak perlu dibuang di tengah baris bagi mengelakkannya
diperiksa semula. Bergantung pada varieti, biasanya antara 2-5
biji buah akan matang daripada satu pokok. Kekalkan bilangan
buah sebagaimana yang disyorkan oleh pembekal biji benih.



  • Buah berongga




  • Tembikai tanpa biji lebih rentan terhadap
    masalah ini. Pendebungaan yang baik amat penting bagi
    mengawal gangguan ini.




  • Rasa tidak enak dan kurang manis




  • Rasa tidak enak dan kurang manis mungkin
    disebabkan oleh tanah yang tidak subur dan kandungan kalium,
    magnesium atau boronnya rendah.



Kekurangan nutrien


Kekurangan nutrien bukan masalah biasa bagi
penanam tembikai di Malaysia. Sebagai amalan biasa bagi mengawal
berlakunya kekurangan nutrien, penanam tembikai menggunakan baja
organik dalam bentuk tahi ayam atau kompos bioorganik. Pemakanan
yang baik mungkin disebabkan penggunaan baja foliar seperti
Grofas Yellow dan Grofas Red.


Penggunaan batu kapur magnesium kisar (Ground
Magnesium Limestone, GML) sebanyak 4-5 t/ha semasa penyediaan
tanah merupakan amalan yang standard yang diamalkan oleh penanam
tembikai. Ini mungkin menjadi sebab tiadanya masalah kekurangan
Ca pada tembikai yang ditanam di Malaysia.


Namun, sebarang bentuk kekurangan nutrien
yang berlaku pada pertengahan musim menanam akan mengurangkan
pengeluaran buah. Penggunaan baja yang cukup sangat penting bagi
mengelakkan kekurangan baja. Jadual 1 menerangkan tentang
simptom kekurangan nutrien pada buah tembikai dan bagaimana cara
mengelakkannya.


Jadual 1. Diagnosis masalah kekurangan nutrien pada
buah tembikai



















































Tanda-tanda kekurangan Kekurangan nutrien yang mungkinTanah yang paling diperlukan Bagaimana mengelakkan kekurangan
Pertumbuhan terbantutNitrogen (N)Tanah berpasirPembajaan asas daripada baja organik sebelum
menyemai/menanam
Daun kecil dan berwarna hijau pucat(petunjuk daun)Kawasan hujansembur baja foliar yang mempunyai kandungan N yang
tinggi
Batang lemah
Tepi daun menjadi kuning kemudian perangKalium (K2O)Tanah berpasirBaja asas dan baja foliar yang tinggi kandungan
kaliumnya
Hasil buah yang rendah(petunjuk bunga dan buah)sembur baja yang mengandungi kalium yang tinggi
Warna buah dan bunga kurang menarik
Kerintangan terhadap penyakit yang rendah

Jenis-jenis baja


Hanya satu cara mengurus kesuburan dan pH
tanah dengan tepat iaitu dengan menjalankan ujian terhadap
tanah. Pensampelan tanah dijalankan begitu rupa seperti ia
mewakili keseluruhan tanah ladang. Ini amat penting bagi
memastikan keputusan yang tepat dan pengesyoran pembajaan yang
betul. Program pembajaan yang baik untuk pengeluaran buah
tembikai dapat menjawab empat soalan asas:


1. Apakah bahan baja (termasuk kapur) yang perlu digunakan?

2. Berapa banyakkan perlu digunakan?

3. Berapa kerapkah baja ini digunakan?

4. Kaedah bagaimanakah ia digunakan (cara tabur, cara jalur
dll.)?


Sebagai tambahan program pengurusan paling
berjaya termasuklah penilaian dan pengubahsuaian yang kerap,
jika perlu hadapi masalah di luar jangkaan seperti banjir,
kemarau dan faktor-faktor lain yang menjejaskan keupayaan pokok
menggunakan nutrien.


Ukuran pH tanah menandakan keasidan atau
kealkalian tanah. Tanah yang mempunyai pH 7 dianggap neutral,
nilai lebih daripada 7 tanah dianggap beralkali dan nilai kurang
daripada 7 tanah dianggap berasid. pH tanah mempunyai kesan yang
besar terhadap pertumbuhan pokok, pembentukan dan akhirnya
pengeluaran. pH tanah juga menjejaskan kesediaadaan nutrien
untuk pokok membesar. Tanah yang sedikit berasid dengan pH 6-6.5
ideal untuk pokok tembikai.


Hanya satu cara yang tepat untuk menentukan
pH tanah iaitu dengan pengujian tanah. Analisis ini dapat
menentukan sama ada kapur diperlukan atau tidak untuk
meningkatkan pH. Kapur bertindak agak lambat dalam meningkatkan
pH tanah dan secara relatifnya ia tidak bergerak di dalam tanah.
Oleh sebab itu, kapur perlu ditambah 2-3 bulan sebelum menanam
dan dicampurkan dengan 5-20 cm tanah bahagian atas. Tanah yang
kekurangan magnesium perlu diberikan kapur dolomite bukan kapur
kalsium.


Untuk pengeluaran tembikai, jumlah nitrogen
(N), fosforus (P 2 O 5 ) dan kalium (K 2 O) yang disyorkan ialah
136 kg/ha. Tembikai ialah tanaman yang mempunyai musim yang
panjang. Dengan itu, penggunaan baja sedikit demi sedikit untuk
beberapa kali, sepanjang musim akan memaksimumkan pengeluaran.
Hujan dan pengairan atas boleh melarutkan nutrien daripada
tanah, terutamanya N dan K jika sungkupan plastik tidak
digunakan. Semua fosforus yang diperlukan boleh digunakan
sebelum penanaman dan perlu dikekalkan di sepanjang musim
membesar kerana secara relatifnya ia tidak bergerak di dalam
tanah.


Banyak kaedah yang berbeza wujud dalam
penggunaan baja. Satu kaedah mudah ialah dengan menabur dan
mencampurkan semua P dan K dan gunakan ½ jumlah N sebelum
penanaman dan ½ lagi, 4-6 minggu selepas menyemai.


Kaedah penggunaan yang lebih rumit biasanya
untuk mengekalkan aras nutrien yang optimum di sepanjang musim
membesar. Dalam kaedah seperti ini cara menabur yang diubahsuai
iaitu dengan menumpukan baja di dalam kawasan akar berbanding
dengan kaedah penaburan yang biasa. Dalam kaedah penaburan yang
diubahsuai, baja ditabur seperti jalur 60-100 cm lebar di dalam
baris sebelum menanam. Kaedah ini juga menghapuskan pembakaran
tumbuhan lain yang muncul jika baja ditabur dalam jalur hampir
dengan anak pokok yang baru hendak hidup. Dalam kaedah ini semua
P digunakan sebelum menanam dengan sebarang mikro nutrien. Satu
pertiga hingga ½ N dan K yang disyorkan juga digunakan dalam
kaedah penaburan terubah suai ini. Selepas 3 minggu anak pokok
muncul, gunakan ¼ N dan K yang tinggal lagi di bahagian sisi
batas berdekatan dengan hujung batang yang bercambah. Selepas 6
minggu bercambah gunakan/habiskan N dan K yang masih ada.


Bagi tanaman di bawah sungkupan plastik,
kehilangan nutrien melalui larutan berkurangan. Dengan itu,
semua N, P dan K yang diperlukan oleh tanaman boleh digunakan
sebelum batas tanaman ditutup dengan plastik. Tambahan lagi,
penggunaan baja berikutnya melalui tanah tidak dapat dilakukan
tanpa merosakkan sungkupan plastik tersebut. Sebarang baja
tambahan hanya boleh digunakan secara foliar atau titisan .


Penanam tembikai kadang-kadang mengalami
pengeluaran putik yang amat tidak memuaskan walaupun dengan
aktiviti lebah yang mencukupi. Penyemburan foliar boron larut
air (lebih kurang 25 g berat sebenar boron bagi setiap
penyemburan) 2-3 kali pada sela seminggu yang berbetulan dengan
mekarnya bunga betina yang pertama boleh menambahkan
pendebungaan dan pembentukan putik dapat ditingkatkan. Program
pengurusan pembajaan yang baik termasuklah pencerapan yang kerap
pada tanaman bagi memerhatikan simptom kekurangan nutrien.


Kandungan nutrien baja komersial yang ada di Malaysia































Jenis bajaNitrogen

(%)
Fosfat (%)Kalium

(%)
Magnesium (%)
Tahi ayam terproses (Avanti) Baja
sebatian**
3.54.52.51.0
NPK Green 15:15:15151515-
Grofas yellow 22:22:10:1 + TE***132626-

* Baja organik yang biasanya lambat bertindak,
membekalkan pokok dengan baja dalam tempoh yang lama

** Baja bukan organik, sebatian dan foliar pada amnya cepat
bertindak, penggalak pada pokok apabila digunakan sebagai
pembajaan tambah.

***TE = Unsur pekit


Penggunaan Baja


Baja hilang melalui larut lesap merupakan
masalah utama pada tembikai yang ditanam tanpa sungkupan
plastik, terutamanya pada tanah berpasir. Kehilangan nutrien
akibat rumpai juga tidak dapat dielakkan kerana sukar untuk
merumpai apabila pokok mula menjalar. Masalah ini ada dinyatakan
dalam program pembajaan dengan meningkatkan jumlah baja yang
digunakan dan diberikan secara berperingkat-peringkat. Jumlah
baja yang digunakan bagi tembikai sehektar ialah 5-10 tan baja
organik, 400 kg NPK 15:15:15 dan 1,000 kg NPK 12:12:17:2. Baja
ini digunakan secara berperingkat-peringkat sebagaimana
ditunjukkan dalam Jadual 1.


Jumlah baja yang hilang akibat larut lesap
dalam iklim tropika sangat banyak terutamanya di tanah berpasir.
Dengan itu, sungkupan plastik bersadur perak sangat-sangat
digalakkan. Penyelidikan di tanah berpasir yang telah dijalankan
oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia
(MARDI) menunjukkan bahawa jumlah baja yang diperlukan ialah ½
daripada yang diperlukan oleh tembikai yang tidak diberikan
sungkupan. Jadual penggunaan baja bagi tembikai yang menggunakan
sungkupan plastik ditunjukkan dalam Jadual 2. Semua baja organik
dan NPK 15:15:15:2 diberi sebelum sungkupan plastik dipasangkan.
Baja tambahan diberikan sebagai baja cecair yang disemburkan ke
daun bersama-sama dengan racun serangga atau racun kulat yang
diperlukan.


Jadual 1. Jadual penggunaan baja bagi tembikai yang
ditanam tanpa sungkupan plastik*



























MasaJenis BajaJumlahKaedah
Baja asas
0-2 hari sebelum menyemai atau mengubahNPK 15:15:1550 g per tapak penanaman (200 kg/ha)Tabur dengan baik dan gaulkan dalam lubang penanaman
Pembajaan tambah kedua
Peringkat berbunga



  • 40 hari selepas menyemai

  • 30 hari selepas mengubah


NPK 12:12:17:2200 g per pokok (800 kg/ha)Bubuh dalam 2-3 poket lebih kurang 15-20 cm dari
pokok

* Kaedah menyemai terus biasanya digunakan
untuk tembikai hibrid F1, manakala pengubahan digunakan untuk
tembikai triploid tanpa biji.


Jadual 2. Jadual penggunaan baja untuk tembikai yang
ditanam menggunakan sungkupan plastik*




































MasaJenis BajaJumlahKaedah
Selepas membentang sungkupan
plastik
0–2 hari sebelum menyemai atau mengubahNPK 15:15:1550 g per tapak penanaman (200 kg/ha)Tabur rata dan gaulkan ke dalam lubang penanaman
Penggunaan foliar kedua
Permulaan peringkat menjalar:



  • 30 hari selepas menyemai

  • 20 hari selepas mengubah


Baja foliar untuk peringkat vegetatif.

i.e. Grofas Yellow
Sembur hingga menitisBoleh digunakan bersama-sama racun kulat dan racun
serangga
Penggunaan foliar keempat
Peringkat pembentukan buah:



  • 50 hari selepas menyemai

  • 40 hari selepas mengubah


Baja foliar untuk peringkat vegetatif. i.e. Grofas
Yellow
Sembur hingga menitisBoleh digunakan bersama-sama racun kulat dan racun
serangga

* Lebar sungkupan plastik yang disyorkan ialah
1.8 m.


Ringkasan Proses Pengeluaran Buah Tembikai













































TindakanApa tindakan
diambil?
Bagaimana tindakan
dilakukan?
Bila tindakan
dilakukan?
Kenapa tindakan
dilakukan?
Bahan tanamanBiji benih direndam
semalaman, 2-3 biji/lubang tanaman. Benih disemai dalam
beg politena di tapak semaian
11-12 hari sebelum
mengubah
Untuk penuaian awal,
satu-satunya cara menanam varieti tanpa biji.
Penggunaan baja(lihat bahagian penggunaan
baja)
Secara manual3 kali pembajaan
berperingkat setiap musim
Memerlukan input baja yang
tinggi
Kawalan perosak dan
penyakit
Pantau kehadiran perosak
dan penyakit. Kawal sewajarnya
Pemeriksaan tanaman yang
tetap
Seperti yang diperlukanMengekalkan hasil dan rupa
kosmetik
PendebungaanPelihara lebah madu bagi
meningkatkan pendebungaan
1 sarang lebah per ekarPendebungaan berterusanMemastikan pengeluaran
putik yang maksimum dan mengurangkan kejadian buah
pelbagai bentuk
PenuaianBuah dipetik dengan tanganDipotong secara manual
dari batang
30 hari selepas berbunga
sepenuhnya

Kematangan dan penuaian


Tempoh kematangan buah tembikai berbeza-beza
antara varieti, keadaan cuaca dan kedah penanaman. Pada amnya
penuaian bermula 30-45 hari selepas berbunga sepenuhnya apabila
kandungan gula tertinggi dengan jumlah pepejal larut sekitar
10%. Penuaian dilakukan dalam masa beberapa minggu dengan 3-4
kali menuai pada sela 3-5 hari. Kematangan sukar ditentukan
tetapi pada amnya ditunjukkan oleh:


* Hujung batang yang berbuah dan sulur paut
menjadi kuning.


* Bahagian buah yang terletak di atas tanah
bertukar warna daripada warna putih menjadi warna krim atau
kuning pucat.


* Perubahan warna buah menyerupai ciri-ciri
varieti.


* Apabila buah diketuk dengan jari, bunyi
berongga dihasilkan.





Gambar 1. Apabila buah matang bahagian buah yang terletak di
atas tanah bertukar warna daripada warna putih menjadi warna
krim atau kuning pucat


Di bahagian dalam buah yang matang, isinya
berubah warna kepada warna merah atau kuning. Bagi kultivar
berbiji, peringkat kematangan yang optimum dicapai apabila
lapisan bergelatin (aril) di sekeliling biji sudah tidak
kelihatan dan bijinya keras. Dinasihatkan supaya membelah
beberapa biji tembikai pada peringkat permulaan penuaian bagi
memastikan penilaian kematangan luaran adalah tepat.


Terdapat beberapa masalah dengan penuaian
buah tembikai. Jika ladang menerima terlalu banyak air, buah
yang banyak air (bengkak) akan retak dan pecah, terutamanya
apabila menuai pada sebelah pagi. Penuaian dalam keadaan basah
akan meningkatkan kecederaan mekanikal disebabkan lelasan oleh
pasir atau tanah pada permukaan tembikai semasa menuai. Penuaian
pada sebelah tengah hari, dengan memotong batang tembikai (tidak
merentap buah dari batangnya) dapat mengurangkan risiko buah
retak. Menyusun buah tembikai pada bahagian sisi (bukan
ditegakkan) juga dapat mengurangkan risiko keretakan. Penuaian
selepas hujan perlu dielakkan kerana buah lebih rentan terhadap
penyakit lepas tuai.


Semasa menuai, buah tembikai hendaklah
dipotong, bukan ditarik, diputar atau direntap. Apabila buah
ditarik,. terdapat ruang masuk untuk bakteria dan kulat yang
boleh menyebabkan buah jadi masam dan boleh menyebabkan isi buah
menjadi busuk. Oleh sebab buah dipotong dari batang, bahagian
bawah buah yang mudah melecur perlu diterbalikkan.


Pengendalian di ladang


Buah tembikai yang sudah dituai hendaklah
diberi teduhan bagi meminimumkan pengeluaran haba kerana
pancaran cahaya matahari secara langsung akan menurunkan kualiti
buah. Suhu melebihi 32 °C akan menyebabkan bahagian dalam buah
rosak dan cepat busuk. Kesannya memerlukan masa selama beberapa
hari untuk menjadi nyata. Jika pokok tembikai tidak terlalu
basah, penuaian di sebelah pagi akan mengurangkan pengeluaran
haba. Buah tembikai mesti kering semasa dipunggah.


Pengendalian yang kasar akan menyebabkan
kerugian yang besar. Buah tidak boleh jatuh, dibaling atau
dipijak kerana akan berlaku kerosakan dalaman dan isi buah akan
hancur. Pekerja yang memunggah buah di bawah seharusnya
menghulurkan buah kepada penyusun buah di atas lori dengan
menggunakan tangan, dan penyusun buah dengan berhati-hati
meletakkan buah dalam timbunan di atas lori. Buah ‘pitching’
biasanya berlaku akibat daripada buah terjatuh atau digolekkan
ke timbunan. Jangan sekali-kali menyusun buah dengan hujung
buahnya ke bawah, kerana hujungnya yang nipis (bekas bunga)
ialah kawasan yang paling rentan mengalami lebam. Buah jatuh
daripada ketinggian 20 cm akan menyebabkan kerosakan dalaman,
manakala jatuh daripada ketinggian 30 cm pula, bahagian dalam
buah akan hancur atau buah akan pecah. Kartun yang berisi 3-5
biji tembikai dan bekas pukal dengan palet jika digunakan boleh
melicinkan pengendalian dan mengurangkan kerosakan.


Buah lebam dan cedera hasil daripada
pemunggah membaling buah ke dalam trak di atas buah-buah yang
lain. Penuai perlu berhati-hati supaya tidak terpotong atau
terkupas kulit buah dengan pisau mereka. Kawasan seperti ini
merupakan ruang masuk bagi patogen yang menyebabkan buah busuk.
Tuai hanya apabila buah kering kerana ini akan mengurangkan
lelasan disebabkan pasir yang bergesel dengan permukaan buah.


Menuai atau memunggah semasa buah masih basah
tidak digalakkan kerana meningkatkan risiko buah busuk. Buah
tembikai terdedah kepada kerosakan mampat dan kecederaan lelasan
daripada permukaan yang kasar semasa dituai di ladang dan semasa
diangkut ke tempat pengumpulan. Oleh sebab itu, dinding sisi,
dinding depan dan belakang trak di ladang atau ‘wagon’ untuk
mengangkut buah perlu dilapik.


Lepas tuai


Kerosakan akibat penyakit boleh menyebabkan
kerugian yang serius pada peringkat lepas tuai tembikai..
Penyakit lepas tuai yang paling biasa ialah antraknos dan reput
pangkal buah. Rawatan lepas tuai diperlukan untuk mengawal
penyakit ini.


Antraknos disebabkan oleh Colletotrichum
orbiculare, yang boleh menembusi kutikel dan epidermis daun,
batang dan buah. Ciri yang ditunjukkan ialah bulatan warna hijau
gelap atau lesi memanjang yang menjejaskan permukaan buah. Lesi
ini semakin membesar , menjadi perang dan tenggelam. Penyakit
ini mungkin jangkitan pendam dari ladang yang menjadi nyata
selepas dituai terutamanya dalam keadaan panas dan lembap.
Penyakit ini mungkin menjangkiti buah lain melalui pencemaran
silang dengan buah berpenyakit dan penggunaan bekas yang kotor.
Antraknos boleh dikawal dengan melaksanakan langkah-langkah
pengawalan sebelum tuai, termasuklah penggunaan mancozeb pada
8-10 g/4.5 L atau maneb pada 9-18 g/4.5 L.


Reput pangkal buah disebabkan oleh
Lasiodiplodia theobromae, yang menyebabkan kawasan pangkal buah
menjadi perang, lembik dan bonyor. Patogen masuk ke dalam buah
melalui permukaan tangkai buah yang terluka atau luka terbuka
atau lebam. Ia boleh dikawal dengan membiarkan beberapa
sentimeter tangkai buah melekat pada buah.


Ringkasnya, faktor penting yang menentukan
kualiti buah tembikai semasa menuai dan pengendalian ialah:


* Tuai buah pada peringkat kematangan yang sesuai bagi tujuan
pemasaran

* Elakkan kecederaan semasa menuai, pengendalian, pembungkusan
dan penghantaran.

* Kekalkan suhu penyimpanan yang betul pada 10-15 °C


Pembungkusan


Buah tembikai diangkut sama ada secara
penghantaran pukal atau dimuatkan di dalam bekas dan karton dan
dipunggah ke atas trak pengangkutan. Penghantaran pukal
dilakukan berdekatan dengan ladang yang menanam tembikai. Dalam
proses ini buah tembikai perlu dielakkan daripada gegaran dan
kecederaan pemindahan muatan semasa dalam perjalanan. Ini boleh
dilakukan dengan meletakkan lapisan jerami di lantai treler, di
antara buah, dan di bahagian depan dan dinding sisi treler.
Jumlah jerami yang banyak diperlukan di bahagian belakang iaitu
antara buah tembikai dengan pintu belakang bagi mengelakkan
kerosakan akibat treler berhenti dengan tiba-tiba. Semasa
operasi pemunggahan, secara fizikalnya buah tembikai tidak
dilindungi oleh apa-apa bungkusan. Dengan itu, pekerja tidak
boleh duduk, berdiri atau berjalan di atas buah tembikai semasa
pemunggahan kerana ini akan menyebabkan kecederaan mampat. Satu
lapisan busa dapat mengelakkan buah daripada tercedera.




Karton penghantaran boleh memuatkan tiga,
empat atau lima biji tembikai bergantung pada saiz. Bekas papan
gentian pula boleh mengisi purata 50 biji tembikai untuk
penghantaran secara pukal. Kebaikan menggunakan bekas ini ialah
kejadian buah lebam berkurangan kerana pengendalian buah
individu yang sedikit. Pekerja di bahagian pembungkusan yang
tidak berpengalaman boleh menyebabkan kerosakan bahagian dalam
buah semasa mengisi buah ke dalam bekas atau karton.
Mencampakkan buah ke dalam bekas akan menyebabkan gegaran
hentaman dan berdiri atau duduk di atas buah tembikai yang sudah
disusun di dalam bekas akan menyebabkan kecederaan mampatan.
Semua pekerja yang mengendali buah perlu belajar bahawa walaupun
tiada kecederaan luaran, ini tidak bermakna pengendalian telah
sempurna, kerana kecederaan akan berlaku di bahagian dalam (isi
buah) dahulu.


Penghantaran


Buah tembikai yang dihantar secara pukal
mestilah dialas menggunakan jerami secukupnya bagi mengelakkan
buah tersebut daripada tercedera dalam perjalanan.


Sebagai tambahan, treler yang digunakan
mestilah mempunyai sistem pengudaraan yang cukup. Treler yang
tertutup mestilah mempunyai pintu berlubang, dua di bahagian
hadapan dan dua di bahagian belakang bagi membolehkan laluan
udara di antara timbunan buah di dalam treler. Jika tidak, haba
berlebihan akan meningkatkan bilangan buah yang busuk dan
kehilangan kualiti.


Perkara seperti berikut boleh dilakukan bagi
meminimumkan kecederaan buah di dalam bekas atau karton semasa
penghantaran:


* Gunakan palet yang saiznya sesuai dengan
keluasan bekas bagi menghalang bekas yang disusun di bahagian
atas daripada terjatuh ke bekas di bahagian bawah dan merosakkan
buah tembikai.


* Gunakan palet yang masih dalam keadaan baik
bagi mengelakkannya daripada patah semasa dalam perjalanan dan
serpihannya akan merosakkan buah tembikai di dalam bekas di
bahagian bawah.


* Pastikan palet bahagian atas diletakkan
dengan betul di atas bekas bagi mengelakkan ia bergerak semasa
dalam perjalanan.


* Kukuhkan muatan di bahagian belakang treler
dengan betul supaya karton tidak bergerak dan buah tidak rosak
semasa dalam perjalanan.


* Elakkan mengisi buah ke dalam bekas secara
berlebihan supaya buah di dalamnya tidak rosak apabila bekas
disusun di atasnya.


* Ikatkan bekas yang paling atas dalam
susunan pada palet bagi menghalang gegaran semasa dalam
perjalanan yang boleh menyebabkan bekas ternaik ke atas bekas
yang lain dan buah tergolek ke bawah.


* Pastikan semua bekas, karton dan treler
mempunyai pengudaraan yang cukup.


Penyimpanan


Pengurusan suhu amat penting untuk memastikan
kualiti buah tembikai yang optimum. Pra pendinginan buah sebelum
penyimpanan disyorkan bagi mencapai tempoh penyimpanan yang
maksimum. Pra pendinginan boleh dilakukan dengan cara
pendinginan bilik atau pendinginan udara paksa bagi mengurangkan
suhu buah hampir kepada suhu optimum secepat mungkin.


Suhu penyimpanan yang optimum bagi buah
tembikai ialah 10-15 °C, dengan kelembapan relatif 85-90%.
Tembikai yang disimpan pada suhu ini tahan selama 2-3 minggu.


Kecederaan dingin boleh berlaku apabila buah
disimpan pada suhu kurang daripada 10 °C. Kemerahan isi
berkurangan dan jus dari isi buah akan meleleh dan permukaan
buah akan melekuk. Kecederaan dingin juga boleh meningkatkan
kerentanan terhadap kejadian busuk dan reput terutamanya selepas
dikembalikan ke suhu ambien yang hangat selepas penyimpanan
sejuk.


Apabila buah tembikai dipotong/dibelah, ia
hendaklah dibungkus menggunakan filem regang dan disimpan pada
suhu 2-4 °C bagi mengelakkan rasa masam dan kekeringan
permukaan.


Buah tembikai biasanya diangkut di dalam trak
yang terbuka atau tertutup dan treler tanpa penyejukan. Buah
tembikai tidak boleh diangkut di dalam trak tertutup tanpa
penyejukan. Buah tembikai tidak boleh disimpan bersama-sama
dengan buah-buahan lain (e.g. pisang) dan sayur-sayuran (e.g.
tomato) yang membebaskan etilena. Etilena ialah gas yang tidak
berwarna yang dianggap sebagai hormon ketuaan atau kematangan
semula jadi. Apabila terdedah kepada etilena, isi buah tembikai
akan rosak dan bonyor. Keadaan ini akan mengakibatkan isi
menjadi lembik dan kehilangan rasa.







usahawantani.com

0 comments:

Followers

There was an error in this gadget

IKLAN 1

Ruang iklan untuk disewa

IKLAN 2

Ruang Iklan untuk disewa
PELUANG KERJASAMA

Pihak Portal Usahawantani.com dan Akademi Usahawantani sedang dalam proses menyemak dan menilai kembali kursus-kursus UsahawanTani yang dianjurkan oleh pihak kami . Kami menjemput semua pengusaha-pengusaha yang berpengalaman ATAU baru dalam mengendalikan kursus-kursus usahawantani untuk berkerjasama atau menjadi panel kami . Sila hantarkan proposal anda kepada Pengurus Akademi UsahawanTani di email akademi@usahawantani.com . Maklumat yang mesti ada dalam proposal anda ialah :
1. Nama Anda / Syarikat
2. Alamat
3. Bidang UsahaTani
4. Kandungan Kursus
5. Bilangan Hari
6. Kos Kursus
7. Lokasi Kursus
8. Pengalaman
9. Cadangan kaedah kerjasama (option)


Daftar Ahli Usahawantani

Borang Pendaftaran

Nama
Email
No Handphone (e.g 019-1234567)
Lokasi (e.g Bandar/Negeri)
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ]


Nota : Selepas menekan butang 'Daftar' sila lihat email anda untuk kepastian bahawa pendaftaran anda telah diterima oleh pihak kami.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP