Teroka ternakan ikan ketutu
ALOR GAJAH 25 Sept. – Sebanyak 50 kolam ternakan ikan air tawar sekitar Felda Tun Abdul Ghafar, Bukit Senggeh, Nyalas di sini akan dimajukan dengan ternakan ikan ketutu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan, R. Perumal berkata, ternakan ikan ketutu dilihat mampu menjanjikan pulang lumayan.
Menurut beliau, peneroka di Felda Tun Abdul Ghafar yang mengusahakan ternakan ikan air tawar wajar bertukar kepada ternakan ikan ketutu berbanding ikan talapia merah yang diusahakan sekarang.
Katanya, ikan talapia merah hanya dijual dengan harga RM4 sekilogram sedangkan ketutu boleh mencecah RM50 sekilogram.
“Saya dimaklumkan harga pasaran semasa ikan ketutu untuk sekilogram boleh mencecah antara RM30 hingga RM50 dan di samping itu ia boleh dieksport ke luar negara,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan dan Pengguna negeri berkata, ikan ketutu mempunyai permintaan yang tinggi dari Singapura, Taiwan dan Hong Kong.
‘‘Melihat potensi besar ikan ketutu untuk pasaran tempatan dan luar negara saya yakin penternakan ikan ini akan dapat menjanjikan pendapatan cukup lumayan,” katanya.
Perumal menambah, harga seekor ikan ketutu yang siap dimasak di restoran-restoran pula boleh mencecah sehingga RM120.
Sehubungan itu katanya, beliau akan mengadakan perbincangan dengan sebuah syarikat akuakultur di Sungai Tiang untuk melaksanakan ternakan itu secara konsep mentor-mente.
Syarikat tersebut kata Perumal, telah berjaya mengeksport ikan ketutu ke negara pengimport melalui ternakan ikan ketutu di empat buah kolam seluas 1.6 hektar yang diusahakannya.
“Saya yakin, jika ia berjaya dilaksanakan, ia akan menjadi sumber pendapatan baru sekali gus meningkatkan ekonomi penduduk di Nyalas,” katanya.
UTUSANusahawantani.com
7 comments:
aku setuju, boleh jadi jutawan ternak ketutu. Kalu ternak 1,000 ekor leh dapat 70,000RM bila dah beratnya 1kg keatas sbb 1kg harga RM70-90. Klik ke "rahsia_ternak_k22"
Macamana benda ni boleh tak kecoh.. senyap jer.. laa ni langsung tak de nampak apa2 pun... berapa banyak kolam yg ada tapi tak de lah menjadi sangat.. depa kebanyakannya bukan serious utk jadi penternak ikan. Kebanyakan sekadar suka2. Malah ada yg langsung tak berbela pun kolan diorang...tapi bila generaasi kedua nak sewa, jam tu ler depa kata nak buat... padahal ada sesetangah tu kolam belia yang tah bila kala jadi milik persendirian lak... hampeh..
macamana nak dptkan benih ketutu?
siapa ada benih ikan ketutu hubungi saya,0126907504
Kepada yg ingin menjadi mangsa ketutu,silakan !!!!
Sebagai bekas pembekal benih ketutu,saya ingin memberi amaran tegas kepada semua bahawa ikan ketutu ni tidak sesuai dibela dalam kolam kerana 1001 sebab yg tidak dapat dijawap walaupun oleh pihak perikanan !!!!
Saya berhenti membekal bernih kerana sedih melihat semua yg menceburi bidang ini muflis dan merasakan bisnis in suatu penganiayaan terhadap pembeli yg ikhlas. Taubat !!!!!!
Kepada ahli politik,kalau nak songlap duit kerajaan..projek ketutu memang sesuai skali,set-up kolam kos tinggi,masyukkkk, benih mahal,masyuk, kadar kematian tinggi(top up benih lagi),masyuk lagi,kalau ada yg masih hidup di hujung projek bole la jual,masyuk lagi....hahahahahaha
Tapi ingat...HARAM duit tuh !!!!!
Buatla kajian dulu sebelum abiskan duit rakyat....
Benih ketutu yang dah di kuarantine call 017-2396413 emel dmenshin@gmail.com. Cara buat benih keli klik KetutuMakanOrang
Post a Comment