Pihak usahawantani.com mempelawa semua petani penternak , nelayan dan peniaga berkaitan tani untuk menggunakan perkhidmatan blog usahawantani.com. Anda boleh mengiklan produk anda dilaman ini secara percuma . Marilah sama-sama kita memajukan industri asas tani ini . Hantarkan skrip atau banner iklan anda ke iklan@usahawantani.com Kami akan siarkan iklan anda di blog ini. Anda juga digalakkan untuk mendaftar sebagai pengguna laman usahawantani.com . Sebagai pengguna berdaftar anda akan sentiasa mendapat maklumat terkini dari kami . Sekian . Pentadbir@Pulau Tawar


26 December 2007

Graduan raih RM12,000 sebulan tanam cendawan

PASIR PUTEH 25 Dis. – Walaupun bergelar graduan Universiti Putra Malaysia (UPM), namun Nor Sanusi Mahmud, 25 tidak menyesal memilih untuk menceburi bidang tanaman cendawan.
Keputusan bijaknya itu membolehkan beliau meraih pendapatan sehingga RM12,000 sebulan.
Tanaman cendawan tiram kelabu yang diusahakannya sejak tahun 2004 kini menghasilkan sehingga 70 kilogram cendawan setiap hari.
Nor Sanusi yang berkelulusan Diploma Pengurusan Perniagaan berkata, sewaktu mula menceburi perusahaan itu, dia hanya berbekalkan modal permulaan sebanyak RM28,000 sahaja.
Menurutnya, idea untuk terlibat dalam penanaman cendawan yang diusahakan di Kampung Telaga Papan di sini timbul setelah melihat sendiri kejayaan petani di Hatyai, Thailand.
Kata beliau, dia kemudian membuat keputusan untuk mencuba teknologi penanaman cendawan seperti yang dilaksanakan di Hatyai itu sehinggalah kini berjaya menjadi pembekal utama cendawan ke pasar borong seluruh Kelantan.
‘‘Bezanya kaedah yang digunakan ialah saya bina bangsal cendawan dari kayu pokok gelam, batang nibung dan atap rumbia seperti yang dilakukan petani di Hatyai.
‘‘Dengan kaedah ini kita tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk membeli kayu dan atap asbestos yang semakin meningkat harganya seperti yang biasa dilakukan di negara ini,” katanya.
Tambah Sanusi, Pejabat Pertanian Pasir Puteh juga banyak membantu menjayakan projeknya dengan menyalurkan khidmat teknikal dan kepakaran termasuk kaedah penanaman yang sistematik.
‘‘Saya menjual cendawan ke beberapa tempat seperti Pasar Besar dan Pasar Borong Pasir Puteh dengan harga RM5.80 sekilogram.
‘‘Ia sudah cukup lumayan dengan pendapatan kasar sebanyak RM400 sehari,” katanya.
Beliau berkata, cendawannya mendapat permintaan tinggi bagi penghasilan masakan tomyam dan juga cendawan goreng yang diusahakan peniaga makanan di sekitar Kelantan dan sebahagian daerah di sempadan Kelantan dan Besut.
‘‘Saya sedia membantu usahawan baru khususnya belia lain yang berminat menceburi penanaman cendawan kerana prospeknya begitu baik ketika ini,” katanya.

usahawantani.com

6 comments:

Anonymous,  January 8, 2008 10:38 AM  

saya merupan pelajar daripada Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Kami ditugaskan untuk membuat lawatan ke badan2 yang terlibat dalam sektor pertanian, perladangan, ternakan dan seumpanya sebagai kerja kursus kami dalam subjek Pembangunan Sosio Ekonomi Malaysia. saya berminat dengan kejayaan encik dan mahu mengadakan lawatan di tempat tersebut. Diharap encik boleh menghubungi saya kerana saya tidak tahu bagaimana untuk menghubungi encik....
Yvonne_zakharov@yahoo.com

ira,  January 26, 2008 2:25 PM  

salam
macam mana ek nak contact en sanusi??

webmaster March 17, 2008 10:53 PM  

Bagaimana caranya untuk saya menghubungi En. Sanusi??..Harap dapat emailkan kontek En Sanusi ke mohdrizuan10@gmail.com..

Prince December 3, 2009 10:43 AM  

salam en.sanusi

sya amat bminat utk mengetahui & mempelajari selok-belok penanaman setrusnya perniagaan cendawan tapi tak tau mcmana nak kontek en.

jika en reply komen ini sila emel saya

yg berharap
dr Brunei



yg berhajat dr
Brunei

sabariyah February 25, 2011 12:15 AM  

assalamualaikum cik nor sanusi...

saya seorang student poly dlm kos ukur tanah..
saya minat sangat nak tanam cendawan macam cik sanusi buat..tapi saya x tahu cara-cara nak tanam mcm mana..
boleh cik tolong ajar saya...
saya sanggup tolong cik kat ladang cik janji saya dapat ilmu tentang cendawan...
ni no tpon saya 012-5588768.

Followers

Ulasan Terkini

IKLAN 1

Ruang iklan untuk disewa

IKLAN 2

Ruang Iklan untuk disewa
PELUANG KERJASAMA

Pihak Portal Usahawantani.com dan Akademi Usahawantani sedang dalam proses menyemak dan menilai kembali kursus-kursus UsahawanTani yang dianjurkan oleh pihak kami . Kami menjemput semua pengusaha-pengusaha yang berpengalaman ATAU baru dalam mengendalikan kursus-kursus usahawantani untuk berkerjasama atau menjadi panel kami . Sila hantarkan proposal anda kepada Pengurus Akademi UsahawanTani di email akademi@usahawantani.com . Maklumat yang mesti ada dalam proposal anda ialah :
1. Nama Anda / Syarikat
2. Alamat
3. Bidang UsahaTani
4. Kandungan Kursus
5. Bilangan Hari
6. Kos Kursus
7. Lokasi Kursus
8. Pengalaman
9. Cadangan kaedah kerjasama (option)


  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP