Pihak usahawantani.com mempelawa semua petani penternak , nelayan dan peniaga berkaitan tani untuk menggunakan perkhidmatan blog usahawantani.com. Anda boleh mengiklan produk anda dilaman ini secara percuma . Marilah sama-sama kita memajukan industri asas tani ini . Hantarkan skrip atau banner iklan anda ke iklan@usahawantani.com Kami akan siarkan iklan anda di blog ini. Anda juga digalakkan untuk mendaftar sebagai pengguna laman usahawantani.com . Sebagai pengguna berdaftar anda akan sentiasa mendapat maklumat terkini dari kami . Sekian . Pentadbir @ Pulau Tawar Jerantut Pahang

27 November 2007

SKIM KONTRAK TERNAKAN AYAM DAGING

SKIM KONTRAK TERNAKAN AYAM DAGING

  1. Apakah skim kontrak ternakan ayam tersebut?
    Perusahaan ayam di negara ini telah maju setapak lagi dengan wujudnya sistem integrasi ternakan ayam daging. Pemeliharaan ayam daging berkontrak adalah sebahagian daripada sistem integrasi ternakan ayam tersebut. Di dalam sistem integrasi ternakan ayam daging, beberapa komponen seperti ladang ayam pembiakan dan penetasan, pengilang makanan ternakan, kesihatan ternakan, loji pemprosesan, pengembangan dan pemasaran ayam adatah dikawal oleh sesebuah syarikat yang besar yang juga dikenali sebagai integrator. Pemeliharaan ayam daging biasanya dilakukan oleh penternak secara kontrak di bawah kelolaan integrator tersebut.
    Secara ringkas struktur organisasi sistem integrasi ternakan ayam daging adalah seperti Rajah 1.
    INTEGRATOR
    <-- Ladang Ayam Pembiakan <-- Pusat Penetasan <-- Kilang Makanan <-- Kesihatan & Khidmat Nasihat <-- Loji Memproses/Prosesan Lanjutan <-- Pemasaran Pemeliharaan PENTERNAK ---> dan -------->
    Pengeluaran
    Ayam Daging
    V
    PENGGUNA
    Rajah 1: Struktur Organisasi Sistem Integrasi Ternakan Ayam Daging
  2. Siapakah integrator-integrator ini?
    Mereka ini terdiri daripada Kentucky Fried Chicken (KFC), Pertanian Charoen Pokphand (CP), Goldkist, Leong Hup, Cargill dan Malayan Flour Mills (MFM}.
  3. Apakah peranan saya di dalam integrasi ayam daging ini sebagai seorang penternak?
    Peranan anda ialah memelihara anak-anak ayam dengan makanan dan lain-lain input yang telah dibekalkan oleh integrator kepada anda. Tetapi sebelum anda dibekalkan dengan segala input yang isebutkan, anda mestilah menandatangani surat perjanjian atau kontrak dengan pihak integrator terlebih dahulu.
  4. Kenapa berkontrak?
    Penternak hendaklah bersetuju memelihara anak-anak ayam dengan menggunakan makanan/ubat-ubatan dan mematuhi syarat-syarat dan nasihat yang diberikan oleh integrator. Harga anak ayam dan makanan termasuk harga ayam akan ditetapkan. Jika anda bersetuju dengan syarat-syarat dan harga anak ayam, makanan dan harga ayam daging yang akan dibeli semula oleh integrator, anda akan diminta menandatangani surat perjanjian atau kontrak dengan pihak integrator.
  5. Apakah kebaikan menyertai skim kontrak ini daripada menternak ayam sendirian?
    Anda tidak memerlukan modal yang banyak untuk memulakan projek. Anda cuma perlu membiayai pembinaan reban dan peralatan serta bekalan api dan air.
    Sebagai seorang penternak kontrak, anda tidak perlu bimbang ke mana ayam daging anda yang telah cukup umur dan beratnya hendak dijual. Ini kerana pihak integrator akan membeli semula ayam-ayam daging yang telah anda pelihara.
    Masalah turun naik harga yang sentiasa berlaku tidak akan menjejaskan anda. Anda akan dibayar dengan harga di ladang yang telah ditetapkan seperti yang terdapat di dalam kontrak anda dengan pihak integrator.
    Bekalan anak ayam, makanan, ubat-ubatan dibekalkan kepada anda secara kredit. Input-input ini akan dibayar kepada integrator selepas ayam anda dijual kepada integrator tersebut.
    Apabila kontrak telah ditandatangani dan reban serta peralatan-peralatan lain telah disediakan, anak ayam dan makanan akan terus dihantar ke reban anda.
  6. Berapa lamakah satu-satu kontrak tersebut?
    Ada yang mengikat kontrak untuk 1 atau 2 tahun. Tetapi, jika anda seorang penternak yang baik dari segi prestasi pemeliharaan ayam daging tersebut, kontrak tersebut boleh diperbaharui selepas ia tamat.
    Tetapi jika anda didapati tidak memelihara ayam-ayam daging dengan baik dan selalu cuai dan rugi, kontrak anda boleh dibatalkan bila-bila masa oleh pihak integrator.
  7. Bagaimana caranya untuk mendapatkan kontrak tersebut?
    Anda mestilah mempunyai tanah yang sesuai dan yang boleh dimasuki oleh lori. Jika tidak terdapat jalan yang sesuai, sukar bagi lori untuk masuk menghantar anak ayam dan makanan ke reban.
    Anda juga mestilah mempunyai modal yang cukup untuk mendirikan reban mengikut panduan daripada pihak integrator, membeli peralatan bekas makanan dan minuman dan lain-lain serta kemudahan air dan api.
    Hubungilah integrator yang bergiat menjalankan skim ini dan berdekatan dengan tempat anda. Tetapkan temujanji untuk pihak integrator pergi melihat tanah yang anda cadangkan sebagai tapak ternakan ayam daging kontrak tersebut.
    Jika pihak integrator telah bersetuju dengan tapak tanah dan anda bersetuju dengan syarat-syarat kontrak, anda bolehlah menandatangani kontrak sebelum reban didirikan.
  8. Adakah latihan dan pengalaman diperlukan?
    Ya. Malah jika anda telah dilatih untuk menternak ayam daging secara komersial, peluang anda untuk mendapatkan kontrak adalah lebih cerah lagi. Tetapi latihan saja bukanlah syarat yang utama untuk mendapatkan kontrak. Malah ramai penternak yang telah berjaya tidak pernah mendapat latihan yang formal.
  9. Siapakah yang menyediakan latihan?
    Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Pergilah ke Pejabat Haiwan yang berdekatan untuk maklumat lanjut tentang kursus dan tarikh yang sesuai untuk anda.
  10. Di manakah latihan ini dijalankan?
    Jabatan Perkhidmatan Haiwan anda mempunyai 3 buah pusat untuk memberi latihan yang anda pertukan untuk menternak ayam daging secara komersial. Pusat-pusat tersebut adalah seperti berikut:
    Pusat Latihan dan Ternakan Ayam Cheras, Selangor.
    Pusat Latihan dan Ternakan Ayam Ayer Keroh, Melaka.
    Pusat Latihan dan Ternakan Ayam di Marang, Kuala Terengganu, Terengganu.
    Kursus ayam daging secara komersial yang dijalankan memakan masa selama 6 minggu.
  11. Selepas penternak menyediakan reban dan peralatan yang diperlukan, apa pula peranan integrator?
    Anak ayam dan makanan akan dihantar ke reban anda. Selain daripada. membekalkan anak ayam, makanan, ubat-ubatan dan khidmat nasihat, integrator akan memasarkan ayam-ayam yang telah anda pelihara dengan harga yang telah ditetapkan, seperti di dalam kontrak yang telah anda dan kontraktor persetujui dan tandatangani.
  12. Ladang Penternak Ayam Kontrak
  13. Bolehkah saya mengetahui syarat-syarat kontrak secara am?
    Di antara syarat-syarat utama yang perlu anda sebagai penternak patuhi adalah seperti berikut:-
    Tidak membeli anak ayam dan makanan secara kredit daripada integrator/syarikat lain.
    Memelihara ayam-ayam yang dibekalkan dengan baik.
    Tidak menjual ayam-ayam atau makanan yang dibekalkan kepada orang lain.
    Bertanggungjawab ke atas semua kos yang terlibat sehingga ayam yang dipelihara dijual.
    Menjaga kebersihan ladang dan pengurusan seperti yang dikehendaki oleh integrator.
    Selain daripada syarat-syarat am di atas, pihak integrator mungkin ada syarat-syarat yang lebih khusus lagi. Pastikan anda telah benarbenar faham dengan kontrak sebelum ianya dipersetujui. Sebagai contoh, ada pihak integrator yang mahukan anda menghantar ayam ke pusat pemprosesan dengan berat badan yang telah ditetapkan di dalam kontrak.
    Syarat-syarat yang telah ditetapkan hendaklah dipatuhi. Prestasi penternakan anda juga adalah diawasi oleh integrator. Jika anda tidak mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dan prestasi penternakan anda pula rendah, kontrak anda mungkin dibatalkan pada bila-bila masa.
  14. Bagaimana mendapatkan keuntungan dari sistem kontrak?
    Jika anda adalah penternak yang masih baru dan belum berpengalaman, mulakan ternakan anda dengan bilangan minima yang ditetapkan oleh integrator. Tetapi, apabila telah berpengalaman, tingkatkan bilangan ayam yang anda pelihara. Jika anda seorang penternak yang gigih dan dibantu pula oleh keluarga, 10,000 ekor ayam bagi satu pusingan adalah dicadangkan (setahun anda boleh memelihara sebanyak 5 pusingan).
    Kurangkan kematian di bawah paras 4% sahaja untuk memperbaiki keuntungan bersih.
    Jangan membazir makanan. Sentiasa periksa kedudukan bekas makanan ayam anda. Kedudukan bekas makanan yang terlalu rendah bagi ayam yang telah berumur 2 minggu ke atas menyebabkan makanan terbuang dan akan menyebabkan pembaziran.
    Pastikan sistem pengurusan, termasuk kesihatan ayam yang dipelihara sentiasa diberi perhatian.
  15. Siapakah yang menyediakan ubat-ubatan dan khidmat nasihat?
    Pihak integrator. Malah pihak integrator akan menghantar wakil-wakil mereka untuk memberi khidmat nasihat yang anda perlukan.
  16. Dari mana pelan dan anggaran kos reban ayam boleh diperolehi?
    Kebanyakan integrator mempunyai pelan reban yang mana anda terpaksa ikuti. Anggaran kos mendirikan reban juga~ada disertakan.
  17. Saya ingin menternak 5,000 ekor ayam, berapa banyakkah modal untuk reban dan peratatan yang diperlukan untuk menternak ayam?
    Oleh kerana harga bahan-bahan seperti kayu, atap, upah dan lain-lain adalah berbeza mengikut tempat, anda mestilah mempunyai modal di antara $15,000 - $20,000 untuk reban dan peralatan yang diperlukan.
  18. Adakah integrator menetapkan bilangan minima ayam daging yang ingin dipelihara?
    Ada. Kebanyakan integrator bersetuju mengadakan kontrak dengan anda jika anda ingin memelihara di antara 3,000-4,000 ekor ayam daging satu pusingan.
    Pastikan dengan integrator yang telah anda pilih berapa bilangan minima ayam daging yang membolehkan anda memulakan ternakan secara kontrak tersebut.
  19. Berapa kali pemeliharaan boleh didapati bagi setahun?
    Ia bergantung kepada kontrak. Jika kontrak yang anda perolehi memerlukan ayam berumur 35 - 40 hari, anda boleh memelihara sehingga 6 kali setahun. Tetapi, jika anda dikehendaki memelihara sehingga 45 - 50 hari, anda boleh memelihara sebanyak 5 kali pusingan/tahun.
  20. Jika saya kekurangan wang sebagai modal untuk pembinaan reban dan pembelian peralatan yang diperlukan, bolehkah saya meminjam daripada bank?
    Boleh. Tetapi biasanya bank akan membiayai 60 - 70% daripada modal keseluruhan untuk tujuan pembinaan reban dan pembelian peralatan tersebut. Hubungilah bank yang berdekatan untuk keterangan lanjut.
  21. Adakah skim kontrak ternakan ayam daging ini menguntungkan?
    Tentu sekali. Secara am anda boleh mendapati 30 - 40 sen untung bersih bagi setiap ekor ayam yang anda jual. Jika kematian ayam rendah, mungkin anda boleh mendapat untung yang lebih tinggi lagi. Pastikan makanan ayam daging yang dibekalkan digunakan dengan cekap agar kadar tukaran makanan (FCR) anda mencapai 2.0 - 2.1 pada berat ayam 2 kg hidup.
  22. Apakah kadar tukaran makanan atau FCR tersebut?
    Kadar tukaran makanan, atau FCR itu ialah satu nilai yang menggambarkan banyak makanan yang diperlukan oleh seseekor ayam untuk menukar makanan kepada daging. Sebagai contoh, jika kadar tukaran makanan ayam daging anda 2.2, ini bermakna anda terpaksa memberi 2.2 kg makanan untuk ditukarkan menjadi 1 kg daging.
    Kadar tukaran makanan ini bergantung kepada beberapa faktor. Di antaranya:-
    Kuatiti dan baka anak ayam
    Kualiti dan jenis rnakanan yang diberikan
    Kadar kematian.
    Pembaziran makanan akibat daripada kecuaian untuk menetapkan ketinggian bekas makanan.
    Pengurusan keseluruhannya termasuk status penyakit di ladang ternakan.
    Oleh kerana kualiti makanan dan anak ayam yang diberikan oleh pihak integrator adalah terjamin, anda mestilah mengawasi kadar kematian ayam-ayam daging yang anda pelihara. Jika ayam yang ada pelihara mati, makanan yang selama ini diberikan kepada ayam tersebut adalah sia-sia sahaja. Ini yang menyebabkan kadar tukaran makanan ayam daging anda menjadi 2.5 atau 2.6 dan sebagainya.
    Kadar tukaran makanan yang baik adatah dalam lingkungan 2 pada berat badan 2 kg, iaitu ayam daging anda memerlukan 2 kg makanan untuk ditukar menjadi 1 kg daging.
  23. Adakah penternak yang mengalami kerugian daripada kontrak ayam daging ini dan kenapa?
    Ada. Terdapat beberapa sebab. Di antaranya disebabkan oleh:
    kematian yang melebihi 5%
    kadar tukaran makanan sehingga melebihi 2.25 pada berat badan kg. 2 (hidup)
  24. Adakah pihak integrator datang menangkap ayam yang telah cukup berat dan umurnya.
    Tidak semestinya. Ada integrator yang datang menangkap ayam di reban. Tetapi, ada juga yang mahukan anda menghantarnya ke loji pemprosesan ayam.
  25. Oleh kerana sema input diberi secara kredit, bagaimana hutang terhadap integrator diselesaikan?
    Sebelum ayam anda dikeluarkan oleh integrator dari ladang atau selepas ayam tersebut sampai di loji pemprosesan, ayam akan ditimbang. Pendapatan anda akan ditentukan. Pihak integrator akan menolak semua kos anak ayam, makanan, ubat-ubatan yang telah anda gunakan. Bakinya adalah milik anda. Tetapi jangan lupa selesaikan hutang bank anda terlebih dahulu, jika anda masih belum habis menjelaskan hutang untuk pembinaan reban dahulu.
  26. Bagaimana boleh berjaya dalam ternakan ayam daging berkontrak
    Anda mesti lah seorang yang berdisiplin dan bersungguh-sungguh semasa menjalankan kontrak ternakan tersebut.
    Sistem kontrak ini bukan tajaan kerajaan. Pihak integrator tidak akan meneruskan kontrak jika anda didapati tidak berminat untuk meneruskannya. Prestasi anda sentiasa diawasi.
    Untuk mencapai kejayaan dan keuntungan, anda mestilah meneruskan projek ini sekurang-kurangnya selama 5 tahun berturut-turut. Jika selepas 1 atau 2 pusingan ancla berhenti atau diberhentikan, hutang dari pinjaman anda pun tidak mungkin habis dibayar.
  27. Bagaimana untuk mendapat keterangan lanjut?
    Disertakan senarai integrator serta alamat dan nombor telefon untuk tindakan anda seterusnya. Hubungilah pegawai yang menguruskan ternakan secara kontrak di alamat yang disediakan.

    usahawantani.com

Read more...

Kursus Ternaka Kambing December 2007

  • Kursus Penternakan Kambing
  • Sesi Kedua: 2 - 7 Disember 2007
  • Kandungan kursus:
  1. Pengenalan kepada pelbagai jenis kambing.
  2. Pemakanan kambing.
  3. Pembinaan kandang yang ideal.
  4. Perbidanan - insyaAllah termasuk menyambut kelahiran.
  5. Mengenal dan merawat penyakit.
  6. Pengambilan susu.
  7. Pengenalan kepada peraturan/undang-undang berhubung pemindahan ternakan.
  8. Menyimpan rekod dan akaun.
  • Tempoh kursus:5 hari.
  • Tempat kursus:Ladang kami
  • Bayaran:RM500 seorang, temasuk tempat tinggal dan makan minum.
  • Mendaftarlah segera... sila hubungi kami...

usahawantani.com

Read more...

26 November 2007

Kursus Pembenihan Ikan Tilipia

Kursus Pembenihan Ikan Tilapia

  • KURSUS : Pembenihan Ikan Tilapia teknik inkubator.
  • ANJURAN: PERINTIS AGRO TECH
  • TARIKH: 1 dan 2 Disember 2007
  • TEMPAT: Pusat Belia Bukit Lagong, Selayang
  • YURAN : RM 430.00 Termasuk sijil, makan minum, kertas kerja dan nota manual
  • PENDAFTARAN: En Hifzi 019-6634527

usahawantani.com

Read more...

Peniaga asing mula kuasai Pasar Borong Selangor

SERI KEMBANGAN 24 Dis. – Pembukaan Pasar Borong Selangor pada tahun 2001 telah membuka peluang perniagaan kepada peniaga tempatan untuk memasarkan hasil pertanian.
Ternyata hasrat kerajaan negeri Selangor untuk menjadikan pasar borong berkenaan sebagai platform menjana sektor pertanian di Selangor adalah niat yang cukup murni.
Bagaimanapun situasi yang berlaku hari ini jelas berbeza dengan matlamat penubuhan pasar borong berkenaan.
Kebanjiran warga asing sejak beberapa tahun lalu di pasar borong berkenaan menyebabkan ramai peniaga tempatan kehilangan tempat untuk mencari rezeki.
Tinjauan Utusan Malaysia di Pasar Borong Selangor yang terletak di Seri Kembangan baru-baru ini mendapati hampir 40 peratus daripada 300 lot perniagaan yang terdapat di sini sudah mula dikuasai warga asing.
Difahamkan, mereka bukan sahaja menjadi pembantu perniagaan tetapi turut menjadi pengurus kepada lot niaga yang disewa daripada pemilik sebenar lot berkenaan.
Salah seorang peniaga sayur, Mat Som Samurmin, 60, berasa terkilan kerana sehingga sekarang masih gagal mendapat lot perniagaan dan terpaksa menumpang di lot perniagaan adiknya.
‘‘Saya langsung tidak diberitahu kenapa permohonan mendapatkan lot perniagaan di sini ditolak tetapi lot-lot perniagaan di sini dipajak kepada warga asing tidak pula menjadi masalah,’’ katanya.
Dia mempersoalkan ke mana hilang hak orang tempatan terutamanya bumiputera untuk berniaga di sini kerana tujuan penubuhan Pasar Borong Selangor satu masa dahulu membuka peluang perniagaan kepada orang tempatan.
‘‘Saya tidak mahu lama-kelamaan Pasar Borong Selangor ini dimiliki warga asing sepenuhnya sehinggakan tiada lagi ruang kepada orang tempatan untuk berniaga,’’ katanya.
Dia menggesa pihak pengurusan tertinggi turun padang dan melihat masalah peniaga tempatan di sini dengan lebih dekat lagi.
Bagi Jayantih a/p M.Balasubramaniam, 39, dia berasa hairan bagaimana warga asing itu bebas menjalankan perniagaan tanpa sebarang halangan.
‘‘Walaupun operasi selalu dilakukan oleh Jabatan Imigresen dan Ikatan Sukarelawan Rakyat (RELA), mereka sentiasa terlepas’’ katanya.
Beliau berkata, sikap peniaga asing yang disifatkannya tidak bertimbang rasa memburukkan lagi keadaan.
``Mereka (peniaga warga asing) sengaja meletak papan lapis sebagai tembok bersebelahan lotnya untuk menghalang pemandangan orang ramai.
‘‘Ramai pembeli tidak nampak dengan jelas lot perniagaan saya kerana dihalang tembok berkenaan,’’ katanya.
Pendapat ini turut dikongsi oleh suaminya, P.S Nadarajah,38, yang bimbang dengan situasi terkini.
Menurutnya, perniagaan sayur-sayurannya sedikit demi sedikit terganggu akibat kehadiran peniaga asing itu.
‘‘Kebanyakan peniaga warga asing mendapat peluang menguruskan perniagaan di sini kerana penyewa tidak mahu menguruskan sendiri perniagaannya.
“Ini punca utama mengapa mereka semakin ramai berniaga di pasar borong itu.
‘‘Saya tidak mahu hak kita selaku rakyat Malaysia yang juga rakyat tempatan di sini tertindas kepada warga asing,’’ ujarnya.
Dia turut mengharapkan satu perbincangan tertutup dapat diadakan di antara Menteri Besar Selangor, Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang mengurus pasar borong berkenaan dan peniaga yang menyewa lot niaga di situ.
‘‘Kami mahu masalah di sini diketahui pihak atasan terutamanya Menteri Besar Selangor dan berharap mendapat pembelaan sewajarnya,’’ katanya.
Seorang peniaga yang mahu dikenali sebagai Atan berkata, bilangan peniaga bumiputera di situ hanya tinggal 10 peratus berbanding 60 peratus ketika pasar borong itu dibuka.
‘‘Statistik ini cukup menyedihkan dan begitu juga dengan kaum lain seperti India dan Cina yang mula kehilangan tempat kepada warga asing,’’ katanya.
Dia mencadangkan satu peraturan ditetapkan oleh pihak pengurusan dengan tidak membenarkan warga asing menjadi pengurus kepada perniagaan di lot pasar terbabit.
‘‘Penyewa hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya mengurus perniagaan mereka dan tidak boleh memajak kepada orang lain,’’ katanya.
Dia berpendapat banyak masalah yang akan timbul sekiranya warga asing terus dibiarkan menguruskan perniagaan mereka tanpa kawalan.
‘‘Mereka akan melakukan pelbagai taktik untuk menarik pelanggan sehingga merosakkan peluang peniaga tempatan,’’ katanya.
Seorang peniaga sayur yang mahu dikenali sebagai Sing, 39, berkata, antara faktor pelanggan kurang datang ke gerainya ialah kerana harga yang ditawarkan oleh peniaga warga asing jauh lebih rendah daripada harga yang ditawarkan peniaga tempatan.
‘‘Adakalanya harga yang ditawarkan oleh mereka (peniaga asing) tidak realistik dan kami boleh menanggung kerugian yang banyak sekiranya mengikut harga mereka,’’ katanya.
Sebagai contoh, peniaga tempatan menjual sekilogram sawi pada harga RM1.80 tetapi difahamkan ada antara peniaga warga asing boleh menawarkan sehingga RM1.20 sekilogram kepada pembeli.
‘‘Kadang-kadang saya sendiri berasa musykil daripada mana mereka memperoleh bekalan semurah itu dan ia menjadi tanda tanya kepada peniaga tempatan di sini,’’ katanya.
Selain itu, dia turut meminta Persatuan Peniaga Pasar Borong Selangor yang dibubarkan dua tahun lalu ditubuhkan semula bagi menjaga kebajikan peniaga di sini.
‘‘Setiap kali kami dihimpit masalah, kami selaku peniaga tiada saluran menyampaikannya kepada pihak atasan,’’ katanya
usahawantani.com

Read more...

25 November 2007

Kursus Tanaman Cendawan

KURSUS TANAMAN CENDAWAN

  • 90% PRAKTIKAL 10% TEORI
  • PESERTA AKAN DIDEDAHKAN DENGAN TEKNIK MEMBUAT BEG CENDAWAN DARI PROSES A-Z.
  • TARIKH KURSUS: 24 NOV, 9 DEC, 16 DEC DAN 29 DEC
  • BAYARAN: RM200 TERMASUK MAKAN.
  • HANDOUT DAN CD DISEDIAKAN (PERCUMA).
  • HUBUNGI: EN. ZUL (019 – 207 1743) DAN EN. ABU (012 – 912 7678)
  • ALAMAT: LOT 225, BISTARI 6, KG. SRI AMAN PUCHONG.
  • LAND MARK: PUCHONG PERDANA
usahawantani.com

Read more...

24 November 2007

Jualan Hasil Tani

Saya ingin jual beberapa hasil tani antaranya:-
Sila lihat blog saya di:- http://azamali01.fotopages/com

kambing kacukan kampong
ikan talapia
ikan baung
lembu

Azam - 012-3176448

usahawantani.com

Read more...

13 November 2007

Tubuh segera koperasi pertanian – Muhyiddin

KUALA LUMPUR 12 Nov. – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani meminta semua 272 Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) kawasan, segera menubuhkan koperasi untuk faedah 717,000 ahlinya.
Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penubuhan koperasi itu bagi menyahut saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk melonjakkan sektor pertanian supaya lebih maju dan berdaya saing.
“Penubuhan koperasi diharap dapat memperkembangkan aktiviti ekonomi para petani, peladang dan penternak yang selama ini terhenti setakat menghasilkan produk pertanian sahaja.
“Sedangkan terdapat pelbagai aktiviti nilai tambah kepada produk yang dikeluarkan yang selama ini dikuasai oleh pihak lain,” katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) di Hotel Renaissance, di sini hari ini.
Turut hadir ialah Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang, Tan Sri Abu Zahar Nika Ujang dan Pengerusi Nafas, Datuk Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.
Muhyiddin berkata, penubuhan koperasi itu diharap menjadi sayap utama Nafas dalam menjana ekonomi ahli-ahlinya terutama dari aspek pemasaran, pembungkusan dan penjenamaan produk.
“Saya berharap semua ahli LPP secara automatik menjadi ahli koperasi dengan hanya perlu membayar sebanyak RM1,000 setiap seorang sebagai pelaburan awal atau saham kepada koperasi tersebut.
“Jika perlu kita akan adakan jawatankuasa peringkat kementerian dan meminta nasihat tokoh-tokoh seperti Profesor Diraja Ungku Aziz dan mencontohi koperasi seperti ini di negara-negara seperti Korea, Jepun dan Australia yang terbukti berjaya meningkatkan pendapatan petani,” katanya.
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2008 bakal menyaksikan satu penganjuran terbesar apabila hampir 2,000 penyertaan diterima daripada pelbagai pihak untuk menyertai acara dwi tahunan itu.
“Melihatkan sambutan hangat ini, kementerian bersetuju untuk mengadakan MAHA selama 12 hari berturut-turut bagi membolehkan orang ramai benar-benar mendapat faedah daripada pameran itu,” katanya.
usahawantani.com

Read more...

12 November 2007

Longgarkan syarat pinjaman pertanian

PORT DICKSON 11 Nov. – Institusi kewangan digesa melonggarkan syarat pinjaman dan memperluaskan skop pembiayaan kepada sektor pertanian dan industri asas tani terutamanya agropertanian yang tidak terhad kepada sektor komoditi sahaja.
Menteri Pertanian, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin berkata, pada masa ini bank perdagangan memang menunjukkan minat yang memberangsangkan untuk membiayai aktiviti berkaitan pertanian tetapi jumlahnya amat kecil.
Menurut beliau, sepanjang tahun lalu, institusi kewangan telah memperuntukan lebih RM200 bilion dalam bentuk pinjaman tetapi daripada jumlah itu tidak sampai RM10 bilion diagihkan untuk sektor pertanian.
“Itupun sebahagian besar daripadanya untuk tanaman komoditi seperti kelapa sawit dan getah, bagi sektor pertanian dan industri asas tani lain amat sedikit, mungkin tidak sampai suku pun,” katanya.
Justeru beliau mencadangkan supaya bank perdagangan melonggarkan sedikit syarat pinjaman termasuk melanjutkan tempoh bayaran balik dan memberi layanan berbeza terhadap sektor itu berbanding industri lain yang mampu memberi pulangan lebih cepat.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Hari Keluarga Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Selesa Beach Resort di sini hari ini.
Tambah Muhyiddin, aktiviti pertanian memang mengambil masa berbanding industri lain tetapi pihak bank perlu memberi keutamaan kepada daya saing dan kemajuan syarikat terbabit yang mampu memberi pulangan lumayan dan terjamin.
Beliau seterusnya mencadangkan supaya Bank Negara Malaysia (BNM) menggesa institusi kewangan melalui dasarnya untuk memperuntukkan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada aktiviti pembiayaan disalurkan kepada sektor pertanian dan industri asas tani.
Beliau mengakui Bank Pertanian dan Bank Industri Kecil dan Sederhana memang menyediakan perkhidmatan tersebut tetapi ia tidak mencukupi berbanding keperluan pertanian negara.
‘‘Pembiayaan bank perdagangan perlu tidak terhad hanya kepada komoditi sahaja tetapi ia perlu melibatkan sektor pertanian lain termasuk keperluan logistik seperti rangkaian pemasaran dan sebagainya,” katanya.
Dalam pada itu, Muhyiddin menetapkan sasaran menubuhkan sekurang-kurangnya sebuah koperasi dalam Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) yang akan bertanggungjawab memasarkan produk dengan lebih cekap dan efisien.
Beliau berkata, kerajaan menyasarkan dalam tempoh masa tiga tahun iaitu sebelum berakhirnya Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), setiap PPK akan mempunyai sebuah koperasi yang ditadbir dan diuruskan secara profesional.
Katanya, pada masa ini memang telah wujud koperasi di sesetengah PPK tetapi ia tidak aktif dan tidak mendapat kerjasama sepenuhnya daripada ahli.
‘‘Pada masa ini kita mempunyai kira-kira 700,000 ahli pertubuhan peladang dan kira-kira 100,000 ahli pertubuhan nelayan di seluruh negara.
‘‘Cuba bayangkan potensi modal yang bakal diperoleh oleh koperasi itu sekiranya semua ahlinya itu bergabung dan bergiat aktif dalam sektor pertanian dan industri asas tani negara,” katanya.

usahawantani.com

Read more...

09 November 2007

Kurus Ternakan Belut

Tarikh : 24 November 2007
Anjuran : Art Soulist Agrotech
Tel : Cik Norazlin (0129012651)

usahawantani.com

Read more...

Kursus Ternak Cacing

Tarikh : 22 December 2007
Anjuran : Art Soulist Agrotech
Tel : Nor Elliza (012-4510879)

usahawantani.com

Read more...

KURSUS Ternakan Lintah

Tarikh :17-18 November 2007
Anjuran : Art Soulist Agrotech
Tel : 017-2677627 (Cik Noranisa)
Yuran : RM1000
Tempat Terhad

usahawantani.com

Read more...

Kursus Asas Pengeluaran Cendawan

Kursus Asas Pengeluaran
Cendawan Tiram Kelabu
(Pleurotus sajor-caju)
17 – 18 November 2007

Tempat : Rumah Cendawan,
Unit Tanaman Cendawan
Seksyen Penyelidikan dan Agroteknologi
Taman Pertanian Universiti
Tarikh : 17 – 18 NOVEMBER 2007
Anjuran: Persatuan Jurutera Pertanian Malaysia (MSAE)
Dengan kerjasama
Unit Tanaman Cendawan
Seksyen Penyelidikan dan Agroteknologi
Taman Pertanian Universiti, UPM
download brosur dan borang penyertaan disini
http://www.tpu.edu.my/bm/berita/brosurc20076.doc
halaman rasmi http://www.tpu.edu.my/
usahawantani.com

Read more...

Kursus Ternakan Kambing

www.kambing. net.my mengelolakan kursus menternak kambing 12 hingga 16Nov 2007. Bayaran RM500.00. Tempat tinggal dan makan minum disediakan.Tempat: 6386, Jalan Kempas, Kampung Bukit Kapar, Klang,Selangor.Kandungan kursus lebih ditumpukan kepada latihan amali,merangkumi pengenalan kepada pelbagai jenis kambing, pemakanan,pembinaan kandang yang ideal, perbidanan - insyaAllah termasukmenyambut kelahiran, mengenal penyakit, merawat, pengambilan susu danpelbagai lagi. Turut diselitkan ialah sedikit pengenalan kepadaperaturan/undang- undang berhubung pemindahan ternakan, menyimpan rekoddan akaun.Untuk pendaftaran sila hubungi019 2111486 (Idris Milatu)Fax: 03 33925205.Email: http://us.f621.mail.yahoo.com/ym/Compose?To=teguh%40kambing.net.my

usahawantani.com

Read more...

07 November 2007

Susu Jamnapari Di Eksport

BATU PAHAT 6 Nov. – Un Keng Farming Sdn. Bhd. (UKFSB) di Parit Yaani, dekat sini bakal menjadi pengeluar dan pengeksport susu segar kambing jamnapari di Malaysia tidak lama lagi.
Selain pasaran tempatan, syarikat itu juga merancang untuk mengeksport susu keluaran mereka ke beberapa negara Timur Tengah.
Antara negara yang dikenal pasti berpotensi besar sebagai pasaran produk keluaran UKFSB itu ialah Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Abu Dhabi serta Arab Saudi.
Pengarah Urusannya, Goh Un Keng, berkata, untuk itu, UKFSB akan membelanjakan RM4 juta untuk menyedia serta meningkatkan kemudahan pengumpulan dan pembotolan susu di kilang pengeluarannya.
Tambahnya, sehingga ini, pihaknya sudah membelanjakan RM2 juta bagi membeli beberapa peralatan berteknologi tinggi antaranya mesin penyedut serta kemudahan penyimpanan susu dari Jepun dan Taiwan.
“Kita juga merancang membelanjakan RM2 juta lagi bagi meningkatkan pengeluaran, termasuk menambah jumlah kambing betina,” katanya.
Katanya lagi, penggunaan teknologi tinggi itu adalah perlu bagi memastikan produk keluaran syarikat menepati standard antarabangsa yang ditetapkan negara pengimport.
Goh berkata, mesin pembunuh kuman atau pasteur dan homogen di UKFSB itu, adalah yang pertama di negara ini dan kini pihaknya sedang menunggu pengiktirafan beberapa institusi piawaian.
Antara institusi piawaian yang dipilih untuk menilai kualiti produk keluaran UKFSB itu ialah Moody International dan Pemeriksaan Veterinar di Jabatan Perkhidmatan Haiwan.
Goh juga memberitahu, susu kambing segar keluaran UKFSB turut mendapat pengiktirafan dan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Tambahnya lagi, susu kambing Jamnapari keluaran syarikatnya itu agak berbeza daripada susu kambing lain kerana ia mengandungi banyak khasiat serta berbau harum.
‘‘Antara khasiat utama susu kambing Jamnapari segar ialah ia tiada bahan pengawet, mengatasi penyakit demam kuning serta mengandungi faktor anti barah dan radang sendi,” jelasnya kepada Utusan Malaysia.
Bagi tujuan pemeriksaan kualiti dan standard, contoh susu keluaran UKFSB turut dihantar ke makmal veterinar Johor sebulan sekali.
Setakat ini katanya, UKFSB mampu menghasilkan kira-kira 280 liter susu kambing segar sehari dan usaha sedang dilakukan untuk meningkatkan kapasitinya kepada 600 liter sehari.
Goh berkata, antara langkah yang diambil bagi mencapai matlamat berkenaan, ialah menambah jumlah kambing betina di ladang ternakan milik UKFSB serta mendapatkan bekalan daripada 20 penternak kambing Jamnapari di kawasan sekitar.
Tambahnya buat masa ini UKFSB mempunyai 240 ekor kambing jamnapari yang boleh menghasilkan susu segar dan masih ada 3,000 ekor kambing jamnapari yang sedang membesar.
Beliau menambah, buat masa ini permintaan terhadap susu segar kambing jamnapari melebihi penawaran, dan UKFSB memerlukan 600 ekor kambing jamnapari yang boleh mengeluarkan susu segar untuk menampung permintaan tempatan dan luar negara pada masa akan datang.

usahawantani.com

Read more...

Projek Rumpai Laut

SEMPORNA 6 Nov. – Projek pengkulturan rumpai laut telah membantu penduduk miskin di Semporna menikmati kehidupan lebih baik dengan pendapatan tetap RM600 hingga RM1,500 sebulan.
Seorang peserta projek itu di Kampung Pulau Selakan, Robani Isnin, 62, berkata, sebelum menyertai projek itu dia bekerja sebagai nelayan tanpa pendapatan yang tetap.
“Pekerjaan saya dahulu sekadar kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, tetapi sekarang lebih terjamin,” katanya.
Selain di Pulau Selakan, projek pengkulturan rumpai laut turut dilaksanakan di pulau Kerindingan, Bum-Bum, Sebangkat, Sibuan, Pababag dan Omadal.
Projek ini sesuai dilaksanakan di perairan Semporna yang mempunyai perairan laut terlindung, kualiti air laut yang baik dan dasar laut berpasir dan berbatu karang.
Robani berkata, di kampungnya terdapat 40 peserta projek itu yang dimulakan pada 1994 dan diselia oleh Jabatan Perikanan Sabah.
Seorang peserta projek itu di Pulau Selakan, Mansor Mandong, 42, berkata, pengkulturan rumpai laut mengambil masa dua bulan, dan selepas itu ia akan dituai dan dijemur selama tiga hingga empat hari.
Rumpai laut yang kering itu kemudian dijual kepada sebuah kilang.
Beliau berkata, pengkulturan rumpai laut di ladang memerlukan pengawasan rapi bagi memastikan ia tidak diserang penyakit ‘Ais-Ais’ yang mereputkan batang rumpai laut atau daripada penyu yang memakannya.
Antara kegunaan rumpai laut adalah sebagai bahan campuran dalam industri pembuatan cat, syampu, dakwat, penyembur racun serangga dan bahan kosmetik.

usahawantani.com

Read more...

06 November 2007

Tawaran Jualan Puyoh Daging

Kami adalah penternak burung puyoh daging (ikta) . Kami boleh membekalkan burung puyoh daging siap proses dan anak burung puyoh umur satu hari . Buat masa sekrang keupayaan kami adalah membekalkan sebanyak 10,000 ekor burung puyoh siap proses sebulan . Size burun lebih kurang +/- 200 gram seekor . Anak burung puyoh 1 hari adalah sangat terhad . Berminat sila hubungi Khairul 0192879303 (GreenFarm Resources)

Read more...

05 November 2007

Cendawan Jepun

Hai apa khabar semua ..... terima kasih kerana menjadi pengunjung setia laman blog usahawantani.com ini . hari ini saya ingin berkongsi ilmu dengan anda semua mengenai cendawan-cendawan yang terdapat di negara Jepun dan mungkin boleh memberi idea kepada usahawan semua untuk memeikirkan kaedah menanam cendawan-cendawan yang amat popular di Jepun ini :

Di Jepun cendawan di panggil "kinoko" atau "anak pokok" . Pelbagai jenis cendawan yang seslalu digunakan dalam masakan orang Jepun . Antara yang popular ialah:


Shiitake
Shiitake adalah anatara cendawan yang paling popular dalama masakan orang Jepun dan juga sangat popular diluar Jepun . Ianya boleh didapati dipasaran dalam bentuk segar ataupun kering yang mana ianya perlu direndamkan dahulu sebelum digunakan. Boleh dimasak secara hot pot dishes, di rebus atau tempura

Maitake
Cendawan Maitake satu lagi anatra yang paling popular dalam masakan orang Jepun. Ia kadang-kadang dipangil Raja Cendawan.

Bunashimeji
Ini adalah satu lagi cendawan yang amat popular . Ianya ditanam di ladang-ladang di Jepun.

Matsutake
Matsutake adalah cendawan yang paling tinggi harganya di pasaran Jepun. Ini kerana ianya buat masa sekarang tidak ditanam di ladang2 kerana ia hanya tumbuh pada musimluruh di Jepun. Ianya tumbuh dibnawah pokok pine (matsu). Matsutake dimasak secara goreng atau dimasak sekali dengan dengan nasi.

Nametake/Enoki
Walaupun nama dia berlainanan Nametake dan Enoki tetapi sebenarnya ia adalah Cendaawan yang sama. Nametake adalah cendawan liar manakala Enoki adalah ditanam di ladang ladang. Enoki adalah sangat popular dalam masakan hot pot dishes.

Hiratake
Hiratake adalah nama bagi cendawan oyster dalam bahasa Jepun . Ada pelbagai jenis hiratake yang ditanam dan ianya kelihatan lain antara satu sama lain . Eringi adalah salah satu contoh hiratake yang ditanam di Jepun.

Jadi jika ada usahawan-usahawan tani yang ingin mengekplotasi peluang cendawan Jepun ini bolehlah membuat penyelidikian lanjut dengan bertanya kepada pakar-pakar cendawan yang tumbuh bagai cendawan sekarang ini . terima kasih. Ayahbusu

Read more...

04 November 2007

Kursus Ternakan Cacing Tanah Secara Komersial

Kepada sesiapa yang inginkan pendedahan dan teknik teknik penternakan cacing tanah dan pasaran cacing tanah secara komersial .
Tarikh : 24 November 2007
Tempat : Hotel Impian Morib
Anjuran : AZR Agro Centre
Hubungi Cik Azlinda 017-2794095

Read more...

Projek Ikan Ketutu - Kontrak Farming

Sesiapa yang ingin menceburi bidang penternakan ikan kekutu . boleh hubungi 012-2616556. Modal rendah . belian semula .

Read more...

02 November 2007

Peluang Perniagaan Kitab Waima












Read more...

Kursus Cendawan Tiram Di Puchong


Read more...

01 November 2007

TAKLIMAT PERCUMA PENANAMAN CENDAWAN

TAKLIMAT PERCUMA PENANAMAN CENDAWAN
Tarikh: 29 November 2007
Masa: 9.00 Pagi - 12.00 Tghari
Lokasi: Tingkat 12, Wisma Tani, Jabatan Pertanian, Putrajaya
Penceramah: Puan Normah Ibrahim,Pakar Cendawan Malaysia

Read more...

KURSUS USAHAWAN CENDAWAN TIRAM TEKNOLOGI EM

KURSUS USAHAWAN CENDAWAN TIRAM TEKNOLOGI EM
Tarikh: Sesi ke 6 - 11 Nov, Sesi ke 7 - 18 Nov: Sesi ke 8 - 1 Dec, Sesi ke 9 - 2 Des
Masa: 8.30 Pagi - 5.00 Petang
Lokasi: Dewan Serbaguna Kemas/Umno,Lorong Hamdan Off Jalan Khamis,Meru,Klang, Selangor
Penceramah: Saudara Akmal (Pengusaha Cendawan)Terhad kepada 35 Peserta sahaja
Yuran: RM 200 Sahaja.
Hubungi: Saudara Akmal : 017-6372810

Read more...

Daftar Ahli Usahawantani

Followers

IKLAN 1

Ruang iklan untuk disewa

IKLAN 2

Ruang Iklan untuk disewa
PELUANG KERJASAMA

Pihak Portal Usahawantani.com dan Akademi Usahawantani sedang dalam proses menyemak dan menilai kembali kursus-kursus UsahawanTani yang dianjurkan oleh pihak kami . Kami menjemput semua pengusaha-pengusaha yang berpengalaman ATAU baru dalam mengendalikan kursus-kursus usahawantani untuk berkerjasama atau menjadi panel kami . Sila hantarkan proposal anda kepada Pengurus Akademi UsahawanTani di email akademi@usahawantani.com . Maklumat yang mesti ada dalam proposal anda ialah :
1. Nama Anda / Syarikat
2. Alamat
3. Bidang UsahaTani
4. Kandungan Kursus
5. Bilangan Hari
6. Kos Kursus
7. Lokasi Kursus
8. Pengalaman
9. Cadangan kaedah kerjasama (option)


Daftar Ahli Usahawantani

Borang Pendaftaran

Nama
Email
No Handphone (e.g 019-1234567)
Lokasi (e.g Bandar/Negeri)
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ]


Nota : Selepas menekan butang 'Daftar' sila lihat email anda untuk kepastian bahawa pendaftaran anda telah diterima oleh pihak kami.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP