Pihak usahawantani.com mempelawa semua petani penternak , nelayan dan peniaga berkaitan tani untuk menggunakan perkhidmatan blog usahawantani.com. Anda boleh mengiklan produk anda dilaman ini secara percuma . Marilah sama-sama kita memajukan industri asas tani ini . Hantarkan skrip atau banner iklan anda ke iklan@usahawantani.com Kami akan siarkan iklan anda di blog ini. Anda juga digalakkan untuk mendaftar sebagai pengguna laman usahawantani.com . Sebagai pengguna berdaftar anda akan sentiasa mendapat maklumat terkini dari kami . Sekian . Pentadbir @ Pulau Tawar Jerantut Pahang

05 February 2008

Program Bicara Tani

PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengadakan Program Bicara Tani mulai bulan depan bagi meyakinkan orang ramai, terutama generasi muda, bahawa pertanian adalah perniagaan yang menguntungkan. Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, berkata peserta program berbentuk forum sehari itu akan diberi maklumat terkini mengenai hala tuju, strategi, bantuan dan sokongan disediakan agensi berkaitan. Katanya, program itu mensasarkan penyertaan seramai 24,500 petani, usahawan industri asas tani, graduan, generasi muda yang mahu menjadikan pertanian sebagai sumber pendapatan serta ahli persatuan, koperasi dan pertubuhan berkaitan pertanian.
“Bicara Tani ini diadakan kerana kita dapati orang ramai masih kurang yakin pertanian adalah satu perniagaan yang boleh memberi pulangan menguntungkan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan prapelancaran Program Bicara Tani di sini, semalam. Program selama dua bulan itu akan dilancarkan di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Star, Kedah, pada 12 Februari ini. Borang penyertaan boleh didapati di Jabatan Pertanian negeri dan daerah atau menerusi laman web www.bicaratani.com.my atau menghubungi urus setia di talian 03-9058 188.
Muhyiddin berkata, walaupun kementerian berjaya melahirkan lebih 8,000 usahawan tani menerusi pelbagai program yang dijalankan sejak tiga tahun lalu, usaha menarik minat generasi muda menyertai sektor pertanian akan diteruskan. Katanya, ini penting bagi melahirkan lebih ramai usahawan tani yang terbabit secara langsung dalam rantaian bekalan, termasuk peringkat pemprosesan dan pemasaran. “Selama ini petani kita hanya pakar dalam tanaman, mereka tidak mengambil berat aspek logistik dan rantaian bekalan makanan kerana menyerahkannya kepada orang lain. “Oleh itu, mereka tidak memperoleh hasil pendapatan maksimum kerana yang untung orang tengah,” katanya.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Nasional/20080130232506/Article/
usahawantani.com

1 comments:

Anonymous,  May 27, 2008 at 4:55 PM  

Assalamualaikum, pertanian merupakan cabang usahawan yang 100%suci. Kita berbakti kepada tanah dan mengharapkan Allah memberi rezeki dengan menghidupkan tanaman yang diusahakan. Maha suci Allah, melihat tanaman membesarpun dah rasa kebesaran Allah. lawati laman kami www.kursusfertigasi.com atau kursus-fertigasi.blogspot.com utk bersama-sama kongsi pengalaman.

Daftar Ahli Usahawantani

Followers

IKLAN 1

Ruang iklan untuk disewa

IKLAN 2

Ruang Iklan untuk disewa
PELUANG KERJASAMA

Pihak Portal Usahawantani.com dan Akademi Usahawantani sedang dalam proses menyemak dan menilai kembali kursus-kursus UsahawanTani yang dianjurkan oleh pihak kami . Kami menjemput semua pengusaha-pengusaha yang berpengalaman ATAU baru dalam mengendalikan kursus-kursus usahawantani untuk berkerjasama atau menjadi panel kami . Sila hantarkan proposal anda kepada Pengurus Akademi UsahawanTani di email akademi@usahawantani.com . Maklumat yang mesti ada dalam proposal anda ialah :
1. Nama Anda / Syarikat
2. Alamat
3. Bidang UsahaTani
4. Kandungan Kursus
5. Bilangan Hari
6. Kos Kursus
7. Lokasi Kursus
8. Pengalaman
9. Cadangan kaedah kerjasama (option)


Daftar Ahli Usahawantani

Borang Pendaftaran

Nama
Email
No Handphone (e.g 019-1234567)
Lokasi (e.g Bandar/Negeri)
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ]


Nota : Selepas menekan butang 'Daftar' sila lihat email anda untuk kepastian bahawa pendaftaran anda telah diterima oleh pihak kami.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP