KURSUS SEHARI PROSES PEMAKANAN TERNAKAN
- TARIKH : 29 JANUARI 2008
- MASA : 8.30 PG – 5.00 PTG
- TEMPAT : LADANG INFOTERNAK SG. SIPUT (U)
- YURAN PENYERTAAN : RM 50.00
- Untuk penyertaan sila hubungi Pn. Aina di talian 05-2555201 / 202
PENGENALAN
Usaha untuk membangun dan mengkomersialkan tanaman baru, makanan ternakan berasaskan biologi dan teknologi inovatif yang berkaitan dengan sesuatu tanaman adalah amat diperlukan.
Justeru itu, DPMM Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Perak menganjurkan KURSUS SEHARI PROSES PEMAKANAN TERNAKAN. Kursus ini bertujuan untuk memberikan maklumat kepada peserta khususnya golongan penternak-penternak mempelajari teknologi terbaru dalam menghasilkan makanan ternakan.
Silaj adalah makanan ternakan ruminan yang terdiri daripada bahan rufaj yang berkelembapan tinggi di antara 35 % hingga 75 % kandungan air yang diperolehi melalui proses penapaian dan disimpan dalam keadaan kedap udara (anaerobic). Silaj sebagai salah satu sumber bekalan makanan ternakan berkualiti untuk ruminan mempunyai kelebihan berbanding dengan rumput segar dan hay kerana silaj dapat dikeluarkan sepanjang masa, proses pengeluarannya tidak bergantung kepada keadaan cuaca dan dapat dihasilkan daripada berbagai jenis bahan rufaj seperti rumput, batang jagung, pelepah kelapa sawit dan bahan-bahan lain. Silo (bekas simpanan silaj) terdiri daripada berbagai bentuk seperti bunker, stack, tower, tong plastik dan lain-lain. Faktor yang penting ialah bekas yang digunakan seharusnya praktikal dari segi pengendalian dan mesti dalam keadaan kedap udara.
usahawantani.com
0 comments:
Post a Comment