Pihak usahawantani.com mempelawa semua petani penternak , nelayan dan peniaga berkaitan tani untuk menggunakan perkhidmatan blog usahawantani.com. Anda boleh mengiklan produk anda dilaman ini secara percuma . Marilah sama-sama kita memajukan industri asas tani ini . Hantarkan skrip atau banner iklan anda ke iklan@usahawantani.com Kami akan siarkan iklan anda di blog ini. Anda juga digalakkan untuk mendaftar sebagai pengguna laman usahawantani.com . Sebagai pengguna berdaftar anda akan sentiasa mendapat maklumat terkini dari kami . Sekian . Pentadbir @ Pulau Tawar Jerantut Pahang

07 December 2012

Pekebun Getah dan Sawit vs Babi Hutan


Kebun Getah / Sawit

Kalau kita bersembang di kedai kopi di kampung-kampung kita dapati kebanyakan mereka bercerita berkenaan dengan pokok getah atau sawit yang mereka tanam. Berbagai petua, cara membaja, cuaca, cara menghalang dari ancaman musuh tanaman, kawasan tanaman, status tanah untuk ditanam dan lain-lain. Pada kali ini saya ingin mencerita sedikit berkenaan dengan musuh tanaman yang mengacam penanam getah dan sawit iaitu babi hutan.

Tabiat/Habitat

Babi hutan adalah mamalia besar yang boleh hidup dipelbagai habitat terutamanya di kawasan hutan tanah pamah yang kaya dengan tumbuhan. Binatang ini juga boleh dijumpai di kawasan hutan paya gambut. Hutan karanggas, hutan paya bakau, hutan tanah tinggi dan kawasan belukar dipinggiaran kampung atau ladang getah dan sawit terbiar.

Makanan babi hutan terdiri daripada buah-buahan, cacing tanah, serangga dan ubi atau umbut pisang liar yang masih muda dan lembut. Jika ada peluang, ia juga akan membaham burung liar, mamalia kecil dan reptilia yang menyorok di dalam batang kayu, sampah atau membaham haiwan yang tercerdera.

Babi hutan yang tinggal di kawasan kampung akan memakan empulur batang pisang yang ditumbangkannya dengan mengigit pangkal batang pisang tersebut. Babi hutan akan memakan semua jenis buah-buahan yang akan masak dan gugur ke bumi seperti durian, rambutan, pisang ,jambu air, cempedak dan nangka. Ubi kayu, keledek dan keladi juga amat disukai oleh binatang ini. Buah kelapa tua yang gugur di bumi dengan mudah dibelah dua oleh babi hutan dengan mengunakan taring dan giginya yang tajam serta kuat.

Di kawasan ladang sawit atau getah babi hutan akan merosakan anak sawit atau getah yang baru ditanam. Pada waktu malam babi hutan akan datang ke kawasan tanaman kelapa sawit yang baru ditanam dan memakan umbut anak kelapa sawit yang masih muda. Anak getah yang baru ditanam turut dimusnakan oleh haiwan ini. Oleh hal yang demikan, babi hutan dianggap perosak tanaman oleh petani dan peladang terutama di kawasan Lipis.

Selain tumbuhan dan buah-buahan serta serangga, babi hutan memerlukan zat garam galian seperti kasium, fosforus, kalium, sulfat dan magnesium. Bahan ini amat penting bagi menguatkan tulang, serta kesihatan tubuh badan haiwan ini. Justeru, babi hutan kerap melawati jenut atau sira yang terdapat di hutan rimba. Ia akan menjilat tanah atau air garam galian tersebut. Kesan tapak kaki babi hutan amat mudah dilihat di kawasan jenut ini. Tidak hairan selepas menabur baja pada keesokan hari babi hutan akan datang mencakar atau memakan tanah tersebut.
Pembiakan

Anak babi hutan akan bersama-sama ibunya sehingga dewasa .Tiada musim pembiakan tertentu bagi babi hutan. Haiwan ini boleh membiak sepanjang tahun. Sebagaimana babi perliharaan, babi hutan boleh melahirkan anak sehingga 12 ekor. Tempoh bunting bagi babi hutan betina ialah kira-kira enam bulan. Anak yang baru dilahirkan ini mempunyai bulu yang panjang dan berjalur perang dan hitam. Anak babi hutan akan dijaga dan disusui oleh ibunya setiap masa. Anak yang baru dilahirkan ini boleh berjalan beberapa hari selepas dilahirkan. Anak babi ini akan mengikut ibunya dalam satu barisan dan berjalan berbondong-bondong.

Babi hutan betina yang beranak kecil sangat garang. Penceroboh yang cuba menghampiri atau menganggu anaknya akan diserang dan dicederakan oleh ibunya.

Cara-cara menghalang dari ancaman Babi Hutan

Berbagai cara diusahakan oleh petani untuk menghalang dari ancaman musuh utama ini tetapi kebanyakan mereka gagal mengawal dan menyebabkan tanaman seperti getah gagal ditanam dan peladang mengalami kerugian besar. Cara-cara menghalang adalah seperti berikut.

1. Memagar dengan megunakan pagar zink atau plastik hitam penutup bumbung ‘nursery’ mengelilingi kawasan tanaman tetapi ianya memerlukan kos yang tinggi.

2. Ada juga yang mengunakan rambut manusia yang ditabur disekeliling pokok . Ada antara mereka berjaya mencatatkan 95 peratus tanaman yang tidak diganggu oleh babi hutan ini.

3. Mengunakan anjing perliharaan di kawasan ladang sangat berkesan tetapi cara ini kurang popular dikalangan orang melayu yang kebanyakan beragama Islam. Sebenarnya dalam Islam tidak menghalang kita mengunakan anjing untuk menjaga tanaman.

4. Mengguna pagar eletrik juga memerlukan kos yang tinggi tapi semakin ramai yang menggunakannya kini kerana kosnya lebih rendah berbanding dengan menggunakan kawat duri . Tapi pekebun perlu sentiasa menyelenggaranya seperti memastikan tiada pokok yang tumbang diatas talian letrik dan memerlukan sentiasa check arus dan baterinya
Jika terdapat cara yang sesuai untuk mengalang ancaman babi hutan ini diharap pembaca boleh tulis diruangan komen untuk kita berkongsi bersama mudah-mudahan ianya mendapat manafaat.

Perlindungan

Walaupun babi hutan dianggap perosak tanaman oleh petani, ia masih dilindungi dibawah Akta Perlindungi Hidupan Liar 76/1972. Haiwan ini disenaraikan dalam jadual 2 Binatang Liar Buruan yang dilindungi. Adalah menjadi suatu kesalahan bagi sesiapa menangkap, menembak, membunuh, menjual atau memelihara babi hutan tanpa lessen atau permit. Mereka yang melanggar peraturan ini boleh didenda sehingga RM 3000 atau dua tahun penjara atau kedua-dua sekalidi bawah seksyen 68(a) Akta yang sama. Bagi mereka yang didapati memasang jerat simbat lebih daripada 25 utas untuk menangkap atau membunuh haiwan ini lima tahun boleh dikenakan oleh mahkamah ke atas pesalah ini.

usahawantani.com

9 comments:

Anonymous,  March 5, 2013 at 1:35 PM  

Kini terdapat satu produk baru yg dinamakan HORRIMAU sangat berkesan menghalang babi memasuki kebun

Anonymous,  March 5, 2013 at 1:37 PM  

Kini terdapat satu produk baru yg dinamakan HORRIMAU sangat berkesan menghalang babi memasuki kebun

Daftar Ahli Usahawantani

Followers

IKLAN 1

Ruang iklan untuk disewa

IKLAN 2

Ruang Iklan untuk disewa
PELUANG KERJASAMA

Pihak Portal Usahawantani.com dan Akademi Usahawantani sedang dalam proses menyemak dan menilai kembali kursus-kursus UsahawanTani yang dianjurkan oleh pihak kami . Kami menjemput semua pengusaha-pengusaha yang berpengalaman ATAU baru dalam mengendalikan kursus-kursus usahawantani untuk berkerjasama atau menjadi panel kami . Sila hantarkan proposal anda kepada Pengurus Akademi UsahawanTani di email akademi@usahawantani.com . Maklumat yang mesti ada dalam proposal anda ialah :
1. Nama Anda / Syarikat
2. Alamat
3. Bidang UsahaTani
4. Kandungan Kursus
5. Bilangan Hari
6. Kos Kursus
7. Lokasi Kursus
8. Pengalaman
9. Cadangan kaedah kerjasama (option)


Daftar Ahli Usahawantani

Borang Pendaftaran

Nama
Email
No Handphone (e.g 019-1234567)
Lokasi (e.g Bandar/Negeri)
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ]


Nota : Selepas menekan butang 'Daftar' sila lihat email anda untuk kepastian bahawa pendaftaran anda telah diterima oleh pihak kami.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP